BL 32

Family Series 61556

Aimi memberi isyarat mata kepada Ali sebelum berganjak ke tempat lain yang lebih berselindung daripada orang lain.

 

“Aimi jangan pergi jauh sangat, bahaya,” Husni memperingatkan Aimi sebaik melihat anaknya seperti mahu ke bahagian lain.

 

“Tak jauh dekat hujung sana je,” balas Aimi ringkas.

 

“Pak Ali jangan pergi jauh dengan Danish, saya rasa remang tadi tak hilang lagi,” Lily berbisik pada telinga Ali. Mereka sekeluarga sudah berada di dalam air tapi berada rapat antara satu sama lain. Lily menjaga Damia manakala Danish di jaga oleh Ali.

 

“Tak awak, saya dekat sini sahaja.” Ali sendiri tidak berani tinggalkan anak isterinya. Kerana kejadian tadi lagi membuatkan Ali ingin terus untuk bersama dengan keluarganya sahaja.

 

“Atuk!” Damia membaling air kepada Husni yang hanya duduk di tepi melihat. Bukan tidak mahu join cucunya bermain air. Tapi hatinya kerisauan akan Aimi. Harap kejadian tadi hanyalah tipu daya syaiton untuk menakutkan semua orang.

 

Aimi duduk di celah batu yang agak besar sambil menunggu ketibaan Ali. Setelah 10 minit menunggu Ali tidak kunjung tiba. Aimi mengambil keputusan untuk masuk ke dalam air.

 

“Ah!!”

 

Aimi terkejut apabila tiba-tiba badannya di peluk dari belakang.

 

“Abang ni terkejut Aimi,”

 

“Aimi masuk dalam air, buatkan Aimi bertambah seksi.” Tangan  Ali tanpa rasa segan mula meraba tubuh Aimi.

 

Setiap sentuhan Ali, Aimi relakan sahaja. “Kenapa Abang buat tak tahu je dekat Aimi tadi. Abang sengaja kan buat Aimi cemburu,”

 

Ali memusingkan badan Aimi untuk mengadapnya. “Abang bukan sengaja Aimi. Aimi sendiri tahukan sebabnya,”

 

“Abang bagitahu sahajalah dia, dia tak suka ceraikan sahaja. Cukup Aimi sorang untuk Abang,”

 

“Ye sayang,” dagu Aimi di pegang lalu satu kucupan hinggap di bibir Aimi. “Memang Aimi milik Abang seorang, sejak Aimi berikan tubuh Aimi. Aimi adalah isteri abang, tiada sesiapa berhak pada Aimi. Hanya pada Abang seorang,”

 

“Tak nak dekat sini Abang, nanti orang rakam kena viral pula. Malu Aimi,” Aimi menolak badan Ali agar tidak melakukan perkara melebihi batas seperti semalam.

 

“Mana ada orang Aimi, cuba Aimi tengok,”

 

Aimi memandang sekeliling, tiada sesiapa. Suasana juga sunyi sepi. “Tadi ada tepi tu,”

 

“Dah balik kot. Jadi Aimi tak perlu risau. Jom ikut Abang kita pergi tengah-tengah,” Ali cuba menarik Aimi tetapi cepat Aimi tahan.

 

“Aimi tak tahu berenang Abang, Aimi tak nak,”

 

“Tak perlu risau, Abang ada. Jom,”

 

Selepas di pujuk, Aimi mengikut langkah Ali untuk pergi ke tempat yang airnya lebih dalam.

 

“Mana semua orang,” Aimi mula pelik apabila tiada seorang pun kelihatan. Tidak seperti dia melangkah ke tempat itu.

 

“Aimi tak perlu fikirkan orang lain. Aimi perlu fikirkan hal kita sahaja,” tangan Ali mula memeluk Aimi dengan lebih erat. Segala lekuk yang ada di rasai dengan penuh nikmat. Kerana air yang sejuk membuatkan Aimi dengan pantas terangsang.

 

“Abang buat dekat tepi jom, Aimi takut dekat tengah-tengah ni,”

 

“sayang tak perlu risau, Abang Ada. Sayang nikmati sahaja,” tanpa Aimi sedar ada beberapa mata sedang memerhatikannya. Mata seperti tidak sabar untuk melahap Aimi.

 

..

 

Aimi tersedar dan dirinya sudah terbaring di atas batu besar. Badannya lengkap berpakaian tapi berada dalam keadaan basah.

 

Ketika cuba untuk bangun dia terasa ari-arinya terasa sakit. Terus dia terimbau apa yang berlaku padanya. Akibat kepenatan, Aimi tidak sedarkan diri. Dirinya teruk di kerjakan oleh Ali. Berkali-kali dia meminta Ali agar berlembut dengan tapi Ali lakukan sebaliknya. Alat sulitnya juga rasanya seakan terkoyak.

 

Aimi merasa sebal, sudah dapat di tinggalkan dia seorang diri di tempat begini.

 

“Saya tak tinggalkan Aimi, saya ada di sini sayang,”

 

Pantas kepala Aimi menoleh ke arah suara yang di dengari. Dia melihat Ali sedang melangkah ke arahnya.

 

“Ingatkan Abang dah pergi,” Aimi terus sandarkan kepala di lengan Ali sebaik Ali duduk di sebelahnya.

 

“Abang tak akan pergi dari hidup sayang sampai bila-bila,” Ali tersenyum manis melihat Aimi.

 

“Aimi pegang janji Abang, Jom balik. Aimi sejuklah,” Aimi memeluk tubuh sendiri.

 

“Jom,” Ali menolong Aimi untuk bangun berdiri. “Sayang boleh jalan tak? Tak boleh Abang angkat sayang,”

 

“Bolehlah. Abang sengaja kan nak mengatal lagi,”

 

Ali tergelak, gelak yang agak menyeramkan bagi sesiapa yang dengar tapi tidak bagi Aimi. “Sayang ni macam tahu-tahu sahaja, Nanti malam Abang datang teman sayang tidur lagi. Nanti kita jumpa lagi ye.”

 

Aimi tersenyum bahagia. “Aimi tunggu Abang.”

 

“Abang pergi dulu,” Ali berjalan dengan pantas dan dalam sekelip mata hilang dari pandangan Aimi.

 

“AIMI!”

 

“AIMI!”

 

Tekak Husni sudah kekeringan menjerit nama anaknya berulang kali. Sudah di beri amaran jangan pergi jauh tapi tetapi degil. Sekarang menyusahkan semua orang, perlu mencarinya.

 

“Kita cari dekat tempat mula-mula ayah nampak Aimi tadi, kalau masih tak ada kita buat report polis sahaja,” Ali memberi cadangan. Dia risau kehilangan Aimi tapi dia lebih risaukan keluarganya yang menunggu di luar.

 

“Ayah pun rasa lebih baik begitu,” mereka berdua mengubah arah carian di mana mula-mula Aimi kelihatan.

 

“Aimi!”

 

“Aimi!” Ali dan Husni berselang seli menjerit memanggil Aimi sambil melangkah.

 

“Ayah tu Aimi kan?” Ali menunjuk ke arah seseorang yang sedang berjalan ke arah mereka.

 

Husni kecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas. “Betul tu Aimi, Ali,” Kaki Husni lebih laju melangkah.

 

“Aimi pergi mana? Kamu buat ayah risau tahu tak?” Husni yang kerisauan memeriksa setiap inci tubuh anaknya.

 

“Nak risau kenapa? Aimi ada je dari tadi dekat sana. Cuma Aimi tertidur je tadi,” balas Aimi sambil matanya juga tidak lepas dari memandang Ali. Bibirnya turut tersenyum sedikit.

 

“Syukur alhamdulilah Aimi tak apa-apa,” kata Ali. Bibirnya turut tersenyum lega. “Ayah jangan marah Aimi, yang penting Aimi selamat. Jom kita balik,”

 

Aimi membalas senyuman Ali dengan penuh makna.
 

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience