BL 35

Family Series 60975

“Lily ni sayur awak minta,” Ali muncul dengan meletakan sayur di atas meja.

 

Lily terus menoleh ke belakang. Ali berada di belakangnya jadi siapa yang ketuk pintu di luar.

 

“Pak Ali dekat sini, jadi siapa yang ketuk pintu tadi,” wajah Lily kelihatan sangat cuak.

 

Ali yang baru ingin duduk untuk join makan bersama anaknya terbantut dan datang ke arah Lily. “Ada orang ketuk pintu ke?”

 

Lily mengangguk laju. “Pak Ali tengok. Saya takut,” Lily terus berlindung di belakang badan Ali.

 

“Ada orang bagi salam tak?” Sebenarnya Ali pun takut nak buka pintu.

 

“Tak ada. Saya tanya Pak Ali ke? Tak ada yang sahut,”

 

“Kalau macam tu tak perlu buka.” Ali takut kalau di buka, dan yang mengetuk adalah benda ghaib. Itu salah satu cara seperti mengalukan makhluk itu untuk masuk ke dalam rumah.

 

“Pak Ali duduk sini je, teman saya masak,” Lily turutkan sahaja keputusan Ali.

 

“Ye, ni saya tolong juga,” Lily di tarik untuk duduk di sebelah Damia. Mata Ali menjeling ke arah pintu sekilas. Semalam dia di ganggu. Hari ini Lily pula.

 

YA ALLAH lindungi keluarga ku dari anasir-anasir jahat.

 

“Nanti saya panggil ustaz untuk tengokkan rumah kita,”

 

Sebaik sampai di rumah, Aimi terus masuk ke dalam biliknya. Telefon pintar di keluarkan lalu pesanan ringkas di hantar kepada Ali.

 

Dia memberitahu Ali yang dia sudah sampai dan ayat-ayat menyatakan dia merindui Ali juga di beri.

 

Ali yang sedang duduk memotong sayur berhenti seketika apalah telefon pintarnya berbunyi. Pesanan yang di terima di baca dan tersenyum sedikit.

 

“Ayah dah sampai rumah,”

 

“Alhamdulillah,”

 

Aimi yang terbaring pantas bangun apabila menerima balasan dari Ali. Pantas bilik tidurnya di kemas rapi. Di sembur wangian mengoda. Selepas puas dia tersenyum lega dan bahagia. Dia hanya perlu menanti kedatangan Ali sahaja malam nanti.

 

..

 

Ali melihat jam di dinding kemudian melihat Lily. Sudah hampir pukul 10 malam tapi seperti tiada tanda Lily mahu masuk tidur. “Hari ni biarlah anak-anak tidur dengan kita lagi,”

 

“Okay, tapi tunggu cita ni habis,” Mata Lily melekat di TV.

 

“Mi cu,” Danish yang duduk di bawah datang kepada Lily.

 

“Minta ayahlah. Ayah main phone je tu,”

 

Ali pantas meletakan telefon di meja sisi. Dia ingatkan Lily leka tengok TV, langsung tidak sedar apa yang sedang dia lakukan.

 

“Jom ikut Ayah buat susu,” Ali bangun dari duduknya dan ke dapur. Tahu salah sendiri baik jangan cari pasal. Nanti kena bebelan Lily dia juga yang sakit telinga. Lily tengah diam baik jangan cari pasal.

 

Sebaik Ali ke dapur, Damia pula datang dekati Lily. Bergesel-gesel badan Damia pada Lily, tanda dia sudah keletihan dan mahu tidur.

 

Memang Damia dan Danish akan di kerah untuk tidur sebelum pukul 10. Sebab itu semua sudah lemau ketika jam hampir ke nombor 10.

 

“Mia tidur sahaja. Nanti ayah angkat Mia kalau Mia dah tidur,” Lily biarkan sahaja Damia bersandar pada badannya. Tidak lupa Lily mepopok badan Damia untuk lebih cepat terlena.

 

Lily melihat dari ekor matanya, Danish yang memegang botol susu sedang berlari anak datang ke arahnya. Lily melepaskan nafas lelah sebaik sahaja Danish memanjat nak duduk di pangku. Macam tak ada tempat lain nak duduk. Kadang dia terasa lelah sangat hendak melayan Danish dan Damia. Bapaknya pula dengan senang hati berlengang duduk.

 

“Mi yah ah gi tu,” Danish bercakap sambil sebelah lagi tangan bergerak-gerak seperti tunjuk sesuatu.

 

“Oh.. yeke. Baguslah,” balas Lily ringkas. Padahal dia tak faham langsung apa yang Danish cakap dengan puting susu di mulut. “Ayah buat susu, pergi minum dekat ayah,”

 

Danish geling kepala.

 

“Awak faham ke apa Danish cakap?” ni salah satu benda pelik dekat Lily. Dia kadang tak faham langsung apa yang Danish cakap tapi Lily boleh faham. Kadang kala boleh berbual dengan rancak sekali.

 

“Ayah buatkan susu. Danish cakap tu,” Lily sebenarnya buat-buat faham sahaja.

 

“Oh... Macam mana awak faham?” Ali bertanya lagi. Ali cuma dengar ah ah ah je dari mulut Danish.

 

“Tak tahu, faham sendiri. Kalau Pak Ali dengar betul-betul boleh faham.”

 

“Nanti saya cuba dengar betul-betul,” Ali sedikit pelik dengan balasan ketika Lily berbual dengannya. Tidak mesra seperti selalu. Tidak manja seperti selalu. Dia ada buat salah ke pada Lily.

 

“Dahlah, semua masuk tidur. Nak tidur pun sibuk nak berkepit dengan Umi. Nak tengok TV sekejap pun tak senang,” Lily membebel sendiri. Danish di angkat manakala Damia di pimpin untuk masuk ke dalam bilik tidur.

 

Ali telan air liuh, pasti dia ada buat salah tapi tidak sedar apa. Inilah teka teki yang paling susah sekali. Ke Lily perlukan masa sendiri, letih sebab kedua anaknya asyik melekat pada Lily sahaja.

 

Ali tersenyum sedikit mengikut Lily masuk ke dalam bilik selepas menutup semua suiz yang tidak di gunakan. Ali sangat yakin dengan apa yang duga.

 

“Awak nak tengok TV pergilah. Biar Mia Danish saya tidurkan.” Pelawa Ali. Ali menduga Lily letih kerana penat menjaga kedua anaknya dan memerlukan masanya sendiri.

 

“Tak perlu! Pak Ali teruskan main phone je,” balas Lily seperti menyindir. Langsung tidak melihat wajah Ali. Lily sibuk memperbetulkan tempat tidur Damia dan Danish. “Nak keluar bilik jangan lupa tutup lampu.”

 

Ali garu kepala sendiri. Tak kan sebab telefon nak merajuk kot. Main candy crush je kot. Bukan chat dengan skandal.

 

Ali tutup lampu bilik sebaik Lily baring. Kemudian dia turut baring di sebelah Lily seperti sebelum ini. Tangan baru ingin memeluk tubuh Lily seperti dua hari lepas tapi ...

 

“Pak Ali tidur bawah boleh tak? Sempitlah,”

 

Penolakan yang Ali dapat. Kecewa sudah semestinya tapi Ali tidak salahkan Lily. Kerana kedua anaknya turut ada di atas katilnya. Dia faham jika Lily rasa tidak selesa dengan ruang yang agak sempit.

 

Ali bangun dan mengambil toto untuk di bentangkan di bawah. Bantal di gemburkan sebelum baring semula. Kita peluk bantal jela labu.. 

 

Ali yang baru sahaja ingin melelapkan mata terkejut dengan pukulan di badan dan suara Lily yang memarahinya.

 

“Pak Ali bukan nak pujuk saya! Duduk dengan Ibu ayah bukan main pujuk tunjuk bagus. Duduk sendiri terus nampak talam!”

 

Ali melihat Lily yang kembali semula ke katil selepas puas memarahinya. Garu kepala lagi Ali dengan sikap Lily. Puas dah fikir sebab apa Lily merajuk. Kang salah pujuk dia juga kena lagi.

 

“Saya mana tahu awak tengah merajuk. Kalau awak cakap awak merajuk nak saya pujuk kan senang. Saya datang pujuk.”

 

Lily langsung tidak balas kata-kata Ali. Badannya juga di paling dari membelakangi Ali.

 

Ali yang sedang mengantuk bangun dan duduk di sebelah pembaringan Lily. Ali tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah dia menyesal kerana merajuk dengan arwah Aisyah dahulu dan rupanya itu adalah hari terakhir arwah. Dia tidak mahu Lily rasai perkara sama sepertinya pernah rasa. Penyesalan yang sudah terlambat lebih menyeksakan.

 

“Lily,” lembut Ali memanggil. Lembut kerana tidak mahu tidur anaknya terganggu. “Cuba awak bagitahu saya, apa salah saya? Tak pun awak bagitahu nak saya pujuk sebab apa?” kadang Lily ni merajuk sendiri. Tak buat salah pun merajuk sebab nak kan perhatian darinya sahaja.

 

Tiada sahutan dari Lily.

 

Ali tarik nafas dalam-dalam untuk cuba bersabar. “Saya tak nak awak terus macam ni Lily. Baik awak bagitahu saya. Kalau awak diam je, simpan sendiri. Hati awak juga yang sakit sebab saya tak pujuk.”

 

Lily tetap dalam keadaan posisi yang sama.

 

Ali memaksa Lily bangun dan mengadapnya. Kerana tenaga Ali yang kuat membuatkan Lily sedang duduk mengadap Ali sekarang ini.

 

“Saya minta maaf kalau main phone depan awak. Ye saya tahu awak tak suka saya main phone depan awak tapi saya buat juga. Saya minta maaf, janji tak buat lagi tu saya tak boleh janji tapi nanti saya cuba tak buat lagi,”

 

Lily langsung tidak melihat wajah Ali. Mukanya juga di paling ke tepi.

 

“Maafkan saya ye,” Ali cuba memaksa Lily melihatnya. Kalau Lily tidak lihat bagaimana Lily tahu keikhlasan permohonan maaf darinya.

 

“Bukan tu!”

 

“Habis tu?” tengok kan dah salah. Lagi masam muka Lily.

 

“Yang Pak Ali berangan perempuan peluk tu kenapa?! Dahlah tepi! Pergi teruskan berangan Pak Ali tu.” Lily baring semula. Hatinya sakit sangat.

 

“Bila masa saya berangan perempuan lain?” Memang dia berangan peluk perempuan tadi tapi perempuan tu Lily bukan perempuan entah apa-apa.

 

Lily bangun semula tanda tidak puas hati. “Semalam terang-terang Pak Ali cakap berangan perempuan seksi. Mulut tu sendiri yang cakap. Jangan nak nafikan.” Lily tidak sedar dia tu yang seksi lagi-lagi jika berdua sahaja dengan Ali di bilik tidur. Macam pakai baju tak cukup kain.

 

Garu kepala Ali. Pasal semalam rupanya. Ingatkan tidur dah berpeluk dah okay. Boleh bersambung malam lain rupanya. “Saya ingatkan awak dah tak merajuk. Kan semalam awak tidur peluk saya.”

 

Lily baring semula, sakit hati dengan jawapan Ali.

 

Ali cuba tarik nafas dalam-dalam untuk memulakan lontaran suara yang penuh dengan lemak gemalai dan lembut selembut bayu untuk memujuk Lily.

 

“Sini bangun saya terañgkan dekat awak,” Lily lagi sekali di tarik bangun untuk mengadapnya. “Awak tengok saya, baru awak tahu saya jujur atau tidak.”

 

Lily melihat Ali dalam keadaan terpaksa.

 

“Semalam awak cakap awak tak boleh tidur kan. Awak rasa tak senang. Sebab tu saya cakap macam tu semalam. Saya bukan sengaja nak buat awak cemburu atau sakitkan hati awak.

 

Cuba awak ingatkan balik. Lepas saya cakap macam tu awak terus tidur kan. Itulah motif saya berkata begitu, saya tak ada niat langsung nak berangan perempuan lain. Buat apa saya berangan perempuan lain jika saya dah ada isteri. Cukuplah saya ada seorang isteri dan saya hanya berangankan dia sahaja.”

 

“Tipu!” Lily tidak percaya. Ali lelaki bermulut manis.

 

“Awak kata saya tipu, awak pasti ke tahu perempuan mana yang sedang berlegar di fikiran saya,”

 

Lily tidak berkata apa-apa. Ali meneruskan bicaranya.

 

“Dalam fikiran saya ni ada awak sahaja. Cukuplah hanya ada satu sahaja. Tak larat saya nak melayan untuk ke dua, ke tiga. Yang satu ni pun saya penat nak layan kerenah minta pujuk hari-hari. Nasib baik yang satu ni saya sayang jadi hilang penat saya nak pujuk.”

 

“Yelah tu sayang,” hati Lily sudah berbunga apabila dengar luahan Ali. Tapi di tahan agar tidak terlepas gembira di bibir.

 

“Yup sayang. Awak yang minta saya suka dan sayang awak kan. Dah saya sayang tak terima pula ke? Awak nak saya sayang perempuan lain ke?”

 

Pantas Lily geling kepala.

 

Ali sedikit lega apabila melihat Lily sudah termakan dengan pujuk darinya. Hari-hari macam ni, boleh rosak jiwa dan raga. Kemungkinan badan pun boleh rosak akibat tiba-tiba di pukul oleh Lily tanpa sebarang amaran. “Next time kalau awak nak merajuk bagitahu saya dulu sebab apa. Tak nak tiba-tiba merajuk macam tadi,”

 

Lily angguk kepala tapi angguk tak semestinya tak buat lagi. “Pak Ali... Pak Ali sayang saya banyak ke sikit?” suara Lily sudah bertukar lenggok

 

Ah! Ni barulah Lily yang sebenar. Terus Ali rebahkan badan di atas katil. Tak perlu berangan untuk peluk Lily untuk hari ini. Dapat peluk betul sudah. Anak-anak Ayah esok tidur sini lagi ye. Selesai untuk hari ni.

 

 

LILY LILY. SEMALAM PUNYA HAL BOLEH BAWA HARI LAIN. NASIB BAIK DAPAT LAKI JENIS NAK MEMUJUK.

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience