"Amar muka kamu dah kenapa?" Tanya Fazrin sebaik anaknya melangkah masuk ke bilik Olivia. "Muka macam tercekik tulang ayam."
"Lily langsung tak jawab panggilan Amar." Adu Amar. "Sebab ibu ayah lah, Lily merajuk dengan Amar." kemudian di salahkan kedua orang tuanya.
Suara Amar yang agak kuat menyebabkan Olivia yang sedang tidur bergerak sedikit. Mungkin kerana tidurnya terganggu.
"Diam!" Atir bersuara tegas. Dekat sini juga nak gaduh.
"Esok esok baiklah." Bunga berwajah biasa. Tidak kisah langsung dengan rajuk anak perempuannya.
Mata Olivia terbuka sedikit demi sedikit. Orang pertama yang dia lihat adalah Atir. Dia kenal lelaki itu. Adik kepada Amar.
"Are you okay Via?" Atir bertanya kerana gadis itu seperti kebingungan.
Olivia mengangguk kepala.
"You know me?" Atir kembali bertanya.
Olivia kembali mengangguk kepala.
Fazrin terus melihat wajah anaknya. Bagaimana Olivia boleh kenal Atir, sepatutnya Olivia tidak mengenali apa-apa kecuali Amar. Bagus betul pembaharuan yang Atir buat pada formula asalnya.
"Can I sit?" Olivia seperti meminta bantuan dari Atir. Dia tidak tahu kenapa badannya tidak dapat di gerakkan.
Pantas Atir menaikan kepala katil Olivia hingga gadis itu berada dalam keadaan duduk.
"Ibu, Ayah," Fazrin dan Bunga pula di tegur.
Fazrin pantas melihat Atir semula. Dia sudah merasa tidak kena. Bagaimana Olivia kenal dia dan Bunga walaupun tidak pernah bersua muka. Terutama apabila dia dan Bunga di panggil dengan gelaran ibu dan ayah.
Atir sudah telan air liuh. Sepatutnya Olivia tidak kenal Fazrin dan Bunga kerana mereka tidak pernah bertemu. Tenang Atir tenang, boleh bawa bertenang lagi ni.
"When you both come. Abang why you not wake-up me?" Kali ini Amar pula di pandang.
Peluh semerta keluar terpercik berbaris-baris di dahi. Panggilan Abang untuk Amar hanya untuk ahli keluarganya sahaja. Macam mana Olivia boleh tahu. Kesilapan apa yang telah dia buat ni. Rasanya semuanya betul.
Amar sudah menjeling tajam Atir. Dia sudah merasa tidak sedap hati. Ubat apa yang Atir berikan kepada Olivia. Kesannya tidak sama seperti yang Bunga ambil dulu berdasarkan cerita dari Fazrin sebelum ini.
"Why everyone silent? Why look Atir?" Olivia menjadi tanda tanya melihat semua orang.
Memang sekarang semua mata tertumpu pada Atir. Semua menanti jawapan dari Atir walaupun tiada satu pun soalan yang keluar dari mulut mereka.
Atir masih cuba bertenang. Olivia di pandang sekali lagi. "Do you know us?"
"Of course, why you ask me like that?" Olivia merasa pelik dengan pertanyaan Atir. Ada sesuatu terjadi padanya ke. Kemudian Olivia melihat badannya. Dia terkejut. kenapa dia terlalu kurus. Patutlah dia tidak mampu bangun sendiri.
"Abang what happened to me?" Selepas melihat tubuh sendiri, Amar kembali di pandang. Dia mencari jawapan. Kenapa dia tidak ingat apa-apa yang terjadi pada badannya.
"You have a high fever and have been unconscious for few days." Tipu Atir. Memang mereka semua sudah bincang apa yang perlu di jawab jika Olivia bertanya akan dirinya.
"Ibu and ayah came because of me? Sorry to bother both of you." Olivia berasa bersalah.
"You don't bother we both. The important thing is that you get well again." Balas Bunga biasa. Padahal hatinya sudah kegusaran. Dia merasa tidak sedap hati.
"Thank you Ibu Ayah." Balas Olivia dengan tersenyum manis.
"Abang." Olivia menghulur tangan pada Amar agar lelaki itu dekatinya.
Atir yang melihat pantas menolak Amar dekat Olivia. Kini dia berada dekat dengan pintu keluar. Jika terjadi apa-apa dia boleh berlari dengan pantas untuk menyelamatkan diri.
Amar di pandang dengan penuh kasih sayang. "Ibu ayah have come. Can our wedding date be speeded up? No need for ibu and ayah to come again. I don't want to bother them."
Amar sudah cuak. Dia tidak mampu membalas pertanyaan Olivia. Begitu juga Fazrin dan Bunga. Dalam kesunyian tanpa sebarang jawapan. Atir tiba-tiba bersuara.
"Jadi inilah perbezaannya. Ibu benci Ayah. Bila berubah 90 percent maka benci bertukar suka. Sepatutnya formula ayah tak perlu ubah apa-apa."
"Atir!!!!" Fazrin, Bunga dan Amar menjerit serentak.
Atir yang terkejut pantas lari menyelamatkan diri.
Olivia juga terkejut dan terpinga-pinga. Apa yang berlaku sebenarnya.
NOTE FROM D.A : SORRY YOU ALL SIKIT SANGAT PULA CHAPTER 10 NI.
Share this novel