Fazrin menyinggung lengan Bunga untuk melihat ke arah Lily. “Lily kenapa?” Rasa semalam sebelum masuk bilik muka anaknya itu ceria sahaja. Sekarang wajahnya monyok, matanya bengkak merah seperti mula-mula dia suruh berkahwin dengan Ali.
“Mana sayang tahu,” balas Bunga.
“Tak tahu tanyalah. Tak kan Bie yang nak tanya. Perempuan sama perempuan,”
“Bie tunggu sini!” Bunga dekati Lily yang sedang mengupas bawang. Di cuit sedikit tangan Lily sebelum memulakan bicara. “Anak ibu okay tak?”
Lily geling kepala.
“Apa yang tak okey. Cuba cerita dekat ibu.” Bunga cuba mengorek rahsia kenapa wajah Lily seperti baru lepas makan buah limau nipis.
Lily tiba-tiba menangis tersedu-sedu. “Ibu! Pak Ali tak suka Lily! Hua hua hua.”
Fazrin yang sudah menyelit antara Lily dan Bunga sedari tadi mengaru kepala. Mustahil Ali tak suka anaknya. Orang lelaki pantang nampak perempuan. Lagi-lagi dah sebilik. “Macam mana Lily tahu Ali tak suka Lily?” Tanya Fazrin.
“Dia sendiri cakap!” Lily menangis memeluk tubuh Bunga. Bunga cuba memujuk dengan mengusap belakang badan anaknya itu. Itulah orang cakap tak dengar sampai habis. Kan dah salah faham.
“Itulah sayang, dulu tak sukakan Bie sangat. Tengok sekarang anak sendiri kena?”
Bunga terus berikan jelingan maut sebaik Fazrin habis berkata.
Lily melepaskan pelukannya lalu memandang Fazrin. “Habis tu ayah buat macam mana sampai Ibu boleh sukakan ayah?”
“Ayah dulu goda ibu dengan badan six pack ayah,” Fazrin mengosok badan sendiri yang sekarang ini sudah buncit.
“Tak kan Lily nak goda guna badan Lily. Lily malu lah.” Lily rasa dia tidak boleh ikut seperti Fazrin katakan. Lagipun dia tidak mahu di panggil perempuan tiada harga diri oleh Ali.
“Lily manja-manja dengan Ali. Orang lelaki suka perempuan yang manja.” Cadang Fazrin. Dia pula yang teruja beri cadangan untuk Lily mengurat suami sendiri.
“Jap ayah.” Lily mengambil telefon pintar yang berada di hadapanya lalu menulis sesuatu.
Di tulis pada nota di telefon.
PROJECT MEMIKAT PAK ALI.
1. Bermanja.
“Lagi ayah. Kalau tak jalan?” Suami kacak terus tekad Lily mahu berusaha untuk memikat suami.
“Tadi goda pakai badan.” Fazrin ulang semula. Bunga sudah pergi meninggalkan dua beranak itu berbincang. Malas dia hendak masuk campur. Baik dia buat sarapan pagi. Lagi bagus.
“Tu yang last la Ayah. Lily malu.” Wajah Lily turut kemerahan menunjukan dia sememangnya malu.
“Panggilan manja. Janganlah panggil Pak Ali. Ayah dengar pun geli telinga.”
“Habis tu nak panggil apa? Abang tak nak lah nanti sama macam orang lain. Kalau Bie sama macam ayah. Kalau baby, tak best sangat. Tak sesuai untuk Pak Ali.” Ligat Lily memikirkan panggilan manja apa yang sesuai untuk Ali.
“Apa susah... Google lah.” Cadang Fazrin.
“Betul juga. Ayah ni memang cerdiklah.”
Kedua beranak itu berbincang hingga Bunga selesai kerja memasak. Sampai sudah di panggil anak menantu, masih juga Lily dan Fazrin tidak habis mesyuarat tidak formal mereka.
“Tu suami Lily dah sampai. Layan baik-baik. Mula-mula memang tak nampak. Nanti lama-lama Lily nampak kesannya,” Fazrin berbisik pada telinga Lily. Lily mengangguk kepala tanda faham.
“Pak Ali, duduk sini.” Di tarik kerusi di sebelahnya.
Fazrin menyepak kaki Lily. Isyarat mata di beri. Dia menyuruh Lily memanggil Ali dengan panggilan manja.
Ali duduk seperti yang di arahkan sambil memangku Danish. Danish sudah tahu Ali yang kacak itu ayahnya selepas melihat Damia bermain dengan Ali seperti biasa. Damia pula duduk di sebelah Bunga.
Lily berusaha untuk keluarkan panggilan manja untuk Ali tapi tidak berjaya. Dia merasa malu di hadapan abang dan adiknya. Panggilan Pak Ali hanya bertukar ke Awak sahaja. “Awak nak banyak nak sikit?” Lily bertanya sebelum menyedukkan nasi goreng ke pinggan Ali.
“Sikit sahaja.” Balas Ali ringkas.
Fazrin sudah menepuk dahi. Tak apalah baru permulaan.
..
Sudah segala kerja kemas mengemas saki baki kenduri semalam, Ali mencari Lily pula. Tadi Lily ke hulu ke hilir ikut di belakangnya yang turut menolong sama, malah kedua anaknya turut di kerah oleh Lily. Ikut sahaja pula tu anaknya. Sungguh pelik dan ajaib, ilmu apa yang Lily guna hingga kedua anaknya turut sahaja.
Yang lagi pelik bagi Ali adalah pandangan mata Lily. Tiada jelingan benci langsung. Rasanya sebelum ini hari-hari dia dapat jelingan itu. Sekarang setiap kali dia terpandang wajah Lily mesti di hidangkan dengan senyuman. Ke sebelum ni mata aku salah tengok.
Ali masuk ke bilik tidur Lily dengan malu-malu kucing. Dah Lily dan anak-anak tiada di dalam rumah pasti di dalam bilik. Buka sahaja pintu Ali sudah di hidangkan tiga beranak yang sedang tidur bersepar di atas katil. Mungkin penat agaknya. Walaupun yang kecil menolong lebih banyak main tapi mesti penat juga.
Nak beritahu Lily atau pergi sahaja. Garu kepala sekejap Ali. Kalau tak beritahu nanti orang tua Lily tanya anaknya tidak dapat jawab dia juga yang kena nanti. Tapi nak kejutkan Lily rasa takut pun ye, kecian pun ye.
Fikir punya fikir akhirnya Ali mengambil keputusan untuk mengejutkan Lily. “Awak,” di goyang lembut badan Lily.
“Ermm...” jawab Lily dengan mata tertutup.
“Saya nak pergi tengok orang kerja buat rumah,” kata Ali perlahan. Tak tahu Lily dengar atau tidak.
Mata Lily tiba-tiba terbuka luas. “Nak ikut.” Terus bangun lalu mengambil tuala untuk mandi terlebih dahulu.
Terkejut Ali kerana tidak menyangka Lily mahu ikut. Tidak pernah terfikir langsung oleh Ali, Lily mahu ikutnya. Tapi bagi Ali, dia sebenarnya lebih suka kalau Lily ikut. Lily tahu apa yang dia buat, tak lah akan ada pergaduhan kerana cemburu buta. Tapi Lily nak cemburu ke dengan aku.
“Awak tak yah mandi. Saya pun tak mandi lagi. Nanti berpeluh lagi.”
Langkah kaki Lily terhenti. “Tapi tak apa ke? Tak busuk?”
“Tak apa. Awak dengan saya je kan. Kita sama-sama busuk.” Terang Ali.
Lily tersenyum malu. “Awak busuk saya busuk. Awak wangi saya wangi. Saya beritahu ibu ayah tengokkan D and D.”
Sekelip mata hilang Lily dari pandangan mata Ali. Ali keluar dari bilik Lily dan menunggu Lily di atas motornya.
“Pak Ali pakaikan helmet,” topi keledar Lily di hulurkan kepada Ali. Mukanya di tadahkan di hadapan Ali. “Tudung Lily jangan renyuk ye.”
“Ye.” Di ambil topi keledar dari tangan Lily. Tersenyum sendiri Ali melihat wajah Lily. Di pakai hati-hati agar bucu tudung Lily sentiasa cantik. “Dah.”
Lily terus naik di belakang motor. Tangannya terus melingkari memeluk badan Ali. Dup dap terus jantung Ali kena peluk.
“Bye ibu... Tengok kan D and D ye.” Sempat Lily melambai sebelum motor Ali bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
“Bie tengok Ali tu pun sukakan Lily. Lily saja fikir bukan-bukan.” Fazrin bersuara sebaik Ali dan Lily tidak kelihatan lagi. “Kalau tak suka tak kan, tengok Lily sikit tersenyum-senyum sendiri.”
“Kita tengokkan sahaja,” balas Bunga.
Ada sepasang telinga sedang bergerak-gerak mendengar perbualan Bunga dan Fazrin. “Jadi dua-dua suka sama suka tapi tak nak mengaku.” Dia tersenyum jahat. “Aku perlu buat sesuatu.”
“Abang. What are you doing?”
“Nothing.” Pantas Amar menarik tangan Olivia untuk ikutnya masuk ke dalam bilik. “You want go shopping?”
“Shopping?” Olivia melihat pelik wajah Amar. “Abang want me go shopping?”
Amar mengangguk kepala. “Yes. Jom siap.”
Pelik sungguh Olivia melihat Amar.
Share this novel