Bunga tersedar dari tidur dan meraba di sebelahnya. Terasa Fazrin tiada Bunga buka matanya untuk melihat. Kelihatan Fazrin sedang duduk di atas sejadah mengadap kiblat.
“Bie kenapa tak kejut sayang juga,” Bunga bangun terus ke bilik air.
Fazrin bentangkan sejadah untuk Bunga. Dan telekung isterinya di pegang. Sebaik Bunga keluar baru Fazrin balas. “Bie tengok sayang letih sangat. Tak sampai hati nak kejutkan sayang.”
“Tak apa Bie,” Bunga balas dengan senyuman manis.
Bunga yang sudah berwuduk tidak jadi untuk memakai telekung sebaik melihat wajah suaminya. Tangan Fazrin yang di pegang. “Sayang minta maaf dari hujung rambut sampai hujung jari kaki. Halalkan semua yang pernah Bie berikan kepada sepanjang perkahwinan kita.” Bunga mahu menangis tapi di tahan. Dia tahu suaminya tidak lama. Bunga juga tahu Fazrin seperti sudah ketahui yang masa untuknya sudah singkat.
Sebelum ini dia tidak hiraukan tanda-tanda pelik Fazrin. Tapi sekarang dapat dia lihat dengan jelas tanda di raut wajah suaminya.
“Bie dah halalkan semuanya. Bie juga minta maaf, segala baik buruk Bie pernah buat pada sayang.”
Bunga mengangguk kepala. Dia sudah tidak mampu keluarkan suara. Takut buka mulut tangisan yang akan pecah dahulu. Di peluk Fazrin seerat mungkin. Fazrin membalas dan mencium ubun-ubun Bunga agak lama.
“Sayang pergi ambil wuduk semula. Lepas sayang solat kita ngaji sama-sama.”
Bunga turutkan apa yang di arah oleh Fazrin.
“Sayang rasa, dosa Bie membunuh di ampunkan tak?”
Bunga yang sedang mengaji terhenti kerana di ganggu dengan soalan tiba-tiba oleh Fazrin. Wajah tampan suaminya di pandang. “Insyallah Bie. Bie tak perlu fikir sangat,”
Fazrin angguk kepala. Sepanjang hidup, rasa bersalah itu sungguh menghantui diri. Tidak pernah dia merasa aman kerana memikirkan dosa besar yang pernah dia buat.
“Sayang tengokkan Lily ye kalau Bie dah tak ada. Bie tak nak Lily jadi macam Bie. Bie dah beritahu Atir dan Amar, tapi sayang kena pantau juga Lily.” Fazrin sangat-sangat risaukan Lily. Lagi-lagi Lily mempunyai sifat dendam yang sama sepertinya.
“Insyallah Bie.”
“Bie nak rehat sekejap, nanti subuh kejutkan Bie,” Fazrin bangun dari duduk dan memuju ke katil.
Bunga melihat Fazrin sudah menutupkan Mata baru menyambung semula mengaji. Di kuatkan hatinya untuk mengadapi orang tersayang pergi pada bila-bila masa sahaja.
“Bie.”
“Bie, dah subuh,”
Bunga bangun dekati Fazrin selepas suaminya tidak bergerak dengan panggilannya. “Bie bangun,” Bunga goyangkan sedikit badan Fazrin tetapi tiada tindak balas.
Darah terus mengalir laju di seluruh badan Bunga. “Bie,” Di kuatkan goncangan tangannya.
“Bie!”
Bunga memeriksa nadi Fazrin tapi tidak dapat di kesan. Telinganya juga di letakan di dada Fazrin tapi tiada satu pun denyuntan jantung yang di dengar.
“Bie...” Bunga sudah tersedu menangis.
Amar yang ingin mengetuk pintu bilik Bunga dan Fazrin untuk mengejutkan kedua orang tuanya untuk berjemaah subuh terhenti apabila terdengar suara tangisan ibunya. Amar terus menyerbu masuk.
Bunga memandang wajah anaknya dengan mata yang berair. Amar pantas melihat tubuh ayahnya yang terbaring kaku.
“Kenapa ibu menangis? Ayah kenapa?” Amar menerpa ke arah Fazrin. Di perikasa nadi Fazrin dan jawapan yang di terima adalah sama seperti Bunga.
“Ayah tak apa-apa ibu. Amar call ambulance,”
Sebaik menunaikan solat subuh bersama Lily, Ali menerima panggilan daripada Amar.
Wajah Lily terus di pandang sebaik menerima khabar kematian Fazrin.
“Bie, ayah meninggal dunia,” Ali cuba setenang mungkin agar Lily tidak terkejut.
“Innalillah... Ayah siapa?” Lily masih tidak mengerti. Kerana Fazrin kelihatan baik-baik sahaja semalam sebelum ikut Amar pulang.
“Ayah Bie.”
“Sayang main-main kan. Ayah semalam sihat je.” Lily masih tak percaya.
Ali tahu Lily sebenarnya masih tidak dapat terima hakikat kepergian Fazrin. “Kita kemas baju, kita pergi rumah Amar sekarang. Amar kata, ibu dah setuju nak kebumikan Ayah dekat sana.”
Pantas tangan Ali bertindak. Baju untuknya di sumbat ke dalam beg dengan cepat. Lily yang terkejut terduduk diam seperti di pukau.
Beg baju Lily yang masih tersimpan baju untuk mengikut Amar balik semalam di angkat sekali untuk di masukan ke dalam bonet kereta.
Lily masih duduk terkaku, seperti sedang berkhayal. “By salin baju,” jubah putih di almari di ambil dan di sarungkan ke badan Lily.
“Awak tipu kan?” Lily melihat Ali dengan wajah tidak percaya. Dia berharap apa yang Ali katakan tadi hanyalah mainan sahaja.
Ali geling kepala.
Siap sediakan Lily. Ali tarik sahaja Lily untuk di bawa pergi.
“Ayah tak ada sakit apa pun! Atir tak percaya,” Atir juga tidak dapat menerima hakikat akan kepergian Fazrin. Sebaik sampai di rumah Amar. Tubuh Fazrin di cari. Di periksa setiap inci.
“Dah Atir!” Amar cuba menarik Atir.
Atir menepis tangan Amar. “Ayah bangun! Benda macam ni ayah jangan buat gurau boleh tak?!”
“Atir!” Amar meninggikan suaranya sedikit.
“Ayah!” Atir menangis sambil mengoncang tubuh Fazrin. “Bangun Ayah!”
Bunga yang duduk di kerusi hanya mampu melihat dengan sayu. Sesekali bawah matanya di kesat untuk membuang air yang keluar.
“Kecian dekat ibu Atir. Atir patut beri kekuatan pada Ibu, bukan melayan perasaan macam ni. Ibu lagi terasa daripada orang lain,” Amar cuba memujuk. Amar bukan tidak sedih. Malah dia lagi terkilan kerana tidak dapat menunaikan permintaan Fazrin untuk bertemu sahabat lamanya.
Dengar kata Amar, Atir terus memandang ke arah Bunga. Kemudian dia bangun melangkah ke arah ibunya itu.
Tiga jam perjalanan akhirnya Lily dan Ali selamat sampai di rumah Amar. Suasana rumah sudah di penuhi orang yang datang melawat dan anak-anak tahfiz. Fazrin juga sudah siap di kafankan. Hanya menanti Lily untuk sampai sebelum di sembayangkan dan di kebumikan.
Masuk sahaja ke dalam rumah, Lily terus ke jenazah Fazrin. Dia menangis tersedu-sedu sambil memeluk untuk saat terakhir orang tuanya. Ali yang berada di sisi Lily hanya melihat dengan sayu. Banyak budi Fazrin taburkan padanya dahulu jika di ingatkan balik. Lagi-lagi saat menjaga kedua anaknya.
“Dah by,” Ali mengusap belakang Lily apabila sudah terlalu lama Lily memeluk tubuh tidak bernyawa Fazrin.
Ali cuba memapah Lily, baru beberapa langkah Lily jatuh rebah ke bumi. Dia sangat-sangat terkesan dengan kepergian Fazrin. Lagi-lagi Lily sangat rapat dan manja dengan ayahnya.
Lily sedar melihat dirinya sudah terbaring di atas katil. Di sisinya mempunyai Damia dan Danish sedang melihat kearahnya dengan wajah seperti kerisauan.
“Yah! Yah!” Kuat suara Danish memanggil Ali sebaik melihat Lily membuka matanya. “Mi gun,”
Ali yang duduk di tikar sejadah pantas bangun. “Ibu macam mana?” Lily bertanya sebaik melihat Ali. Kini Lily lebih risaukan keadaan Bunga. Ikatan kasih antara ibu dan ayahnya sangat kuat. Pasti ibu lebih terkesan dengan kepergian Fazrin. Lily juga tahu Fazrin telah di kebumikan. Ketika pengsan dia terdengar suara sayup ibunya mengatakan akan mengembumikan Fazrin tanpa menunggunya sedar. Ketika itu dia mahu bangun tapi badannya terlalu berat.
“Ibu dekat hospital, lepas balik kebumikan ayah. Ibu tiba-tiba pengsan. Tadi saya ada call Atir. Atir kata Ibu dah stabil.” Ali beritahu perkembangan Bunga. “By minum air dulu,”
Di bangunkan Lily untuk duduk. Hanya dua teguk sahaja boleh masuk ke dalam kerongkong Lily. “Saya nak tengok ibu.”
“Esok ye. Sekarang pun awak lemah lagi.”
Lily mengangguk kepala. Kemudian kedua anaknya di pandang. Danish yang setia di sisi di tarik untuk di peluk. “Anak Umi dah makan,”
“Dah,”
“Makan apa?”
“Sik,” balas Danish sepatah.
“Mia kenapa tengok Umi macam tu,” Lily pegang sebelah pipi Damia. Anaknya itu tenung semacam padanya.
“Umi jangan tinggalkan Mia macam ibu dan atuk ye,” mata Damia sudah berair. Sebab itu ketika Lily pengsan Damia sangat risau. Dia teringat akan kepergian arwah Aisyah.
“Sini Umi peluk,” Damia pula di tarik ke sisinya dengan lebih rapat. “Tak sayang. Tadi Umi penat sangat sebab tu Umi pengsan.” Di peluk dan di cium kepala Damia. “Mia jangan sedih ye.”
Damia angguk kepala sambil memeluk tubuh Lily.
..
“Atir, ibu nak balik,”
Entah kali ke berapa Bunga minta untuk pulang. Dia pernah duduk di hospital dalam masa panjang jadi Bunga tidak suka dengan suasana hospital. Bau tidak menyenangkan menusuk hidung Bunga.
“Esok ye ibu. Tekankan darah ibu rendah sangat. Ibu boleh pengsan lagi sekali.” Atir juga tidak jemu memujuk. Dia tidak mahu kehilangan lagi satu orang yang di sayang.
“Atir bagitahu Amar, jangan suruh Olivia buat kerja berat.” Tiba-tiba Bunga teringatkan menantunya. Risau jika jadi apa-apa pada Olivia.
“Ibu jangan risau. Kenduri malam nanti Amar upah sahaja. Akak memang tak buat pape. Lagipun kalau ada apa-apa urusan Abang Ali pun ada,”
Bunga mengangguk kepala. “Lily macam mana Atir?”
“Abang call tadi cakap tak sedar lagi. Ibu jangan fikir banyak. Ibu rehat sahaja.” Tangan Bunga di gengam. Wajah Atir juga seperti merayu agar Bunga terus berehat tanpa memikirkan orang lain.
“Ibu duduk saja lagi buat Ibu fikir. Lagipun Lily...”
“Akak baik-baik sahaja Ibu.” Atir memotong bicara Bunga. “Atir dah beri pada Abang Ali untuk ubat akak makan setiap hari. Insyallah akak baik-baik sahaja. Lagipun akak dah tak pernah buat benda bukan-bukan. Pandailah Abang Ali uruskan akak. Ibu jangan risau ye.”
“Ye...”
Manakala di kampung, sudah kecoh Aimi mengandungkan anak luar nikah dan pelakunya adalah Ali. Kematian Fazrin juga sudah di dengari oleh semua pihak dan mulalah timbul fitnah mengatakan Fazrin meninggal dunia kerana terkejut dengan berita akan menantunya. Wahal kematian Fazrin tiada kaitan langsung dengan fitnah yang tersebar.
Ahli group WA kampung mula mencaci Ali tanpa usul periksa. Mula menuduh sesuatu yang tidak pasti. Mula menuduh kematian Fazrin kerana Ali. Bukan itu sahaja, ada yang bertindak membuat report polis bagi pihak Aimi untuk menuntut Ali bertanggungjawab.
Malah ada yang berani cuba menelefon Bunga hanya semata kerana ingin mencaci kerana tidak dengar kata-kata mereka sebelum ini agar tidak mengahwinkan Lily bersama Ali. Bukan mahu mengucap takziah tapi cacian yang di beri.
Tapi Atir dan Amar pantas bertindak dengan menyorokan telefon ibu mereka. Manakala Ali menyorokan telefon Lily. Ali juga telah perjelasan apa yang telah berlaku sebenarnya pada Atir dan Amar agar tidak timbul salah faham. Atir pada mulanya merasa ragu tapi sebelum Fazrin meninggal dunia dia ada menceritakan serba sedikit permasalan berlaku pada keluarga Lily pada Amar. Jadi Atir terpaksa percaya kata-kata Ali. Walaupun Amar hanya anak angkat sahaja tetapi Fazrin sangat mempercayai Amar untuk menjaga kedua adiknya.
Share this novel