Kepekatan malam membuatkan suasana menjadi sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik sedang berzikir menghiburkan kesunyian malam.
Ali bangun dari pembaringan apabila melihat isterinya masih tidak melelapkan matanya. Risau jika isterinya lenguh badan tapi hanya diamkan diri sahaja kerana tidak mahu menyusahkan dirinya. "Sayang ada sakit mana-mana ke?"
Aisyah geling kepala. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak dapat melelapkan mata seperti selalu. "Abang, kalau sayang tak ada. Abang akan cari penganti sayang ke?"
"Sayang cakap apa ni? Abang tak suka lah sayang cakap bukan-bukan. Selagi Abang ada, cinta Abang memang untuk sayang seorang sahaja."
"Sayang saja nak tahu jawapan dari Abang." Tangan Ali yang duduk di sebelahnya di ambil. Wajah suaminya di pandang penuh dengan kasih sayang. Dia tahu kenapa suaminya kelihatan serabai tidak seperti dahulu. Dia tahu kenapa setiap kali keluar suaminya sentiasa memakai pakaian seperti kain buruk. Semua kerana dia. Suaminya tidak mahu dia cemburu.
"Sampai bila-bila tiada penganti sayang dalam hati Abang." Tangan Aisyah di kucup lembut.
Aisyah senyum. Dia suka dengan apa sahaja ayat yang keluar dari mulut suaminya itu. Apa yang keluar pasti amat menyenangkan hati seorang isteri. "Tapi hidup perlu di teruskan Abang. Kalau Abang nak cari penganti Aisyah. Abang cari orang yang boleh terima anak kita. Orang yang anak kita pun sayang pada dia. Aisyah izinkan Abang kawin lain." Berat sekali untuk dia lafazkan tetapi sampai bila dia perlu menyeksa batin suaminya. Suaminya muda lagi pasti keinginan yang dia tidak mampu tunaikan terpendam tertahan di lubuk hatinya. Semua yang suaminya buat adalah semata untuk menjaga perasaannya.
"Tak! Tak ada sekali pun Abang terfikir untuk duakan sayang. Tiada sekali pun Abang terniat untuk Abang cari orang lain. Dalam hati Abang, hanya ada sayang seorang. Tiada sesiapa boleh gantikan tempat sayang. Sayang cakap lagi benda ni, Abang tak teragak untuk tak bercakap dengan sayang langsung." Ali merebahkan badannya dan memalingkan badannya membelakangi Aisyah.
"Abang..." Badan Ali yang tidak berbaju di sentuh. "Sayang minta maaf."
Tiada balasan dari Ali.
Aisyah kembali bersuara "Sayang janji tak cakap lagi."
Tapi masih tiada balasan dari Ali. Aisyah tahu suaminya itu sedang merajuk. Badannya di rapatkan pada badan Ali lalu di peluk dari belakang. Sampai bila dia perlu menyeksa batin suaminya. Sampai bila dia perlu menyusahkan suaminya.
Aisyah ikhlas untuk melepaskan Abang. Aisyah nak abang cari yang lebih baik dari Aisyah. Aisyah nak abang bahagia.
..
Keceriaan di wajar Amar terpancar dengan jelas sekali. Wajahnya sentiasa tersenyum kerana laluannya untuk menjadikan Lily isterinya terbuka dengan luas dan mudah. Tidak dia duga ayahnya tahu apa yang tersimpan di hatinya selama ini.
"You look so happy today Amar" Amar di tegur dari belakang. Dia juga merasa badannya di sentuh oleh tangan lembut kawan sekerjanya itu.
"Yes, I'm happy today, Tomorrow and next next day?" Balas Amar dengan wajah yang ceria. Tangan Olivia yang menjalar di badannya di tepis dengan lembut. Dia tidak salahkan Olivia yang sesuka hati menyentuh tubuhnya kerana sekarang dia berada di negara yang bebas pergaulan antara lelaki dan wanita. Kalau ada Lily di hadapanya sekarang ini, mungkin habis Olivia di belasah adiknya itu.
"What make you so happy?" Gadis cantik itu menongkat dagu melihat Amar.
"I will marry my sister. You know right, I love so much my sister. Finally I will get her" Jelas Amar. Dia sendiri tidak sabar untuk pulang. Jika ikutkan hati, hari ini juga dia mahu pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan adiknya itu.
Senyuman di wajah Olivia hilang. Tetapi pantas dia tersenyum manis semula selepas Amar melihat ke arahnya. "Congratulations. When your wedding?" Olivia cuba untuk jadi seperti biasa walaupun hatinya sakit menerima khabar berita gembira Amar tetapi duka baginya.
"After my job settle. 3 month from now. I will invite you to my wedding."
"Okay. I will wait." Balas Olivia yang cuba untuk semesra mungkin. "I go first." Olivia melangkah pergi meninggalkan Amar seorang diri. Wajahnya yang manis bertukar sebaliknya.
Sepanjang masa dia bersama Amar. Sepanjang masa dia mengambil berat akan lelaki itu tapi tidak pernah sekali pun Amar menganggap dia lebih dari seorang kawan.
Apa kurang dirinya di mata Amar. Tidak cukup cantikkah dia. Amar ada tiga bulan lagi di sini. Jadi dia perlu buat sesuatu untuk dapatkan Amar agar menjadi miliknya seorang.
Amar miliknya seorang. Jika dia tidak dapat Amar bermakna orang lain jauh sekali boleh dapat memiliki lelaki itu.
..
Lily terpusing-pusing ke kiri dan ke kanan di atas katil miliknya. Dia terfikir kembali apa yang ayahnya katakan tadi. Kawin dengan Amar. Walaupun Amar bukan Abang kandungannya tapi tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berkahwin dengan Abangnya sendiri.
Lily terbayang dia sedang bersanding bersama Amar. Kemudian terbayang dia menjadi isteri kepada Abangnya sendiri. Terbayang dia sedang mengandungkan anak Abangnya.
Ah!!! Tidak!!
Dia tak nak. Walaupun dia sayangkan Amar tapi tidak bermakna dia mahu bersama dengan Abangnya itu sehingga akhir hayat.
Pantas Lily bangun dari pembaringan. Dia berlari keluar dari balik menuju ke bilik orang tuanya. Pintu dia ketuk beberapa kali sebelum dia merempuh masuk.
"Lily tak nak kawin dengan Abang! Lily tak nak! Tak nak! TAK NAK!"
Fazrin dan Bunga pandang semasa sendiri. Anaknya dah kenapa.
Share this novel