“Pak Ali pergi kerja lagi ke nanti?” Lily bertanya semasa mengambil kemeja lusuh yang Ali buka dari badannya. Kalau pergi kerja lagi baju itu akan di gantung tepi tapi kalau tidak dia masukan dalam pakaian untuk di basuh.
“Tak dah,” jawab Ali sebelum masuk ke bilik mandi.
Lily meraba poket kemeja jika ada barang terselit sebelum di basuh. Lily terhidu bau yang sangat busuk di baju Ali. Selalu berpeluh tidaklah busuk macam ni. Ni dah macam bau bangkai pun ada.
“Pak Ali buat apa tadi sampai busuk sangat baju ni?” Lily bercakap agak kuat agar Ali dengar dari dalam bilik mandi.
“Saya duduk dalam pejabat sahaja, Hari ini Kak Lia tak datang kerja,” Ali jawab dari dalam.
Kalau duduk di pejabat sahaja tak akan bau macam ni. “Saya buang la baju Pak Ali ni, bau macam bangkai la. Nanti saya carikan baju ayah yang dah tak guna untuk Pak Ali,” Kali ini Lily berdiri di tepi pintu bilik mandi.
“Okay, ikut Lily la,” jawab Ali mudah. Fazrin sudah beritahu pada Ali lebih awal. Kalau Lily mahu buat apa sahaja untuknya di iyakan sahaja kecuali benda yang memudaratkan. Takut Lily fikir bukan-bukan dan mendatangkan kemudaratan pada dia pula. Ali melihat badan sendiri dia masih sayang akan badannya.
Sebaik Ali keluar dari bilik mandi dia di terjah oleh Lily. “Pak Ali cuba bau.” Lily hulur tangannya pada Ali. “Lily dah basuh pun tak hilang bau busuk yang lekat dekat baju Pak Ali tadi,”
Sebaik hidu Ali pantas menjauhkan hidungnya dari tangan Lily. “Macam ni ke bau baju saya tadi?” Ali tanya untuk kepastian.
“Ye, tapi lagi busuk.” Lily mengangguk kepala. “Macam mana nak hilangkan ni Pak Ali?”
“Sini saya basuhkan,” Ali tarik Lily masuk ke bilik mandi. Di sabun tangan Lily dan di gosok setiap celah hingga dia puas. Kemudian dia hidu tangan Lily lagi sekali tapi bau busuk itu tetap ada.
“Tetap busuk kan?” Lily sudah berkali-kali basuh tangannya dengan sabun di dapur tapi tetap sama.
“Tadi masa saya makan tak bau kan?” Ali sudah merasa pelik.
“Tak ada,”
“Awak tunggu sekejap, saya pergi ambil daun bidara.” Ali melangkah pergi ke luar rumah di ikuti Lily di belakang. Suruh tunggu pun masih juga membontut.
“Ayah, ambik daun juga?” Ali menegur Fazrin yang sedang memetik daun bidara juga.
“Aha, kamu pun nak petik ke?” jawab Fazrin sambil tangannya tidak henti melakukan kerja.
“Aha, tangan Lily bau busuk tak hilang basuh,” Jawab Ali yang turut memetik daun.
Tangan Fazrin berhenti memetik daun lalu memandang ke arah Lily yang sedang berdiri di pintu dapur sambil melihat ke arah dia dan Fazrin. “Busuk macam mana?”
“Macam bangkai, Lily cakap dari baju saya bau tu. Tapi rasanya saya tak buat apa-apa pun tadi. Cuma duk dalam pejabat sahaja.” Jawab Ali.
“Bau macam ni ke?” Fazrin hulur tangan di hidung Ali.
Ali yang terkejut pantas menjauhkan hidungnya dari tangan Fazrin. “Sama ayah,”
“Siapa lagi yang pegang badan kamu?” Fazrin sudah merasa tidak sedap hati.
“Tapi Lily pegang baju saya je. Tak pegang badan,” jawab Ali dengan polos.
“Ish! Budak ni lembab la,” geram pula Fazrin dengan Ali yang sedikit lembab ini. “Siapa yang sentuh badan, baju, barang kamu? Selain ayah dengan Lily tadi.”
Ali garu kepala bila kena tegur dengan Fazrin. “Tak ada rasanya.”
“YAKIN!” Fazrin mahukan kepastian.
“Ye, yakin! Saya hantar Mia terus pergi pejabat. Balik saya singgah pizza sahaja, jemput Mia terus balik,” sejelas yang mungkin Ali berikan jawapan agar Fazrin tidak ragu dengannya.
“Baju kamu pakai tadi mana?” soalan lain pula di tanya.
“Lily kata dia nak buang,”
Pantas kaki Fazrin melangkah ke anaknya. “Baju Ali tadi mana?”
“Lily bakar, api bakar sampah pagi tadi ada lagi,” Jawab Lily. “Kenapa ayah?” dia pelik melihat sikap Fazrin yang gelabah semacam.
“Ali! Kau panggil mana-mana ustaz datang rumah cepat!” Arah Fazrin sebelum masuk ke dalam rumah.
..
“Ibuu... Ish! Ish!” Badan Bunga di peluk erat, tidak mahu di lepaskan. Habis basah lecun wajah Lily dengan air mata sendiri.
Ali garu kepala yang tidak gatal melihat Lily. Mungkin dia tidak perlu pulang jika Lily berterusan begini. Tapi kalau tidak pulang, apa yang dia lakukan sebelum ini akan membazir sahaja. Bukan sikit modal membuat rumah. Belum perabot dan peralatan dalam rumah lagi.
“Kamu jangan mengada boleh tak Lily,” Bunga berusaha sedaya upaya untuk menolak badan Lily untuk melepaskan pelukan yang di beri.
“Nanti Lily rindukan ibu,” makin kejap pelukan Lily.
“Rumah ibu dengan Ali sekangkang kera sahaja. Kalau rindu datang, kalau tak rindu lagi bagus. Tak ada orang ganggu Ibu dan ayah,” Lagi sekali Bunga menolak badan Lily. Rasa tak selesa di peluk begini. “Ali kamu tarik isteri kamu ni,”
“Tak nak!” makin kejap Lily memeluk Bunga.
Ali berada di tengah-tengah antara ibu mertua dan isteri. Mahu dengar cakap Bunga atau Lily. Dia tidak dapat membuat keputusan. Akhirnya Ali memandang Fazrin untuk meminta pertolongan.
Cepat Fazrin mengeling kepala, dia tidak mahu masuk campur urusan Bunga dan Lily. Kang tak pasal dia pula kena.
Terpaksalah Ali bertindak sendiri. “Kalau Lily tak nak ikut saya dulu pun tak apa, Saya balik dulu untuk bersihkan apa yang patut,”
Terus Lily melepaskan pelukan pada badan Bunga. Ali di padang dengan wajah tidak berpuas hati. “Pak Ali memang tak pernah sayang saya kan! Sebab tu tak kisah saya ikut balik atau tidak! Nak balik sendiri kan, pergilah balik sana!,” Habis berkata Lily masuk semula ke dalam rumah.
Kedengaran pintu bilik di hempas dengan kuat.
“Ayo tak tahu dah merajuk,” Fazrin buat muka mengejet melihat Ali.
Ali melihat ayah mertuanya. Ayah pun tak matang macam mana anak nak matang. Ali masih pening dengan keluarga Lily. Setiap ahli keluarga berperangai pelik. Hanya ibu sahaja yang seperti biasa. “Ibu Ayah tengokkan Mia Danish sekejap,” Tapi yang Ali paling tabik, mereka semua rapat satu sama lain. Jika meminta pertolongan pantas membantu. Dan anak-anak Fazrin dan Bunga semuanya hormat pada orang tua mereka.
Dapat persetujuan kedua mertuanya, Ali masuk semula ke dalam Rumah. Bilik tidur Lily di tuju. Tak pasal sekarang timbul misi memujuk Lily. Sebab itu dia malas hendak berkata apa-apa kalau Lily tengah mood ke laut. Beginilah jadinya. Nasib baik diri penuh dengan kesabaran.
Ali duduk di belakang Lily yang sedang baring mengiring sambil menutup mukanya dengan bantal. Kedengaran suara sayu Lily menangis.
“Awak...” Ali cuba keluarkan suara selembut mungkin untuk bercakap dengan Lily. Kalau dia berkeras tak akan jalan. Mungkin berlaku pergaduhan yang lebih besar lagi.
“Bukan saya tak sayang awak. Kalau saya tak sayang awak, tak kan saya sanggup buat rumah baru hanya semata saya kawin dengan awak. Kalau saya tak sayang awak, tak kan saya biarkan awak hias rumah yang saya buat ikut kehendak awak semua.”
Lily bangun dari pembaringan setelah dengar ayat yang Ali lafazkan. Air matanya di kesat dan di pandang wajah Ali untuk mencari kepastian. “Pak Ali betul sayang saya?”
Ali mengangguk kepala. “Saya tak nak awak duduk dengan saya sebab terpaksa. Saya tak nak nanti awak hari-hari sedih tak gembira bila tinggal dengan saya. Sebab tu saya bagi awak duduk dulu dengan ibu ayah. Saya nak awak sendiri bersedia tinggal dengan saya.
Kalau ikutkan hati saya ni, saya nak tarik sahaja awak ikut duduk dengan saya. Saya ada hak untuk buat begitu tapi saya tak buat sebab saya tak nak awak ikut sebab terpaksa. Nanti awak tak gembira duduk dengan saya,”
“Saya nak Pak Ali tarik saya untuk ikut Pak Ali” Lily masih memandang Ali dengan mata yang berair.
Ali bangun dari duduknya lalu di hulurkan tangan untuk Lily berpaut. Tidak lupa juga wajah Ali di hiasi dengan senyuman manis. “Jom! Ikut saya,” inilah perempuan, benda mudah nak di susahkan.
Tangan Ali di paut dan Lily mengikut langkah Ali. “Pak Ali,”
“Ye saya,” Ali memandang wajah Lily yang sudah tenang dari merajuk. Dulu ingatkan Lily hanya kuat cemburu tapi rupanya merajuk pun kuat. Dua pasangan yang tidak dapat di pisahkan. Lepas cemburu pasti merajuk. Kadang tiada cemburu tiba-tiba merajuk.
“Pak Ali dah suka Lily, dah sayang Lily. Nanti Pak Ali cintakan Lily pula ye,” Sudah terpujuk terus manja pula. Mana tak Ali dengan pantas cepat sayang pada Lily.
“Inyallah, nanti kita sama-sama tanam rasa cinta itu,”
Lily mengangguk kepala. Bahagia di rasa saat ini.
“Saya balik dulu ibu ayah, nanti ada masa saya datang melawat,” Ali meminta diri sebelum terus melangkah ke kereta.
“Ye, macam biasalah Ali kalau Lily tak buat perangai macam tadi tu, maknanya dia bukan Lily ye,” Fazrin memperingatkan Ali. Kerap juga Fazrin ingatkan Ali akan perangai mengada anaknya itu. Takut juga Ali tak tahan dengan Lily.
Lily jadi begini sebab Amar. Kalau Amar tak melayan bila Lily mengada atau merajuk pasti anaknya tidak seteruk sekarang. Tapi apa nak buat, semua dah jadi. Nasib baik jugalah Lily dapat suami yang penyabar.
“Ibu ayah, Lily pergi dulu,” Lily melambai sebelum masuk ke kereta. Danish dan Damia, Ali yang settlekan masuk ke dalam kereta.
“Bye... Hati-hati bawa kereta.” Balas Fazrin.
Rumah dia pasti sunyi sepi selepas ini. Damia dan Danish pasti akan jarang datang sebab Lily yang mungkin akan jaga sendiri. Lily baru duduk dengannya kini pergi kembali.
“Jom sayang kita memadu asmara,” Fazrin memeluk Bunga dari tepi sebaik kereta Ali sudah tidak kelihatan.
“Asmara, asmara. Dah tua pun gatal tak habis lagi,” Bunga menolak tangan Fazrin yang memeluknya dan masuk ke dalam rumah.
Fazrin mengikut langkah Bunga. “Yela dengan asmara sahaja dapat hilangkan sedih sayang tu. Ingat Bie tak tahu ke sayang tu tengah sedih sebab Lily pergi. Mata sayang tu dah berair lagi tadi.”
Bunga duduk di salah satu kerusi di ruang tamu. “Sayang risau, siapa yang dengki dengan Lily dan Ali berkahwin. Sayang risau mereka sudah duduk berasingan dengan kita, mungkin boleh lagi teruk diaorang kena dari sebelum ini. Sekurangnya dekat sini, Sayang atau Bie boleh sedar jika salah seorang tiba-tiba berperangai pelik.”
“Insyallah sayang, mereka berdua baik-baik sahaja. Mungkin ini ujian rumahtangga anak kita. Kita doakan baik-baik sahaja,”
..
FLASHBACK beberapa minggu yang lepas...
Atir dan Amar yang sedang bekerja di paksa oleh Fazrin untuk balik sekarang juga sebaik Fazrin menyuruh Ali mencari ustaz.
Atir yang malas hendak memandu sendiri menyuruh Amar menjemputnya terlebih dahulu. Masing-masing tidak tahu kenapa orang tuanya mahu mereka berdua pulang. Ada masalah antara Lily dan Ali ke.
“Hi kak? How are you?” Atir menegur Olivia sebaik masuk ke kereta Amar. “You look prettier, since the last time I saw you”
“You also look more handsome today,” Olivia turut memuji Atir.
“More handsome than my brother, right?”
“No, Abang Amar still more handsome than you,” Kembang kempis hidung Amar apabila di puji oleh isteri sendiri.
“Tak payah nak kembang sangat hidung tu abang,” menyampah Atir melihat Amar. Pantang di puji, kembang semua. Macam mana lah akak boleh suka dengan Amar ni. Nasib baik tak jadi kawin.
“Yang Atir sakit hati kenapa, suka hati Abang lah nak kembang ke, nak kucup ke.” Amar memandang Atir dari cermin pandang belakang dan memandang Olivia yang duduk di sisinya. “Atir jealous with me,”
Olivia menoleh melihat Atir. “When you married. Your wife will say same with me. But she will say you more handsome.”
“Nasib baik ada akak pandai ambik hati, nak harapkan abang. Buat sakit hati sahaja.” Balas Atir.
“Betul-betul,” Olivia yang tidak faham hanya main balas sahaja. Dia fikir Atir bercakap perkara yang elok.
“Tengok akak pun cakap betul,” geling kepala Atir melihat Amar.
“Akak bukan faham sebab tu semua betul,” balas Amar, sakit hati betul dengan Atir.
“Akak, you understand what I say?” Atir sengaja mahu mencari pasal lagi dengan Amar. Sudahlah menumpang, sakitkan hati orang yang memberi tumpang pula tu.
“I know what you say,” balas Olivia yang tidak tahu apa-apa.
“Look!” Atir menjengah ke hadapan sambil tersenyum melihat Amar. Sudahlah senyum memang jenis sinis. Kini terus bertukar senyum jahat.
“Kau duduk diam dekat belakang,” Amar tolak sahaja muka Atir hingga terduduk bersandar.
“Abang rasa sebab apa ayah suruh balik sekarang juga,” Atir mengubah topik. Malas sudah menyakat Abangnya itu. Sedang memandu tidak elok di ganggu.
“Tak tahulah, Ayah tak ada cakap apa-apa ke dekat Atir?” Tanya Amar semula.
“Tak Ada,” Sebenarnya Atir risau jika mereka di suruh balik ada kaitan dengan Lily dan Ali. Harap akaknya baik-baik sahaja walaupun di terpaksa berkahwin dengan orang bukan pilihan hati sendiri.
Begitu juga Amar, kalau Lily tidak mahu teruskan perkahwinan antara dia dan Ali. Amar sanggup jadi penganti Ali walaupun Olivia terpaksa berkongsi kasih. Yang penting bagi Amar adalah adiknya bahagia.
Ketibaan Amar, Atir dan Olivia di sambut mesra oleh Lily. Wajah manis Lily membuatkan Atir dan Amar berpaling melihat satu sama lain. Apa yang di duga seperti jauh beza sekali.
“Adik nak pinjam akak sekejap,” Tidak sempat untuk bertanya khabar Olivia sudah di tarik oleh Lily untuk mengikutnya.
Jadi apa masalah mustahak sangat sampai suruh semua orang balik. Atir dan Amar sama-sama menjungkit bahu tanda tidak tahu.
Eh! Sekejap. Mana Ali?
Amar dan Atir sedar tiada kelibat Ali suami Lily sebaik masuk ke dalam rumah. Hanya ada Ibu ayah Lily yang sedang berbisik sesuatu di telinga Olivia. Tak kiralah bangsa apa pun, kalau dah namanya perempuan. Bergosip tetap nombor satu.
“Duduk dulu, kalau haus, lapar pergi cari sendiri dékat dapur,” Fazrin bersuara sebaik Atir dan Amar bersalam dengannya.
“Kenyang lagi, Ali mana?” Tanya Atir.
“Ada dalam bilik,” balas Fazrin bersahaja.
“Kak, what skin care you wear? Your skin look like the baby. Can I touch?” Lily semakin boleh menerima Olivia yang telah merampas Amar darinya. Jika di fikirkan buat apa mahu bergaduh, pusing-pusing akan bertemu juga dengan Olivia dan Amar. Sudah tertulis jodohnya bukan dengan Amar, jadi dia perlu redho sahaja walaupun hati ada terluka.
Selepas Olivia berikan hadiah perkahwinan dan sedikit tip untuk memikat suami sendiri, Lily rasakan Olivia bukanlah jahat seperti yang di duga. Lagipun Amar yang menipu dirinya. Sedikit pun dia tidak minta perjelasan kerana hatinya masih sakit kerana di tipu. Malah Amar sendiri seperti tiada usaha untuk jelaskan padanya. Sebab itu Lily tidak bercakap langsung dengan Amar.
Olivia pantas buka beg jinjitnya. Di keluarkan krim muka yang di pakai. “I wear this, look like water buat actually this oil.” Di picitkan sedikit di tangan Lily dan di sapu lembut. “Used every night before sleep, your skin will be moist like the baby,”
Lily cium tangan yang di sapu minyak oleh Olivia. “Wangi kak!” Lily tiba-tiba menjadi teruja dan tersengih-sengih melihat Olivia. “Kak... Can I take this,” Botol minyak di tangan Olivia di ambil. Tak malu betul.
“I’m giving you a new one. I bought it yesterday and it’s still in the car,” Olivia agak selesa berbual dengan Lily, tidak seperti kali pertama datang ke rumah orang tua Amar. Mula-mula dia amat takutkan Lily, kini tidak lagi selepas Lily berbual mesra dengannya.
“No, no. I take this only, thank you kak,” tangan Olivia di peluk mesra. Suka apabila dapat apa yang dia mahukan.
Amar sebaik duduk matanya liar memandang ke arah Lily. Tipu kalau dia boleh melupakan perasaan dia pada Lily dalam sekelip mata. Melihat Lily yang sekejap-sekejap seperti malu kucing bercakap dengan Olivia membuatkan Amar tersenyum sendiri.
“Ermm... Ermm... Tu isteri abang Amar,” Ali menegur dengan suara perlahan agar tidak di dengari orang lain. Ali tidak mahu Amar merasa malu.
Walaupun terpaksa kawin dengan Lily, tak kan nak biarkan lelaki lain tengok isteri sendiri dengan sewenangnya. Dia bukan seorang yang dayus. Lily sudah menjadi amanat kepadanya jadi Lily adalah tanggungjawab dia.
Amar yang di tegur pantas mengalihkan pandangan matanya. Dia termalu sendiri. Amar tidak sedar langsung bila Ali muncul kerana leka melihat Lily.
“AHH!!”
Semua tersentak dan menoleh apabila dengar jeritan Atir.
“Kenapa Mia buat Atir macam ni! Atir boy Mia bukan girl!” Atir melihat mukanya telah tersolek tebal dengan makeup mainan Damia. Dia ingatkan make-up itu hanyalah mainan. Kalau di gunakan tidak mendatangkan kesan pada kulit, sebab itu dia tadah sahaja muka pada Damia. Rupanya make-up betul.
Fazrin rasa nak cepuk sahaja Atir ni. Buat orang terkejut sahaja. Ingatkan kena sampuk la tadi. Sudahlah sekarang ini benda-benda pelik kerap berlaku. Tak Lily, Ali yang kena.
“No, no. Atir girl, Adik dah boy,” balas Damia yang tetap mahu Atir menjadi perempuan.
“Mia, rambut Atir belum jadi girl,” Lily senyum sinis melihat Atir. Makin di suruh menambah untuk Atir kelihatan lebih perempuan. Biar padan muka. Itulah muka jahat sangat.
“Umi mana satu yang cantik,” Di tunjukkan getah rambut pada Lily.
“Pink Mia,”
Atir pantas menukar pandangan kepada Fazrin. Tadi sudah sakit hati dengan Lily. Sekarang ayahnya juga join sekali.
“Atir girl kena senyum,”
Atir senyum paksa bila di tegur oleh Mia sebegitu.
Ali hanya diamkan diri sahaja melihat Damia menjadikan Atir sebagai perempuan walaupun Atir tidak suka. Kalau tidak suka kenapa masih lagi melayan Damia. Memang keluarga mertuanya semua kuat drama. Dari mertua ke anak-anak semuanya sama sahaja. Mungkin dari cara itu mereka semua rapat antara satu sama lain. Tidak sepertinya seorang anak tunggal dan kedua ibu bapa juga sudah tiada. Tidak tahu bagaimana pergaulan antara adik beradik.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumusalam...” Hampir semua serentak jawab. Tapi muka Amar dan Atir menjadi tanda tanya. Siapa lagi yang ayah mereka jemput datang selain mereka.
Ali bangun keluar rumah untuk jemput ustaz yang di panggil untuk masuk ke dalam rumah.
“Ayah nak bagi pemberian harta dah ke?” Selamber sahaja Atir bertanya. Bila di tanya kenapa, jawabnya nanti. Rahsia sangat apa lagi kalau bukan harta.
Fazrin bangun dari duduk untuk mengalukan tetamu masuk. Pertanyaan Atir di diamkan sahaja.
“Handsome, calon suami baru akak ke?” Lagi sekali Atir bersuara agak pedas.
“Ermm.. ermm..” Ali terbeliakan biji matanya memandang Atir. Gurau Atir sudah melampau.
“Eh... Bukan,” jawab ustaz yang datang. Kenapa tiba-tiba boleh jadi salah faham pula.
“Diaorang semua tak tahu,” terang Fazrin.
“Oh.. Yeke. Jadi bila nak mulakan?” Ustaz bertanya.
“Mulakan apa? Mulakan process meminang ke?”
Pap!
Satu tamparan kuat di belakang Atir. “Akak diam kau makin melampaukan, Kau duduk je diam-diam, mulut tu kunci,” marah Lily. Laju sahaja kaki dia melangkah untuk mengajar Atir dari mulut tak berinsuran itu.
“Semua diam!” Suara tegas Fazrin yang jarang sekali keluar, akhirnya berdendang di telinga semua orang. Automatik semua tahu kunci mulut.
Fazrin akhirnya ceritakan apa yang berlaku terhadap dia dan Lily selepas menyentuh badan Ali. Risau jika ahli keluarga yang lain turut terkena tempias dia akhirnya menyuruh anak-anaknya yang lain turut balik dan menyertai sesi perubatan secara islam.
Selepas di baca ayat bacaan rukyah hanya Ali dan Lily sahaja yang mempunyai tanda seperti di ganggu. Segala rawatan segera di lakukan untuk memulihkan Lily dan Ali. Alhamdulilah semuanya dapat di ubati dengan mudah.
End flashback...
..
Aimi tersenyum sendiri apabila setiap pesanan ringkas yang di hantar pada Ali di sentiasa di balas. Akhirnya apa yang di lakukan menjadi jua. Hanya betul-betul menunggu masa sahaja untuk Ali menjadi miliknya.
“Esok Ayah nak pergi tengok Mia dan Danish, kamu nak ikut Aimi?” Husni bertanya sebaik duduk di hadapan anaknya.
Aimi meletakan telefon pintarnya ke tepi dan memandang Husni. “Boleh juga, dah dua bulan kan kita tak melawat diaorang,” dua bulan bagi Husni tapi bukan bagi Aimi. Tidak akan sesekali dia bocorkan rahsianya sehingga dapat persetujuan dari Ali. Dan Aimi juga teruja untuk bertemu dengan Ali lagi. Rindu di lubuk hati akan terlerai jua.
NOTE : ESOK LUSA TAK UPDATE YE. HARI NI BAGI BANYAK EXTRA PANJANG.
Share this novel