BL 28

Family Series 60975

Lily yang masih di dalam bilik mandi melihat badannya sendiri di hadapan cermin. Di pusing-pusingkan badannya di hadapan cermin. Betul ke apa yang dia sedang lakukan. Terasa malu untuk keluar dari bilik mandi pun ada tapi kalau tak buat mungkin lagi tiada hasil.

 

Dengan muka yang telah di tebalkan dari perasaan malu, Lily melangkah keluar dari bilik mandi. Lily cuba buat seperti biasa sambil mengeringkan rambut dengan tuala. “Pak Ali solat dengan D and D sahaja, saya tak boleh,”

 

Ali yang dengar pintu bilik mandi di buka pantas mencampakan telefon pintarnya ke tepi. Matanya terus memandang Lily dan menelan air liuh kerana sedikit terkejut. Sempat juga tangan Ali menahan kepala Danish dari melihat Lily.

 

“Pak Ali nak makan dulu ke?” Lily buat-buat seperti biasa melangkah ke almari baju. Pintu almari di buka dan baju sarung labuh di ambil lalu di sarungkan pada badannya bagi menutup pakaian yang agak seksi yang di pakai.

 

“Makan dulu pun boleh,” balas Ali yang cuba untuk menenangkan diri.

 

“Lily sediakan makanan dulu sekejap,” Lily melangkah keluar bilik tanpa melihat Ali. Sebaik pintu bilik di tutup semerta Lily menyentuh dada sendiri kerana rasa gementar.

 

Begitu juga Ali, sebaik Lily keluar tangannya menyusap dada kerana merasa lega. Nasib baik tak kantoi dengan Lily.

 

Ali mengambil semula telefon pintar yang di campak kemudian menaip sesuatu sebelum di letakan di atas rak sisi katil.

 

Ali keluar dari bilik, meninggalkan kedua anaknya bermain sendiri. Sempat juga di ingatkan kepada anaknya jangan bermain bukan-bukan.

 

Pintu bilik tidurnya di biarkan terbuka sahaja agar dapat dengar suara kedua anaknya dari luar dan Ali melangkah ke dapur untuk membantu Lily.

 

“Ayah arwah kak Aisyah nak datang esok, dia nak tengok Mia dan Danish.” Ali bersuara dengan agak perlahan. Risau jika Lily tidak menyukai jika menyebut perihal arwah isterinya dahulu.

 

“Kenapa baru bagitahu,” terhenti seketika kerja Lily dan memandang Ali dengan riak wajah tidak dapat di baca.

 

“Ayah baru beritahu saya tadi, kalau Lily tak suka tak apa, nanti saya bagitahu ayah jumpa di luar sahaja,” Suara Ali masih lagi perlahan, seperti takut-takut untuk bersuara.

 

“Ada ke saya cakap tak suka.” Lily bergerak ke peti sejuk. Dan pintu peti sejuk di buka. “Tengok tak ada apa-apa, nak jamu ayah kak Aisyah apa esok. Lepas solat Pak Ali pergi lah beli barang, saya tak nak ikut, penat!” Baru semalam pindah masuk rumah baru Ali sebab itu barang dapur masih tidak banyak lagi. Lily dan Ali sama-sama sibuk mengemas barang-barang anak mereka dahulu.

 

“Boleh, Awak nak masakan apa esok,” Ali bersuara seperti biasa setelah tahu Lily baik-baik sahaja. Ingatkan Lily tidak suka.

 

“Ayah kak Aisyah suka makan apa?” Lily bertanya sambil meneruskan kerjanya. Di hulurkan pinggan berisi lauk yang baru di panaskan kepada Ali untuk di letakan di atas meja makan.

 

“Saya pun tak tahu, awak masak sahaja apa yang senang bagi awak,”

 

“Masak air,” di hujung kata Lily ketawa halus. Menanti juga reaksi balas dari Ali. Fazrin ada beritahu padanya yang Ali ni sedikit lurus. Semua yang di fikirkan adalah positif sahaja.  

 

“Sayur masak air ke? Sedap juga tu makan dengan ikan masin,” tiba-tiba Ali menelan air liuh terbayang masakan yang di sebut. Makan panas-panas memang sungguh menyelerakan.

 

Ketawa Lily makin kuat. Itulah suaminya sudah terang dia cakap masak air sahaja boleh berfikir positif sayur masak air. Siap campur ikan masin bagai.

 

Ali melihat Lily dengan tanda tanya. Ada yang kelakar ke apa yang dia katakan. “Saya salah cakap ke Lily?”

 

“Tak... Hehehe... Betullah tu Pak Ali cakap. Tapi tak kan nak hidang tamu dengan makanan macam tu. Kalau Pak Ali nak saya masakan sayur air, kemudian ye. Esok nak masak apa saya tuliskan list barang untuk Pak Ali beli,”

 

“Lusalah awak masak sayur air,” Ali tiba-tiba terasa teringin sangat. Dah macam orang mengidam pula.

 

“Boleh, Dah Pak Ali panggil D & D makan,” dengan senang Lily menunaikan permintaan Ali. Ali sudah berikan menu lagi mudah untuknya. Tidak perlu susah-susah fikir hendak masak apa.

 

..

 

Sebaik masuk ke dalam bilik tidur Lily melihat Ali sudah berada di dalam. Sedang duduk di atas katil dengan kepalanya bersandar di kepala katil sambil melihat telefon pintarnya. Dari semalam Lily telan air liuh melihat badan Ali yang tidak berbaju. Lengannya berotot cantik, mungkin kerana kerja Ali yang agar kasar dan berat semua otot yang muncul sungguh menyelerakan untuk Lily.

 

Ketika di rumah kedua orang tuanya Ali tidak pernah tak berbaju mungkin kerana tidak selesa. Tapi di rumah sendiri Lily hampir gugur jantung ketika Ali tiba-tiba buka baju di hadapanya.

 

Ali sudah tidak berbaju maka dia pun boleh begitu. Muka perlu di tebalkan sepenuhnya. Lily buka jubah labuh yang tersarung di badannya maka pakaian tidur yang seksi yang melekat di badannya tadi jelas kelihatan. Bajunya di gantung di belakang pintu sebelum melangkah ke arah tempat tidurnya.

 

Ali yang melihat Lily dari ekor matanya, tiba-tiba terasa kering air liuhnya. Tubuh Lily yang hampir menampakan hampir seluruh kulit terasa menyelerakan. Terasa ingin di sentuh dan tidak mahu di lepaskan. Sabar Ali, belum masanya lagi.

 

Mata Lily turut curi-curi memandang Ali, mahu melihat reaksi suaminya bagaimana. Tapi apa yang di nampak sungguh menghampakan. Ali hanya pandang sekilas sahaja dan reaksinya seperti biasa. Seperti telefon di tangan lebih menyelerakan dari tubuhnya.

 

Sebaik baring Lily terus tarik selimut untuk menutup badannya. Terasa malu sendiri apabila Ali langsung tidak melihatnya. Cepat-cepat matanya di tutup untuk tidur. Tapi matanya terbuka balik apabila tidak rasa Ali bergerak untuk baring juga.

 

Lily yang sedang baring untuk tidur menjeling memandang suaminya yang masih lagi duduk bersandar memandang telefon pintar.

 

“Pak Ali tengok apa lagi tu?” Lily penasaran. Lily juga perasan Ali banyak melihat telefon pintarnya sejak akhir ini. Bukan dia tidak perasan Ali seperti sorok-sorok telefon daripadanya.

 

“Tak tengok apa Lily. Duk layan ni sahaja,” Ali tunjukkan apa yang sedang dia lakukan. Memang tidak akan di sembunyikan apa-apa dari Lily. Sudah tahu sikap cemburu Lily bagaimana. Tak kan masih mahu mencari pasal lagi.

 

Semasa menghulurkan telefon pintar pada Lily sempat Ali mengambil kesempatan melihat dada Lily yang terdedah menampakan luruh yang menghayalkan itu. Sabar Ali, kalau nak pun seminggu lagi. Seminggu lagi kerana Lily baru sahaja datang uzurnya. Kalau Lily tidak uzur boleh jadi sekarang ini juga Lily di terkam dengan buas.

 

Lily yang melihat skrin telefon yang bernyala di hadapan matanya, pantas memalingkan badannya dari mengadap Ali.

 

Ali yang tahu Lily seperti sedang merajuk pantas menutup telefon pintar dan di letakan di laci kecil tepi katil. Badan Lily di pusingkan untuk tidur mengadapnya. Sesudah itu Ali turut baring mengadap Lily. “Tidur ngadap saya Lily,”

 

Ali tidak suka Lily membelakangi dirinya. Dia mahu sentiasa melihat wajah Lily sebelum melelapkan mata. Selimut di badan Lily turut tidak lupa di betulkan. Tutup bahagian yang boleh membuatkan nafsunya memuncak.

 

Ali tersenyum sedikit melihat wajah mata tertutup Lily yang seperti sedang merajuk. Jelas sekali terhias di wajah. Tidak boleh di sorokan langsung, “Saya tak tengok phone lagi Lily, maaf buat awak marah,” Di tepuk lengan Lily seperti sedang mendodoikan.

 

Lily buka matanya memandang Ali, “Buat belakang saya, saya nampak saya hancurkan phone Pak Ali,”

 

“Ye, saya tak buat lagi,” dalam diam Ali suka melihat Lily yang sedang cemburu ketika ini. Mula-mula agak rimas tapi lama-lama dia menjadi suka. Tiada orang yang cemburu jika tiada perasaan suka atau sayang pada seseorang itu. Hari-hari Ali berdoa agar rumahtangga yang dibina tanpa kerelaan mereka berdua dapat mengecapi kebahagian. Sepertinya doa yang di pinta ALLAH SWT sedang makbulkan.

 

“Awak tidur, rehatkan badan,”

 

“Ye, goodnight,” Lily kembali menutup matanya.

 

“Selamat malam...” sayang. Tidak mampu Ali meluahkan apa yang di rasa secara lisan pada Lily. Dia masih takut jika Lily belum menerima sepenuhnya dirinya. Jika dia luahan, takut Lily mengelak, menjauhi darinya selepas ini. Lebih baik dia diamkan diri sahaja untuk lebih selamat.

 

 

“Kenapa tak balas dah!” Aimi yang mengadap telefon pintar merasa sakit hati apabila pesanan ringkasnya sudah tidak di balas oleh Ali.

 

“Kacaulah perempuan sial ini!” ayat itu di tujukan kepada Lily. Dia tahu siapa lagi yang menganggu dia untuk bermadu kasih dengan Ali.

 

Aimi sendiri tak tahu kenapa Ali takut sangat pada Lily hingga terpaksa sembunyikan hubungan dengannya. Sepatutnya Ali lagi awal sudah tinggalkan Lily dan datang padanya selepas minyak dagu di sapu pada Ali.

 

Ni mesti orang tua tak guna ni bagi minyak tak bagus. Mentang-mentang percuma bagi aku minyak yang kuasanya kurang berkesan.

 

“Tak apa, Ali jadi milik aku. Akan aku pasti Ali buang kau dari hidup dia. Hahahaha...” Aimi sudah berangan dia sudah menukar tempat dengan Lily. Dia yang rasmi menjadi isteri Ali dan Ali miliknya seorang sahaja.

 

Husni yang berada di balik pintu Aimi dengar semuanya. Dia hanya mampu geling kepala sahaja. Sudah banyak kali di tegur tapi tidak jalan. Dia tidak tahu bagaimana lagi mahu menegur Aimi. Dia cuma boleh berdoa agar Aimi berubah dan keluarga Ali dalam keadaan baik sahaja.

 

..

 

Kehadiran Husni dan Aimi di sambut mesra oleh keluarga kecil Ali. Dari kedua anaknya, mahupun Lily. Kegusaran Ali kerana risau jika Lily tidak menyukai tetamu yang bakal hadir semerta hilang apabila Ali dapat melihat sendiri Lily yang bersemangat lebih untuk menyambut ketibaan Husni.

 

“Beg baju Pak cik mana?” Lily melihat Husni yang sedang dukung Danish sebaik tiba dalam keadaan kebingungan. Dia sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba kepalanya terasa seperti melayang pening. Tapi Lily tetap menyambut Husni dengan ceria dan teruja.

 

“Pak Cik balik hari sahaja Lily,” balas Husni dengan mesra.

 

“Kenapa?” wajah ceria Lily tiba-tiba bertukar suram. Dia bukan main teruja untuk sambut kedatangan Husni tapi kehadiran Husni hanya sekejap sahaja. “Nanti D & D tak puas main dengan atuk dia,”

 

Husni jadi serba salah apabila wajah ceria Lily tiba-tiba bertukar suram. Husni sendiri tidak sangka kehadirannya memang di nantikan oleh isteri baru Ali. Ali sendiri yang beritahu padanya malam tadi yang isterinya teruja untuk menyambutnya dan minta dia untuk tinggal di rumahnya beberapa hari.

 

Husni tersenyum melihat Lily. “Pak Cik gurau sahaja. Ada dalam bonet kereta.”

 

Wajah suram Lily bertukar ceria semula. “Nasib baik Lily tak sempat merajuk dengan Pak cik. Pak Cik masuklah, nanti beg Pak Ali ambil. Aimi masuk juga.”

 

“Ye, jom masuk. Ayah nak tengok juga rumah baru cucu ayah,” dengan lafaz basmalah Husni melangkah masuk dengan kaki kanan.

 

“Aimi masuk,” suara Lily sedikit keras ketika memanggil. Tapi wajahnya tetap terhias manis.

 

“Saya nak tolong Abang Ali angkat beg,” balas Aimi tanpa melihat Lily. Dia berjalan ke belakang kereta dengan lagak sekali.

 

“Pak Ali, Aimi nak angkat. Pak Ali masuk sahaja layan Ayah. Biar Lily yang tolong Aimi,” sempat Lily berikan jelingan pada Ali untuk menghalau pergi menjauh dari Aimi.

 

“Baiklah, Kalau Lily tak kuat panggil saya,” Ali turutkan sahaja kehendak Lily. Tidak langsung dia memandang wajah Aimi yang sedang sakit hati itu.

 

“Aimi tak kuat Abang Ali, berat pula beg Ayah ni. Mesti Lily pun tak kuat angkat,” Aimi cuba untuk menarik perhatian Ali untuk terus datang dekatinya.

 

“Yeke, Kalau macam tu Aimi angkat jela beg Aimi dulu. Beg Pak cik kemudian sahaja,” habis berkata Lily terus melangkah menuju ke tempat Ali berdiri. Lengan Ali di paut dan mereka berdua berjalan masuk ke dalam rumah beriringan.

 

Nak mengedik dengan suami aku, jangan harap dapat. Sempat juga Lily menjeling sekilas Aimi.

 

“Tunggu sekejap ye ayah, saya nak tolong Lily,” Ali pantas mengikut langkah Lily yang pantas dua Langkah untuk ke dapur.

 

“Pak Ali buat air ye, Pak Ali buat sedap,” suara manja Lily keluar bila mengharap sesuatu dari Ali.

 

“Boleh awak, awak sediakan dulung dan cawan,” sememangnya Ali mengikut Lily ke dapur untuk membantu bancuh air minuman. Lily bab masak boleh tahan sedap tapi bila bancuh air. Dia pun rela minum air masak sahaja. Manis sampai boleh potong kaki.

 

“Terima kasih Pak Ali,” Lily sediakan dulang dan cawan seperti yang Ali arahkan. Tersenyum-senyum Lily melihat Ali bancuh air. Tersenyum sebab berasa dirinya sangat beruntung dapat suami yang rajin dan serba boleh melakukan kerja rumah. Nasib baiklah ibu berkeras mahu dia berkahwin dengan Ali. Kalau tak mesti menyesal habis.

 

Ali senyum melihat Lily yang seperti sedang mengelamun. Pipi Lily di cubit manja sedikit. “tak penat ke tersenyum sahaja,”

 

“Tak! Sebab bila saya senyum, Pak Ali pun senyum kan,”

 

“Ye,” Ali tidak nafikan kata-kata Lily. Dulu mula-mula melihat Lily senyum terasa janggal untuk dia balas. Kini bibir dengan sendiri ikut tersenyum jika Lily tersenyum manis. “Sini saya angkat,” Dulang di tangan Lily di ambil.

 

“Pak Cik tak singgah mana-mana untuk makan tadi kan?” Lily kembali bersuara sebaik duduk di ruang tamu. Duduk setia di sisi Ali. Matanya sempat memandang sekilas Aimi yang sedang melayan Danish dan Damia main.

 

“Tak lagi. Ali dah beritahu Lily ada masak sedap,” jawab Husni.

 

“Yes! Itu betul, special Lily masak untuk Pak cik dan Aimi,” Lily berbisik sesuatu pada Ali sebelum meminta izin untuk ke dapur semula.

 

“Ramah juga isteri kamu Ali. Ayah yang malu nak datang pun jadi selesa,”

 

“Ye ayah. Lily memang jenis banyak cakap sikit. Jenis orang yang ada sahaja topik untuk bawa bual. Ayah tak perlu malulah, Lily pun tak kisah kalau ayah nak datang bila-bila,” jelas Ali. Lily memang sudah katakan begitu padanya semalam. Lily tidak mahu kerana Ali berkahwin dengannya, maka terputus hubungan antara Danish dan Damia dengan keluarga arwah Aisyah.

 

“Yeke, kalau macam tu bolehlah Aimi selalu datang rumah Abang,” Aimi tiba-tiba beralih punggung duduk di sebelah Ali. Tangannya dalam diam cuba menyentuh Ali tapi belum sempat kulit bertemu kulit.

 

“Pak Ali, tolong Lily,” Lily memanggil dari dapur.

 

Ali yang dengar Lily memanggilnya pantas bangun. “Ayah sekejap ye,” Sekelip mata hilang dari pandangan Husni dan Aimi.

 

Sebaik sampai di dapur pantas Ali mengusap dadanya. “Terima kasih Lily,”

 

“Ye,” Lily mengusap belakang badan Ali untuk menenangkan suaminya. Kemudian di tarik Ali untuk duduk di kerusi dan di hulurkan air untuk minum. “Banyakkan beristifar,”

 

Aimi sudah mengengam penumbuk geram kerana dia terlepas untuk menyentuh dan bermesra dengan Ali. Kenapa susah sangat. Kenapa mesti ada pengacau seperti Lily sekarang ini. Lagi dia sakit hati kerana dia nampak sangat yang Ali seperti takutkan Lily. Mesti Lily pun telah guna-gunakan Ali sebab itu minyak dagunya kurang berkesan.

 

“Tempat lain ada kenapa kamu duduk sebelah Ali, Aimi. Kalau Lily tengok tadi kan tak elok,” Husni menegur dengan suara yang agak perlahan kerana tidak mahu Lily atau Ali dengar.

 

“Yang ayah sibuk kenapa!? Suka hati Aimi nak duduk mana pun. Bukan Aimi duduk atas riba Ali pun,” bertambah sakit hati Aimi apabila Husni menegurnya.

 

“Atuk look, Mia buat rumah,” Damia memanggil Husni untuk melihat apa yang dia bina dengan lego. Semerta Husni beralih melayan cucunya. Jika tidak kerana Damia mungkin Aimi akan di ceramah lagi sekali.

 

“Cantiknya, pandai Mia buat, Danish buat apa pula ni.”

 

“Adik buat tangga Tok,” Damia jawabkan bagi pihak adiknya. “Banyak tangga,”

 

“Ni atuk tolong cantikan lagi,” Husni sempat menjeling melihat Aimi yang kelihatan sangat bengis ketika ini. Hatinya sebenarnya risau. Risau dengan kelakuan Aimi yang semakin hari semakin pelik.

 

 

NOTES : SORRY LAMBAT UPDATE. D.A KESIBUKAN. SELAMAT MEMBACA.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2022-10-07 23:58:10 

apa luruh dan dulung tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience