BL 6

Family Series 60975

"Lily!"

 

Jeritan Bunga semakin kuat apabila anaknya tidak muncul-muncul.

 

"Dah Abang. Ibu dah panggil. I love you. I miss you." Sempat Lily mengucap kata sayang pada Amar sebelum mematikan panggilan.

 

"I love you to." Amar melambai Lily sebelum skrin di telefonya menjadi gelap. Amar dengan sendiri menjadi bersemangat untuk berkerja selepas mendapat vitamin cinta dari Lily.

 

Kerja yang di lakukan turut lebih pantas dan lebih waktu bagi menyelesaikan segala kerjanya dengan cepat. Lebih cepat selesai lebih cepat dia dapat pulang bertemu cinta hati.

 

 

"Tekak Ibu ni perit panggil kamu tak muncul-muncul." Bunga mula melontarkan ayat geramnya pada Lily.

 

"Dah sayang. Masih awal lagi." Fazrin cuba menenangkan keadaan. Ketiga mereka masuk ke dalam perut kereta pink Lily.

 

"Betul kata ayah tu." Enjin kereta di hidupkan. Tidak perlu tunggu enjin panas, Lily terus pecut menuju ke destinasi yang di tuju.

 

"Tiga hari je kan. Hari ni yang terakhir kan?" Lily memandang cermin pandang belakang untuk melihat Fazrin yang menjadi Tan Sri 15minit itu. Nasib baik Puan Sri menolak untuk duduk di belakang. Jika tidak dia serta merta menjadi driver tidak terlatih.

 

"Ye. Hari ni yang terakhir. Untuk yang ke seratus hari tak tahulah buat ke tidak." Balas Fazrin.

 

"Rumah Pak Ali ada seratus hari ke? Setiap bulan kan dia buat kenduri." Bersahaja Lily balas.

 

"Diam Lily!" Tegur Bunga. Kadang anaknya bercakap seperti menyindir. Sama sekali Bunga tidak suka. "Jaga adab bila bercakap. Sekarang bukan badan sahaja binasa kerana mulut. Tujuh keturunan pun mampu di ungkit."

 

Lily semerta terdiam apabila di tegur oleh Bunga. Lidah berbisa ibunya memang tidak mampu di menangi kecuali dengan bantuan ayahnya.

 

Fazrin memandang keluar tingkap. Ibu borek anak rintik. Nasib baiklah kedua anak lelakinya hanya ikut perangai baiknya sahaja. Kalau jadi playboy juga sepertinya dahulu. Boleh tunggang terbalik keluarganya.

 

Lily terus duduk di celah bawah meja sebaik bersalam dengan tetamu yang turut hadir di kenduri arwah kak Aisyah. Dia melindungi diri dari di lihat oleh Damia dan Danish. Kadang kala dia merasa penat untuk melayan anak kecil itu. Yang sentiasa ikut buntutnya ke sana ke sini.

 

“Mia sini duduk dengan Mak Ngah,” Aimi menarik tangan Damia untuk duduk di sisinya. Tetapi dapat pernolakan dari Damia sendiri.

 

Damia kembali ke hulu ke hilir di hadapan tetamu lelaki dan wanita yang sedang membaca Tahlil, dan akhirnya membuat keputusan untuk duduk di pangkuan Fazrin. Kerana Fazrin dan Bunga yang menjaganya jadi dia sudah terbiasa. Seperti sudah di anggap seperti atuknya sendiri.

 

Fazrin tersenyum sebelah sebaik Damia duduk di pangkuannya. Dia tahu kenapa Damia ke hulu ke hilir tidak tentu arah. Anak sulung Ali tu sedang mencari Lily.

 

Fazrin mendekatkan bibirnya di telinga Damia lalu berbisik. "Bawah meja."

 

Damia memandang Fazrin lalu Fazrin memberi isyarat menunjuk di mana Lily berada pada Damia. Damia bangun dari pangku Fazrin lalu ke bahagian ruang makan. Melihat dengan yakin Damia kembali semula ke bahagian depan. Kali ini ke ayahnya pula.

 

Adiknya yang berada di pangkuan Ali di tarik tangannya. "Duduk dekat Umi"

 

Dengar sahaja nama Umi, Danish semerta bangun dan berjalan berpimpin tangan dengan Damia. Tempat yang di tuju adalah di bawah meja.

 

Tanpa meminta izin Danish terus duduk di pangkuan Lily. Damia pula duduk di sisi Lily sambil melenggok sandar di sisi badan Lily.

 

Lily melepaskan nafas letih. Ingatkan menyorok dapat lepaskan diri. Tapi tetap sama seperti sebelum ini. Dia bujang tapi seperti emak beranak dua sudah.

 

Aimi dalam diam melihat ke arah Lily, tiga hari dia di rumah Ali, dia sudah tahu siapa Umi yang Damia katakan padanya tempoh hari.

 

Jika Lily ada, kedua anak buahnya itu pasti akan membuntut Lily ke mana sahaja. Kalau di lihat dari raut wajah Lily, Lily bukan terlalu suka dengan Damia dan Danish. Dia melayan seperti terpaksa sahaja.

 

Kedua anak buahnya masih kecil, tak tahu siapa yang ikhlas dengan mereka.

 

 

 

Fazrin duduk di beranda hadapan rumah Ali sambil menghirup kopi O kosong panas. Duduk berlenggang menunggu Lily selesai urusannya.

 

Anaknya itu baru dapat menjamu selera selepas selesai menyuap Damia dan Danish makan. Sekarang ni pun Damia masih menempel baring beralaskan paha Lily. Matanya sudah layu minta untuk di dodoikan untuk tidur.

 

"Ibu, Lily nak buah." Bunga juga menjadi orang suruhan Lily gara-gara anaknya tidak dapat bangun.

 

Ali yang melihat menjadi serba salah kerana anaknya sudah menyusahkan keluarga Fazrin.

 

"Tak perlu rasa bersalah Ali. Duduk je sini hirup udara malam." Fazrin nampak Ali sekejap sekejap jengah melihat ke dalam kerana mahu mengambil Damia dari Lily.

 

Tapi Ali tidak mampu mengambil anaknya kerana mata Damia masih terkebil-kebil. Mahu di angkat sahaja tapi pasti Damia akan menangis nanti.

 

"Ye." Ali yang mahu bangun dari duduknya terbantut. "Saya nak minta Pak Rin dengan Mak Cik jagakan Mia dan Danish semula." Malam sebelum kematian isterinya telah di beritahu Fazrin bahawa tidak menghantar Damia dan Danish untuk di jaga lagi. Tapi tentuan takdir mengatur sebaliknya.

 

"Hantarlah. Sekurangnya ada penghibur di rumah nanti." Fazrin tidak kisah. Sejak anak-anaknya semua dah besar, dah duduk jauh. Dia sebenarnya sangat merindui saat ketika melayan kerenah anaknya ketika kecil dahulu. Ada Damia dan Danish boleh menjadi penghibur hari tuanya. Mahu tunggu cucu sendiri nampaknya lambat lah. Tunggu Amar dan Lily, sekurangnya tahun depan. Kalau Atir memang tidak kunjung tiba. Asyik buku sahaja yang di hadap.

 

Tiba-tiba tangisan Damia menganggu perbualan Ali dan Fazrin. Pantas Ali bangun untuk melihat, malah kakinya lebih pantas melangkah apabila melihat mata merah Lily, seperti gadis itu sedang marah. Ali risau jika Damia membuat Lily rimas hingga menyebabkan Lily marah.

 

Mata galak Lily memandang tepat pada Aimi kerana telah menganggu dia menjamu selera. Sudahlah dia orang terakhir yang dapat makan, kini di ganggu pula.

 

Lily tidak kenal perempuan itu tapi dapat duga, mungkin adik beradik arwah Aisyah. “Awak pekak atau tak faham bahasa!” suara Lily agak tinggi.

 

“Lily!” Fazrin cuba menegur anaknya untuk berjaga dalam bahasa.

 

“Apa Lily Lily!” Fazrin pula kena tempias di marahi Lily.

 

Fazrin sudah tahu kalau Lily marah begini bermakna anaknya itu yakin dia di pihak yang benar. Kemudian melihat Bunga berdiam sahaja pasti ada sesuatu yang membuatkan Bunga turut tidak berpuas hati.

 

“Tak payah!” Ali yang cuba mengambil Damia dalam pelukan Lily pula terkena tempias sekali. Ketika Ali ingin mengambil Damia, anaknya makin kuat memeluk tubuh Lily.

 

Ali telan air liuh ketika bertentangan mata dengan Lily. Nak ambik anak sendiri pun kena marah. Semerta kaki Ali mengangjak kebelakang.

 

“Dah kata tak yah, tak yah. Sibuk juga! Kalau hidup tak boleh bagi manfaat dekat orang, jangan jadi menyusahkan orang pula!” Marah Lily tepat memandang Aimi. Badan belakang Damia di usap untuk memujuk.

 

Ali semerta memandang Aimi yang berdiri berdekatan dengannya. Tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya.

 

“Lily, depan rezeki jangan marah. Bawa bersabar,” Fazrin cuba memujuk. Ketidak puas hati Lily boleh jadi sampai esok kalau tidak di tenangkan.

 

“Maaf, saya cuma nak permudahkan awak, sebab tu saya nak ambik Mia.” Aimi memberi alasan. Wajahnya turut kelihatan sedih kerana niat baiknya telah di salah erti.

 

“Ada nampak Mia susahkan saya! Mia tak menyusahkan saya, yang susahkan saya ni awak! Budak-budak lain lari kehulu hilir sampai nak sepak makanan saya tak nak pula ambik. Mia yang duduk diam sibuk di kacau. Sebelum nak tunjuk baik, fikir dulu,” setepek Lily berikan ayat pedas pada Aimi.

 

Husni yang melihat Aimi di marahi, hanya diamkan diri sahaja. Dia sendiri nampak anaknya sengaja mencari masalah. Sudah di tegur oleh Lily secara baik, tetap juga mahu mengambil Damia walaupun cucunya itu sudah beberapa kali tolak. Sekurangnya hari ini jadi pengajaran untuk Aimi.

 

Tak guna punya perempuan! Sial! Sakit hati Aimi hanya di simpan di dalam hati sahaja. Apa yang di rancang sebaliknya yang berlaku. Sudah di malukan malah buruk yang di persembahkan pada Ali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience