Lily menayangkan barisan gigi yang tersusun cantik apabila Ali memandangnya. Gara-gara Amar tak membantu langsung terus lain jadinya.
Ali melihat isterinya dengan perasaan geram sekali. Macam nak tarik-tarik sahaja pipi Lily. Bermatian dia ingatkan Amar akan balik hari ini juga. Senang sungguh dia tertipu dengan Lily.
“Sayang, awak... Jangan pandang saya macam tu,” Tak senang duduk Lily apabila Ali tidak henti memandang dengan mata tajamnya.
“Ali,” pantas Ali menukar pandangan ke arah Fazrin sebaik mertuanya panggil. “Ikut ayah sekejap,”
“Sekejap lagi, saya uruskan baby,” kata-kata Ali ada bau gertakan sebelum bangun mengikut belakang Fazrin.
Bilik yang tidak pernah Ali jejaki di tuju. Di dalam bilik sudah ada Amar yang sedang menunggu. Cahaya di dalam bilik sedikit malap dan keadaannya lebih sejuk.
“Duduk Ali.”
Ali duduk di hadapan Amar seperti yang di arahkan oleh Fazrin.
“Ayah nak tanya terus terang. Kamu betul tak ada hubungan dengan bekas adik ipar kamu?”
“Betul, Ayah nak saya sumpah pun saya sanggup.” Jawab Ali dengan jujur.
Fazrin tahu Ali tidak menipu. Lagi-lagi Ali ni sejenis slow motion sikit. Kena gertak sikit terus kecut. Harap sahaja badan ketul-ketul.
“Lily ada merajuk dengan kamu?” soalan lain pula di tanya.
“Tak ada, cuma menangis sahaja.”
Tengok, jawab pun tak ada berlindung. Nasiblah dapat menantu lurus sedikit. Kalau anaknya jenis jahat ni, memang kaw-kaw Ali kena buli.
“Kamu tak pelik?”
“Pelik juga ayah, tapi bagus juga tak merajuk. Saya dapat rehat sekejap dari memujuk.” Lagi sekali jawapan jujur Ali beri.
“Kamu silap Ali. Lily tak merajuk lagi bahaya.” Fazrin menyandarkan belakang badannya. Kepalanya di picit sedikit.
“Apa yang bahaya?” Ada lagi ke perangai lain Lily yang dia tak tahu.
Amar pula menyandarkan belakang badannya. Dia mengeluh sedikit. “Diam Lily dia boleh mencederakan orang lain.”
“Lily ikut perangai ayah. Jadi ayah tahu serba sedikit walaupun dia tidak seteruk ayah. Ayah nak kamu tengok Lily betul-betul. Perhatikan dia. Jangan sesekali lepas pandang. Nanti ayah upah orang untuk perhatikan Lily.”
“Jap ayah Amar. Saya tak faham. Lily nak cederakan siapa? Saya ke? Kenapa sampai nak upah orang. Bahaya sangat ke Lily.” Tiba-tiba Ali merasa seram semacam. Bulu roma tiba-tiba naik menegak dengan keadaan yang suram dan sejuk sekarang ini.
“Kalau dia rasa kamu yang jahat pada dia. Kamulah yang kena. Kalau bukan kamu, bermakna orang yang cuba ganggu hubungan kamu dan Lily. Dendam Lily lain dari yang lain. Ayah ingatkan kamu awal-awal. Mungkin kamu sendiri tak dapat kawal Lily.” Terang Fazrin.
“Habis tu saya nak buat macam mana?” Ali dah bingung. Dia sayangkan Lily. Kalau dia boleh halang Lily buat yang bukan-bukan dia akan halang.
“Kamu hanya perlu pastikan apa sahaja yang kamu buat. Lily percaya. Jika kepercayan Lily pada kamu kuat, kamu selamat Ali.”
Amar mengangguk kepala. Setuju dengan kata-kata Fazrin. Dia sudah makan garam dahulu sebelum Ali.
“Okay selesai hal Lily. Sekarang hal Amar.”
Eh! Gitu je selesai.
Fazrin mengetuk jari di bahu kerusi sambil melihat Ali atas bawah. Pandangan matanya tidak dapat di baca oleh Ali. Lagi bertambah seram Ali rasa.
“Saya nak minta tolong Abang.”
“Saya tak benarkan Lily kawin dengan Amar. Keputusan saya tekad. Saya tak akan ceraikan Lily!”
Tepuk dahi Fazrin. Menantunya ini buat andaian bukan-bukan.
“Bukan tulah Abang. Cukuplah isteri satu. Tu pun tak terlayan saya.” Amar menghulurkan sampul surat berisi dokument yang agak sulit.
“Saya nak minta tolong Abang uruskan tanah saya. Saya dapat berita kematian Mak Cik saya bulan lepas, jadi semua peninggalan jatuh atas saya. Saya tak tahu nak uruskan hal-hal yang berkaitan dengan tanah kebun ni. Ayah cakap Abang dah biasa buat jadi tahu. Tu saya nak minta tolong Abang.”
Terus lega Ali sebaik dengar. “Oh... Jadi bukan nak rampas Lily balik lah Kan,” dapat gelingan kepala Amar, lega Ali rasa. “Abang tengok dulu boleh,”
“Tengoklah,” Amar sorong sampul surat lebih dekat kepada Ali.
Ali yang melihat isi dalam terus mengigil tangan. “Maaf Abang tak boleh tolong. Rasa baik Amar upah orang lain,” Tanah yang Amar minta uruskan bukan sedikit, malah serata negeri ada. Dia mahu uruskan bagaimana.
“Tolonglah Abang. Abang HQ... Anak buah berderit banyak. Abang monitor sahaja dari jauh. Abang ada masa free boleh lawat kawasan sambil honeymoon berkali-kali dengan Lily. Amar bukan tak nak buat tapi sebab Amar tak tahu berkaitan dengan ladang ni, nak belajar ambil masa, dengan tak sempat lagi nak belajar uruskan hal yang lain. Abang tak kecian dekat Amar ke?” mata Amar bersinar-sinar meminta simpati. “Abang sahaja yang yang Amar percaya sekarang ni,”
“Abang bukan tak nak tolong tapi abang tahu, Abang tak mampu.” Ali cuba menolak cara baik.
“Mmm...” jelas menampakan kekecewaan di wajah Amar. “Jangan salahkan Amar kalau Amar cuba rampas semula Lily. Nak di bandingkan apa yang Abang ada dan Amar Ada. Amar melebihi segalanya. Dan yang paling penting Amar cinta pertama Lily.”
“Kau langkah mayat aku dulu! Kau ingat dengan harta kau ni, kau boleh dapat apa sahaja! Kau berani ganggu Lily, Aku pun berani ganggu hidup kau!” dengan keadaan marah Ali bangun dan keluar bilik.
“Ayah kata gertak nanti jadi, tak jadi pun,” garu kepala Amar.
“Dah cara kau gertak pun tak kena keadaan. Kalau dengan ayah pun tak jalan,” geling kepala Fazrin.
“Lily masuk bilik!” Ali yang muncul di ruang tamu terus memanggil Lily dengan tegas. Wajahnya turut kelihatan bengis.
Lily yang melihat Ali pantas turutkan sahaja. Dia tak suka wajah Ali yang sebegitu. Dia jadi takut.
“Saya ada buat salah ke?” Lily bertanya sebaik Ali menutup pintu bilik.
Ali memandang Lily atas bawah. “Saya nak awak jujur dengan saya Lily. Awak masih ada hati pada Amar ke?”
Lily geling kepala.
“Saya nak awak jujur Lily!” Suara Ali semakin tinggi.
“Saya tak ada apa-apa perasaan dekat Amar! Saya cakap tak ada. Tak adalah. Awak nak saya cakap macam mana lagi,” Mata Lily sudah merah menanti untuk menangis. Lily terkejut dengan suara tinggi Ali.
“Kalau betul awak tak ada perasaan dekat Amar. Awak jangan ikut dia balik. Awak tahu saya tak suka awak dekat dengan Amar tapi awak terhegih nak ikut dia. Atau sebenarnya perasaan awak dekat saya tu tak ada.”
Lily geling kepala. “Saya betul sayangkan awak...” badan Ali di peluk. “Awak tak suka saya ikut Amar. Saya tak ikut.”
“Saya pun sayangkan awak Lily,” pelukan Lily di balas. Terdengar sedu Lily di dalam dakapannya. “Maafkan saya tinggikan suara pada awak.”
Pap!
Pukulan padu mengenai belakang kepala Amar. “Tengok! Apa Amar buat! Kalau esok diaorang masih gaduh. Amar ayah kerjakan,”
“Tapi ayah juga yang suruh.” Kepala yang sakit di usap.
“Sayang masuk bilik. Biar D and D Amar jaga,”
“Kenapa Amar pula?”
“Balasan,” selamber sahaja Fazrin membalas.
Beberapa jam kemudian...
Ali sedikit pening sebaik keluar dari bilik tidurnya. Ahli keluarga Lily tidak henti ulang alik di hadapanya. Malah kedua anaknya turut sama. Keadaan begitu sibuk sekali.
“Lily mana Ali?” Fazrin bertanya sambil berjalan.
Tak sempat Ali balas Fazrin dah menghilang, kemudian kedengaran suara Fazrin dari jauh. “Ada lagi ke sayang. Bie dah 10 kali punggah barang ni,”
“Barang cucu Bie ni yang banyak,” balas Bunga.
Punggah nak pergi mana? Nak pindah ke?
“Mesti penat bertarung kan,” Amar pula lalu di hadapanya sambil tersenyum sebelah. Tapi dalam sekelip mata juga hilang.
“Mia nak pergi mana?” Ali menegur anak perempuannya yang sedang dukung beg Barbie’s sambil menarik bagasi kecil. Yang Ali pelik, kedua anaknya tak lekat langsung dengan Lily mahupun dia sejak duduk di rumah Fazrin. Ada Amar lagi bertambah renggang rasanya. Macam Damia dan Danish ni anak Amar dan Olivia.
“Ikut nenek,”
Kemudian Danish pula muncul dengan bagasi kecil. Di tarik pusing-pusing di buat main. Nampak Olivia lalu di hadapanya pantas Danish panggil. “Ti ti, kut,” (Aunty ikut)
Bagasi Danish bertukar tangan. Dan Danish di pimpin oleh Olivia untuk di bawa keluar.
“Semua orang nak pergi mana ni?” Ali bertanya tanpa tahu kepada siapa soalan itu patut di beri.
“Ali, Ibu Ayah ikut Amar balik. Ali duduk sini jela seminggu tengokkan rumah Ayah sekali. D and D kamu tak perlu risau, berdua itu ikut ayah sekali. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam...” Ali rasa tak sempat dia jawab salam Fazrin, rumah mertuanya sudah sunyi sepi. Sekelip mata semuanya hilang dari pandangan mata. Magic sungguh.
Ali ke pintu utama lalu mengunci pintu. Dia juga ke belakang untuk melihat jika pintu terkunci atau di buka. Semua dah kunci Ali pun tersenyum sinis.
Cepat-cepat dia melangkah masuk semula ke dalam bilik. Bukan selalu boleh berdua sahaja dengan Lily.
“Sayang pukul berapa dah?” Lily bangun mengejut dari tidurnya ketika merasa badan melantun-lantu gara-gara Ali membuat aksi terjun di atas katil.
“Pukul 10 lebih. By sambunglah tidur. Tidur sampai puas.”
“Tak nak dahlah. Nak basuh baju esok tinggal jemur je,”
Tak sempat Lily turun katil tangannya di tarik Ali untuk baring semula. “Nanti je basuh. Sebab nanti sayang kena basuh cadar ni,” badan Lily di serang tanpa sebarang amaran.
“Ah!!... Sayang tak nak. Geli!”
Suasa Lily bergegar satu rumah tapi apa Ali kisah. Hanya tinggal dia dan Lily berdua sahaja. Hahahaha...
Share this novel