BL 34

Family Series 60975

Ali menolak sedikit badan Lily yang menghempap tubuhnya. Dia mahu bangun pun susah. Semalam bukan main halau tidur bawah. Last-last Lily sendiri sibuk menyelit di sebelahnya.

 

Tapi marah-marah Ali. Sebelum bangun dia sempat perbetulkan selimut yang menutup badan Lily.

 

Pintu yang kedengaran ketukan tanpa henti di tuju. Siapalah ganggu pagi-pagi buta ni. Tadi dah kena ganggu dengan Lily. Ni pagi-pagi dah kena ganggu lagi.

 

Tangan memulas tombol pintu, tapi tiada sesiapa di luar. Sempat juga Ali menoleh kiri kanan untuk pastikan matanya betul-betul tidak nampak sesiapa.

 

Tiba-tiba angin meniup lembut dan semerta bulu roma Ali meremang naik semuanya. Pantas dia menutup pintu semula. 

 

Semerta azan di luangkan. Risau ada sesuatu yang tidak nampak cuba menganggu keluarganya. Nasib baiklah Damia dan Danish tidur bersamanya. Tidaklah dia terlalu risau.

 

Sesudah azan Ali pantas baring semula di sebelah Lily. Badannya begitu rapat dengan Lily kerana merasa takut. Dia lelaki pun tetap ada perasaan takut. Matanya di paksa tutup rapat dan berharap dia lena dengan pantas.

 

Di pagi hari wajah Ali kelihatan hitam di bawah mata gara-gara tidurnya sentiasa terganggu.

 

“Semalam Ali ada ketuk bilik ayah ke?” Husni bertanya ketika sedang menjamu selera.

 

“Tak ada Ayah. Ke sebab tu Ayah ketuk pintu Ali,” Kalau Husni yang ketuk, buat rugi sahaja dia gelabah semalam.

 

“Tak ada, Ayah tengok tak ada orang. Ayah sambung tidur balik,” balas Husni.

 

“Habis tu siapa ketuk pintu Ali,” kemudian mata Ali dan Husni saling bertentangan. Mungkinkah itu adalah...

 

Kemudian semua mata beralih kepada Aimi yang senyap sahaja sedari tadi.

 

“Pak Cik tambah lagi, nanti dah balik rumah rindu masakan Lily tak tahu,” suara Lily membuatkan Ali dan Husni dengan pantas menukar pandangan.

 

Ali tiba-tiba berasa sedikit lega kerana esok tiada sudah Aimi di rumahnya. Firasatnya menyatakan kuat Aimi ada sesuatu tapi tiada bukti yang boleh di tunjuk.

 

“Pak Cik rindu, Pak cik datang sini lagi,” balas Husni.

 

“Boleh-boleh, bila-bila nak datang pun tak kisah. Memang Pak cik sentiasa di alukan,” balas Lily dengan mesra dan wajah ceria. Ada sebab kenapa Lily begitu ceria.

 

Sebaik kereta Husni sudah tidak kelihatan, Ali melepaskan nafas lega. Begitu juga Lily. Tetamu pembawa rezeki tapi hendak melayan mereka sebenarnya penat.

 

“Lily, awak masakan sayur air dengan ikan masin ye,” itu yang di tunggu oleh Ali selama dua hari. Tekak sudah tak tertahan mahu makanan yang di sebut Lily dua hari lepas.

 

“Boleh, Mia Danish jom tolong Umi masak,” di kerah kedua anak tirinya.

 

Ali biarkan sahaja, sekurangnya anaknya dapat ilmu tak pun tahu lakukan kerja rumah. Dia juga yang aman duduk menonton TV. Itupun kalau Lily tidak kerah tenaganya untuk melakukan kerja juga.

 

Lagi satu walaupun Lily ibu tiri. Kadang kala dia ada juga terasa ajaran Lily tidak betul tapi dia tidak berani menegur Lily. Takut bila tegur Lily terus mogok tak nak jaga anaknya. Dia juga yang susah nanti.

 

“Pak Ali, sayur tak ada. Hehehe,” tersengih-sengih Lily di hadapan Ali yang baru sahaja duduk.

 

Tengok tak sempat duduk dah tahu dah, ada benda nak kena buat. Itulah Lily, pantang orang nak duduk senang sekejap.

 

“Pak Ali belilah sayur apa yang Pak Ali nak makan, ikan masin pun jangan lupa beli.” Lily bercakap sambil mengikut belakang Ali yang melangkah ke bilik untuk mengambil duit.

 

“Ada apa-apa lagi nak beli?”

 

Lily geling kepala. “Apa yang Pak Ali rasa penting, Pak Ali belilah.”

 

“Yela. Pintu kunci,” Ali meninggalkan pesan sebelum melangkah keluar. Dengan arwah Aisyah dahulu dia tidak terlalu risau tapi bila dengan Lily risaunya berganda-ganda. Mungkin kah kerana Lily isteri muda. hehehe...

 

“Pak Ali jangan singgah kedai janda pula!” sempat lagi Lily menjerit ketika motor Ali sudah bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

 

Pintu utama terus di kunci dan melangkah ke dapur. Mahu melihat apa yang terjadi dengan ikan bilis yang di suruh siang tadi.

 

“Danish! Umi bukan suruh makan. Umi suruh siang!” di korek sahaja mulut Danish yang sudah berisi ikan bilis. Terjerit Danish tapi Lily perdulik apa. Sekejap lagi diamlah tu.

 

“Mia dah cakap, adik nak makan juga,” Mia cuba membela diri dari di bebeli oleh Lily kerana tidak menghalang Danish.

 

Danish terus di angkat untuk di basuh tangan dan mulutnya. “Umi tahu Mia. Adik ni bukan nak dengar cakap Umi. Nak kena cubit baru nak dengar,” di cubit lembut pipi Danish kerana geram.

Danish yang masih mengamuk di biarkan sahaja. Damia pun dah lali dengan perangai adiknya. Kalau di pujuk bukan terpujuk tapi lagi teruk amukannya. Tak di layan pandailah diam sendiri nanti. Lagipun Danish bukan makan pujuk kalau di pujuk, nanti makin teruk amukannya. Danish hanya dia boleh di pujuk kalau orang lain yang buat dia mengamuk, itupun kadang kala makan masa untuk baik semula. Kira ikut nasiblah.

 

Selesai membersihkan Danish, di dudukkan di kerusinya.

 

“Mia basuh tangan juga, makan buah dulu. Nanti ayah balik kita sambung.”

 

Damia berhenti lakukan kerja yang di arahkan oleh Lily tadi. Dia ke singki untuk basuh tangan dan kemudian duduk di meja kecik yang tersedia di dapur.

 

Lily pandang Damia dan Danish sekilas. Tak sangka ada dua anak dah. Buah tembikai susu yang di potong di letakan di hadapan kedua anaknya. Danish di berikan pada tangan sahaja. Manakala Damia di cucuk dengan garfu.

 

“Sedap Umi,” Damia hulurkan buah di tangannya untuk Lily rasa.

 

Lily gigit sedikit untuk merasa. “betullah sedap,” Danish yang melihat Damia buat begitu, dia turut ikut sekali. Tengok kan dah terpujuk.

 

“Mi Mi,” buah di tangannya di hulurkan kepada Lily.

 

“Sedap sangat... Makan habiskan ye,”

 

Danish mengangguk kepala.

 

Lily garu leher sekejap melihat lantai dapur yang bersepar dengan ikan bilis. Salah dia juga minta tolong dekat budak. Budak kalau tolong memang beginilah jadinya.

 

Nak suruh Pak Ali yang kemas tak patutlah pula. Kang tak pasal dia kena ceramah sebab membazir makanan. Dalam terpaksa Lily bersihkan lantai dapur.

 

Tiba-tiba pintu di dapur kedengaran bunyi ketukan. Lily yang terkejut terus memandang ke arah pintu.

 

Pak Ali dah balik ke. Sekejapnya.

 

Lagi sekali ketukan kuat kedengaran.

 

“Sekejap!” Lily melangkah ke pintu. Hatinya tiba-tiba merasa tidak sedap. Tangannya di tombol pintu tapi dia masih teragak-agak untuk buka.

 

Lagi sekali ketukan di pintu kedengaran.

 

“Pak Ali ke tu?”

 

Tiada sahutan. Hanya dapat balasan ketukan sahaja. Tangan Lily meneruskan memulas tombol pintu walaupun terasa tidak sedap hati.

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience