Jari bersulam jari sedari tadi tidak terlerai apabila sudah ketahui perasaan masing-masing. Keadaan cuaca yang panas tetap juga untuh.
“Badan saya bau ke awak?” Lily sudah tidak selesa dengan diri sendiri. Mandi pagi sebelum subuh tadi. Sekarang jam sudah 6 petang.
“Tak pun. Kalau baby tak selesa jom check-in. Bersihkan badan nanti lepas isyak kita keluar lagi cari makan malam,”
“Check-in?! Bukan kita balik hari ke?” Lily terkejut.
Ali geling kepala. “Kita stay sini dua hari. Jom esok boleh jalan lagi. Masa kita ada lama lagi dekat sini,”
Lily mengikut langkah Ali ke kereta. Tangannya masih tidak di lepaskan oleh Ali. “kalau stay sini kenapa belikan mainan D and D awal sangat. Kalau tahu tadi saya tak kalut pilih tadi.”
“Dah baby tak tanya. Saya nak beli awal sebab takut terlupa nanti tak bawa balik. Dua-dua merajuk pula. Sekarang kita fikir hal kita berdua je,”
Apa yang di katakan oleh Ali ada betul juga. “Tapi!” Lily menghentikan langkah. “Saya mana ada bawa baju,”
“Saya dah bawakan siap-siap baju baby. Jom,” lagi sekali Ali menarik tangan Lily untuk mengikutnya.
..
“Pak Ali! Awak!” cepat Lily mengubah panggilan Ali. Dah biasa panggil Pak Ali bila baru bertukar mudah tersasul. Ali pun begitu, kadang baby kadang awak dia memanggil Lily. “Ada swan. Awak ke yang request swan ni?” dua ekor swan di hiasi kelopak bunga terhias cantik di atas katil. Di usap salah satu kepala swan yang ada.
“Saya tak request pun, masa tempah saya tulis note dekat situ honeymoon. Mungkin Pihak hotel bagi surprise dekat kita berdua.”
Lily kembali dekati Ali. Tangannya melilit badan Ali. Wajahnya di dongakan sedikit agar dapat menatap wajah Ali. “Terima kasih awak. Saya tak sangka dapat hadiah macam ni dari awak,”
Ali turut membalas pelukan Lily. “Sama-sama, moga perkahwinan kita kekal bahagia buat selamanya. AMIN..,”
“AMIN..,”
..
“Lily..,” lembut Ali memanggil. Badan Lily turut cuba di palingkan tapi tidak berjaya. Lily mengeraskan badannya untuk tidak mengadap Ali.
Air matanya juga di kesat berulang kali tapi tidak juga berhenti. Mungkin sakit yang di alami lebih perit dari sebelum ini. Jelas sekali Ali hanya anggap dia penganti Aisyah. Ali hanya menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan langsung tidak mempunyai perasaan padanya. Hanya dia seorang yang terhegih pada Ali. Hanya dia yang bertepuk sebelah tangan.
“Baby... Saya minta maaf. Saya tak sedar, saya tak sengaja,”
Tetap tiada balasan dari Lily. Ali hanya dapat melihat balik belakang Lily yang terhenjut seperti sedang menangis. Ali tahu Lily sedang menangis. Dia sedar akan kesilapannya tapi semua bukan dia sengajakan. Tiada niat langsung dia hendak menyebut nama arwah Aisyah. Semuanya seperti di luar kawalannya.
Ali sedar untuk memujuk Lily kali ini bukan mudah. Dia dekati Lily lalu memeluk Lily dari belakang. Di bisikan kata maaf pada telinga Lily berulang kali hingga Lily tertidur.
“Saya betul-betul sayangkan awak Lily.” Badan Lily di peluk lebih erat. “Saya minta maaf, saya janji tak akan ulangi lagi.”
Sebaik bangun tidur Lily terus mengemas beg pakaianya. Ali yang masih tidur di biarkan sahaja. Lebih baik dia pergi sebelum Ali sedar. Subuh boleh sahaja dia singgah di mana-mana.
Lily bersiap dengan pantas sekali. Ketika ingin memulas tombol pintu tangannya di tahan oleh tangan kasar Ali. “Awak nak ke mana Lily?”
Terkejut Ali sebaik buka mata, Lily sudah berada di pintu keluar. Kelam kabut dia cuba mengejar Lily. Nasib baik dia dapat menahan Lily.
“Balik,” jawab Lily ringkas sambil menepis tangan Ali yang menyentuhnya.
“Subuh pun belum lagi ni by. Subuh dulu. Kalau awak nak balik, kita balik,”
“Saya boleh balik sendiri,” lagi sekali Lily cuba memulas tombol pintu tapi tidak berjaya.
Ali tarik sahaja Lily untuk duduk di dalam walaupun dapat penolakan dari Lily. “Awak datang dengan saya, balik pun dengan saya. Ke mana saya pergi awak kena ikut.” Bawah dagu Lily di pegang agar Lily memandang ke wajah apabila dia sedang bercakap.
Bukan Ali hendak berkasar dengan Lily. Tapi apabila Lily sedang merajuk, dia suka buat andaian sendiri, kemudian apa yang di katakan tidak pernah dengar kerana sibuk melayan rajuknya.
“Awak faham Lily?”
Mata Lily sudah mendung memandang Ali, hanya menanti hujan sahaja turun.
Ali terus memeluk tubuh Lily. “Tolong maafkan saya Lily. Saya tahu keterlanjuran mulut saya. Tapi saya nak awak tahu. Dalam hati saya sekarang ini saya hanya ada awak seorang sahaja.”
“Saya tak nafikan kadang kala saya rindu dengan arwah Aisyah. Arwah juga isteri saya, ibu pada anak-anak saya. Mustahil saya boleh lupakan dalam sekelip mata.” Ali meleraikan pelukannya, kemudian melutut di hadapan Lily. Kedua tangan Lily di pegang rapi.
Ali tetap teruskan berkata walaupun Lily tidak memandangnya. “Isteri mana tidak cemburu jika suami sebut nama perempuan lain apabila bersama. Saya tahu semua tu sebab saya pun akan marah seperti awak jika awak sebut nama lelaki lain. Tapi saya betul-betul tidak sedar semalam. Saya tak sengaja Lily.”
“Bukan awak sorang yang kecewa. Saya pun kecewa dengan diri sendiri. Awak nak marah, awak nak cemburu semua boleh sebab itu memang hak awak sebagai isteri saya. Tapi saya nak awak ingat satu je.” Kedua pipi Lily di takup dengan tapak tangannya agar memandang mengadap mukanya. “Awak sahaja isteri yang saya ada. Awak seorang perempuan yang ada di sisi saya. Awak nak merajuk, nak marah lama-lama boleh saya rela pujuk awak sampai awak okay balik. Tapi saya tak nak awak cuba lari macam tadi. Lari tak selesaikan masalah. Lari tak akan buat rajuk awak terpujuk.”
Bibir Lily di cium sekilas. “Awak nak balik kan? Kita balik sama-sama. Bagi saya mandi, solat subuh sama-sama lepas tu kita balik. Kalau awak nak pergi tempat lain pun boleh, saya boleh bawa awak,”
Tiada langsung balasan dari Lily. Ali tahu Lily betul-betul sedang merajuk. “Awak tunggu sekejap ye. Saya bersihkan diri dulu,”
Sebaik Ali melangkah ke bilik mandi Lily terus mengesat bibir yang di cium oleh Ali. Air matanya mengalir lagi sekali. Hatinya masih sakit dan langsung tidak termakan dengan kata pujukan Ali seperti sebelum ini. Dengan sendiri dia merasa jijik di sentuh oleh Ali.
Ali melangkah ke bilik mandi dalam kerisauan walaupun luaran nampak tenang. Dia risau jika Lily cuba melarikan diri lagi sekali. Ali mandi pun dalam keadaan tidak tenang dan dengan pantas siap tidak seperti selalu.
NASIB BAIK BUKAN NAMA AIMI YANG DI SEBUT. KALAU TIDAK MUNGKIN LAGI PARAH.
Share this novel