Hampir setiap malam Lily memakai pakaian tidur seksi. Tapi tiada apa-apa berlaku atas dirinya. Macam-macam yang di fikirkan tentang suaminya. Mati pucuk ke, sebab dia dah tua tapi tak lama tua mana. Ke aku tak cantik. Tapi mustahil, aku cantik kot.
Ke aku ni tak cukup seksi. Lily menarik seluar pendek yang di pakai ke atas hingga menampakan seluar dalamnya. Seksi dah angkat sikit terus nampak.
Dadanya pula di pegang ke dua-duanya. Cukup besar dah ni. Biarlah, Kali ni yang terakhir, Lepas ni aku malas dah aku nak goda.
Ali yang baru keluar dari bilik mandi terkejut dengan tingkah laku isterinya itu. Setiap kali malam ingin menjelma pasti dia akan terkejut. Sudah selalu tengok pun tetap terkejut.
Dugaan apa pula untuk hari ni. Kalau ikutkan nafsu sudah lama di terkam isterinya itu. Tapi kerana janji pada Lily sebelum. Dia bertahan agak dapat melepaskan Lily dengan suci jika Lily tidak mahu teruskan perkahwinan antara mereka berdua.
“Eh! Pak Ali dah siap mandi” Lily menyarungkan jubah tidur labur untuk menutup pakaian tidur seksinya itu. “Lily sediakan makanan sekejap.” Lily terus melangkah keluar dari bilik.
Anak-anaknya yang berada di hadapan TV di panggil untuk menolongnya menghidangkan makanan.
Ali turut melangkah keluar dan melihat sahaja tindak tanduk Lily bersama anak-anaknya. Dia sendiri pelik apa ilmu yang Lily guna hingga kedua anaknya menurut kata. Kalau dia yang suruh, panggil sepuluh kali pun belum tentu anaknya menoleh.
“Terima kasih Danish.” Pipi anak bongsu Ali di cium dengan penuh kasih sayang selepas selesai menolongnya. “Danish terbaik!” ibu jari di keluarkan menunjuk tanda bagus. Danish turut ikut seperti mana Lily lakukan.
Ali pantas mengalihkan pandangan matanya dari tidak melihat Lily dan Danish. Cemburu! Kenapa dia tidak di berikan kucupan sebegitu. Asyik Damia dan Danish sahaja yang dapat.
“Mia nak juga!”
Kali ni pipi Damia pula menjadi sasaran ciuman Lily. Sama seperti dia lakukan pada Danish tadi.
“Ayah juga Umi!” Damia bersuara lagi sebaik Lily sudah menciumnya.
Lily terus memandang Ali dan mata mereka bertentangan. Lily dekatkan wajahnya pada Ali. Ali ketika itu tidak mampu bergerak walaupun sedikit. Jantungnya seperti mahu meletup menanti tindakan Lily. Tidak sabar menanti kucupan dari Lily.
Cup!
Satu kucupan singgah. Tetapi Ali sedikit kecewa kerana Lily cium dengan beralaskan tangannya. Bukan begitu ciuman yang di nanti.
“Dah! Jom makan.” Lily sempat menjeling Ali sepintas dan tersenyum sedikit. Padan muka. Kau tak nak aku, aku pun tak nak kau.
..
Ali baring beralaskan tangannya memandang siling. Fikirannya melayang jauh sebaik sahaja Danish tidur. Dia sudah tahu dugaan apa yang bakal di terima jika masuk ke dalam bilik tidurnya. Dugaan dengan bentuk badan indah dari isterinya. Sebelum ini dia mampu bertahan tapi dia takut jika nafsunya tidak mampu di tampung lagi.
Lily yang sedang memeluk Damia yang sudah tidur nyenyak turut memikirkan hal yang sama. Dia seperti malas untuk masuk ke bilik tidurnya. Dia terbayangkan badan Ali yang mempunyai muscle untuh tetapi tidak dapat di sentuh melebihi sepatutnya. Buat sakit hati sahaja melihat.
Serentak Ali dan Lily keluar dari bilik Damia dan Danish. Lily melihat Ali yang seperti biasa memakai seluar panjang dan singlet putih yang menampakan lengan yang berotot itu.
“Lily tidur dengan Mia,” Lily terus nyatakan hasratnya. Memang sudah di fikir masak masak. Daripada tidur sekali lebih baik berpisah bilik.
“Kenapa?” Ali terkejut. Walaupun dia terpaksa menanggung dugaan dari tubuh Lily tapi dia sebenarnya dengan rela hati menatap tubuh yang tidak pernah dia sentuhi melebihi batas sepatutnya.
“Tidur dalam bilik Pak Ali pun tidur je. Bukan buat apa. Baik saya tidur dalam bilik Mia. Sekurangnya saya boleh peluk Mia. Saya masuk dulu. Goodnight.” Sudah jelas Lily katakan jika Ali tidak juga faham dia tidak mampu buat apa lagi.
Lily yang ingin melangkah semula masuk ke bilik Damia terhenti apabila tangannya di tarik oleh Ali.
“Apa maksud Lily?” Ali tidak pasti apa yang di katakan oleh Lily sebagai satu tanda untuk dia bersama Lily atau sebaliknya.
“Tak ada apa-apa. Lily ngantuk nak tidur.” Lily menarik semula tangannya. Dia sudah putus asa. Biarlah hubungan dia dan Ali hanya atas sijil nikah dan menunggu masa untuk Ali ceraikan dirinya seperti mana lelaki itu janjikan sebelum ini.
“Saya tak benarkan!” Ali bersuara sedikit tegas. Kaki Lily yang melangkah terhenti semerta. Badannya di pusingkan untuk mengadap Ali semula.
“Kenapa? Tak ada beza tidur dekat mana-mana,” kaki Lily merubah langkah masuk ke dalam bilik tidurnya bersama Ali.
Ali turut mengikut langkah Lily dan melihat segala gerak gerik Lily dari belakang. Lily tidak buka jubah tidurnya seperti selalu hanya tali yang mengikat sahaja di buka. Dia terus melangkah baring ke katil dan menarik selimut untuk menutup hingga separas dadanya. Matanya di tutup rapat.
Ali turut melangkah baring di sebelah Lily. Selimut di tarik hanya menutup kakinya. Singlet yang di pakai di buka dan di sangkut di bucu katil seperti selalu. Matanya memerhatikan Lily. Lily tidak melihatnya seperti selalu. Malah badannya di terbalikkan dari mengadap dirinya.
“Saya ada buat salah dekat awak ke Lily?” Ali bertanya. Dia merasa pelik dengan sikap Lily yang tiba-tiba berubah. Selalu kalau begini pasti ada yang Lily tidak puas hati padanya. Ataupun dia ada lakukan perkara yang Lily tidak suka.
“Tak!” sepatah sahaja di balas.
“Kalau saya ada buat salah bagitahu. Kalau awak tak bagitahu saya tak akan tahu.”
“Kan saya dah cakap tak! Tak lah. Saya ngantuk lah nak tidur!” suara Lily agak keras dan bercakap dengan mata tertutup.
“Baiklah.” Ali terus merebahkan kepala di bantal tetapi dia tetap tidak dapat terlelap kerana memikirkan sikap Lily yang sedikit pelik. Tiada ucapan selamat malam yang sungguh manja dari Lily seperti sebelum ini. Ciuman di pipinya turut tidak di beri.
“Boleh tak awak tidur ngadap saya seperti sebelum ni.”
Lily semerta memalingkan badannya. Matanya tetap tertutup rapat. Tidak langsung dia memandang ke arah Ali. Ali turut baring mengadap Lily. Di teliti setiap inci wajah Lily. Wajahnya cantik seperti namanya. Bila marah nampak riak wajahnya bengis seperti sekarang. Tidak dapat sorok langsung.
Ali semerta teringat akan wajah arwah isterinya. Aisyah juga cantik dan lemah lembut. Sedikit berbeza dengan Lily yang sedikit garang. YA ALLAH tidak baik aku memperbandingkan kedua isteri ku.
Ali menatap wajah Lily semula dan tanpa dia sedar tangannya mengusap pipi lembut isterinya itu. Mata Lily semerta terbuka kerana terkejut. Tidak pernah Ali menyentuh dirinya dahulu ketika berada di atas katil. Selalu dia yang sentuh dahulu baru Ali mahu menyentuhnya. Kalau peluk pun begitu. Kalau dia yang minta baru Ali memeluknya.
“Awak marahkan saya kan Lily? Wajah awak tak boleh menipu.”
“Saya cakap tak! Tak lah. Dahlah tidur.” Tangan Ali di tepis dari menyentuh dirinya. Badannya membelakangi Ali semula.
“Lily tidur hadap saya.” Ali tidak suka Lily membelakangi dirinya. Dia mahu menatap wajah cantik bersih isterinya itu hingga di terlelap sendiri. Dia mahu peluk badan Lily sebaik isterinya itu tidur.
Badan Lily di tarik untuk mengadapnya tetapi mendapat penolakan dari Lily.
“Saya tidur dengan Mia!” Lily bangun dari pembaringan. Baru selangkah tangannya di tarik hingga dia terpusing dan terjatuh di atas Ali.
Ali sempat menahan Lily jatuh menghempapnya. Kulit pinggang ramping Lily bersentuh dengan kulit tangannya. Dapat Ali rasakan kulit halus dari badan Lily kerana baju yang di pakai Lily tersingkap.
Tapi apa yang lebih mengasyikan Ali adalah sentuh bibir lembut Lily pada bibirnya. Dia tahu apa yang terjadi tidak di sengajakan tetapi di sukakan nya.
Lily cuba bangun semula. “Maa...” Tidak sempat Lily bangun, dia di tarik dengan lebih kuat masuk ke dalam pelukan Ali. Bibir Lily tidak mampu keluarkan sebarang suara apabila dengan rakus Ali mengucupnya.
Ali tersedar dari keasyikan dunia seketika. Wajah Lily yang sangat rapat dengan wajahnya di pandang dengan penuh kasih sayang. Tiada penolakan langsung dari Lily. Mata redup Lily juga memandang tepat pada mata hitamnya. Badan Lily juga masih lagi berada di dalam pelukan Ali. “Tolong jangan tidur berpisah bilik dengan saya. Kalau saya ada buat salah saya minta maaf. Saya minta maaf sehingga sekarang saya tak sedar apa kesalahan yang saya dah buat. Kalau awak tak beritahu, mungkin sampai bila-bila saya tak akan tahu, dan mungkin saya akan ulangi kesalahan yang sama. Saya tak nak begitu Lily. Sebab saya nak rumahtangga saya bina dengan awak kekal sampai bila-bila. Saya nak bahagia bersama awak dan saya nak awak juga bahagia bila bersama saya.”
“Macam mana kita nak rasa bahagia jika saya sedikit pun tak rasa di sayangi.” Mata Lily di penuhi dengan kelopak air mata.
“Saat saya lafazkan janji untuk mengikat awak menjadi milik saya. Saya sudah cuba tanamkan sayang saya pada awak.” Lily di peluk erat, dia betul-betul sayangkan Lily walaupun penyatuan antara dia dan Lily semuanya di atur oleh Fazrin. Sudah hampir empat bulan hidup bersama Lily tipu kalau dia tiada perasaan itu semua.
Ali melongarkan pelukannya. Dia tidak mahu melepaskan badan Lily yang sudah melekat di badannya. Di pandang wajah Lily dengan penuh perasaan sayang. “Jangan di tanya bila saya mula jatuh sayang pada awak. Bila saya jatuh cinta pada awak. Kerana saat awak sah menjadi milik saya, sayang dan cinta itu sendiri timbul tanpa saya sedar.”
“Kalau awak sayang saya kenapa awak tak pernah sentuh saya.”
“Ni saya sentuh awak.” Ali memberanikan diri mencium pipi Lily. Dia pasti apa yang Lily katakan di luar tadi adalah tanda penerimaan sepenuh Lily padanya.
“Bukan ni lah!” Rajuk Lily.
“Habis yang ni ke?” bibir lembut Lily di cium sekilas. Ali tergelak kecil melihat bibir muncung Lily. Baru baik dari merajuk, merajuk lagi. “Saya bukan tak nak sentuh Lily. Saya nak Lily betul-betul bersedia. Saya tak nak memaksa Lily. Lagi-lagi cara kita di jodohkan bukan atas kerelaan masing-masing. Kalau ikutkan hati saya malam nikah lagi saya dah terkam awak.”
“Kalau saya cakap saya dah sedia.” Lily menebalkan mukanya. Cakap berkias dengan Ali kadang kala Ali bukan faham.
“Sekarang juga saya terkam awak.” Tergelak Lily apabila badannya di geletik oleh Ali. Kemudian mereka berdua terdiam seketika. Masing-masing memandang satu sama lain. “Awak izinkan saya?”
Anggukan kecil Lily menandakan jawapan untuk Ali. Pipi lembut Lily di sentuh lalu kucupan di bibir di beri.
Dari bibir turun ke pipi lalu telinga Lily pula menjadi sasaran kedua. Lalu kucupan itu turun ke bawah... (STOP! SKRIP TERPAKSA DI POTONG. HAHAHAHA!)
“Terima kasih, sayang.” Dahi Lily di kucup dengan lembut dan penuh kasih sayang. Ali teringat kembali babak bersama Lily. Tidak dia duga tiada penolakan dari Lily. Malah Lily seperti menanti tindakan seterusnya darinya. Malah dia dapat melihat Lily melayannya dengan ikhlas.
Lily yang dengar panggilan sayang untuknya seperti berada di awangan sekali lagi. Memang dia nantikan panggilan sayang dari suaminya itu. Dia tidak sangka kerana melayan suaminya dengan ikhlas dia mendapat habuan sekelip mata.
Mata Lily semerta keluarkan air mata. Dan menangis terharu. Ali yang terkejut melihat Lily menangis semerta terkejut. Tiba-tiba rasa bersalah muncul dalam hatinya. Dia telah berjanji tetapi dia sendiri yang memungkiri janji itu. Tapi Lily sendiri yang izinkan. Ke Lily dalam kesakitan sebab pertama kali melakukan hubungan antara suami isteri.
Malah bukan sekali dia mengauli Lily tadi. Kerana nafsu yang terpendam lama. Di habiskan sepenuhnya sehingga tidak mampu Lily membalas setiap cium dari permainan terakhir darinya.
“Maafkan saya.” Badan Lily di tarik dan masuk ke dalam pelukannya.
Lily balas dengan tangisan syadu. Dada Ali tidak berlapik sebaring kain menjadi tempat tangisannya.
Ali menjadi tidak keruan apabila tangisan Lily tidak henti. Di ulas rambut Lily, di usap lembut belakang badan Lily sambil mulutnya tidak henti memohon maaf.
Dan akhirnya Lily tertidur dalam tangisan dan pelukan Ali.
..
Sejam sebelum subuh Ali tersedar dari tidurnya. Badannya terasa berat dan jelas di matanya Lily tidur beralaskan dadanya. Perlahan-lahan Ali menukar alas kepala isterinya dengan bantal.
Melihat Lily yang tidur pulas membuatkan Ali tersenyum sendiri. Tetapi semerta juga senyuman Ali mati apabila dia teringatkan tangisan Lily. Dia lantas bangun untuk membersihkan diri.
Begitu lama Ali di dalam bilik mandi kerana menyalahkan diri sendiri. Menyalahkan nafsu yang tidak dapat dia kawal. Tanpa dia sedar Lily turut sudah bangun dari tidurnya. Menanti Ali keluar dari bilik mandi.
Ali keluar dari bilik mandi dengan tuala yang terlilit di pinggangnya. Dia melihat Lily yang hanya menyarung jubah baju tidur duduk di katil dengan kaki terjurai ke bawah dan kepalanya memandang ke lantai. Bahu Lily juga terhinjut-hinjut seperti sedang menangis.
Ali dekati Lily untuk memujuk. Dia tahu semua ini adalah salahnya. Bahu Lily di sentuh dan di bawah masuk ke dalam pelukannya. “Maafkan saya. Salah saya mungkir janji.”
Lily geling kepala. “Bukan tu tapi memang salah awak!” marah Lily. Lengan Ali di cubit agak kuat seperti mahu membalas dendam. Ali hanya biarkan sahaja walaupun dia merasa sakit. Sakit yang dia rasa tidak sesakit perasaan yang Lily alami sekarang ini.
“Ye memang salah saya. Saya minta maaf. Boleh tak awak jangan menangis macam ni. Saya tak pandai pujuk.” Jika bukan kerana dia, habis tu sebab apa Lily menangis tidak henti. Dalam kerisauan Ali turut rasa bahagia. Kerana Ali tahu malam tadi sememangnya Lily ikhlas melayannya.
Lily tahu, itulah kelemahan Ali. Berapa kali dia buat merajuk di hadapan Ali. Tapi cara pujukan lelaki itu lagi menyakitkan hati. Boleh sebelum ini Ali katakan padanya. Mana saya tahu awak merajuk.
“Saya rasa pening lepas tu bawah saya sakit.” Makin kuat cubitan yang dia berikan kepada Ali.
Bawah! Ali cuba untuk memahami. Dan akhirnya untuk kali pertama dia faham apa yang Lily katanya padanya. Dia terimbas kembali saat bersama Lily. Berkali-kali hentakan di lakukan untuk merobohkan dinding suci Lily hingga gerudi dia turut terasa sakit. Dia tahu Lily juga menanggung sakit tetapi isterinya tahan deminya. Kalau pening pasti kerana keletihan dan tidak cukup tidur.
“Maaf. Saya bawa awak pergi bilik mandi.”
Lily mengangguk kepala.
Ketika Lily membersihkan diri, Ali mengejut ke dua anaknya untuk solat subuh sekali seperti selalu. Tetapi sedikit berbeza untuk kali ini kerana mereka bersolat berjemaah di dalam bilik Ali dan Lily.
“Umi sakit ye!” Damia terus menerpa ke arah Lily sebaik masuk ke bilik orang tuanya itu.
Lily memandang ke arah Ali yang sedang dukung Danish yang masih lagi mengantuk. Dia tersenyum manis melihat suaminya itu sebelum jawab pertanyaan Damia.
“Umi okay je. Cuma sakit sikit. Ni Umi pakaikan telekung.”
Melihat senyuman di wajah pucat Lily dalam diam Ali turut tersenyum. Bahagia yang di rasai ketika itu.
..
Dahi Lily di cium penuh kasih sayang. Terasa bahang di dahi Lily. “Awak rehat ye. Saya hantar Mia sekolah sekejap. Nanti saya balik semula.”
“Awak tak kerja ke?” Lily bertanya kerana Ali mengatakan akan balik semula.
“Tak, rehat ye.”
“Saya nak lontong sambal kacang.” Sempat lagi Lily meninggalkan pesanan. Tak macam orang sakit pula.
“Ye nanti saya belikan. Mia salam Umi dulu.”
Selepas Damia salam dan cium pungguk tangannya. Kedua pipi Mia pula di cium. “Dekat sekolah belajar pandai-pandai ye. I love you.”
“I love you Umi.” Balas Damia dengan membuat simbol love dengan jarinya. Lily dan Damia saling membalas hingga mereka tidak kelihatan satu sama lain.
Lily masuk ke bilik Danish. Danish tidur kembali selepas dapat susu. Lily turut baring di sebelah Danish lalu memeluk tubuh Danish. Baik tidur dengan anaknya daripada tidur sendirian.
Setelah rehat seharian Lily merasa badannya lebih segar daripada semalam. Mungkin kerana kali pertama bersama dan badannya terkejut. Dia beruntung bersuamikan Ali. Dia sakit, Ali tidak benarkan langsung dia lakukan sebarang kerja.
Lily melakukan rutin harian yang biasa di lakukan selepas sembayang subuh. Buat sarapan untuk keluarga kecilnya sambil Ali memandikan Damia dan Danish. Jika dia yang mandikan Ali yang akan buat sarapan untuk mereka semua.
Selesai hidangkan semuanya Lily menyapu sampah di dalam rumah terlebih dahulu sementara menunggu kedua anaknya siap.
“Wah! Anak Umi dah wangi.” Di cium kedua anaknya. Pipinya juga tidak ketinggalan di cium dan di puji oleh Damia.
Pinggan yang kosong di isi nasi goreng oleh Lily. Air kopi turut di tuang di cawan suaminya. Lily langsung tidak dapat mengangkat mukanya melihat Ali. Dia merasa malu sendiri sejak dari semalam.
“Nanti lepas hantar Mia sekolah, Lily nak balik rumah Ibu.” Lily bersuara tanpa melihat Ali. Matanya hanya memandang nasi goreng yang berada di dalam pinggangnya.
“Okay. Tapi bawah awak dah okay belum.” Ali memandang Lily yang sedang menunduk. Wajah putih Lily kemerahan. Ali tahu isterinya itu merasa malu. Sejak semalam Lily seperti mengelak dari memandangnya.
Lily mengangguk kepala. “Dah okay sikit.”
“Tak apalah. Nanti saya hantar Lily dengan Mia sekali baru pergi kerja. Nanti Mia balik saya jemput Lily sekali.”
Lily mengangguk kepala. Tanda setuju. Hatinya sedang berbunga ketika itu. Begitu juga Ali, seperti sedang hangat bercinta seperti pertama kali dahulu. Hingga mereka berdua tidak sedar yang kedua anak mereka sudah berlawan membaling makanan sesama sendiri.
Ketika memandu, Ali memandang ke arah tangan Lily yang kosong tidak memegang apa-apa. Terasa ingin mengambil tangan kecil itu untuk di gengam erat, untuk di cium hingga dia puas. Tapi dia terasa malu, takut jika Lily menepis tangannya nanti. Dia hanya tahan sahaja di dalam hati, menanti Lily mulakan dahulu seperti sebelum ini. Tapi apa yang Ali terima adalah ke hampaan kerana Lily tidak memeluk lengannya seperti selalu dia lakukan.
Sebaik kereta berhenti Lily terus menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Ali. Ketika Lily cium tangannya, Ali memberanikan diri dengan mencium pucuk kepala isterinya itu. Wajah Lily kembali menjadi merah kerana malu. Malu tapi mahu.
Begitu juga Lily memberanikan diri untuk cium pipi suaminya itu. Jantung Ali bagaikan ingin meletup kerana gembira. Pantas Lily berlari keluar dan masuk ke dalam rumah ibu bapanya.
“Danish mana?” Sedikit terkejut Bunga apabila tiba-tiba anaknya muncul tanpa salam.
“Luar!” Sepatah sahaja Lily jawab kemudian terus menghilang masuk ke dalam biliknya. Dia perlu menyorokan wajah merahnya.
“Kalau tak berkesan cuba cara lain Lily. Tak perlu merajuk. Tak guna, tiada sesiapa nak pujuk.” Balas Bunga sebaik Lily masuk ke ruangan peribadinya. Bunga sudah salah faham. Dia ingatkan Lily masih tidak berjaya mengurat suami hotnya itu. Tapi anaknya sekarang ini sedang hangat dengan kehangatan yang Ali berikan.
NOTED : MAAF LAMBAT UPDATE. D.A SIBUK SANGAT SAMPAI TAK SEMPAT NAK TULIS APA2.
Share this novel