Selesai mengemas meja makan, Ali ke ruang tamu untuk duduk bersama kedua orang tua Lily yang sedang berehat.
Seperti selalu Ali duduk di sebelah Lily. Damia yang sudah Bunga mandikan sedang leka menonton TV. Danish pula sedang tidur tengah hari.
Walaupun ramai tapi terasa sunyi sekali. Lily langsung tidak bersuara, matanya tertumpu pada skrin TV sahaja.
“Petang nanti kerja ke Ali?” Fazrin bertanya untuk memecahkan kesunyian.
“Tak Ayah, nak bawa Lily pergi berurut petang nanti, tadi Lily terseliuh sikit,” jawab Ali.
“Pergilah, D and D tinggal je, nanti Ayah dan Ibu tengok-tengok kan,” kata Fazrin semula. Harap kalau berdua sahaja keluar, dapatlah anak dan menantunya berbaik semula.
“Terima kasih ayah,” Ali menjeling melihat Lily yang masih lagi tidak bersuara. Tiba-tiba terasa pelik apabila tiada sandaran kepala Lily pada lengannya. Walaupun baru seminggu bersama Ali sudah terasa janggal bila Lily tidak melakukannya.
Esok dan lusa kalau tidak berkerja. Kalau berterusan begini boleh jadi patung cendana Ali. Ali terfikir-fikir apa cara untuk Lily bercakap semula, cara untuk Lily memberi layan seperti sebelum ini.
“Azan dah,” Fazrin terus bangun masuk ke bilik menukar pakaian untuk ke Masjid.
“Jom awak saya pimpin ke bilik,” Ali cuba berbuat baik kepada Lily tapi tetap dapat penolakan.
Lily bangun dari duduknya dan melangkah perlahan-lahan, tangan Ali yang cuba memimpinnya di tepis sahaja. Ali hanya mampu tersenyum Di hadapan Bunga apabila Lily menolak pertolongannya.
Sebaik masuk ke bilik, Ali turut seperti Fazrin. Menukar baju baru untuk ke Masjid. “Saya pergi dulu,” tangannya di hulurkan kepada Lily.
Lily sambut dan cium seperti selalu tapi dua perkara di kurangkan dari selalu yang dia lakukan. Senyuman untuk Ali, dan kata-kata memohon agar Ali mendoakan dirinya dan keluarga.
Ali hanya mampu senyum tawar di perlakukan acu tidak acu oleh Lily.
..
“Jom awak bersiap pergi berurut,” Ali akhirnya bersuara. Dua jam berdiam diri rasanya seperti setahun. Masa lambat sekali berlalu. Bukan dia tidak cuba bercakap dengan Lily tapi setiap kali dia bersuara tiada satu pun yang Lily respond. Seperti cakap dengan tunggul.
“Awak jom,” Ali cuba tarik Lily untuk bangun. Malah di tepis oleh Lily.
“Nak berapa kali saya cakap, masih tak faham! Pak Ali tak yah susah-susah care pasal saya.” Marah Lily.
“Awak tak susahkan saya Lily,” lembut Ali membalas. Padah diri sendiri kerana berkata tidak berfikir dahulu.
“Shut up! Pak Ali tak payah putar belit ayat! Ayat yang pertama keluar tak akan menipu,”
“Awak dah salah anggap dengan kata-kata saya Lily. Tak sekali pun saya niatkan yang awak susahkan saya.” Ali masih lagi tenang. Dia bukan jenis lelaki pemarah tanpa sebarang sebab.
Lily diam dari terus berkata. Wajahnya turut di palingkan dari terus memandang Ali.
“Awak tak nak pergi tak apa, awak rehatlah. Esok kita pergi,” Ali tahu tidak berguna berbalah ketika Lily sedang marah. Perempuan marah penuh dengan emosi. Jadi lebih baik dia undurkan diri daripada terus berlarutan.
Ali duduk di tempatnya tadi sambil memandang Lily yang membelakangi dirinya. Dia tidak suka Lily merajuk sebegini. Terasa diri dia terseksa sekali. Dia nak pujuk pun tak tahu bagaimana.
..
“Tadi kata nak pergi berurut, Ayah tak nampak pun keluar,” Fazrin bersuara ketika di meja makan. Senyap je macam bilik mayat rasanya. Yang pelik Damia dan Danish turut senyap, macam tahu-tahu sahaja orang tuanya sedang berbalah.
“Lily tidur petang tadi, tak sampai hati nak kejut. Esok ada lagi,” Jawab Ali dengan menipu.
“Tak nak makan dah, minum air,” Baru suara Lily kedengaran, itu pun bercakap dengan Danish dengan nada marah. Di berikan cawan berisi air kepada Danish tapi apa yang Danish buat bukan minum tapi di celop tangan ke dalam cawan hingga basah baju dah lantai tempat Danish duduk.
“Stop it! Tak nak minum jangan buat main,” marah Lily. Pertama kali Lily betul-betul marahkan Danish. Sebelum ini marah pun tidak serious seperti tadi.
Alangkah puting gantung hampir putus pun dia tak marah. Inikan hanya bermain air sahaja.
“Tak apa awak, nanti saya bersihkan Danish. Lantai nanti pun saya lap,” Ali agak terkejut apabila Danish di marah. Danish ada sahaja di tegur oleh Lily kalau nakal sangat tapi tidak la di marah sampai begini. Nampak sekali wajah Lily yang bengis tidak sukakan Danish.
Fazrin angkat kening melihat Lily. Dia rasa pelik. Tak kan kerana marahkan Ali, Danish terkena tempias sekali. Anaknya kalau marah dekat orang tu, orang tu sahaja yang di marahi. Seperti bukan Lily.
“Esok biar ibu sahaja yang hantar Lily berurut Ali,” Bunga memberi cadangan. “Ibu bawa ke tempat Wak Timah sahaja,”
“Ali ingat nak bawa ke situ juga,” balas Ali. “Ibu ikut sekali je nan...”
“Berapa kali nak aku cakap!” Mata Lily terbeliak melihat Bunga. “Aku tak nak pergi mana-mana,”
Ali terkejut dengan tindakan kurang ajar Lily pada Ibunya. Baru dia ingin menegur, Bunga pantas memberi isyarat tangan jangan.
Bunga tenang melihat Lily. “Bawa mengucap Lily. ALLAH ALLAH berulang kali,” Tapi Lily tidak berganjak dari terus menatap wajah Bunga.
“Tahu tak, Lily kalau Ibu pandang macam tadi dia dah takut dengan Ibu. Dia akan palingkan muka dari terus memandang Ibu,” Bunga juga tahu ada tidak kena dengan Lily. Ali pula di pandang oleh Bunga. “Harap Ali faham la apa yang ibu katakan ni. Tak apa, ibu maafkan Lily. Bukan dia yang nak jadi begini.”
Ali memandang Lily yang masih menatap wajah Bunga seperti mahu di terkam. Dia seperti faham apa yang Bunga maksudkan. Mungkin boleh jadi betul apa yang Bunga katakan. Kerana watak Lily sungguh berbeza sekali.
Lily di pandang semula. “Lily tak nak berurut tak apa, duduk sahaja di rumah.” Kemudian Bunga memandang Ali semula. “Nanti lepas makan bawa D and D jumpa Ibu ayah,” Bunga menyudahi makanan di pinggan dan bangun pergi.
Lily tersenyum sebaik sahaja Bunga menyuruh dia duduk di rumah sahaja. Fazrin yang melihat tiba-tiba merasa meremang bulu roma. Pantas dia sudahkan makan. Sebaik basuh pinggan yang di guna, sekelip mata hilang dari pandangan mata Ali dan Lily. Danish juga hilang kerana sempat di kaut oleh Fazrin.
“Mia dah sudah makan pergi ikut nenek,” arah Ali pada anak perempuannya. Damia angguk kepala. Dia turun dari kerusi dan berlari mencari Fazrin dan Bunga.
“Awak nak lagi?” Ali cuba buat seperti biasa.
“Aku boleh tambah sendiri,” balas Lily dengan nada kurang ajar.
“Yela,” Ali duduk sahaja di hadapan Lily hingga isterinya itu selesai makan. Seperti yang dia jangka Lily akan bangun pergi tanpa mengemas seperti siang tadi.
Siap mengemas Ali mengetuk pintu bilik mertuanya. Sebaik dibenarkan masuk baru Ali melangkah masuk. .“Ali minta maaf pasal kurang ajar Lily tadi,”
“Tak apa Ali, esok kita bawa pergi berubat, dekat Wak Timah tu pun boleh. Dia pandai juga ubat-ubat benda macam ni,” balas Bunga.
“Nak bawa dia ke sana macam mana Ibu, tadi pun dia dah cakap tak nak,” Tanya Ali.
“Lily tak nak pergi apa susah, bawa Wak Timah datang sini,” Fazrin yang sedang menjadi princess untuk Damia bersuara. Siap suara lembut sekali keluar.
“Betul juga, kenapa saya tak terfikir, hehe,” Ali malu sendiri. Benda yang mudah pun dia tak boleh berfikir.
“Biasalah tu, Anak-anak kamu biarkan je dekat sini. Kamu pergi tengok Lily sana, lebih elok jangan tinggalkan dia seorang diri.” Arah Bunga.
“Ye ibu, Ali pergi dulu,”
Ali terus melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Sebaik masuk Ali lihat, Lily sudah baring menutup matanya. Minyak urut yang di beli petang tadi di ambil lalu di letakan di telapak tangannya. Kaki Lily yang bengkak di urut perlahan-lahan agar Lily tidak sedar dari tidurnya.
“Awak tahu tak Lily, maksud saya lagi menyusahkan bukan bermaksud awak menyusahkan saya. Kalau awak diam sahaja, sembunyikan sakit awak, awak yang akan dapat susah sebab sakit awak akan melarat dan awak nak jalan tak boleh. Saya tak nak macam tu Lily. Saya tak nak awak sakit. Biarlah sakit itu datang pada saya yang penting awak sihat sahaja.” Ali berkata sendiri. “Saya nak awak sihat, gembira macam selalu. Tengok awak tersenyum gembira pun dah buat hati saya senang.”
Lily yang dengar kata-kata Ali, dia menangis dalam diam. Dia sudah salah faham dengan kata-kata Ali tengah hari tadi. Nasib baik Ali duduk membelakangi dirinya. Jadi tidak Ali nampak dia yang sedang menangis.
“Harap esok kaki awak, kurang sakit,” Ali letakan semula kaki Lily ke tempat asal. Dia bangun ke tandas untuk membasuh tangan sebelum menutup semua lampu. Biar Lily tidur dengan aman hari ini tanpa sebarang gangguan dari anak-anak. Biar Lily rehat sepuasnya.
..
Awal pagi lagi Wak Timah sudah sampai di hadapan rumah Fazrin dan Bunga dengan menaiki motor. Salam diberi dan di jemput masuk oleh Bunga.
“Lily tak boleh jalan sakit kaki, Wak masuk lah dalam bilik dia,” Kata Bunga. Sebenarnya Bunga tidak beritahu perubahan sikap Lily pada Wak Timah. Hanya minta datang untuk mengurut sahaja.
Pintu bilik Lily di ketuk sebelum di pulas tombol pintu. “Lily Ali, Ibu bawa tukang urut ni,” Kaki terus melangkah masuk.
Lily yang baring memperbetulkan kedudukannya. Lily tidak sedingin semalam dengan Ali tapi masih tidak bercakap sebarang suara.
“Wak duduk lah sebelah Lily.” Pelawa Ali.
“Kaki mana yang sakit?” Wak Timah masih berdiri di penjuru kaki Lily.
“Sebelah kiri Wak,” balas Ali sambil tunjukkan di mana tempat Lily terseliuh.
Wak Timah terus duduk di penjuru kaki Lily. “Nyiarap Lily, senang Wak nak urut,” Arah Wak Timah.
Lily turut sahaja tanpa membantah.
Minyak yang di bawa, di sapukan pada tangan sebelum menyentuh kaki Lily. “Kalau tak tahan sakit beritahu,” Baru sekali tekan tangan Wak Timah berhenti dari mengurut. Di lepaskan kaki Lily.
“Ada apa dekat badan kau ni Lily?”
Serentak Bunga dan Ali melihat antara satu sama lain. Jadi adakah betul apa yang mereka duga.
Share this novel