“Wah! Mia dah cantik, Sini nenek cium. Wangi tak?” Bunga memuji Damia sebaik cucu tirinya itu keluar dari bilik Lily. Damia juga yang memanggil Bunga untuk melihat dirinya. Bagaikan model memperagakan baju yang di pakai.
Damia datang kepada Bunga. Di berikan pipinya untuk di cium. Kemudian datang pula Danish yang baru keluar dari bilik kepada Bunga untuk minta di cium juga.
“Cucu nenek semua cantik handsome hari ni,” lagi sekali Bunga memuji.
Lily yang berada di dalam bilik cuba siap secepat mungkin, wajahnya cuba di serikan dengan sedikit make-up agar sama cantik dan padan dengan suaminya yang hot itu.
“Awak cantik tak?” Lily menoleh ke belakang sebaik Ali keluar ke bilik air.
Ali memandang Lily. “Cantik, gincu jangan pakai pekat,” Tanpa make-up pun Lily sudah cantik di mata Ali. Inikan sudah bermekaup lengkap.
“Okay awak,” Lily mencari gincu yang sesuai dengan make-up yang di pakai. Di goles sedikit untuk menaikan lagi seri. “Dah, awak tengok,” Ali sekali lagi di panggil.
“Cantik,” Ali memuji dengan wajah tersenyum. Memang ikhlas dia memuji kecantikan Lily.
Lily paling semula mengadap cermin setelah berpuas hati dengan pujiaan Ali. Tudung pula di pakai bagi menyempurnakan lagi pemakaian di tubuhnya.
Lily dan Ali keluar serentak dengan pakaian berwarna sedondon. Sekali pandang orang sudah tahu, mereka berdua adalah pasangan.
“Ibu, Lily balik lambat tau, ibu masak untuk ibu dan ayah sahaja,” Lily sempat tinggalkan pesan selepas bersalam dengan Bunga.
“Ye, Ali hati-hati bawa keta,” menantunya di pandang.
“Ye ibu, Kami sekeluarga minta diri dulu,” Ali jawab dengan ada Danish di dukungan.
“Yela, bye Mia bye Danish,”
“Bye nenek,” serentak Danish dan Damia membalas. Keduanya sudah tidak sabar untuk pergi berjalan-jalan.
Tempat pertama yang di tuju adalah kedai perabot, dari bahagian ruang tamu, bilik tidur dan dapur di pilih semuanya. Bukan Lily sahaja yang teruja, malah Damia turut sama kerana dapat memilih untuk hias sendiri biliknya.
Hampir tiga jam berada di kedai perabot dan ketika mereka semua keluar jam telah menunjukan pukul 1 petang. Perut masing-masing telah berbunyi.
Danish pula sudah meragam mungkin kerana penat. Menangis tak henti bila di tanya hendak apa tidak di jawab.
Mungkin juga Danish turut lapar, masuk sahaja di dalam kereta. Lily menyumbat susu ke dalam mulut Danish. Kalau lapar sekurangnya dapat alas perut seketika. Dan ketika puting susu berada di mulut diam sekejap anaknya itu.
“Pak Ali, makan kedai tulah. Tengok ramai orang mesti sedap,” Lily tunjuk ke arah kedai yang tidak jauh dari tempat Ali parking kereta.
Ali melihat Lily selepas melihat kedai itu. “Kedai lain la awak, ramai sangat nanti kena tunggu.”
“Tak tunggu lah, lauk kan kita ceduk sendiri,” balas Lily. Ali malas hendak berbalah di ikutkan sahaja pilihan Lily. Kalau ikutkan hati dia tidak mahu ke kedai itu.
Sebaik sahaja Ali sekeluarga duduk.
“Ala Ali, saya ajak kawin tak nak. Tup tup kawin dengan anak dara.” Belakang badan Ali di pegang dengan manja.
Lily yang sedang memangku Danish yang sedang tidur senyum sahaja. Tapi hatinya sudah membara melihat perempuan lain menyentuh suaminya. Ali sudah takut melihat Lily. Dia teringat kembali saat Lily membelasah Amar. Adalah dia akan jadi mangsa seterusnya nanti.
“saya ni janda pun masih bergetah tau. Bukan main saya tunggu Ali lama. Apalah si anak dara ni beri dekat Ali sampai sanggup Pak Ali tolak saya.”
Perut yang lapar semerta kenyang. Tangan yang sedang gaul nasi bersama kuah terhenti. Ali lagi langsung tidak sempat menyentuh nasi yang di ambil.
“Kalau Ali tak puas dengan isteri baru Ali. Saya sanggup jadi isteri kedua Ali. Puas saya layan Ali nanti.”
Lily sudah beristifar di dalam hati. Damia di lihat. Tak memasal anak kecil itu perlu dengar benda yang tidak elok.
“Tak apa saya tidak mahu. Saya kawin dengan isteri saya bukan kerana nafsu. Sebab saya ikhlas dengan dia, saya nak habiskan sisi hidup saya dengan isteri saya. Jom awak makan tempat lain.” Tangan Lily di tarik ketika dia bangun. Sebab itu dia tidak mahu makan di sini tapi kerana Lily mahu di sini tadi dia turutkan sahaja.
“Ala.. Ali ni saya cakap sikit merajuk. Merajuk atau tak sabar nak puaskan bawah ni.” Selamber sahaja paha Ali di raba.
Lily yang melihat sudah sakit hati yang tersangat-sangat. Lily tahu Ali juga tidak suka di perlakukan begitu kerana Ali menepis tangan janda gatal ini. Wajah Ali turut kelihatan tidak selesa semasa turun dari kereta tadi. Mungkin Ali tahu apa yang bakal berlaku padanya tapi di diamkan sahaja.
“Entah Ali ni, Aku belum tanya kau lagi macam mana kau sauk boleh dapat anak dara. Aku nak tahu juga mana tahu dapat anak dara juga.” Kata-kata itu di sambut dengan gelak orang-orang tua yang melepak di kedai makan itu.
“Duit awak. Kita dah ambik makanan kena bayar juga walaupun tak makan. Saya pergi basuh tangan sekejap.” Semakin kejap Lily memeluk Danish ketika melangkah ke singki. Hatinya tersangat sakit.
Ketika sampai semula di meja makan tadi mata Lily sudah kelihatan merah. Ali di pandang. “Tutup telinga Mia.”
Pantas Ali tutup ikut seperti Lily arah. Muka isterinya kelihatan sangat bengis. Nasiblah dapat isteri yang garang macam ni.
“Pak Cik ada anak perempuan tak? Dah kawin belum?” Lily sudah siap sedia untuk memulakan serangan balas.
“Belum kenapa?”
“Tu kawan Pak Cik sanggup jadikan isteri kedua. Kawan Pak Cik pun ada anak dara jugakan. Kawinkan je dengan kawan Pak Cik yang miang ni. Dapatlah melepaskan nafsu yang membuak-buak tu bersama. Selesai masalah nak kawin dengan anak dara. Saya dah bagi jalan penyelesaian.” Kata-kata Lily mendapat sorakan orang yang melepak. Ada juga sepasang mata turut tersenyum dengan kata-kata Lily. Buku sudah terima ruasnya.
“Saya tak tahu nama kak janda siapa. Jadi saya panggil kak janda je la ye. Janda dan perawan kenapa di pilih perawan walaupun janda mempunyai pengalaman. Sebab janda tu dah kena tebuk! Kalau tak faham saya bagi istilah la ye. Saya dan kak janda ni macam buah durian. Durian kak janda dah kena tebuk tupai. Saya punya cantik tak ada sekor pun tupai tebuk. Orang kata buah yang di tebuk tupai itu sedap. Tapi yang sedap tu dah puas di makan tupai yang tinggal hanyalah ulat! Sebab Tu, binatang dekat sini semuanya tak hadap dengan kak janda. Sebab tinggal ulat sahaja.” Puas Lily rasakan selepas dapat melepaskan semuanya. Orang yang duduk melepak di situ juga terkena tempias sekali di beri gelaran binatang.
“Aku manusia lagi.” Terus di letak duit di atas meja. “Makanan sini sedap sebab tu aku datang tapi dah penuh sangat dengan binatang berulat. Dah jom Ali Lily kita pergi makan tempat lain tok yang belanja.” Padan muka. Aku tegur elok tak nak dengar. Kena mulut laser anak Fazrin kalau tak sedar juga tak tahulah.
“Kenapa Pak Ali tak cakap tempat makan tu macam tu! Suka kena raba sana sini.” Marah Lily pada Ali yang sudah menunduk sambil menunggu nasi sejuk.
“Dah Lily, depan rezeki ni tak perlu marah.” Tok Imam cuba menenangkan keadaan. Garang sungguh anak Fazrin ni. “Lagipun bukan salah laki kamu. Laki kamu ni sebelum kawin dengan kamu tu pun tak ada datang kedai tu. Tu Tok terkejut juga kamu semua masuk kedai tu.”
“Tok lelaki memang lah nak menangkan lelaki.” Lily masih tidak puas hati. “Tok pun sama gatal melepak dekat kedai janda berulat tu.”
Aku pula yang kena. Itulah orang dah cakap dengan perempuan jangan di lawan. Nanti sendiri juga yang kena. Kan dah kena.
“Dah awak, makan. Nanti sejuk tak sedap.” Ali suap sahaja makanan dalam mulut Lily walaupun Lily tak bersedia untuk terima suapan darinya. Sekurangnya mulut penuh tak bercakap. Nasib baik kena bebel sahaja kalau kena macam Amar boleh gugur gantung dekat sini juga.
“Orang cakap kalau isteri garang keluarga lebih bahagia. Untung kamu Ali.”
Lily menjeling Tok Imam. Dia rasakan Tok Imam sengaja sindir dirinya. Kalau mulut tak ada isi dah di sembur Tok Imam dengan suara berbisanya.
“Amin. Insyallah bahagia selamanya.” Balas Ali. Memang itu yang di harap. Biarlah Lily garang macam singa pun. Yang penting keluarga kecilnya bahagia.
“Tok imam nak ingatkan, solat jangan tinggal, kalau boleh mengaji setiap sehari. Ada orang tak sukakan kamu berdua berkahwin.”
“Siapa tak suka? Tok ke yang tak suka.” Pantas sahaja Lily bertanya.
“Awak makan sahaja.” Di suapkan lagi nasi ke mulut Lily. Isterinya tak boleh mulut kosong. Bercakap tidak henti nanti.
Baru empat hari bersama Ali sudah tahu sikap Lily yang banyak bercakap. Tapi bukan bercakap pasal orang lain. Hanya bercakap hal sendiri. Kadang dia sendiri pun tak faham apa yang Lily katakan. Sekejap pasal tanah, sekejap pokok, lepas itu haiwan. Dia yang dengar iakan sahaja atau balas sedikit sebagai tanda dia mendengar semua yang Lily katakan.
Bermatian dia ingatkan Lily seorang pendiam tapi sebaliknya pula. Betullah orang kata, bila sudah bersama baru nampak perangai sebenarnya pasangan masing-masing.
Tok Imam hanya balas pertanyaan Lily dengan wajah tersenyum sahaja.
“Insyallah kami cuba cari masa untuk mengaji hari-hari. Terima kasih tok ingatkan kami,” balas Ali. Ali tak tahu siapa yang dengki padanya. Tangkal yang di jumpai di rumahnya tidak di ceritakan pada sesiapa. Setiap hari dia pulang ke rumah, dia akan meneliti setiap ruang tanah yang kosong jika ada tangkal lain yang di tanam. Sekarang Ali lebih berhati-hati terutama Lily sudah menjadi isterinya. Ali tidak mahu Lily terkena tempias pula.
“Tok nak ikut tak kitaorang. Petang nanti nak pergi Tanjung, bawa D and D main. Boleh Tok join main se...” Lagi sekali mulut Lily di suap tanpa sebarang amaran.
Kenapa Ali bersahaja suap Lily, seperti sudah biasa menyuap Lily makan sebelum ini. Semuanya gara-gara semalam Lily dengan wajah sedih mengadu pada Ali yang jarinya terhiris pisau dan meminta Ali yang menyuapnya.
Mula-mula Ali menolak dan menyuruh Lily makan memakai sudu kerana dia merasa kekok menyuap Lily lagi-lagi di hadapan kedua mertuanya. Tapi Lily tetap mendesak mahu makan dari suapanya. Kemudian dia melihat Bunga dan Fazrin biasa sahaja, jadi kurang sedikit malunya. Malah Lily makan makanan dari suapanya penuh selera. Siap bertambah-tambah lagi. Dia yang menyuap Lily turut merasa seronok.
Hari ini bukan Lily tidak boleh makan sendiri. Tapi kerana Lily tidak berpuas hati tangannya tidak mengusik nasi walaupun secubit. Hanya mulutnya sahaja tidak berhenti bercakap. Jadi Ali mengambil keputusan untuk suap sahaja Lily agar mulutnya berisi dan kurang sedikit bercakap.
“Kamu nak tok main sekali. Kamu ingat tok ni sebaya anak kamu ke Lily?” Dari cara Ali, tok imam tahu Ali tidak mahu masa bersama keluarga di ganggu oleh orang luar.
“Mana tahu jiwa tok kanak-kanak Lagi. Jiwa tak melambangkan usia tok.” Lily bercakap dengan mulut yang masih berisi makanan.
“Tok dah puas jadi kanak-kanak dulu. Terima kasih la pelawa. Kamu pergi je dengan keluarga kamu. Tapi D and D tu siapa?”
“Ni dua ketul.” Lily tunjuk pada Damia yang sedang melihat telefon sambil makan dan Danish yang masih tidur di pangkuannya. Dah di gegar pun tak sedar dari lena. Penat sangat mungkin.
“Untung lagi sekali kamu Ali. Dapat isteri otak kreatif.” Tergelak Tok Imam sambil bercakap. “Nama panjang jadi D sahaja.”
Ali hanya senyum sahaja. Dia pun masih tak kenal Lily sepenuhnya. Tapi yang dia tahu, Lily suka peluk lengannya tak kira masa dan tempat.
Mula-mula agak risau jika badannya berbau dan akan buat Lily tak selesa. Tapi melihat Lily biasa sahaja, jadi di biarkan sahaja Lily peluk.
Selesai makan Ali sekeluarga singgah di masjid untuk menunaikan solat zuhur terlebih dahulu sebelum meneruskan pencarian barang electrik pula.
Yang membuat pilihan semua barang semestinya Lily. Tapi Lily tidak sewenang pilih sesuka hati. Pendapat Ali turut di tanya.
Selepas solat asar baru mereka semua menuju ke taman permainan yang di janjikan pada Damia dan Danish.
Yang paling seronok pastilah Damia dan Danish. Selepas turun sahaja kereta dengan tidak sabar untuk ke tempat permainan.
“Abang Ali!”
Serentak Ali dan Lily menoleh untuk melihat siapa yang memanggil.
Share this novel