BL 25

Family Series 60975

“Ada apa Wak?” Lily pusing baring seperti biasa semula kerana terkejut. “Kaki saya berdaki ke?” Bangun Lily untuk melihat kakinya, tengok okay sahaja.

 

“Baring semula, Nanti Wak buangkan. Banyak sangat daki kau ni.” Arah Wak Timah semula. Kaki Lily di urut seperti biasa. “Ada telur Ayam bawa sini 2 3 biji,” Wak Timah memandang Bunga semula.

 

“Ada Wak, saya pergi ambil sekejap,” Laju kaki Bunga melangkah menuju ke dapur. Memang sudah di sediakan awal telur Ayam dan plastik kosong. Sudah tahu cara rawatan Wak Timah jika hendak berubat selain daripada berurut.

 

“Wak saya tak nak makan telur mentah, bagi dekat ayah sahaja. Tu favourite ayah,” Jawab Lily dengan suara tersekat-sekat kerana sakit di urut tapi dia cuba untuk tahan hingga sudah. Bantal yang menjadi alas wajahnya habis di gengam kuat.

 

“Bagus juga kau boleh tahan sakit,” Wak Timah berkali-kali melihat ke arah wajah Lily. Dia tidak urut kuat pun hanya di usap dengan minyak di kaki Lily. Tapi Lily sudah merasa sakit.

 

“Tak tahan Wak tapi saya tahankan sahaja,” balas Lily dengan suara seperti tidak cukup nafas.

 

Bunga meletakan mangkuk berisi telur dia sebelah Wak Timah. Plastik kosong di pegang sahaja. Siap sedia menerima telur yang akan Wak Timah beri.

 

“Sebab semalam ke Wak?” Bunga bertanya. Mana tahu Lily masuk kebun, kemudian mulut tidak bertapis keluarkan ayat tidak sepatutnya. Dan ada makhluk yang tidak nampak, tidak berpuas hati dengan Lily.

 

“Ibu kan tahu AHH!” tidak sempat habiskan ayat Lily menjerit sakit. “Wak! Wak! sakit, berhenti Wak”

 

Wak Timah berhenti menyentuh kaki Lily. “Bukan, sebelum tu lagi dah kena,” jawab Wak Timah.

 

Ali sudah merasa tidak sedap hati, dia yakin pasti seseorang hantar pada Lily. Bukan benda itu datang sendiri. Siapa yang dengki padanya. Mula-mula tangkal, kemudian Lily pula yang kena. Sebolehnya dia tidak mahu orang sekelilingnya terkena tempias.

 

Lily sudah bernafas dengan tenang, Wak Timah menyentuh semula kaki Lily. Di gelek telur di kaki Lily yang sakit sambil mulutnya membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang terpilih. Kemudian di goncang di telinga untuk di dengari isi di dalam. Sebaik dengar di berikan kepada Bunga untuk di masukan ke dalam plastik. Kemudian telur lain di ambil kemudian di buat cara yang sama.

 

“Lily dah sakit sangat sambung esok,” Wak Timah menepuk kaki Lily yang terseliuh. “Boleh paling Lily,”

 

Lily pusing badannya dan duduk bersandar. Matanya kelihatan air setitik dua keluar kerana menahan sakit. “Terima kasih Wak. Telur tu saya tak nak makan tau Wak. Saya tak suka telur,” Lily sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku atas dirinya. Dan telur yang di gunakan untuk mengubatnya bukan untuk di makan.

 

“Kalau nak makan, makan telur lain sahaja. Ni Wak punya,” Wak Timah meminta telur yang Bunga pegang. Benda begini tidak boleh di buang begitu sahaja.

 

“Oh... Nanti saya suruh Pak Ali belikan telur untuk Wak. Sikit sangat Wak minta, tiga biji sahaja,”

 

Ali senyum dalam diam, Lily seperti sudah kembali kepada asal. Cara cakap Lily juga dia sudah tahu. Ali sangat bersyukur.

 

“Yela, esok Wak datang bagi telur Tu,” Wak Timah layankan sahaja Lily yang tidak tahu apa-apa itu.

 

“Terima kasih Wak,” Bunga bersalam dengan Wak Timah sambil menghulur sekeping note berwarna biru tua secara sembunyi.

 

Wak Timah meminta diri untuk pulang dan di hantar oleh Bunga hingga ke motor wanita tua itu. Sempat juga Bunga bertanya sesuatu.

 

“Benda tu orang hantar atau datang sendiri?”

 

“Aku pun tak tahu, Aku tolong apa yang mampu sahaja.” Wak Timah tidak mahu berkata lebih.

 

“Sakit lagi ke awak?” Ali cuba bertanya sebaik Wak Timah dan Bunga keluar dari bilik mereka. Sudah di kentalkan hati jika Lily masih dingin dengannya.

 

“Sakit, tapi tak seteruk tadi,” balas Lily. Dia tidak lagi dingin seperti sebelum ini. “Pak Ali... Lily lapar. Boleh tak Pak Ali ambikkan apa-apa makanan,” lenggok suara Lily juga sudah kembali manja seperti biasa.

 

“Boleh, Lily tunggu sekejap ye,” Pantas Ali ke dapur dengan gembira. Air coklat di bancuh dan bungkusan roti di ambil sekali menuju ke biliknya. Tidaklah dia jadi patung cendana hari ini.

 

“Saya buatkan air coklat untuk awak,” Ali berikan cawan berisi air itu kepada Lily tapi sedikit pun tiada tanda untuk Lily ambil.

 

“Nak Pak Ali suapkan. Roti cicah air,” mengada betul Lily. “Saya kan tengah sakit,” kaki yang sakit tangan yang tidak boleh di gerakkan.

 

Ali yang cuak Lily tidak mengambil cawan yang di hulur merasa lega. Ingatkan masih marahkan dia lagi. Lily mahu suap, Ali suapkan sahaja. Menyuap Lily makan sudah menjadi kebiasaan bagi Ali dah.

 

Ketika suap Lily makan, nampak kedua anaknya akan minta di suap sekali. Di suapkan baru nampak makan banyak. Kalau makan sendiri habis di buat main sahaja. Salah satu sebab juga, kerana Lily tidak merasa manis bercinta seperti fasa permulaan perkahwinan antara dia dan Aisyah dulu. Hari pertama kahwin Danish sudah berkepit dengan Lily 24 jam. Sekurangnya melayan kemahuan Lily dapat juga Lily merasai kemanisan itu walaupun sedikit.

 

Bunga yang mengendap di celah pintu yang terbuka tersenyum gembira. Anak dan menantunya sudah berbaik. Tapi wajahnya bertukar bengis apabila melihat jam di dinding. Fazrin tidak balik-balik sejak keluar mengopi. Keduanya cucunya juga di bawa tanpa sempat dimandikan lagi. Suaminya memang nak kena balik nanti.

 

 

“AH! Siapa kacau urusan aku!” habis bekas kemenyan di tepis. Apa yang susah sangat dia hendak habiskan orang-orang yang Aimi berikan kepadanya.

 

Tangkal baru sehari tanam habis hancur tersekat. Kini di hantar suruhan untuk merasuk juga tidak sampai seminggu habis di tangkap dan di buang entah ke mana. Satu persatu jin suruhannya habis.

 

Hanya ada satu lagi cara terakhir yang dia sendiri tidak sanggup menerima risiko jika sihir yang di lakukan tidak berjaya. Jika orang lain dia masih berani tetapi jika berkaitan dengan Aimi dia berasa curiga dengan diri sendiri. Sudah dua kali sihirnya di patahkan dengan begitu mudah.

 

Sekarang ini pun badannya sudah mula merasa sakit, kalau sihir pilihan terakhir ini di hantar. Kemungkinan nyawa nya boleh melayang jika dapat juga di tangkas.

 

Lebih baik dia diamkan diri tidak beritahu Aimi yang sihirnya kali tidak juga menjadi. Biarlah Aimi tahu sendiri dan pandai la dia berikan alasan nanti.

 

..

 

Walaupun muka tidak menampakan Ali sedang bahagia tapi hatinya melonjak tinggi sekali. Dengan takut-takut Ali membalas mengengam tangan Lily yang jari jemari melekat di celah-celah jarinya.

 

“Pak Ali..,”

 

“Ye saya,” panggilan manja Lily membuatkan Ali tidak penasaran. Di pandang wajah Lily yang sedang bersandar di lengannya.

 

“Pak Ali nak makan apa tengah hari nanti? Lily boleh masakan.” Wajah Lily sungguh manis sekali apabila Ali memandang melihatnya.

 

“Tak perlu masak Lily. Kaki Lily masih belum baik. Nanti sebelum balik saya beli sahaja. Lily nak makan apa?”

 

“Tapi saya nak masakan untuk Pak Ali,” suara Lily seperti merajuk.

 

“Nanti kaki Lily dah okay, Lily masak ye. Saya tak nak Lily berdiri lama-lama nanti bertambah sakit. Esok-esok ada lagi kan. Nanti Lily dah sihat saya beritahu Lily nak makan apa,” Ali cuba memujuk walaupun dia sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu memujuk. Ketika dengan arwah Aisyah dulu, tidaklah ada kerap merajuk seperti Lily. Kalau ada pun setahun dua tiga kali sahaja.

 

“Beritahulah Lily sekarang apa yang Pak Ali nak makan tu,”

 

“Nanti tunggu kaki Lily sihat ye,” Ali seperti tahu-tahu muslihat Lily. Ingat dia tak tahu Lily mahu tahu sekarang, semestinya tengah hari nanti akan di masak.

 

“Yela,” jawab Lily dengan nada merajuk lagi.

 

“Mia dah siap, saya pergi dulu,” Damia yang di siapkan oleh Bunga datang kepada Lily dan Ali yang sedang duduk di beranda.

 

Ali bangun dari duduk sebaik Lily melepaskan tangannya. Dia melihat Lily mengomol Damia sehingga puas baru di lepaskan. “Anak Umi belajar rajin-rajin ye,”

 

Ali menghulur tangan kepada Lily untuk di salam. “Awak nak apa-apa call saya ye,”

 

“Pak Ali jangan pergi kedai janda berulat tu,” lain yang di tanya, lain yang di jawab.

 

“Tak awak, saya pun tak mahu ke situ,” jawab Ali.

 

Di atas motor fikiran Ali melayang bersama angin, Dari cara Lily layan dia seperti sukakan nya tapi betul ke suka atau itu sememangnya itu gaya Lily. Tapi tak kan baru bersama Lily dah sukakan dia. Mungkin memang begini sikap Lily. Seperti Atir cakap padanya Lily seorang yang manja.

 

“Ibu terima kasih siapkan Mia,” Lily bersuara sebaik masuk ke dalam rumah. Sekarang Damia anak tirinya memang sepatutnya dia yang kena lakukan. Jika dulu dia hanya menolong Bunga sebab itu kadang kala dia membantah jika Bunga menyuruh dia uruskan kedua anak Ali.

 

“Ye sama, dah sihat urus sendiri,” balas Bunga dengan sedikit bengis. Lily hendak terasa sememangnya tidaklah. Sudah faham sangat dengan ibunya. Garang-garang tapi baik hati.

 

“Ibu rasa Pak Ali suka Lily tak nanti,” Lily mengubah topik. Dia suka cara Ali bercakap, cara Ali menegurnya. Cara Ali melayannya. Tapi dia tidak tahu semua yang Ali buat semata kerana itu tangangjawabnya atau bercampur dengan sayang padanya.

 

“Ali memang dah suka kamu Lily, tak kan tak nampak lagi.” Balas Bunga. Buta apa mata anak aku ni.

 

“Tapi ibu, kalau suka kenapa dia tak pernah sentuh Lily,” sebab itu Lily masih ragu-ragu.

 

“Tadi yang bergesel lengan dengan kamu tu, bukan sentuh ke?”

 

“Bukan yang tulah ibu, yang dalam bilik. Yang tut tut tu. Yang tadi tu pun sebab Lily yang mulakan dulu, Pak Ali tak pernah mulakan pun.”

 

“Oooo... Dia malu lagi la tu. Lagipun D & D kan kadang-kadang tidur dengan kamu. Dia nak bersama macam mana. Nanti lama-lama bersama juga. Bila dah bersama kamu, jangan kamu tak nak layan pula. Kamu jangan baring tadah badan sahaja. Kalau dia cium kamu pun balas cium. Kalau dia gigit badan kamu, kamu gigit juga badan dia.” Sempat Bunga berikan nasihat berbau personal sedikit.

 

“Kena gigit tak sakit ke ibu?” Tanya Lily dengan polos.

 

“Bukan gigit sampai berdarah! Gigit manja. Lepas tu sekali sekala, kamu mulakan dulu pun tak apa, tak perlu malu. Nanti lagi sayang Ali dekat kamu,”

 

Mata Lily terus bersinar apabila Bunga kata Ali semakin sayang padanya. “Kalau macam tu hari-hari lah Lily mulakan,”

 

“Suka hati Lily. Badan tu sebelum tidur wangi wangi dulu. Cantik-cantik kan badan. Lelaki ni walaupun tak cakap apa-apa. Tapi tu yang dia suka.” Tambah Bunga.

 

“Ibu cakap sama macam Kak Via cakap, Kak Via sampai belikan Lily baju tidur seksi, perfume untuk goda suami, dia cakap nanti suami suka. Tapi Lily nak pakai malu,”

 

“Tebalkan sahaja muka tu. Lily bukan nak duduk dengan dia sebulan dua. Nak duduk sampai akhir hayat kan.”

 

Laju Lily mengangguk kepala.

 

“Nanti lama-lama Lily dah biasa, Lily tak malu dah. Lagi suka mungkin sebab suami Lily mesti puji nanti,”

 

“Ayah macam tu ke dengan ibu, hari-hari ke ayah puji ibu.” Tiba-tiba Lily mahu tahu bagaimana ayahnya.

 

“Ayah kamu tu lain, ibu pakai baju buruk pun di pujinya cantik,” Bunga teringat masa mula-mula bersama Fazrin. Suaminya bukan makan kena marah dulu. Lagi di elak lagi di tarik. Lagi selekeh lagi melekat.

 

Lily perasan juga ayahnya seperti pelik sedikit. Jadi dia tak boleh samakan Fazrin dengan Ali. Apa yang di nasihat oleh Bunga dan Olivia akan di ambil dan di practice kan. Jika perlu mungkin dia perlu menambah baik lagi nasihat yang di terima.

 

..

 

“Assalamualaikum,”

 

“Waalaikumusalam,” Ali mengangkat wajah untuk melihat. Melihat Aimi di hadapanya membuatkan Ali tidak selesa. Sudah tahu Lily cemburu bagaimana jadi lebih elok dia jauhkan diri dari mana-mana perempuan. Walaupun Aimi adalah bekas adik iparnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience