Bunga di dalam bilik Olivia untuk membersihkan badan gadis itu. Olivia masih tidak mempunyai kudrat untuk melakukan apa-apa. Sesudah bersih, di suapkan juga Olivia bubur untuk mengalas perut gadis itu.
"Thank you Ibu." Tangan Bunga di gengam erat. Sangat berterima kasih kerana Ibu Amar sangat mengambil berat akannya.
"Welcome Via." Balas Bunga dengan senyuman. "I want you look like before you sick."
Olivia mengangguk kepala.
Manakala di ruang tamu duduk tiga orang lelaki sedang memikirkan jalan penyelesaian. Dunia sememangnya sedang tunggang terbalik. Lagi-lagi dunia Amar.
"Kalau buat formula ayah lagi sekali lepas tu bagi dekat Olivia semula tak boleh ke?" Tanya Amar. Fikirannya sebenarnya lebih risaukan Lily. Kalau Lily ada di depannya mungkin adiknya itu faham. Sekarang adiknya tidak menyaksikan apa yang berlaku. Boleh jadi perang besar antara mereka berdua.
"Tak boleh. Ayah dulu dah cuba tapi bila ayah berikan semula pada ibu, tidak berkesan. Setiap orang berkesan hanya sekali," terang Fazrin. Kelebihan lain ubat yang di buat itu adalah antidote kepada semua penyakit dan racun. Sebab itu Bunga tidak pernah sakit selepas itu. Ini bermakna Olivia juga akan seperti Bunga. Sakit yang Olivia alami sekarang ini juga akan sembuh dengan cepat.
"Habis tu nak buat macam mana?" Amar sudah kebingungan.
"Abang kawin jela dengan dia. Cun apa." Balas Atir.
"Abang sayang cinta dekat Lily bukan dia. Jadi orang yang akan Abang kawin hanya Lily!" Tegas Amar. Dia risau juga kalau tiba-tiba Fazrin turut memberikan cadang sama seperti Atir. "Kalau Atir nak Atir boleh ambik dia. Abang tak kisah."
"Masalah sekarang dia tu sayang Abang. Tula Abang fikir sangat kawin dengan Lily. Sampai meresap dalam darah Abang lepas tu transfer dekat Via."
"Dah sudah! Tiada pilihan lain. Kamu kawin sahaja dengan Via. Lily nanti Ayah sendiri cakap dengan dia." Arah Fazrin. Itu sahaja jalan penyelesaian yang ada. Kalau di biarkan Olivia terkontang kanting dengan perasaan cinta yang mendalam terhadap Amar lebih baik tidak merawat terus Olivia.
"No!" bantah Fazrin. Benda ini yang paling dia mahu elakkan. "Amar tak akan sesekali duakan Lily."
"Kamu perlu bertanggungjawab Amar!" Bunga yang baru keluar dari bilik Olivia tegas bersuara. Dia berjalan dan duduk di sebelah Fazrin "Dia tiada sesiapa lagi. Dulu ibu masih ada keluarga untuk jaga Ibu walaupun dalam fikiran ibu masa itu hanya ada ayah kamu sahaja. Kalau Amar tinggalkan dia tidak guna Amar cuba rawat dià. Lebih baik Amar biarkan sahaja dia seperti dulu. Amar kena ingat semua ini terjadi kerana Amar juga. Dan ibu tahu, Amar seorang anak yang bertanggungjawab." Apa yang Bunga fikirkan sama seperti Fazrin.
"Tapi Lily macam mana Ibu." Memang Lily sahaja yang di fikirkan Amar sekarang ini. Sudahlah adiknya itu tidak jawab sebarang panggilan darinya.
"Nanti Ibu bincang dengan Lily. Kalau dia masih nak kawin dengan Amar. Teruskan sahaja majlis Amar dan Lily. Tapi Amar kena beritahu pada Olivia sendiri." jelas Bunga.
"Ahh!!!" Amar menjerit kuat. Serabut kepalanya.
..
Lama Amar tenangkan diri di tikar sembayang. Di perlukan pertunjuk dari ilahi. Telefon di atas katil di ambil, nombor Lily di dail. Dia perlu tempat untuk meluahkan masalah yang di hadapi. Tempat luah dia dari dulu adalah Lily. Walaupun masalah yang dia hadapi sekarang akan mengecewakan perasaan Lily.
"Sayang angkat lah." Beberapa kali panggilan di buat tetapi seperti tiada tanda akan di jawab.
Mesej ringkas di hantar kepada Lily. (Sayang please angkat. Abang rindu sayang. Abang perlukan sayang betul-betul sekarang ni)
Lama Amar menanti balasan Lily tetapi langsung mesejnya tidak di baca. Kenapa sayang merajuk dengan Abang. Please sayang baca mesej Abang.
Apa Lily buat agaknya hingga mesej Amar langsung tidak di baca. Jom jengah ke tempat Lily.
Patut tiada satu pun panggilan Amar di jawab. Lily sedang sedap tidur di hadapan TV bersama Danish yang sedang menguis-guis baju Lily untuk di angkat. Mencari susu gantung di badan Lily.
Lily menepis tangan Danish. "Umi tak ada susu." Susu botol yang ada di sisinya di ambil. Lalu di berikan kepada Danish.
Danish yang mamai mengisap susu dengan rakus. Matanya tertutup semula apabila Lily menepuk lembut punggungnya. Keduanya kembali tidur dengan nyaman.
Menanti balasan Lily tidak kunjung tiba. Amar mengambil keputusan ke bilik Olivia.
"Are you still sleep Via?" Amar bertanya di muka pintu. Jika tiada sahutan dari gadis itu dia tidak akan masuk.
"No." Balas Olivia dengan suara lembutnya.
Amar melangkah masuk selepas dapat jawapan. Dia duduk di sisi Olivia, wajah gadis itu di tenung. Rasa bersalah dalam diri Amar mula timbul.
"You know right I like my sister?" Amar tidak mahu sembunyikan perasaannya. Dia tidak sayangkan Olivia. Dalam hati nya hanya ada Lily.
Olivia mengangguk kepala. Tanda dia tahu.
"I will marry you, But..." Ye sudah dia fikir masak-masak untuk bertanggungjawab atas Olivia. "I also will marry my sister."
Selimut yang menutup badannya di tarik dengan kuat. Hatinya sakit dengar segala luahkan hati Amar yang menyakitkan hatinya. Kenapa masih juga Lily yang menjadi pilihan utama Amar.
"If you can't accept my discussion. I will not married you."
"I have no one else in my life. I only have you. I accept all your decisions, the important for me, you are by my side." Olivia jawab dengan hati berbelah bahagi. Walaupun tidak rela, dia terpaksa.
Fazrin dan Bunga duduk di dalam bilik mereka bersama telefon yang berada di tengah-tengah. Mereka sedang berkira untuk menelefon Lily. Bagaimana mahu beritahu kepada Lily yang mereka berdua mahu Amar berkahwin dengan Olivia.
"Kita balik baru beritahu tak boleh ke Bie?" Bunga bertanya.
"Bie pun rasa lebih baik begitu. Sekarang Lily duduk sorang. Bie risau bagitahu sekarang, takut Lily buat bukan-bukan." Fazrin juga menyokong pendapat Bunga.
Fazrin dan Bunga mempunyai 3 hari sahaja lagi sebelum pulang ke Malaysia. Dan dalam masa tiga hari juga persediaan pernikahan untuk Amar dan Olivia dia sediakan. Semuanya berjalan dengan lancar hingga saat pernikahan yang akan berjalan sekejap sahaja lagi.
Olivia melafazkan syahadah terlebih dahulu. Setelah rasmi Olivia beragama Islam baru pernikahan mereka berlangsung. Segalanya berjalan dengan mudah sekali.
Selesai akad nikah Amar dan Olivia menghantar Fazrin, Bunga dan Atir ke lapangan terbang. Sudah tiba masa untuk orang tuanya pulang.
Lily sehingga sekarang tidak dapat di hubungi. Amar sudah lali dengan rajuk Lily. Cara untuk memujuk adalah dengan cara bersemuka adiknya itu sahaja.
"Selamat berhoneymoon." Sinis senyum Atir. Jangan salah faham. Itu sememangnya senyuman semula jadi Atir. "Abang jangan ganas sangat. Akak tak berapa sihat lagi." Habis berkata Atir bergelak dengan sakan sekali.
Amar hanya mampu pandang geram sahaja pada Atir. Marah dan sakit hatinya memang banyak hanya di simpan di dalam hati sahaja.
"Nanti kamu balik, Via bawa sekali. Jangan kamu tinggalkan dia pula." Pesan Bunga pada Amar. Kemudian dia beralih pada Olivia yang sedang duduk di kerusi. Olivia mahu berdiri tapi di halang oleh Bunga kerana menantu baru beberapa jam, masih tidak sihat.
Di peluk Olivia dengan erat sebagai tanda perpisahan. "Take care Via. See you again." Olivia turut membalas pelukan Bunga.
"Bila ayah dah beritahu Lily. Ayah bagitahu Amar ye." Lagi sekali Amar tinggalkan pesanan yang sama. Cara untuk dia tahu keadaan Lily sekarang ini hanya dari orang tuanya sahaja.
Bagaimana agaknya reaksi Lily apabila tahu Abang kesayangan dia sudah berkahwin. Amar sentiasa berdoa agar Lily memahami apa yang berlaku atas dirinya. Berdoa agar Lily boleh berkongsi kasih dengan orang lain.
Share this novel