Selesai solat, Ali sudahi dengan bacaan doa untuk kesejahteraan keluarga kecilnya. Sebaik keluar dari bilik mandi tadi, Ali betul-betul sangat lega apabila Lily masih ada duduk di sofa yang sama.
Ali nampak mata Lily yang merah sedang menangis. Hendak pujuk lagi dia tahu tak akan berhasil jadi di biarkan sahaja Lily menangis. Menangis itu sekurangnya dapat melegakan perasaan Lily sendiri walaupun sedikit.
“Baby kita sarapan dulu. Rugi pula tak makan,” Ali tarik tangan Lily yang di gengam kemas untuk mengikut langkahnya. Kadang Ali merasa geram dengan wajah tidak berperasaan yang Lily paparkan. Nak tarik-tarik pipi Lily. Tapi kerana Lily sedang merajuk. Di tahan tangannya melakukan perkara Bukan-bukan. Elok Lily turutkan sahaja boleh jadi benda lain pula.
“Baby duduk dulu, saya ambilkan” di tekan kedua bahu Lily agar duduk. Macam heret patung pun ada.
Ali mengambil makanan kegemaran Lily dahulu. Sesekali matanya memandang ke arah Lily. Risau isterinya lari.
“Baby makan dulu,” Ali pergi lagi untuk mengambil makanan untuknya.
Lily melihat makanan di hadapanya sangat menyelerakan tetapi dia tidak dapat menelannya. Dia terasa sangat jijik. Jijik apabila membayangkan Ali menyentuhnya tapi apa yang Ali bayangkan adalah Aisyah. Lily juga merasa Jijik dengan makanan yang di ambil oleh Ali. Semua yang Ali lakukan padanya dia tidak dapat terima.
Kalau di fikirkan balik buat apa jijik, semua itu kisah silam Ali. Tapi hatinya tidak dapat terima Ali pernah menyentuh perempuan lain. Walaupun perempuan itu adalah isteri Ali yang sah juga.
Dia rasakan apa yang Ali lakukan padanya tiada keikhlasan. Hanya semata kerana tanggungjawab. Dirinya hanyalah penganti bayangan Aisyah yang Ali rindukan.
“Yang awak termenung kenapa?” Ali muncul semula dengan makanan untuk dirinya. “Tak sedap ke? Nak tukar dengan saya punya,”
Seperti dengan tunggul Ali bercakap. Tapi Lily sungguh beruntung mempunyai suami yang mempunyai kesabaran yang tinggi.
Gigih Ali menyuapkan Lily walaupun dia tidak dapat menjamah satu pun. Ali tahu Lily akan terima suapanya kerana tidak mahu antara meraka malu jika dia menolak.
Ali melihat jam di tangannya. “Kita tolak lambat sikit ye. Saya nak singgah belikan oleh-oleh untuk Ibu ayah. Kalau balik sekarang kedai belum buka.” Memang sengaja Ali cuba menangguh masa. Dia rasa membazir jika bayar hotel 2 hari tapi tinggal semalam sahaja. Sudahlah bilik yang agak mahal di tempah semata untuk Lily.
Lagi satu apa pula kata orang tua Lily nanti. Sudah di beritahu 2 hari tiba-tiba menjadi sehari.
Lily bangun dari duduknya. Dan pantas juga tangan Ali mengengam tangan Lily. Risau betul jika Lily lari.
“Saya nak balik bilik,” Lily menepis tangan Ali yang menahan tangannya. Lily tahu Ali sengaja menangguh untuk balik. Kalau ikutkan hati sekarang juga Lily pergi sahaja tinggalkan Ali. Tapi nanti ibu ayah pula risau jika dia pulang seorang diri.
“Ni kunci,” Ali hulurkan kad access yang di pegang. Kadang Ali ni lurus betul, percaya Lily mahu pulang ke bilik hotel. Kalau Lily tak fikir suaminya lurus sangat dah lama dia hilang dari pandangan mata Ali. “By rehat, saya sudah makan saya terus naik. Hati-hati jalan,”
Tiada senyuman tiada ucapan terima kasih. Lily memalingkan badannya lalu melangkah pergi tinggalkan Ali.
Terjengah-jengah Ali melihat ke mana arah langkah Lily. Melihat Lily ke bahagian lift, Ali tidak risau lagi. Kini dia perlu memikirkan lagi cara untuk pujuk Lily.
..
“Ibu... Where Lily,” Olivia tidak menyempat kereta berhenti dia telah turun dahulu. Terus di cari kelibat adik iparnya. Tidak jumpa arah Bunga yang di tuju.
Bunga yang terkejut dengan kemunculan Olivia, pening kepala melihat menantunya itu ke sana ke sini. Keliling rumah di pusing.
“Honeymoon. Maybe tomorrow she will back,” balas Bunga. Dia sempat perhatian badan Olivia yang sedikit kurus dari kali terakhir dia lihat. Dalam tiga bulan lepas tapi ada satu sudut menjadi perhatian Bunga.
“Masalah apa kamu bawa balik?” Fazrin menegur anak angkatnya itu. Dia pandang sekilas Olivia dia sudah tahu. Menantunya seperti ada masalah dengan Amar.
“Amar tak ada masalah tapi Olivia tak percaya apa yang Amar terañgkan dekat dia.” Amar sedikit tergagap jawab persoalan Fazrin. Dia memang tak ada masalah tapi Olivia yang merasa diri sendiri bersalah.
Bukan main berkeras Olivia mahu pulang ke kampung. Sebab itu dia bawa Olivia pulang.
“Sit here,” Bunga tarik Olivia untuk duduk. Dapat Bunga duga Olivia sedang mengandung. Dia tidak mahu Olivia penat dan tertekan kerana akan berikan kesan pada kandungannya nanti.
“Via dah berapa bulan ni?” pertanyaan Bunga membuat Fazrin menoleh memandang perut menantunya.
Dan dengan tiba-tiba Olivia menangis dengan agak lebat. Cepat Bunga memeluk Olivia untuk menenangkan menantunya.
“4 bulan,” jawab Amar.
“Kamu buat apa dekat Via Amar? Ayah tak pernah ajar sakitkan hati perempuan. Lagi-lagi dia isteri kamu. Ada kamu nampak Ayah buat macam tu pada ibu!,” Fazrin sudah mula keluarkan kuasa membebelnya. Kalau sebuah keluarga ada masalah, memang semuanya berpunca dari lelaki. Kerana lelaki itu nahkoda. Lelaki yang membentuk, membimbing isteri.
“Isteri kamu mengandungkan anak kamu. Patut kamu jaga perasaan isteri kamu. Tatang isteri kamu. Ni kamu buat dia menangis. Buat isteri kamu terluka. Ingat sikit anak siapa yang ada dalam perut isteri kamu tu.”
Amar tahu apa yang Fazrin katakan semuanya betul tapi dia tak buat apa-apa pun pada Olivia. Dia mahu terañgkan pun tak sempat. Fazrin sudah keluarkan peluru padu dari mulutnya.
“Cuba ayah stop cakap sekejap. Dengar apa Amar nak jelaskan,” Amar memotong suara nasihat Fazrin. Kalau macam ni boleh berdarah telinga. Belum lagi sambung bebelan Bunga.
“Nak dengar apa lagi! Dah memang kamu yang salah!” tinggi suara Bunga memarahi Amar.
Tengok Bunga dah bersuara. Kalau macam ni sampai esok belum tentu habis kena dengar nasihat kedua orang tuanya.
“Via dah ingat semua yang pernah jadi dekat dia!” Amar berkata sahaja walaupun kedengaran suara Bunga dan Fazrin bergilir ganti menyapa kedua lubang telinganya. Kalau dia tak bercakap tak akan sudah.
Sekarang kan dah senyap sikit. Senang sikit nak explain.
“Via dah tahu semua. Apa yang jadi dekat dia sebelum kahwin dengar Amar.”
“Macam mana boleh tahu?” Fazrin sangat terkejut. Sekurangnya Bunga dulu makan masa lama untuk pulih. Itupun sebab dia dan Bunga di culik. Itu penyebab utama bagaimana terbongkar rahsia yang di simpan selama ini.
“Amar tak tahu. Tapi 2 minggu lepas Via bangun tidur dia tiba-tiba menangis pukul diri sendiri. Dia cakap anak dalam perut dia tak nak. Itu bukan anak dia. Dia rasa dia tak berguna. Amar dah pujuk tapi sekejap je okay. Lepas tu jadi balik.
Amar cakap anak dalam perut anak Amar dia tak percaya. Ayah ingat Amar tak sedih ke bila Via tak ngaku Amar ayah pada anak dalam perut dia.” Suara Amar sudah sebak.
“Maafkan Ayah. Ayah ingat kamu buat Via terluka. Maaf sebab ayah main serang kamu sahaja tanpa tahu kebenaran.”
“Via nak jumpa Lily kenapa?” Bunga bertanya. Lihat keadaan menantunya membuatkan Bunga turut sedih.
“Dia nak minta maaf dekat Lily. Sebab dia punca Amar dan Lily tak dapat bersama. Lily tak bahagia sebab dia. Lily kena paksa kahwin dengan Ali sebab dia. Amar dah cakap, bukan salah dia. Lily pun tak suka Amar dah. Lily happy sahaja dengan Ali. Tapi Via tak nak percaya.” Perit rasanya apabila isteri sendiri tak nak percaya dengan apa yang dia kata. “Via nak juga Amar bersama Lily. Lepaskan dia.”
“Sabar Amar...,” Fazrin melihat anaknya itu seperti mahu menangis. “Mungkin pembawaan budak. Mungkin lepas jumpa Lily. Via okay semula.”
“Ibu bawa Via berehat. Nanti ibu tolong pujuk,” Bunga bangun dan bawa masuk Olivia ke bilik Amar. Lily dah okay, Amar pula yang bermasalah.
Melihat pintu bilik Amar tertutup Fazrin memandang Amar semula. Ada sesuatu yang di nantikan khabar berita dari Amar. “Nanti okaylah tu. Amar jangan risau. Pandailah ibu pujuk sampai Lily balik.” Amar balas dengan anggukan kepala.
“Amar dah jumpa dia?” Akhirnya Fazrin bertanya juga walaupun dia rasakan masa tidak sesuai.
Amar geling kepala. “Amar dah cuba cari dan masih tak dapat cari dia. Ayah yakin dia masih hidup. Sebab dia kan lagi tua dari ayah.”
“Tua tak semestinya pergi dulu Amar. Ajal maut ni kita tak tahu. Kalau Amar dapat jumpa dia, Amar terus call ayah ye.” Fazrin berharap dapat bertemu dengan Hasrol sebelum dia bertemu dengan pencipta. Hasrol terus menghilang selepas membantunya dahulu. Fazrin tahu, Hasrol membawa diri untuk mengubat hatinya. Bukan mudah untuk melupakan orang yang di sayang. Bertahun pun belum tentu boleh pulih.
“Kalau ayah pergi dulu sebelum sempat jumpa dia. Amar tolong jagakan Ibu ye. Bawa dia jumpa dengan Ibu. Kalau dia tiada sesiapa di sisi kawinkan ibu dengan dia,”
“Ayah cakap apa ni?!” Amar betul-betul terkejut dengan permintaan Fazrin. Tidak masuk akal betul.
“Ayah hingga saat ini rasa bersalah pada dia Amar. Ayah yang kenalkan dia dengan ibu. Tapi ayah sendiri tikam dia. Tak sedikit pun dia balas perbuatan ayah dekat dia dulu. Masa kita susah, dia yang bantu kita. Amar ingat lagi tak, dia yang jaga Amar dulu,”
Amar terimbau kembali saat waktu kecilnya. Jika tiada Pak Cik Hasrol mungkin dia sudah mati kelaparan kerana duduk sendirian. Mungkin juga dia tidak dapat jumpa kedua orang tuanya lagi. “Ye Amar buat seperti ayah mahu. Tapi ayah tak jangan fikir bukan-bukan.”
..
Lily menangis sepuasnya di bawah pancutan air. Dia cuba untuk memujuk diri Aisyah isteri Ali yang pertama. Aisyah juga telah tiada. Dia tidak perlu untuk rasa cemburu tapi semuanya tidak berhasil. Hatinya makin bertambah sakit apabila teringat saat Ali menyebut nama Aisyah ketika bersamanya.
Jeritan Lily di dalam bilik mandi semakin kuat. Ali yang berada di luar pintu menunggu dengan sabar. Di biarkan sahaja Lily cuba menghilangkan rasa sakit sendirian. Bagi dia tersilap memanggil nama adalah perkara remeh tak perlu di perbesarkan tapi tidak bagi Lily. Dia cuba untuk berada di tempat Lily. Jika Lily menyebut nama Amar. Pasti dia juga akan kecewa dan jadi seperti Lily pada saat ini.
Sakit yang tiada luka, lebih memeritkan. Kenapa dia melakukan kesilapan saat baru ingin merasai manis bersama Lily. Kenapa dia terlalu bodoh.
“Ni saya tolong keringkan rambut by,” pantas Ali bertindak dengan mengambil tuala saat Lily muncul di pintu bilik mandi. Dia lihat Lily seperti sudah tenang sedikit.
Sambil berjalan Ali mengeringkan rambut Lily. Lily buat seperti Ali tidak wujud. Dia terus berjalan menuju ke katil dan terus baring. Seluruh tubuh di selubungi selimut.
Ali mengambil keputusan turut baring di sebelah Lily. Dia turut masuk di dalam selimut dan memeluk tubuh Lily. Dia tidak mahu Lily bersendirian lagi. Lily kena tahu dia sentiasa ada di sisi Lily. Lily kena tahu tiada orang lain selain Lily di sisinya.
Lagi sekali Ali dengar tangisan Lily dan bertambah erat Ali memeluk Lily. Kalimat cinta di berikan. “Saya sayang awak Lily. Saya cintakan awak Lily. Tiada orang lain yang boleh ada di sisi saya melainkan awak.”
Ali mengubah pembaringan supaya dapat melihat wajah Lily. Dia sedih melihat wajah Lily yang sayu pucat. Pipi sentiasa basah dengan air mata.
Air mata Lily di kesat. “Saya betul sayangkan awak Lily.” Bibir pucat Lily di cium ringkas.
Kemudian Ali lagi sekali berikan kucupan walaupun Lily tidak balas Ali tidak hentikan tindakannya. Salah satu cara yang ada hanyalah bersama Lily semula. Akan di buktikan apa yang dia katakan bukanlah tipu semata. Hanya ada Lily sahaja di fikirannya..
Lily yang pada mulanya seperti patung, akhirnya terbuai dengan tindakan Ali. Ciuman Ali di balas walaupun sebenarnya dia tidak mahu.
Ali sangat berhati-hati dalam tutur bicaranya. Ayat-ayat cinta tidak henti di ucapkan untuk Lily. Ali sangat berharap hati Lily akan terubat walaupun sedikit.
Share this novel