Tenungan sepasang mata membuatkan Lily tidak berpuas hati.
“Tu kawan ayah tu?” Bunga bersuara dari tempat duduk belakang.
Lily sudah perasaan dengan kehadiran kawan Ayahnya itu terlebih dahulu sebelum ibunya. Sebab itu dia tidak berpuas hati dengan tenungan lelaki itu. Ayahnya pula beli mee ke buat mee. 30 minit sudah dia tunggu di dalam perut kereta bersama ibunya.
“Yang dia tenung orang macam tu dah kenapa?” Lily tidak berpuas hati. Orang tua gatal.
Bunga memandang semula ke arah Ali. Yup sememangnya Ali seperti sedang tenung ke arah Lily. Tetapi Bunga tidak berfikir negetif walaupun sedikit. Biasalah kalau pandang orang begitu. Bukan tenung miang pun, tenung untuk melihat sahaja.
“Dia cam kereta kamu Lily. Dia tengok mungkin ada Ayah dekat dalam. Selalu Ayah kalau nampak Ali tu dia turun tegur. Ni ayah kamu tak muncul-muncul. Jumpa skandal dulu agaknya,” jelas Bunga untuk tidak menimbulkan salah faham Lily terhadap Ali. Ali sudah ada isteri cantik nak buat apa padang Lily yang sememeh ni.
“Yang dia cam kereta orang buat apa? Gatal!” Lily masih tidak berpuas hati.
Bunga geling kepala dengan sikap anaknya. Suka berfikir negetif dengan Ali. Apa yang Lily tidak suka dengan Ali pun, Bunga tak tahu. Ada juga nanti berjodoh dengan Ali anak aku ni. “Dah kereta kamu je yang warna pink dekat area ni. Mestilah dia kenal. Lily lalu je, semua orang dah tahu kamu tu anak Fazrin dan Bunga,” jelas Bunga.
Lily memeluk tubuh tidak berpuas hati dengan pembelaan Bunga terhadap Ali. Asyik-asyik menangkan Ali saja.
Setelah lama berdiri di tepi motor menunggu kemunculan Fazrin yang tidak kunjung tiba, Ali bergerak masuk ke dalam pasar. Mungkin Fazrin tiada di dalam kereta anaknya sebab itu tidak muncul sedari tadi.
Baru beberapa langkah Fazrin muncul dengan kedua belah tangannya penuh dengan plastik berisi barang.
“Ali!” Fazrin pantas menukar barang yang di pegang ke tangan kiri semuanya. Tangan di hulurkan untuk bersalam.
Ali dengan hormat menyambut tangan Fazrin. “Saya pergi rumah tadi tak ada orang. Tu saya pergi pasar dulu. Tiba pasar nampak kereta anak Pak Rin. Tu tunggu juga Pak Rin dekat tepi kereta tadi. Tapi tak muncul saya masuk dalam.”
“Oh... Biasalah, Pak Rin macam Ali juga. Walaupun isteri Pak Rin tu sihat walafiat,” balas Fazrin dengan mesra.
“Alhamdulilah... Memang tanggungjawab sebagai suami,” balas Ali dengan riak wajah bersahaja. Seperti orang tidak mempunyai perasaan. Tiada senyuman.
“Ye betul tu. Isteri sihat?” Fazrin bertanya khabar akan orang rumah Ali. Isteri Ali lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak keduanya 3 tahun lepas.
“Alhamdulillah... Ada buat kenduri sikit sebab orang tua isteri saya ada datang. Nanti Pak Rin sekeluarga jemput datang. Lepas isyak.” Ali menyatakan kenapa dia ke rumah lelaki itu tadi.
“Ye ye. Insyallah. Kalau tak ada halangan Pak Rin sampai. Pak Rin pergi dulu lah Ali. Lily tu dah tekan minyak macam nak tinggalkan Pak Rin dah!” Fazrin bersalam dengan Ali sekali lagi. Fazrin perasan ketika dia bercakap dengan Ali, kereta Lily perlahan-lahan keluar dari petak parking. Faham sangat dengan sikap tidak sabar Lily itu. Lagi-lagi kalau ada Ali.
Ali menghantar Fazrin ke kereta Lily dengan pandangan mata sahaja.
Lily yang berada di dalam kereta sudah kepanasan walaupun aircond di buka kuat. Dia nampak Fazrin sedang berbual dengan lelaki yang dia gelar Pak Ali itu. Dia memang tidak suka dengan kawan ayahnya itu sejak orang tuanya berpindah duduk di kampung lagi. Cara lelaki itu memandangnya seperti lelaki gatal!.
Kalau handsome tak apalah juga. Ni dahlah serabai dengan jambang, Rambut panjang mengembang macam Apek. Pakai baju pun seperti main sarung sahaja. Seperti baju tidak pernah basuh pun ada.
“Ingatkan tak tahu nak balik!” Tegur Lily sebaik Fazrin buka pintu di penumpang hadapan.
“Jumpa kawan ayah sekejap. Tu terbual lama.” Fazrin memberi alasan kenapa dia lambat.
“Kawan ke skandal!” Serentak Bunga dan Lily bersuara.
Mak borek anak rintik. Tapi kenapa anaknya sibuk juga nak cemburu. Takut dapat mak tiri apa. “Kawan sayang. Jumpa Samad dalam pasar. Lepas tu terjumpa Ali. Tu jadi lama.”
“Berbual apa?” Tanya Bunga. Dia akan tanya dan bertanya hingga rasa puas hati.
Lily yang sedang memandu kereta diam sahaja apabila ayahnya di soal siasat oleh ibunya. Sudah terbiasa. Sebab itu jika Bunga tidak bertanya dia yang akan ganti tempat Bunga hingga dia merasa puas.
“Bual pasal buah. Monyet banyak sekarang. Buah baru putik habis semua. Sama macam dekat belakang rumah kita sayang. Lepas tu Ali tadi ajak pergi kenduri rumah dia malam ni. Dia pergi rumah kita tadi tapi tak ada orang. Tu bila dia nampak kereta Lily dia tunggu,” Fazrin cuba jelaskan sebaik mungkin agak Bunga betul-betul faham.
“Oh... Isteri Ali sihat?” Fazrin merasa lega apabila melihat seperti Bunga berpuas hati dengan jawapanya.
“Alhamdulilah sihat. Tadi Bie ada tanya Ali juga,” balas Fazrin. Sudah tua gelaran Bie dan sayang tetap di gunakan. Pedulik apa orang lain yang dengar yang penting hubungan dia dan Bunga kekal bahagia.
“Asyik-asyik buat kenduri. Lily tak nak pergi. Ibu ayah pergi sendiri.” Lily rasakan seperti sebulan sekali kawan ayahnya itu buat kenduri. Kalau banyak sangat duit cuba betulkan rumah tu! Macam rumah hantu aku tengok. Lily membebel di dalam hati.
Kali ini Fazrin pula geling kepala melihat anaknya. Perangai sebiji seperti isterinya ketika muda dahulu. Yang Fazrin sendiri pelik, kenapa lah anaknya itu tidak suka betul dengan Ali. Padahal Ali tu baik. Tidak buat apa-apa salah pun pada Lily.
“Bukan asyik buat kenduri Lily. Dia ada rezeki lebih, jadi dia berbagi pada orang untuk merasa. Tak rugi pun. Lagi dapat pahala.” Fazrin perbetulkan pendapat Lily.
“Kalau banyak sangat duit, pergi jela derma dekat anak yatim sana ke. Rumah orang tua ke,” balas Lily semula.
“Jangan begitu Lily.” Susah bercakap dengan anak perempuannya ini. “Lily tahu ke dia ada derma ke tidak. Jangan berburuk sangka dengan orang. Lagi satu, Lily jangan benci sangat dengan Ali tu, nanti jadi jodoh kamu baru tahu.”
“Cyoi! Tak ingin Lily dengan Pak Ali tu. Dahlah serabai.” Sedikit pun tak terbayang untuk bersama dengan Ali tu. Kalau dia seorang lelaki dekat Malaysia ni pun belum tentu dia nak berkahwin dengan Ali.
“Tengok dia macam tak kerja. Banyak duit dapat dari mana?” Bunga bertanya dari belakang. Kadang dia pelik dengan orang-orang kampung sini. Diam-diam ubi berisi. Kalau suaminya tahulah. Setiap bulan duit pencen masuk.
“Sawit dia banyak. Lagi harga tengah naik sekarang ni. Bukan sawit je. Kebun lain pun banyak. Tiap Bulan. Duit masuk goyang kaki sahaja.” Jelas Fazrin kepada Bunga.
“Oh.. Tapi orangnya kenapa macam tu sahaja. Macam orang tak berduit. Pakai pun motor buruk.” Seperti Bunga duga. Diam-diam ubi berisi.
“Mungkin dia tak ada masa. Nak urus isteri. Anak dia lagi. Sayang sendiri tahukan D and D tu macam mana. Kalau di tegur sekejap je elok. Kalau ada Lily ni dekat rumah baru budak berdua tu diam sikit, turut kata.”
Fazrin menyebut D and D, Lily terus terbayang wajah comel kedua anak kecil itu. D and D itu adalah gelaran yang dia berikan kepada Damia dan Danish. Kemudian muka Pak Ali pula muncul dalam bayangannya. Anak bukan main comel cantik, tapi bapak buruk gila. Di kutuknya Ali di dalam hati.
..
“Assalamualaikum” Ali memberi salam sebaik motornya berhenti.
Terdengar suara menyambut salam dari dalam. Ali turun dari motor dan masuk ke dalam rumah. Ke tempat isterinya duduk di tuju dahulu.
Wajahnya yang mendatar itu semerta tersenyum sebaik memandang isterinya. Sebaik pungguk tangannya di cium oleh Aisyah, satu ciuman hinggap di pucuk dahi isterinya itu.
“Abang letak barang dekat dapur dulu.” Barang yang di letakan di lantai tadi di ambil semula dan melangkah ke dapur.
“Lamanya Abang pergi?” Aisyah bertanya sebaik susuk tubuh suaminya menghilang. Rumah yang di diami tidak besar. Jika bercakap di bahagia tengah pasti dapur dan ruang tamu boleh dengar juga.
“Abang pergi rumah Pak Rin dulu tadi. Tapi tak ada orang, tu jadi lama sebab abang tunggu.” Ali jelaskan kenapa dia lambat pulang.
“Oh... Lily ada?” Nama Lily di sebut. Dia sebenarnya cemburu dengan Lily setiap kali Fazrin membawa keluarganya datang ke sini. Walaupun suaminya tidak pernah pun memandang atau bertegur sapa dengan Lily tapi dia tetap merasa cemburu. Cantik sempurna tidak cacat sepertinya. Anak-anaknya juga selalu bercerita jika balik dari rumah Fazrin mengenai Lily jika gadis itu ada.
“Ada. Pak Rin cerita Lily pindah sini. Tak kerja dekat KL dah. Stress katanya.” Ali ceritakan apa yang dia tahu. Cawan berisi air teh di letakan di hadapan isterinya.
Kain baju yang di pakai di pial dengan kuat. Lagi bertambah cemburu apabila tahu Lily akan tinggal di kampung. Anaknya pasti lepas ini hari-hari bercerita tentang Lily. “Oh... Anak-anak lepas ni tak yahlah hantar rumah Pak Rin lagi. Biar sayang je jaga.”
“Sayang betul ke boleh tengokkan Mia dengan Danish. Mia tu okay lagi tapi Danish.” Anak lelakinya agak nakal. Takut isterinya tidak mampu untuk kawal. Lagi-lagi isteri tidak mampu berjalan.
“Insyallah boleh. Sayang cuba dulu.” Aisyah cuba menyakinkan suaminya.
“Nanti Abang cakap dengan Pak Rin, kalau sayang tak boleh bagitahu Abang.” Ali perasan akan perubahan wajah isterinya sebaik nama Lily di sebut. Dia tidak tahu kenapa isterinya cemburu dengan Lily. Dia tidak pernah sekali pun terfikir untuk menduakan isterinya. Dia hendak bercakap dengan Lily pun jauh sekali, lagi-lagi Ali tahu Lily tidak suka padanya.
“Ni anak-anak mana?” Baru dia perasan rumahnya sunyi.
“Ikut Atuk dia. Nak makan sarapan dekat luar katanya.” Aisyah tersenyum manis saat suaminya menyentuh tangannya untuk di gengam.
“Peluang ni sayang.” Wajah Ali tiba-tiba ceria.
“Peluang apa?” Aisyah terkebil-kebil mata tidak faham maksud suaminya.
“Peluang Abang mandikan sayang!” Aisyah terus di angkat dari tempat duduknya dan di bawa masuk ke dalam bilik.
Terjerit Aisyah kerana terkejut dengan tindakan suaminya.
..
Roti canai di siat kecil-kecil ke dalam pinggan kosong sebelum di letakan di hadapan Damia dan Danish.
“Mia nak kuah?”
Damia geling kepala. Roti canai kosong tanpa pencicah sudah sedap baginya. Begitu juga Danish, hanya makan roti kosong.
“Kalau Aimi dapat suami macam Abang Ali mesti anak-anak Aimi comel macam Mia dan Danish kan Ayah?” Kedua anak Aisyah dan Ali di pandang bergilir-gilir. Bulu mata lentik, hidung mancung, wajahnya juga ada persis keturunan Arab.
“Insyallah, kamu carilah suami macam Kak Long kamu dapat. Bagus pun ye, baik tak perlu cakap semua orang tahu. Bertanggungjawab lagi.” Husni memuji Ali.
“Aimi kawin dengan Abang Ali jela. Dah terang terang dia semua dah lengkap ada ciri-ciri yang ayah cakap tadi.”
“Astrafiruallah... Suami kak long kamu tu Aimi.” Husni menegur. Kalau Aisyah dengar pasti akan timbul salah faham.
“Orang cakap jela, bukan betul.” Tapi kalau betul apa salahnya. Kalau tidak di fikirkan kecian pada Aisyah yang tak boleh bergerak, dah lama dia goda Ali. Kalau aku goda sekarang confirm dapat, nak bandingkan Aisyah yang lumpuh dengan dia yang sempurna. Mana-mana lelaki pun akan pilih dia.
“Kalau Mak ngah jadi Ibu Mia, Mia nak?” Di pandang wajah Damia ketika soalan itu di tanya.
“Tak nak, Mia dah ada Ibu, dah ada Umi. Mia tak nak ibu lain,” jawab Damia dengan jujur.
“Kamu tanya soalan apa ni Aimi?” Lagi sekali di tegur anaknya itu. “Kalau Mia cerita dekat akak kamu, nanti dia fikir apa! Kalau kamu ikut ayah pergi rumah kak long kamu semata nak sakitkan hati dia. Kamu tak perlu ikut.” Marah Husni.
“Kan orang cakap, saja je. Bukan betul pun,” rajuk Aimi. “Tu pun nak marah.”
“Bagi kamu tak betul! Gurau! Tapi kalau dengar dek akak dan Abang kamu, apa kata mereka berdua. Sebelum keluarkan kata, fikir dahulu. Berapa kali ayah nak cakap, Kalau tak penting tak perlu bercakap. Lebih elok diam membisu daripada bercakap sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain.” Nasihat tegas Husni.
“Yela, Aimi minta maaf,” dalam terpaksa. “Tapi siapa Umi Mia?” anak buahnya itu di pandang lagi sekali.
Pertanyaan Aimi tidak di jawab oleh Damia. Mungkin Damia tidak tahu bagaimana mahu jawab soalan Aimi itu.
NOTE FROM D.A : Mana yang tersalah ejaan abaikan sahaja. D.A malas nak betulkan. hahahaha... Cerita ini mungkin panjang mungkin pendek. harap pendek la. tak perlu semua orang tertunggu2 untuk habis ke penamat.
Share this novel