BL SEASON 2

Family Series 60975

D.A bagi teaser sikit tapi bila full ready untuk published D.A sendiri tak tahu.

Beberapa bulan kemudian...

 

Ali yang duduk di kerusi memejamkan matanya apabila Lily dan anak-anak mula berjoget bersuka ria. Hanya lagu kanak-kanak masuk di rongga telinganya.

 

Bukan dia tidak mahu melihat tapi bentuk badan Lily mengoda imannya. Lagipun Lily sedang datang bulan, lebih baik dia elakkan perkara yang boleh menaikan nafsunya.

 

Kehidupan di Bandar sangatlah aman, kerana orang di Bandar lebih memikirkan kehidupan sendiri daripada orang kampung. Kehidupanya juga lebih bahagia daripada sebelum ini.

 

“Sayang, esok By pergi kerja sendiri ye. Sebab by lambat sikit esok nak hantar ibu pergi checkup.”

 

Lily sudah kembali bekerja seperti zaman bujangnya. Bukan dia mahu sangat bekerja tapi kerana cemburu pada Ali. Dia asyik memikirkan ada pekerja Amar yang cuba mengoda suaminya. Sebab itu dia memaksa Amar untuk bawa dia masuk bekerja walaupun hanya sebagai kerani biasa.

 

Amar yang tidak tahan dengan bebelan Lily akhirnya menyuruh Lily menolong Ali. Kehadiran Lily juga sedikit sebanyak mempermudahkan urusan Amar dan Ali kerana Lily pernah bekerja di bahagian pentadbiran. Dan ada banyak perkara Lily ajar pada suaminya hingga Ali mahir semuanya.

 

“Ye baby. Bawa kereta hati-hati. Danish nanti saya tolong hantar ke rumah Amar.” Jika Ada urusan memang kedua anaknya di hantar ke rumah Amar untuk meminta Olivia jagakan seketika. Hari-hari biasa Bunga yang jaga.

 

Pada mulanya Lily tidak benarkan Bunga jaga kerana risau ibunya akan penat. Tapi Bunga mendesak mahu jaga, sekurangnya dapat membuang masa yang tidak melakukan apa-apa kerja.

 

“Kak tengah saratlah sayang. Kecian dia nak kena tolong jaga.” Perut akak iparnya sangatlah besar, nak bawa badan sendiri pun susah. Macam ada kembar tapi scan doktor kata hanya satu baby sahaja. “By bawa Danish sekali.”

 

Ali diam tidak bersuara. Matanya memandang siling rumah. Otaknya seperti sedang berfikir.

 

“Tapi Amar kan ada orang gaji.” Lama diam akhirnya Ali bersuara. Rasanya sejak Olivia sarat ini pun banyak orang gaji Amar yang uruskan Danish

 

“Ibu dah call Amar. Amar kata boleh. Nanti dia bagitahu kak Ema jagakan Danish.” Bunga yang sedari ada duduk di tepi mendiam diri akhirnya bersuara.

 

Bunga lebih memilih untuk duduk dengan Lily kerana lebih selesa baginya. Hanya hari cuti sahaja dia akan bergilir ke rumah Atir dan Amar.

 

“Ibu terbaik!” Lily keluarkan jari jempol kepada Bunga.

 

“Dah... Umi dah penat.” Lily berhenti menari dan duduk di lantai yang beralaskan karpet. Tapi kedua anaknya masih lagi teruja untuk terus menari. Budak-budak bukan tahu penat, kalau penat nanti menangis sahaja tahu.

 

Ali pandang ke hadapan semula selepas seksaan untuk batinnya sudah tiada.

 

“Sayang nak air?” Lily memandang Ali.

 

“Tak apa. By tengah penat. Nak air saya buat sendiri.” Balas Ali. Lily mahu melayan kedua anaknya sudah bersyukur. Dia tidak mahu membebankan Lily lagi dengan membuat kerja-kerja lain.

 

“Ibu nak?” Bunga pula di pandang.

 

Bunga mengangkat cawan yang di letakan di meja kecil tepinya. Menandakan dia sudah mempunyai air.

 

“Sayang dah ngantuk ke?” Lily melihat Ali hari ini lain dari hari yang lain. Seperti tidak bersemangat seperti sebelum ini.

 

“Belum lagi. Cuma letih sedikit.” Kerja yang tidak pernah di lakukan agak susah untuk di terima sebab itu Ali sentiasa kelihatan letih kerana dia memaksa diri untuk terima semua yang di belajar.

 

“Sini saya urutkan.” Lily bangun dan duduk di sebelah Ali. Bahu Ali di picit dahulu sebelum beralih ke tengkuk.

 

“Kepala by,” Ali merasa lega sekali. Terasa ringan sedikit lenguh badannya. Lily menukar memicit kepala Ali pula.

 

“Badan pula,” Tanpa sempat Ali halang tangan Lily lebih pantas bertindak. Dada Ali di picit-picit membuatkan Ali tidak keruan. Nak halang ada ibu mertuanya.

 

Lily tergelak di dalam hati melihat reaksi Ali. Dia tahu Ali agak sensetif di bahagian dada. Cepat terasa geli apabila di sentuh.

 

“Dah!” Lily berhenti mengurut lepas puas menyakat suaminya itu. “Dah nak pukul 10. Masa untuk tidur.”

 

Ali pandang Lily tidak puas hati. Suka sangat buat kerja separuh jalan.

 

Setelah menidurkan Damia Lily terus masuk ke dalam bilik tidurnya. Begitu juga Ali sebaik menidurkan Danish. Tapi sebaik masuk tiada kelibat Lily di dalam. Ali jengah kepala keluar untuk melihat lagi sekali tapi tiada juga.

 

Tiba-tiba bunyi pancuran air di bilik mandi. Jadi Lily berada di bilik mandi. Ali duduk bersandar di katil sambil bermain candy crush sambil menunggu Lily sudah urusannya.

 

Sebaik Lily keluar, Ali lihat sahaja gerak tubuh Lily yang menuju ke bahagian ampaian sejadah dan telekung.

 

Melihat Lily sembayang Ali sudah tersenyum lebar. Telefonnya di campak sahaja ke tepi. Ada permainan yang lebih menyeronokan sekejap lagi. Baju di badannya terlebih dahulu di buka.

 

“By urutkan badan saya lagi.” Ali bersuara sebaik Lily menyangkut telekung yang di pakai tadi.

 

“Saya urut sekejap je ye.” Kelihatan mata Lily sudah layu.

 

“Boleh.” Tiada sekejap bagi istilah Ali. Hahahaha

 

“Sayang nyiaraplah.”

 

“Urut depan dulu.”

 

Lily sudah pandang pelik pada Ali. Lain macam suaminya.

 

Ali tidak sabar telah bangun dari pembaringan. “Tak pun saya urut by. By baring.” Di tolak sahaja Lily hingga terbaring telentang lalu dia naik di atas badan Lily. Tangannya pantas berada di dada Lily.

 

Lily sudah tahu apa yang Ali mahukan. “Sayang kata letih tadi.”

 

“Sekarang tak letih dah. Hehehe...” bengong punya Ali. Tahu isteri dah habis uzur terus tak penat.

 

..

 

“Sayang hati-hati bawa kereta.” Satu kucupan hinggap di pipi Lily.

 

“By pun.”

 

Melihat kereta Ali sudah tiada dari pandangan mata baru Lily melangkah masuk.

 

Ali masuk pejabat lewat sedikit dari hari biasanya kerana menghantar Danish dahulu ke rumah Amar.

 

Kemasukannya di tegur oleh beberapa pekerja. “Good morning boss handsome.”

 

“Good morning.” Ali balas seperti biasa. Memang dia di dalam pejabat di gelar boss handsome, manakala Lily madam garang. Garang dan tegas Lily bertempat, bukan tiba-tiba mahu marah orang sesuka hati.

 

Semua pekerja juga tahu dia jenis takut pada isteri. Tapi dia tidak perdulikan semua itu, kerana dia sahaja yang tahu apa yang berlaku dalam rumahtangganya. Hormat Lily padanya mungkin tiada pada isteri-isteri orang lain. Semuanya lengkap, dia di layan seperti raja di rumah. Belum saat suka mengoda dan manja lagi. Tapi bila part kena memujuk memang kena ada kesabaran yang tinggi.

 

“Encik Ali nak air?” setiusaha Ali menegur sebaik melihat Lily tiada di sisi majikannya itu. Kalau ada Lily, Lily yang akan buat air minum untuk Ali. Hampir semua perkaralah Lily buat. Dia sebagai setiusaha seperti tidak melakukan apa-apa kerja. Kadang-kadang sampai bosan tiada apa yang hendak di lakukan. Sangat beruntung bermajikan Ali dan Lily.

 

Jauh beza dengan majikan dahulu sebelum rombakan besaran di lakukan selepas pertukaran pemilik syarikat. Baru sekarang nampak syarikat dia bekerja nampak berjalan dengan stabil.

 

“Tak perlu.” Sebaik balas Ali terus masuk ke dalam biliknya.

 

 

“Ni buku ibu.” Lily hulurkan kepada Bunga sebaik selesai urusan pendaftaran.

 

“Lily nak pergi boleh saja. Nanti balik Atir ada.” Bunga sebolehnya tidak mahu menyusahkan anaknya. Sudahlah menumpang duduk di rumah Lily. Sekarang perlu tambah susahkan Lily pula.

 

“Lily tunggu sekejap. Atir dah muncul baru Lily pergi.” Balas Lily. Dia tidak berani tinggalkan Bunga seorang diri.

 

Seperti yang Lily katakan tadi, sebaik Atir sampai Lily meminta izin pada Bunga untuk pergi tapi sempat lagi di perli adiknya.

 

“Rupa macam ni doctor.” Keadaan atir sangatlah serabut. Seperti orang tidak terurus. “Sekali pandang macam orang sakit mental.”

 

“Kau pagi-pagi cari pasal dengan aku kenapa kak? Aku ni jadi macam ni sebab baru habis shift. Aku ni doctor paling kacak dekat sini.”

 

“Perasan.” Lily terus melangkah pergi.

 

“Carilah isteri Atir. Nanti tak serabut macam ni,” Bunga perbetulkan rambut anak bongsunya itu.

 

“Tak jumpa lagi lah ibu. Lagipun Atir ni jenis tak pandai berbual. Orang perempuan bukan nak.”

 

“Jangan menipu Atir. Ingat ibu tak tahu, hari-hari keluar ke hulu ke hilir dengan perempuan tu apa? Ke kawan kamu tu pondan.”

 

“Perempuan tulenlah ibu,” Atir sudah pelik bagaimana Bunga boleh tahu.

 

“Dah tahu tulen bawa jumpa ibu. Ada Ibu ayah ajar mainkan perasaan orang. Dah suka nikah.” Tegas Bunga.

 

“Bukan Atir tak nak tapi dia tak ready lagi.”

 

“Bawa dia jumpa ibu!”

 

“Ye,” Atir terpaksa turutkan. Ni mesti Lily atau Amar pernah nampak dia keluar bersama buah hati. Kemudian di ceritakan kepada Bunga.

 

..

 

“Ah!!”

 

Ali terus terbangun sebaik dengar jeritan Lily. “By kenapa? By okay tak?” Ali kerisauan.

 

“Saya okay sayang. Sekejap nanti saya call balik.” Lily mematikan panggilan dan keluar untuk melihat siapa yang melanggar bontut keretanya.

 

“Pak cik minta maaf dik. Pak cik nak cepat tadi,”

 

Lily lihat lelaki tua seperti sebaya arwah ayahnya yang memandu kereta. “Pak cik nak cepat pun tengok lah depan. Bukan nak main langgar je. Lampu merah kot.” Lily biasalah mudah merasa tidak puas hati.

 

“Ye Pak Cik tahu salah Pak Cik.” Lelaki tua itu melihat jam di tangannya berulang kali. Apalah nasib. Baru pulang tanah air sendiri, malang yang di terima. “Adik hantar kereta ke bengkil nanti Pak Cik bayar semuanya. Pak Cik memang nak cepat ni adik. Pak cik minta maaf sangat.”

 

Lily yang melihat Pak Cik itu seperti betul-betul ada urusan tidak sampai hati untuk memperbesarkan isu. Mungkin isteri Pak Cik ni nazak ke, dia bukan tahu. “Bagi phone nombor Pak Cik.”

 

Pantas di hulurkan kad kepada Lily.

 

“Boleh percaya ke ni?” Ada perasaan ragu di hati Lily.

 

“Ye. Cik call sahaja bila kereta cik siap. Saya bayar semua.”

 

“Pergilah. Bawa kereta jangan berangan. Nasib baik langgar saya. Kalau langgar orang lain dah lebam muka Pak cik.”

 

“Terima kasih.” Lelaki tua itu terus melangkah masuk semula ke dalam kereta. Kemudian laju kereta meluncur pergi.

 

Lily mendail nombor Ali. Untuk meminta suaminya memjemputnya.

 

Ali yang terkejut, gelabah seperti seluruh dunia datang musibah lagaknya. Sebaik turun kereta badan Lily di periksa setiap inci. “Baby okay tak? By sakit dékat mana?”

 

“Sakit dekat sini sayang...” Lily bersuara seperti mahu menangis sambil menunjukan dahinya yang terhantuk di stering.

 

“Jom kita pergi klinik. Kereta tinggal je sini nanti saya suruh budak office uruskan.”

 

“Tak nak... Nak sayang je,”

 

“Sayang ada ni. Baby jangan takut ye,” di peluk Lily dengan erat. Ali risau jika isteri merasa trauma. Padahal dia tak tahu, Lily saja mengedik. “Jom kita balik, by rehat je dekat rumah.”

 

Lily angguk kepala.

 

..

 

Hasrol merasa lega dapat bertemu saat akhir sebelum Mak Su nya di kebumikan. Dia sudah kerisauan jika adik  terakhir ibunya dapat di lihat lagi. Kini tinggal dia seorang diri tiada tempat untuk menumpang kasih.

 

Sepupu yang lain sudah mempunyai isteri anak dan cucu tak kan dia mahu ganggu pula. Mungkin ini adalah hari permisahan untuk saudaranya yang lain.

 

“Zam ambil saya,” Hasrol menghubungi pekerjanya. Lokasi di mana dia berada di hantar melalui pesanan ringkas. Dia tidak mahu menyusahkan pekerjanya tapi kerana kereta yang di bawa tadi sebenarnya agak teruk kemek. Untuk keselamatan diri lebih baik dia elakkan dari terus memandu.

 

Ketika sedang menunggu Hasrol teringat kembali gadis yang dia langgar secara tidak sengaja tadi. Wajah gadis itu seperti pernah di lihat tapi dia tidak ingat di mana. Kemudian perwatakan gadis itu juga sama seperti gadis yang pernah bertakhta di hatinya. Bunga Amaryllis.

 

Agak ganas dan bercakap sedikit kasar seperti orang tidak berhati perut tapi sebenarnya baik hati. Apa khabar agaknya Bunga dan Fazrin? Berapa sudah anak dan cucu mereka berdua?

 

“Sayang jangan tinggalkan saya,” Lily tarik tangan Ali yang cuba untuk pergi.

 

“Saya nak ambikkan By air. Sekejap ye.” Lily melepaskan tangan Ali. Ingatkan Ali mahu tinggalkannya untuk pergi kerja semula.

 

Air masak di berikan kepada Lily. “Baby rehat dalam bilik jom.”

 

Lily angguk kepala.

 

Ali pimpin Lily hingga ke dalam bilik. Di baringkan Lily dengan hati-hati.

 

“Sayang panas, bukakan tudung.”

 

“Boleh By, saya on aircond dulu.” Ali tiba-tiba rasa lain macam. Bulu-bulu romanya naik mengembang. Tiba-tiba nafsunya naik sendiri.

 

Ali yang sedang buka tudung yang di pakai Lily terkejut kerana tiba-tiba tangan Lily meraba pehanya. Lily tengah sakit Ali, jangan! JANGAN!

 

Lily buka hutang baju blouse yang di pakai semasa Ali meletakan tudungnya di ampaian. Sengaja juga Lily mempernampakan bahagia atas dadanya untuk tatapan Ali.

 

Ali jadi kaget sebaik memalingkan mukanya mengadap Lily. Air liur di telan. Kan dah cakap, Lily ni kuat mengoda. “By panas lagi ke?”

 

“Aha. Rasa nak buka je baju ni.”

 

Ali perlahankan lagi suhu aircond. Kali ini dia juga merasa panas melihat aksi Lily.

 

“Sayang nak masuk office semula ke?”

 

“Tak. Saya nak teman By.” Ali duduk di sebelah Lily. “By tidurlah. Saya teman.”

 

“Sayang baringlah sebelah. Nak sayang peluk,”

 

Pucuk dicita ulam mendatang. Dengan senang hati Ali turuti permintaan Lily.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience