BL 44

Family Series 60975

“Please by. Jangan tinggalkan saya.” Ali merayu. Ali sudah sebak kerana Lily mahu pergi tinggalkannya. “By nak saya melutut pun saya sanggup. Tolong jangan tinggalkan saya.”

 

Lily geling kepala. Dia terduduk dan menangis. Kenapa berat sangat ujian dalam rumahtangga yang berlaku atas dirinya.

 

Pantas Ali memeluk Lily. Cuba menenangkan isterinya. Setelah puas menangis Lily meleraikan pelukan Ali. Wajah Ali di pandang dengan sayu.

 

“Izinkan saya duduk dengan Abang Amar. Bagi saya masa untuk tenangkan diri sendiri.”

 

Ali geling kepala. Dia sangat keberatan untuk izinkan Lily pergi. “Awak nak pergi. Kita pergi sama-sama.”

 

“Saya nak sendiri.”

 

Melihat wajah sayu Lily, Ali jadi kecian. “Saya izinkan tapi dua hari sahaja. Nanti saya datang jemput By dekat sana.”

 

“Terima kasih.”

 

Lily meneruskan mengemas bajunya sambil di lihat oleh Ali. Hati Ali bercampur bauh perasaan untuk melepaskan Lily pergi. Lagi-lagi lepas Olivia menyuruh Lily berkahwin dengan Amar.

 

“By kalau rindukan saya. Nak balik cepat call je. Nanti saya datang.”

 

Lily tersenyum sedikit. Nampak sangat Ali seperti tidak rela melepaskan dia mengikut Amar. “Ye awak.”

 

“By jangan lupakan saya,”

 

“Ye awak. Insyallah saya tak lupakan awak.” Lily cuba senyum lagi walaupun hatinya seperti di siat-siat ketika itu. “Danish Mia pun saya tak lupa,”

 

Siap mengemas Lily pulangkan semula telefon pintar Ali yang di simpan. “Telefon awak. Awak buatlah apa awak suka. Maaf sebab saya selalu sangat kongkong awak. Saya suka sangat paksa awak buat apa yang saya suka sahaja.”

 

Ali geling kepala. “Tak pernah pun sekali saya rasa terkongkong. By simpan lah phone Tu. Saya tak kisah pun. By lagi penting dari phone tu.”

 

Tiba-tiba pandangan Lily tertukar tajam. Ali terus jadi gelabah. Dia ada salah cakap ke.

 

“Kalau saya simpan macam mana awak nak call saya nanti. Nampak sangat awak ni memang nak saya pergi kan. Terus aman kan hidup awak kalau saya tak ada.”

 

“Saya lupa lah tu By. Hihihi...” garu kepala Ali. “Tapi tak ada phone pun tak apa. Saya boleh pinjam phone ayah kan. By janji ye dua hari sahaja. By belum pergi pun saya dah rasa rindu.” Badan Lily di peluk.

 

Lily sebenarnya tidak tahu bila Amar nak balik. Dia main gertak sahaja Ali untuk melihat apa yang akan Ali lakukan untuk memujuknya. Tapi sebab dah dapat green light baik ikut Amar balik. Boleh lah round round lihat tempat orang.

 

“Dah awak. Jom pergi makan. Perut saya lapar.”

 

Ali meleraikan pelukan. “Jom,” di pimpin Lily sampai ke dapur. Ali sebenarnya pelik, kenapa Lily tidak merajuk seperti selalu. Hanya menangis sahaja. Tapi bagus juga tidak merajuk. Letih pujuk merajuk tempoh hari baru sahaja hilang.

 

“Sayang nak makan apa?” Lily melihat di dalam periuk ada kuah spegerti. Sedap. “Ada spegerti ada nasi.”

 

“Nasilah. Saya ambik sendiri, By ambik makanan yang By nak.” Sempat lagi Ali berbisik di telinga Lily. “Terima kasih panggil saya sayang,”

 

“Sama...” tersenyum malu Lily.

 

 

Selepas menyuruh Ali melihat Lily. Fazrin terus masuk ke dalam bilik tidurnya. Jantungnya berdegup kencang kerana terkejut dengan apa yang berlaku. Jika Bunga turut dengar pasti boleh jadi perang juga di situ.

 

“Bie okay ke? Tamu dah jemput makan?”

 

Fazrin duduk di sebelah Bunga dan mengeling kepala. “Diaorang dah balik?”

 

“Cepatnya. Tapi kenapa Bie macam tak okay je?” Bunga lihat riak wajah suaminya lain sekali.

 

“Husni kata anak dia mengandung anak Ali.”

 

Terus mengucap Bunga kerana terkejut. “Anak kita macam mana? Saya nak pergi tengok Lily.”

 

Fazrin menahan Bunga dari terus bangun. “Lily okay sayang. Bie risau kalau Bie tak ada nanti. Anak-anak kita ada masalah rumahtangga siapa nak bagi nasihat dekat diaorang. Siapa nak tolong diaorang semua.”

 

“Alhamdulilah...” lega Bunga dengar apabila Lily dalam keadaan baik sahaja. “Bie jangan fikir jauh sangat. Pandailah diaorang selesaikan sendiri. Masa kita dulu pun ibu lihat je kalau kita dalam masalah. Kalau dah teruk baru Ibu masuk campur. Kita pun kena macam tu. Insyallah rumahtangga Amar Lily baik-baik sahaja.”

 

Fazrin mengangguk kepala. Kemudian dia memandang Bunga semacam. “Kenapa sayang tak tanya betul ke tidak tu anak Ali. Sayang dah tahu kan? Atau ada sesuatu sayang dan Lily sorokan dari Bie.”

 

Riak wajah Bunga seperti biasa. Tidak gelabah dengan soalan Fazrin. “Sebelum Lily kena saya dah kena. Lagi budak tu dah lahir besar muncul depan saya.”

 

“Siapa?”

 

“Bie lupa anak sendiri!? Amar tu siapa?”

 

Fazrin garu kepala. “Betul juga kan. Saya lupa.” Sebab dah memang anggap Amar tu seperti anak sendiri sebab tu tak sedar Amar hanyalah anak angkat.

 

“Insyallah baik-baik sahaja Lily. Pandailah diaorang selesaikan sendiri masalah mereka.”

 

“Insyallah... Bie nak cakap something dekat sayang.” Tangan Bunga di sentuh lembut.

 

“Apanya?”

 

“Kalau Bie pergi dulu sebelum sayang. Bie tak nak sayang sedih teringatkan Bie. Redhokan kepergian Bie. Kalau sayang nak kawin lain pun Bie izinkan. Sebab yang hidup perlu di teruskan. Bie tak nak sayang duduk sorang-sorang.”

 

“Ye. Sayang pun macam tu. Tapi kawin lain tu sayang tak pernah terfikir. Cukuplah kenangan bersama Bie menemani sayang. Tàpi kalau Bie nak kawin lain, siap sedialah sayang menghantui Bie.”

 

“Hahahaha... Ingatkan dia izinkan Bie tadi.”  Tak pernah sekali pun dia terfikir untuk mencari penganti Bunga. Kerana Fazrin tahu bukan mudah seseorang untuk terima dia yang merupakan seorang pembunuh.

 

Agak-agak mana dua ketul D and D menghilang ye.

 

Amar di suruh oleh Lily untuk bawa Olivia keluar jalan-jalan selepas Lily berkata sesuatu pada Olivia. Apa yang Lily cakapkan pada Olivia pun dia tidak tahu, tiba-tiba rajuk Olivia tidak seteruk mula-mula.

 

Tapi belum sempat dia menghilangkan diri bersama Olivia, Bunga terlebih dahulu berikan senyuman penuh makna pada cucunya itu. Amar cuba-cuba untuk tidak melihat kerana tahu ada sesuatu di sebalik senyuman ibunya itu. Tetapi Olivia boleh pula tegur Bunga. Tak boleh salahkan Olivia sebab dia tidak tahu makna setiap senyuman isi rumah ini.

 

Tak pasal kena bawa dua anak tiri Lily keluar bersama. Budak jenis tak takut orang ni susah juga. Pantang orang keluar nak ikut sahaja. Yang lagi menyakitkan hati, Bunga boleh berpesan lagi pada Damia dan Danish. Minta makanan yang mahal-mahal. Ni nenek ajar tak berjimat sungguh.

 

Manakala Aimi dan Husni pula berlaku perang mulut antara mereka.

 

“Yang ayah penakut sangat kenapa? Apa budak Lily tu boleh buat dekat ayah?!”

 

“Kamu diam Aimi! Jangan nak kurang ajar dengan Ayah!” tegur Husni dengan tegas.

 

Aimi tergelak kecik. “Sebelum pergi bukan main berlagak. Nampak berani sangat. Dah jumpa depan-depan penakut. Ayah kena ingat, Aimi jadi macam ni sebab ayah.”

 

“Ayah kawinkan kau dengan sesiapa sahaja kalau kau tak nak tanggung malu. Kalau muka kau tebal sangat nak bawa perut dengan anak haram kau tu. Suka hati kau. Ayah dah tak kisah Aimi. Apa yang ayah cakap bukan kau nak dengar.”

 

“Ayah tak boleh kawinkan Aimi dengan sesiapa. Abang Ali je yang boleh jadi suami Aimi!” semuanya jadi hancur gara-gara Husni yang tidak membantu langsung apa yang di rancang.

 

“Kalau dia tetap tak nak dengan Aimi, tak apa. Aimi ada mulut boleh canang apa yang dia dah buat pada Aimi.”

 

“Aimi!” suara Husni meninggi. “Kau tak dengar apa Lily cakap!”

 

“Ala ayah... Ugutan macam tu budak kecik pun boleh buat. Bukti semua ada di tangan Aimi,”

 

Sebenarnya Husni sudah merasa tidak sedap hati sebaik terima ugutan dari Lily tadi. Wajah Lily ketika itu melihatnya penuh dengan makna. Sebab itu dia tarik Aimi untuk pergi. Kalau ikutkan hati dia mahu desak Ali lagi untul berkahwin dengan Aimi. Mahu meminta tolong walaupun hanya sehingga anak Aimi kandung lahir di dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience