BL 22

Family Series 60975

Ali tiba-tiba merasa sempit ruang tidurnya. Memang bahagian bawah bilik Lily sempit tapi tidaklah sesempit sekarang hingga hendak pusingkan badan pun tak boleh.

 

Ali buka mata untuk bangun. Bukan main terkejut dia rupanya atas dia ada Lily. Patutlah tak boleh pusing.

 

“Awak...” Badan Lily di goyang. “Kenapa tidur dekat bawah ni.

 

“Anak Pak Ali sorang melintang sorang menegak lepas tu sepak Lily. Lily tak boleh tidur. Jadi Lily tidur dekat sini jela,” balas Lily dengan mata yang tertutup.

 

Ali bangun sedikit untuk melihat kedua anaknya. Ye memang tiada ruang untuk Lily tidur di atas. Semua ruang sudah di ambil oleh Damia dan Danish. Mungkin kerana penat bermain keduanya tidur agak ganas dari selalunya.

 

“Yela. Awak tidur lah. Badan ni selimut. Nanti sejuk.” Di tutup badan Lily dengan selimut tapi di tarik balik oleh untuk di buka.

 

“Badan Pak Ali dah panas. Tak yah selimut. Tidurlah Pak Ali, saya ngantuk dah ni.”

 

“Ye ye tidur.” Berdebar-debar Ali tiba-tiba badan dia jadi alas kepala Lily.

 

Dugaan...

 

Dugaan pun tangan Ali sempat lagi peluk Lily dengan wajah tersenyum. Tapi kehangatan yang Ali rasa tidak lama apabila Damia tiba-tiba merengek memanggil Lily.

 

“Umi...” Lily di panggil.

 

Lily yang terkejut semerta bangun melihat Damia. Ali turut bangun melihat dari bawah sahaja. Jika Lily tak dapat memujuk baru dia mengambil alih.

 

“Pak Ali. Badan Mia panas sangat ni.”

 

Ali bangun dan menyentuh dahi Damia.

 

“Pak Ali cuba buka laci meja solek. Ada thermometer. Tolong ambik kan,” Lily memberi arahan.

 

Ali mencari seperti yang Lily arahkan. Sebaik jumpa di berikan kepada Lily. Lily membuka penutup thermometer dan di letakan di celah ketiak Damia.

 

Selepas berbunyi di keluarkan dan melihat suhu badan Damia yang tinggi. “Pak Ali bawa Damia pergi hospital. Suhu tinggi sangat ni.” Di hulurkan kepada Ali thermometer yang mengukur suhu Damia.

 

“Saya ketuk pintu ibu ayah suruh tengokkan Danish. Awak siap-siap.” Ali keluar bilik untuk mengejutkan Bunga dan Fazrin.

 

“Mia kita pergi jumpa doktor ye. Umi pakai tudung sekejap. Nanti Umi peluk Mia lagi.” Lily cuba memujuk Damia agar pelukan Damia pada badannya dapat di lepaskan.

 

..

 

“Tak nak ayah!” Kedengaran suara Damia menangis kuat. “Ayah tak nak ayah”

 

Ali yang berada di tepi Damia cuba memujuk. Di tahan badan Damia agar tidak bangun dari pembaringan dia. Lily yang dengar tangisan Damia sudah berair mata. Sebab itu dia suruh Ali sahaja yang teman Damia masuk ke bilik rawatan.

 

“Ayah tak nak. Sakit!” Semakin kuat Damia meraung.

 

“Jom balik ayah,” Kali ini kedengaran Damia cuba memujuk Ali untuk pulang walaupun masih menangis. “Jom balik ayah. Mia tak sakit dah.”

 

“Ye sekejap lagi kita balik.” Ali cuba memujuk.

 

Tidak lama kemudian tangisan Damia tidak kedengaran lagi. Lily sedikit lega. Mungkin doktor sudah selesai masukkan ubat di punggung Damia.

 

“Ni ubat demam. 3 kali sehari. Ubat buntut ni saya bagi dua, kalau demam kuat lagi encik boleh beri sendiri. Kalau demam tak kebah nanti datang balik.”

 

“Ye, terima kasih doktor.” Ali bangun dengan keadaan Damia melekap di badannya.

 

Sebaik Ali keluar dari bilik rawatan, Lily pantas dekati. “Boleh balik dah?”

 

“Dah, awak tolong ambik ubat Mia,” di hulurkan ubat Damia pada Lily.

 

“Mi... Jom balik,” suara Damia sangat lemah seperti memujuk. Dia tidak mahu lagi berada di hospital.

 

“Ye sayang, jom balik,” di usap lembut kepala Damia yang terlentuk di bahu Ali. Kecian dengan anaknya.

 

..

 

Ali yang sudah siap bersihkan diri sebaik balik kerja duduk dekati Damia yang terbaring di atas katil. Anaknya kelihatan lemah sekali.

 

“Mia tak okay lagi ke?” Lily yang menunggu Damia di tepi di pandang. Mata Lily juga kelihatan lingkaran hitam. Gara-gara tidak cukup rehat kerana Damia asyik merengek memanggil Lily.

 

“Okay sikit, makan ubat di muntahkan semula. Tu lambat elok.” Lily melihat sahaja Ali menyentuh dahi Damia.

 

“Awak rehatlah saya jaga Mia,” Lily jaga Damia seperti jaga anaknya sendiri. Ali sangat terharu. Bersyukur dia dapat beristerikan Lily.

 

“Tak apa. Awak saja rehat, awak pun penat. Baru balik kerja.”

 

“Insyallah saya kuat lagi, Saya tak nak awak pula sakit.”

 

“Yela, kalau dah asar kejutkan saya ye.” Lily merebahkan badan sebelah Damia. Terasa pehanya di tepuk oleh Ali untuk mendodoikannya.

 

Ali termenung memandang Damia dan Lily. Ada hikmah dia berkahwin dengan Lily. Kedua anaknya selesa bersama Lily dan telah mengangap Lily sebagai Ibu mereka sendiri.

 

Malah anaknya sedang sakit Lily jaga seperti anak sendiri. Dapat ibu ayah mertua yang baik, telah anggap anaknya juga seperti cucu sendiri.

 

NOTED ; DA NAK UPDATE ESOK TAPI TAHU ESOK TAK SEMPAT. JADI DA UPDATE HARI NI. SELAMAT MEMBACA. DOUBLE YE HARI NI BAGI WALAUPUN KEDUANYA SEDIKIT SAHAJA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience