“Assalamualaikum,”
“Waalaikumusalam,” Ali mengangkat wajah untuk melihat. Melihat Aimi di hadapanya membuatkan Ali tidak selesa. Sudah tahu Lily cemburu bagaimana jadi lebih elok dia jauhkan diri dari mana-mana perempuan. Walaupun Aimi adalah bekas adik iparnya.
“Aimi nak apa datang sini?” Ali bangun lalu ke arah pintu pejabat kecilnya. Di buka seluas mungkin agar tidak menimbulkan fitnah.
“Datang melawat Abang, tak boleh ke?” Aimi terus duduk di kerusi yang ada tanpa Ali memperlawa. Dia melihat Ali dari atas ke bawah berulang kali. Walaupun hanya memakai pakaian lusuh dan buruk tetap nampak kekacakan Ali.
Ali tidak jawab pertanyaan Aimi.
“Abang sihat?” Aimi bersuara semula apabila Ali hanya diamkan diri sahaja.
“Alhamdullilah sihat, Ayah sihat?” Ali pula bertanya.
“Ayah sihat sahaja. Aimi tak nak tanya ke?” Sahaja Aimi menduga.
“Abang nampak Aimi sihat sebab tu tak tanya,” balas Ali.
“Aimi sihat sahaja, tapi hati ni yang tak sihat. Orang yang Aimi suka dan sayang berkahwin dengan orang lain.”
“Oh...” begitu sahaja Ali balas. Acuh tidak acuh di balas.
“Abang tak nak tahu ke siapa Aimi suka?” Aimi cuba menarik perhatian Ali lagi.
“Tak,” lagi sekali sepatah sahaja Ali balas. Sendiri sudah serabut dengan hal sendiri buat apa hendak serabut dengan masalah orang lain.
“Tak apalah Abang tak nak tahu, mana kerani Abang? Aimi menukar topik lain pula. Dia tidak akan mengalah untuk mengambil perhatian Ali.
“Cuti,”
“Oh... Aimi datang sebenarnya nak tanya Abang. Abang ada kerja kosong tak? Aimi stresslah kerja dekat tempat lama tu, masa cuti pun kena call suruh kerja,” jika dapat berkerja dengan Ali, hari-hari dia boleh berjumpa dengan Ali dan peluang untuk mengoda Ali sangat cerah.
“Tak ada kerja kosong, lagipun pejabat Abang kecik sahaja. Sorang kerani sahaja dah cukup,” Ali memberi alasan untuk mengelak Aimi bekerja dengannya.
“Abang berhentikan pekerja Abang, gantikan Aimi. Tak akan Abang tak boleh tolong Aimi,” Aimi buat-buat sedih meminta simpati dari Ali.
“Aimi carilah kerja tempat lain. Abang memang tak boleh tolong. Tak pun nanti Abang cuba tanyakan dekat kawan Abang. Sekejap ye Aimi. ” terhenti seketika Ali berkata apabila telefon pintarnya berbunyi. Nama Lily tertera di skrin terus tersenyum Ali.
Butang hijau di tekan, “Waalaikumusalam,” Ali jawab salam Lily.
“Pak Ali...” Dari nada panggilan Lily, Ali sudah tahu Lily mahukan sesuatu.
“Ye Lily,”
“Pak Ali... Lily nak Pak Ali sayang Lily boleh,” tergedik betul Lily. Lupa panggilan yang di buat sebab apa.
“Insyallah, kita usaha tanam sayang bersama,” Ali pun sama tergedik. Bukan main senyum lebar bibirnya. Depan Lily bukan main muka serious sahaja. Takut kantoi la tu ada perasaan dekat isteri sendiri.
“Yeh! Cuba Pak Ali cakap, ‘Saya sayang Lily’”
“Saya sayang Lily” Pak Ali turutkan sahaja apa yang Lily suruh. Lily di rumah dah macam merpati yang terbang bebas apabila Ali berkata sayang padanya. Walaupun kata-kata itu dia yang suruh ungkapkan. “Lily call kenapa?”
“Rindu Pak Ali,”
Ali bangun dari duduk lalu keluar dari pejabat kontenanya. Dia gembira hingga tidak dapat duduk diam. Lupa yang Aimi ada di situ.
“Pak Ali rindu Lily tak?”
“Rindu Lily,”
“Sikit banyak?” Tanya Lily lagi.
“Tak tahulah. Hanya rindu sahaja,” Dia pun tak tahu berapa banyak dia merindui Lily.
“Tak apa yang penting Pak Ali ada rindukan Lily,” Bunga yang melihat Lily bergayut di telefon rasa hendak hempuk sahaja kepala anaknya itu. Gediknya... Ingatkan dengan Amar dulu sudah cukup gedik tapi dengan Ali lagi mengedik.
“Pak Ali... Lily kan nak makan spergeti boleh?” itu sebenarnya dia niat sebenarnya dia menelefon Ali.
“Spergeti?”
“Yup, yang carbonara creamy sedap tu.”
Mana dia nak cari ni. Sini kampung bukan bandar. Garu kepala sekejap Ali.
“Kenapa Pak Ali diam? Tak boleh ye,” suara Lily dah seperti merajuk.
“Bukan tak boleh, saya diam sebab duk fikir nak beli dekat mana. Tak tahu kedai mana ada Jual.”
“Oh... Pak Ali beli dekat pizza hut je. Situ ada Jual, Lily tunggu tau Pak Ali. Bye... Assalamualaikum. I love you.” Lily terus mematikan panggilan tanpa sempat Ali balas.
Tiba-tiba WA dari Lily masuk. Menu apa yang perlu Ali beli. Gaya Lily WA juga sama seperti Lily bercakap.
‘Saya punya spergeti carbonara, D & D mushroom soup & bread garlic. Diaorang berdua suka tu. Ibu ayah Pak Ali orderkan pizza sahaja. Tak kisah flavour apa. Untuk Pak Ali.....’
Mesej tergantung dan Ali melihat Lily sedang menaip jadi di tunggu sahaja.
‘Kalau Pak Ali sayang Lily. Pak Ali order sama macam saya. Hehe’
‘Jadi semua 2 spergeti carbonara 2 mushroom soup 2 garlic bread 2 pizza. Semua 2 tau. I love you (Emoji love di beri)'
Cara Lily order menunjuk yang sememangnya Ali perlu sayangnya. Sudah di tentukan awal-awal pilihan Ali adalah sama dengannya.
Aimi yang berada di dalam sudah berapi-api menahan api cemburu dan sakit hatinya. Kerana tidak mahu Ali tahu sikap sebenarnya, Aimi terpaksa menahan sabar.
Minyak pengasih di sapu pada telapak tangannya lalu dia bangun untuk dekati Ali. Masa terbaik untuk dia sapu sekarang ini. Ali sedang cangkung di luar sambil bercakap di telefon. Jika dia datang secara senyap dari belakang pasti boleh berjaya.
Wajah Aimi tersenyum saat tangannya menyapu belakang Ali. Akhirnya dia berjaya.
Ali semerta menoleh ke belakang apabila rasa badannya di sentuh. Melihat Aimi Ali bangun berdiri. Sudah lama berhenti bercakap dengan Lily tapi dia tidak boleh lepas dari membaca WA dari Lily. Perkataan I love you di ulang berkali-kali hingga dia tidak sedar langsung dengan kehadiran Aimi.
“Aimi nak balik dah ke? Bawa keta hati-hati kirim salam dekat ayah sekali. Abang pun nak balik dah,” Habis berkata Ali terus masuk ke ruang pejabat kecilnya.
Aimi tersenyum tipis. Dia sudah tidak kisah apabila Ali layannya acuh tidak acuh kerana Ali akan menjadi miliknya tidak lama lagi. Ali akan sepanjang masa angaukan dirinya.
Ali mengunci pintu pejabatnya dan menunggu kereta Aimi bergerak pergi baru dia ke motornya. Destinasi di tuju adalah restoran pizza hut. Di order semua pesanan Lily tadi kemudian dia pergi mengambil Damia pula baru pusing balik mengambil pizza yang di order.
Ketika sampai rumah, Lily sudah menunggu Ali di muka pintu. Di sambut dengan wajah termanis sekali. Tidak lupa juga ciuman di kedua belah pipi Ali. Bukan ayah sahaja dapat, Damia turut dapat ciuman dari Lily.
“Pak Ali punya order apa?” Lily mengambil plastik pizza yang di hulur Ali.
“Sama macam Lily,”
Tersenyum lebar Lily menuju ke dapur. Ali jangan cakap dia pun terlebar sendiri. Hari ini tak tahu berapa kali sudah hatinya berbunga gara-gara Lily.
Ali baru perasan Lily jalan sudah tidak berjengkut lagi. Nampaknya dia kena beritahu menu apa yang dia mahu Lily masakan. “Kaki awak dah okay Lily?”
“Alhamdulilah... Okay dah walaupun ada sengal-sengal sikit. Lepas Wak Timah urut tadi terus hilang semua sakit,”
“Alhamdulilah... Wak ada suruh urut lagi tak nanti?” syukur Lily semakin membaik.
“Tak, Wak kata dah okay,”
Tersenyum sedikit Ali melihat Lily, patutlah manja lain macam Lily tadi. Sudah sembuh rupanya. Kalau hari-hari di goda dengan Lily seperti tadi. Sanggup dia duduk di rumah sahaja.
“Makan dulu ye baru mandi,” Lily melihat Ali untuk mencari jawapan. Ali mengangguk kepala baru Lily ke ruang hadapan rumah untuk memanggil Ayah dan ibunya.
Ali dengan ringan tulang menyusun makanan yang di beli tadi.
“Terima kasih Ali,” Fazrin menepuk bahu Ali.
“Sama-sama ayah. Jemputlah makan,” kerusi yang menjadi tempat duduk Fazrin di tarik untuk mertuanya itu.
Semua menjamu selera seperti biasa. Kelihatan keluarga Fazrin dan Ali sangat bahagia tanpa sesiapa tahu masa depan perkahwinan antara Ali dan Lily akan hancur berkecai selepas ini.
Share this novel