BL 4

Family Series 60975

Sebelum Fazrin menghubungi Amar terlebih dahulu dia bersemuka dengan Lily. Dia mahukan jawapan yang pasti dari anak perempuannya itu. Dia tidak kisah jika Amar dan Lily di satukan. Kerana Fazrin tahu anak lelakinya itu seorang lelaki yang boleh di harap dan sangat bertanggungjawab sama sepertinya. Tapi jika Lily tidak setuju dia tidak sama sekali memaksa.

"Betul ni keputusan Lily?" Bunga yang duduk di sebelah Fazrin bertanya. Tidurnya semalam terganggu kerana anak perempuannya itu. Seperti tiada siang. Tengah malam juga mahu menjerit.


Lily mengangguk kepala dengan yakin. Dia sememangnya tidak mahu berkahwin dengan Amar.

"Baiklah. Tapi ada benda ayah nak tanya. Boleh kamu tak video call sehari dengan Abang kamu. Boleh kamu tak berhubung dengan Abang kamu walaupun sehari."


Lily mengangguk kepala dalam teragak-agak. Walaupun dia tidak yakin tapi pasti dia boleh lakukan.


"Kalau Abang kamu bersama perempuan lain, kamu tak boleh cemburu."


"Mestilah tak!" Jawab Lily dengan yakin lagi sekali.

"Betul ni?" Fazrin tidak berapa yakin dengan jawapan anaknya itu. Sudahlah berkepit dengan Amar sejak dalam perut lagi. Masa Amar perlu berangkat ke Rusia dulu bukan main menangis tidak henti. Sampai demam gara-gara rindukan Abangnya itu.

"Ingat, jika Abang Amar berkahwin dengan orang lain. Lily tak boleh lagi berkepit dengan Abang. Abang ada keluarga sendiri. Jangan sesekali Ada perasaan cemburu. Ingat balik! ayah tak nak terjadi lagi peristiwa 5 tahun lepas." Fazrin bertegas dengan Lily. Sifat cemburu Lily sama seperti isterinya Bunga. Malah lebih cemburu dari Bunga. Dia sebagai ayah pun turut terkena tempias.

Lily terimbas peristiwa 5 tahun lepas.

Dia sudah selidik sedalam-dalam mungkin perempuan perempuan yang selalu dekatinya Amar. Amaran keras juga sudah di beri tapi masih lagi ada yang berdegil. Contohnya seperti perempuan di hadapan matanya sekarang ini.

Pantang dia tidak bersama Amar pasti ada sahaja perempuan sibuk untuk berkepit dengan Abangnya itu. Malah ada perempuan yang tidak tahu malu, sibuk mahu menempel di sisi Amar walaupun dia ada.

Buku lima di gengam padat. Dari jauh dia dapat melihat perempuan yang mengejar Amar. Walaupun Amar tidak melayan tetap juga perempuan itu cuba untuk ambil perhatian Abangnya.

Laju kaki Lily melangkah. "Abang!" dia turut menjerit memanggil Amar. Sakit hati melihat Abangnya di sentuh oleh perempuan lain. Tiada sesiapa boleh sentuh Abangnya kecuali dia dan ahli keluarganya sahaja.


Amar yang melihat Lily muncul merasa lega. Penyelamat dari di ganggu perempuan akhirnya sudah muncul. Lengan Amar di tumbuk tanpa belas kasihan. "Lily baru pergi! Abang dah mengatal dengan perempuan lain."


Amar Lengan yang di tumbuk di usap agar hilang sakitnya. Dia tidak mampu bersuara melawan kemarahan Lily. Semua ahli keluarganya tahu bagaimana sifat cemburu Lily, baik di diamkan diri daripada bersuara, boleh jadi diri sendiri yang kena.

Puas marah pada Amar kini wanita di sisi Amar pula di pandang. "Hey perempuan! Kau ni tak malu ke mengatal dengan Abang aku! Tak nampak Abang aku tak suka kau! Yang kacau Abang aku lagi kenapa?!" Marah Lily dengan suara nyaring sama seperti ibunya. Semua yang duduk di cafe terus memandang ke arah Lily dan perempuan yang dia marah.


"Mana kau tahu Abang kau tak suka Aku!" Balas Sofia. "Abang kau tu sebenarnya sukakan aku! tapi sebab kau ni, yang kuat cemburu dengan Abang sendiri, terpaksa Abang kau tolak perasaan suka dia dekat Aku!"

Lily menoleh memandang Amar dengan pandangan marah. Matanya sudah merah, seperti menanti lahar melimpar sahaja.


Pantas Amar geling kepala. Air liuh yang di telan terasa pahit. Amar cuba menafikan kata-kata wanita itu. "Tak adik. Abang tak suka sesiapa. Abang sayang adik seorang sahaja." Dengan jujur Amar jelaskan pada Lily. Memang hatinya hanya pada Lily seorang sahaja. Sebab itu dia tidak pernah melayan wanita lain yang cuba dekati dirinya.


"Kau dengar!" Wanita itu di pandang lagi sekali oleh Lily.

"Awak! yang awak takut sangat dengan adik awak kenapa?" Sofia tidak berpuas hati.

"Saya tak takut dengan adik saya. Tapi itu memang kebenarannya. Dalam hati saya hanya ada Bunga Lily." Dengan yakin Amar balas. Harap dapat menyejukan hati adiknya itu.

Sofia sakit hati dengar jawapan keluar dari mulut Amar. Tanpa sebarang amarah tudung Lily di tarik. "Kau dengan Abang sendiri nak bercinta! Kau tak ada lelaki lain ke ha! Sumbang mahram juga kau nak buat!" Marah Sofia.


Amar sudah berganjak jauh sebaik melihat Sofia menarik tudung adiknya. Bahaya sedang datang. Lebih baik dia selamatkan diri dahulu. Baran adiknya bukan boleh caya. Kang tak masal badannya turut ikut lebam.

Lily sekali lagi mengengam buku lima. Satu tumbukan melayang singgah di pipi Sofia. Terlepas tangan Sofia dari terus menarik tudung Lily. Malah Sofia juga sudah jatuh tersungkur ke belakang.

"Apa kau cakap sumbang mahram?!" Lily sudah memandang sinis melihat Sofia. "Kau tahu atau buat tak tahu. Atau kau sebenarnya bodoh!" Perlahan-lahan Lily dekati Sofia seperti seorang Mafia lagaknya. "Benda simple tuntutan agama pun tak tahu buat, sekarang ni nak tunjuk pandai dekat Aku!" Kali ini rambut Sofia pula di tarik dengan kuat. Terjerit Sofia kerana sakit.

"Aku dengan Abang aku tak ada pertalian darah. Kalau aku nak kawin dengan Abang aku sendiri pun tak jadi masalah! BODOH!" Di tunjul kepala Sofia.

Amar yang berdiri jauh mengangguk kepala tanda setuju dengan kata-kata Lily.

"Aku bagi amaran dekat kau! Abang aku hanya milik Aku seorang. Kau berani dekat dengan Abang aku lagi Aku tak teragak nak cacatkan muka hodoh kau ni." Pipi Sofia di tampar kuat. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia tumbuk muka Sofia sampai tiada rupa orang. "Kau dengar tak!"

Lily tersedar ke dunia nyata apabila dengar suara Fazrin yang tegas. "Ayah tak nak ada kes polis lagi! Kalau kamu buat hal lagi, ayah tak teragak untuk kurung kamu Lily!"


"Faham..." Jawab Lily dengan lemah. Boleh ke dia tidak merasa cemburu jika Abangnya bersama perempuan lain. Bila terbayang Abangnya berkahwin dengan perempuan lain Lily mula merasa sakit hati. Dia tidak boleh terima Amar ada perempuan lain di sisinya. Lebih baik dia yang berkahwin dengan Amar daripada perempuan lain.

Bunga memandang Fazrin, isyarat mata di beri apabila sedar seperti Lily sedang mengelamun. Pasti anak gadisnya dalam delima sekarang ini.

"Kamu dah tekad dengan keputusan kamu, Ayah dan Ibu tak akan memaksa kamu. Ayah ibu hanya nak kamu bahagia. Sekejap lagi Ayah call Amar bagitahu kamu tak nak kawin dengan dia."

Lily cuak sebaik memandang Fazrin yang sedang mengambil telefon pintar yang di letak di atas meja kopi. Lily melihat Fazrin menekan skrin telefon lalu meletakan di tepi telinga.

"Ayah! Lily nak kawin dengan Abang! Abang tak boleh ada perempuan lain kecuali Lily!"

Bunga sudah duga. Bunga tahu Lily turut cintakan Amar. Cuma anaknya itu tidak yakin dengan perasaannya. Masakan sudah bergayut seperti monyet setiap hari tiada sebarang perasaan sedikit pun.

Fazrin bukan menelefon Amar sebaliknya jawab panggilan yang di terima. Ketika dia cuba mencari nombor Amar, tiba-tiba panggilan dari Ali masuk.

"Waalaikumusalam...”


“Innalillah..."

Bunga dan Lily serentak memandang wajah Fazrin. Pasti ada khabar duka yang Fazrin terima.

"Insyallah boleh.. Kebumikan bila?" Wajah Bunga di lihat.


"Baik. Sekejap lagi Pak Rin sampai. Waalaikumusalam." Fazrin mematikan panggilan. Semakin usia meningkat, semakin kerap dia menerima khabar berita akan kematian.

"Siapa meninggal Bie?" Bunga terus bertanya. Lily juga memandang Fazrin dengan tanda tanya.

"Aisyah. Isteri Ali," balas Fazrin dengan suara sayu.

"Innalillah..." Serentak Bunga dan Lily bersuara.


"Lily, sayang pergi bersiap. Pergi melawat. Sayang pergi dengan Lily. Abang datang kemudian. Ali minta tolong Bie bagitahu orang kampung." Fazrin memberi arahan.

NOTE FROM D.A : Esok dah kembali bekerja seperti biasa. Kemungkinan esok off ye. But get ready tissue for next chapter.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience