BL 48

Family Series 61442

Selepas video pecah rumahnya di hantar ke dalam group kampung. Ada beberapa orang menghubungi Ali untuk selesaikan di luar. Manakala orang yang membuat tidak endah, Ali dan Lily telah membuat report polis.

 

Semuanya berjalan dengan mudah kerana mempunyai bukti yang kukuh. Yang memecah masuk ada yang berjaya di tahan pada hari sama report di tulis. Manakala ada dua orang telah melarikan diri.

 

Tidak lupa juga Lily telah melaporkan perilaku  zina Aimi bersama dengan orang yang tidak di kenali. Video bukti yang berlaku ketika Aimi dan Husni datang ke rumah mereka di beri. Lily pada mulanya tidak mahu memperbesarkan isu Aimi pada Husni. Tetapi kerana tidak tahan dengan fitnah dia terpaksa juga membuat laporan polis dan di mahkamah shariah kerana Aimi cuba menganggu rumahtangganya.

 

Tanpa Aimi sedar bilik yang dia duduki juga mempunyai CCTV khas yang turut boleh merakam sebarang bunyi. Lily meminta Ali pasang untuk memantau kedua anaknya tidur. Kerana mereka tidur di bilik berasingan jadi mudah untuk dia dan Ali terjaga apabila Danish atau Damia merengek kerana sound speakers di letakan di meja sisi katil miliknya.

 

Semasa malam pertama Husni dan Aimi di situ. Ali dan Lily tidak boleh tidur dengan Aman kerana bunyi desakan kedua setan bertopengkan manusia itu. Nasib baik kedua anaknya dapat tidur dengan aman.

 

Lily pada mulanya mahu memberitahu Husni dan tok imam tapi di halang oleh Ali kerana dia tidak mahu maruah keluarga bekas isterinya tercemar. Lily turutkan permintaan Ali ketika itu.

 

Tapi tanpa di duga dengan berbekalkan Rupa dan bentuk tubuh yang hampir sama dengan Ali, Aimi cuba menfitnah Ali. Demi untuk merosakan rumahtangga Ali untuk kepentingan sendiri.

 

Kerana itu, Lily tidak merajuk dengan Ali selepas Aimi melemparkan fitnah pada Ali. Dia sudah boleh menduga apa yang akan berlaku di kemudian hari. Hanya Ali yang lupa, ada bukti untuk menepis fitnah dari Aimi.

 

Pang!!!

 

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Aimi hingga terjatuh terbaring di lantai. “Kau bagitahu aku!! Anak siapa dalam perut kau!” Bukan sedikit malu yang Husni dapat. Malu dengan fitnah yang Aimi buat. Malu dengan anak yang mengandungkan anak luar nikah lagi.

 

Aimi sudah menangis teresak-esak. “Aimi sanggup bersumpah. Ni anak Ali!”

 

“Kau jangan nak menipu lagi! Semua bukti ada. Kau masih nak menuduh Ali!” Kali ini rambut Aimi di tarik hingga berdiri semula. Husni tersangat marah untuk kali ini.

 

“Siapa jantan tu sial!” Satu lagi tamparan kuat hinggap di pipi Aimi.

 

Tamparan kedua membuatkan Aimi tidak sedarkan diri dan berlaku pendarahan. Husni yang tersangat sakit hati membiarkan sahaja Aimi terbaring tidak sedarkan diri. Bagi Husni lebih bagus anak di dalam perut Aimi mati daripada hidup di dunia mendapat malu.

 

Sekarang Ali keluar rumah tanpa rasa takut. Malah orang yang cuba mengelak dari bertemu Ali kerana merasa malu telah menuduh sesuatu yang tidak pernah Ali lakukan. Bangga sekejap Ali mempunyai isteri yang cerdik malah turut cantik.

 

“Rindunya dekat D & D...” Lily membuat mulut ketika bercakap dengan Ali. Mengedik betul.

 

“Lagi 3 hari kan kita nak jumpa. Sabar ye By,” Geram Ali dengan mulut muncung Lily. Mahu saja di lumut dengan bibirnya tapi di tahan.

 

“Kalau pergi lagi awal tak boleh je?” Lily masih membuat muka.

 

“Kalau kerja siap awal kita pergi awal.” Sebenarnya Ali pun rindu kedua anaknya. Setiap kali video call ada sahaja gangguan dari Atir supaya Damia dan Danish tidak focus pada telefon. Anaknya juga seperti tidak rindu pada mereka berdua. Orang tua yang terlebih rindu pada anak sendiri.

 

“Yes!” Gembira sungguh Lily. “Tadi Abang Amar ada call. Dia cakap rumah sebelah dia onwer nak jual. Kalau betul nak pindah dia boleh uruskan urusan beli.”

 

Terbeliak mata Ali. “Kawasan rumah Amar kan berjuta-juta. Saya mana mampu beli.” Lagipun Ali tidak suka Lily berdekatan dengan Amar. Walaupun masing-masing ada kehidupan sendiri tapi cemburu itu tetap ada.

 

Lily garu kepala. “betul juga kan. Abang tu lain cerita. Duit jatuh dari langit.”

 

“Kita cari rumah sewa dulu. Nanti ada lebih duit kita cari rumah biasa-biasa sahaja. Baby pun tak suka rumah besar-besarkan.”

 

Selepas fikir masak-masak, Ali menerima cadangan Amar untuk pindah ke bandar besar. Dugaan duduk di kampung lebih besar daripada duduk di Bandar. Rumah mertuanya juga Ali sudah mencari penyewa seperti yang di arahkan oleh Bunga. Tidak lama lagi, rumahnya juga akan di sewakan.

 

Kebunnya sudah di cari orang untuk di jaga. Kak Lia yang selaku kerani di tempatnya juga di suruh untuk uruskan semuanya. Dia hanya akan datang untuk melihat sekali sekala.

 

Tawaran Amar untuk dia uruskan semua kebun milik Amar di terima tapi dengan syarat dia akan urusan sedikit demi sedikit sebelum ambil alih semuanya. Jika di bandar dia tidak kerja boleh jadi B40 walaupun di kampung T20.

 

Lily angguk kepala. “Yang penting dapur tertutup, orang tak nampak.” Bagi Lily dia tidak kisah rumah kecil atau besar yang penting selesa dan susun atur mengikut style dia.

 

“Ikut macam sebelum ni. Saya ikut sahaja macam mana awak nak hias.”

 

Manakala Aimi di hospital pula.

 

“Kenapa Abang tak mengaku, tu anak Abang.” Wajah Aimi yang bengkak sebelah kelihatan sangat sedih. “Kenapa anak kita tak ada baru Abang datang.”

 

“Siapa kata anak kita tak ada. Ni anak kita. Comel kan.” Bayi yang rupa tidak seperti manusia di perlihatkan kepada Aimi.

 

“Anak kita tak mati?” Aimi melihat susuk yang menyerupai Ali dengan tanda tanya. “Ni anak kita,”

 

“Tak sayang. Abang akan jaga anak kita baik-baik. Sayang pun akan Abang jaga baik-baik.” Bayi di tangannya di hulurkan kepada Aimi. “Anak kita rindukan ibu. Ibu cepat sihat ye.”

 

Aimi tersenyum. “Comelnya anak kita.”

 

“Ye comel. Rupa sama seperti Abang.”

 

“Nanti Aimi dah keluar, Abang jumpa Ayah ye. Abang cakap dengan ayah kita nak kawin.” Aimi peluk anaknya dengan penuh kasih sayang.

 

“Kita dah kawin sayang. Saat sayang berikan darah pada Abang. Itu adalah akad pernikahan sayang pada Abang untuk Abang setia pada sayang untuk selamanya.”

 

Husni yang melihat Aimi bercakap seorang diri yang mampu mengeling kepala. Anaknya sudah tidak waras seperti dahulu. Tapi ini yang terbaik daripada Aimi terus melakukan dosa. Mungkin ini yang terbaik bagi menghapus dosa yang pernah Aimi lakukan.

 

Tapi dia sebagai ayah, tak akan terus biarkan anaknya jadi begini. Dia akan cuba mencari penawar untuk anaknya. Walaupun anaknya berperangai tidak elok dia masih sayang pada anaknya itu.

 

“Sayang jangan sedih, Abang akan balas balik apa yang telah mereka lakukan pada sayang.” Susuk yang menyerupai Ali itu tersenyum sinis. Kemudian gelak dengan kuat dan menyeramkan. Akan aku hancurkan anak Adam. Akan ku buat mereka semua mati dalam kesesatan.

....TAMAT....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience