WARNING BACAAN 18SX
“Beg ayah saya dah masukan dalam bilik depan ni, Aimi duduklah dalam bilik Mia, nanti Mia tidur dengan saya dan Lily,” Ali bersuara sebaik duduk di sofa. Dia baru selesai mengangkat beg pakaian Husni.
Aimi pada mulanya mengedik hendak ikut Ali keluar ke kereta tapi tangannya lebih pantas di tarik oleh Husni. Sudah di rentap pun Husni masih tidak lepaskan.
“Ayah nak rehat sekejap lah Ali, lepas makan terus rasa mengantuk,”
“Pergilah ayah,” Ali sangat mengalu kan. Dia sebenarnya turut merasa ngantuk.
“Kamu pergilah masuk juga, mata kamu pun dah hitam bawah. Mesti pagi-pagi dah bersusah payah sebab ayah nak datang,” Husni tidak mahu Ali berduaan dengan Aimi di ruang tamu.
“Tak adalah ayah, Ayah masuk dulu, sekejap lagi saya masuk,” Ali rasa tidak elok tinggalkan tetamu seorang diri di ruang tamu.
Aimi sudah tersenyum gembira kerana sekejap lagi dia akan berduaan dengan Ali sahaja.
“Yela, ayah masuk dulu,” Husni bangun dari duduknya dan masuk ke bilik yang di tunjuk oleh Ali tadi.
Sebaik sahaja Husni menutup pintu bilik, Aimi semerta bangun dari duduknya dan dekati Ali. Ali sangat terkejut apabila tiba-tiba Aimi duduk di atas pehanya. Kepalanya sudah toleh ke bilik tidurnya, risau jika Lily nampak.
Aimi menolak pipi Ali untuk memandangnya semula. “abang Ali tak perlulah takutkan Lily. Dia dah tidur, tinggal kita berdua sahaja,”
Kemudian Aimi tanpa rasa malu memeluk Ali dengan erat. “Aimi rindu sangat dengan Abang Ali. Hari-hari Aimi mimpi bersama dengan Abang. Hanya kita berdua dan sangat bahagia sekali.”
Ali duduk terkaku kerana masih lagi terkejut dengan tindakan Aimi.
Aimi memandang wajah Ali semula. Wajah mereka sangatlah dekat. Kalau Ali bergerak sedikit pasti akan tercium. “Laju jantung Abang Ali, mesti rindukan Aimi juga kan,” Badan sasa Ali di raba tanpa rasa malu.
Malah Aimi bertindak dengan lebih berani dengan memasukkan tangannya di dalam baju Ali. Melihat Ali berdiam diri sahaja, seperti merelakan. Aimi mengambil tangan Ali dan mula meletakan di dadanya. Di tekan tangan Ali untuk merasai kelembutan dadanya. Setelah itu di bawah turun mengusap pahanya yang bersalut seluar Jean.
“Aimi dah lama sangat teringinkan Abang. Aimi punya ni tak tahan sangat lagi-lagi bila dapat tengok Abang dekat macam ni,” Aimi semakin berani dengan membuka seluarnya lalu tangan Ali cuba di masukan. Tangannya sebelah lagi tidak tinggal meraba barang terlarang milik Ali.
“Pak Ali, Danish tak nak tidur,” Tiba-tiba suara Lily kedengaran dari dalam bilik membuatkan Ali seperti tersedar dari di pukau.
Ali terus menolak Aimi hingga terjatuh. “Apa Aimi buat ni?!”
“Buat benda yang sama-sama kita suka, kenapa Abang tolak Aimi,” Aimi cuba untuk bangun berdiri. Aimi bertindak agresif dengan cuba untuk mencium bibir Ali tapi terlebih dahulu Ali halang.
“Tadi Abang suka je, semua orang dah tidur. Abang nak takut apa. Aimi sanggup tadah badan Aimi untuk Abang rasa. Untuk kepuasan Abang,” Aimi tidak putus asa untuk mengoda Ali lagi.
“Bawa mengucap Aimi. Abang tahu halal haram dosa pahala. Buat apa yang haram kalau yang halal lebih cantik di depan Abang.” Ali terus melangkah menuju ke bilik tidurnya. Hatinya tidak henti beristifar. Jika Lily tidak panggilannya tadi, pasti dia telah masuk ke lembah kemahsiatan.
Lily memandang Ali yang masuk ke dalam bilik tidur mereka. “Pak Ali dekat sini Pak cik dengan siapa? Tadi saya saja panggil Pak Ali sebab nak takutkan Danish ni.”
“Ayah masuk bilik dah, rehat,” Ali duduk di sisi Lily yang sedang berusaha untuk tidurkan Danish agar lebih nyenyak. Dia merasa bersalah dengan Lily tapi dia tidak berani ceritakan kejadian yang terjadi tadi. Lebih baik di diamkan sahaja dari pengetahuan Lily. Itu lebih baik.
“Oh...” Mulut Lily sekali berbentuk O. “Aimi pula dekat mana?”
“Dekat luar, sebab tu saya masuk dalam,” jawab Ali dengan jujur.
Lily tenung wajah suaminya untuk mencari jawapan. Risau juga jika Ali betul-betul tergoda dengan Aimi. “Ada nampak kesan tak pada dia?”
“Tak ada, mungkin bukan tu,” kini Ali pula baring di sisi Lily. Matanya tiba-tiba merasa mengantuk. Tidak seperti selalu, matanya langsung tidak berikan kerjasama hari ini.
“Atau memang bukan dia kot. Pak Ali yang salah taksif,” Di popok punggung Danish dengan lembut. Damia selepas makan minta susu terus tertidur sendiri. Cuma Danish sedikit susah untuk tidur.
“Entahlah Lily. Tapi apa yang ustaz cakap tempoh hari hampir sama dengan dia,” Kini Ali baring mengiring mengadap Lily. Punggung Lily pula di popok oleh Ali seperti ingin menidurkan Lily. Sebenarnya itu adalah habit Ali jika hendak tidur. Tangannya tidak henti mepopok apa sahaja yang berdekatan dengannya. Kalau sebelahnya bantal. Bantallah yang menjadi mangsa.
Ali sangat yakin orang yang menghantar sihir padanya dan Lily adalah Aimi. Dengan kejadian tadi lagi menyakinkan Ali. Bagaimana dia boleh tidak sedar langsung apa yang telah berlaku. Dia seperti di pukau untuk turut sahaja apa yang Aimi suruh.
“Tak apalah nanti kita buat yang lain pula, kalau tidak alhamdulilah,” Lily yang di popok oleh Ali turut terasa mengantuk juga. Kepala yang di tongkat dengan tangan semerta di tukar beralas bantal.
“Kalau berlaku apa-apa atas saya, saya nak awak percayakan saya boleh kan Lily,” Ali terasa ingin memeluk isterinya tapi tidak berani. Di pendam di dalam hati sahaja.
“Insyallah,” Lily paling badannya mengadap Ali. Lalu di peluk suaminya itu. Tindakan Lily membuatkan Ali merasa tenang untuk membalas pelukan yang di terima. Lily tahu Ali berada dalam jiwa yang tidak aman sejak kehadiran Aimi di dalam rumah mereka. Nampak jelas Ali seperti takutkan Aimi. Tapi kehadiran Aimi ketika ini memang di perlukan oleh Lily sekarang ini.
Share this novel