Akibat menahan rindu, badan yang menjadi binasa. Lily jatuh sakit setelah lima hari menyepikan diri dari Amar. Keadaan sungguh tidak bermaya. Makanan di hadapanya tidak mampu di telan walaupun perutnya sangat lapar
Lily memandang jam di dinding. Sekejap lagi Danish sampai. Tiada sesiapa di rumah dan dia betul-betul tidak mampu untuk menjaga Danish hari ini. Belah petang Damia pula akan muncul. Tapi apa boleh dia lakukan. Dia tetap perlu menerima kehadiran kedua kanak-kanak itu.
Saat dengar kereta berhenti di hadapan rumah, Lily melangkah dengan penuh lemah sekali. Ali yang baru ingin turunkan Danish terhenti kerjanya saat melihat wajah pucat Lily.
“Awak tak sihat Lily?” Ali memberanikan diri bertanya. Perasan takut dia pada Lily bertukar kepada perasaan risau. Dia dapat duga Fazrin dan Bunga tiada di rumah kerana tidak nampak pasangan itu sejak beberapa hari lepas. Di masjid juga tidak kelihatan.
“Pak Ali ada masa tak? Minta tolong hantarkan Lily pergi klinik.” Lily tiada pilihan lain. Walaupun dia merasa was-was dengan Ali tetapi sekarang ini hanya lelaki itu sahaja yang berada di hadapanya untuk di minta bantuan. Hendak pergi sendiri, risau dia pengsan semasa memandu.
“Saya boleh hantarkan.” Dengar suara Lily yang hampir tidak keluar itu membuatkan Ali bertambah kecian. Gadis itu kelihatan betul-betul sakit.
“Sekejap saya ambik beg.” Lily masuk ke dalam rumah semula. Sebaik keluar pintu di bahagian penumpang belakang sudah Ali buka untuknya.
“Lily selalu pergi klinik mana?” Tanya Ali untuk tahu di mana harus dia hantar gadis itu.
“Mana-mana saja,” jawab Lily dengan suara seraknya.
Sebaik sampai Lily melangkah dahulu masuk ke klinik kemudian baru Ali dan Danish masuk. Sambil bermain dengan Danish, sesekali Ali menjeling ke arah Lily yang sedang menunggu namanya di panggil.
“Bunga Lily”
Pantas Ali memandang Danish sebaik nama Lily di panggil. Nama yang agak unik bagi Ali. Bunga Lily yang cantik tapi tiada sesiapa berani tegur atau dekati kerana wajah bengis gadis itu.
“Ali anak kau sakit ke?”
Ali hanya balas dengan senyuman sahaja. Dia malas hendak berbual lebih dengan sesiapa. Nanti ada sahaja orang mencadangkan dia berkahwin lagi.
Lily yang sudah mendapatkan rawatan terus duduk di bahagian menunggu di hadapan kaunter pengambilan ubat dan pembayaran. Ali masih di tempat duduk yang sama kerana tidak mahu menimbulkan salah faham antara dia dan Lily di mata orang yang mengenali mereka berdua.
Sebaik kawan Ali masuk ke bilik rawatan pada masa sama nama Lily di panggil untuk mengambil ubatnya. Ali terus ke kaunter dan berdiri di sebelah Lily.
“Saya bayarkan untuk Lily.” Ali terus keluarkan duit di dompetnya tanpa sempat Lily buat apa-apa.
Lily yang sudah tidak larat itu malas hendak membantah. Dia terus berjalan ke kereta Ali.
Ali tidak menghantar Lily terus balik ke rumah tetapi singgah dahulu di restoran makanan segera. Pagi-pagi begini hanya restoran atuk merah sahaja yang ada jual bubur.
“Lily,” di kejutkan dengan perlahan agar gadis berwajah bengis itu tidak terkejut. “Lily!”
“Dah sampai Lily.” Ali bersuara lagi sekali sebaik mata Lily terbuka.
“Terima kasih Pak Ali.” Lily turun dari kereta sambil menarik Danish untuk di bawa sekali. Tetapi di tahan oleh Ali.
“Tak apa Lily. Lily rehat sahaja hari ni. Saya ambil cuti sahaja hari ini. Ni bubur untuk Lily. Nanti makan jangan biarkan perut kosong.” Bubur yang di beli tadi di berikan kepada Lily.
“Terima kasih.” Di ambil bubur di tangan Ali lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah. Bilik tidurnya di tuju. Katil terus di cari. Sebaik merebahkan badan mata Lily terus tertutup.
“Umi Danish tak sihat, kita balik ye.” Danish yang duduk di bahagian penumpang belakang di pandang.
Ali gerakkan kereta meninggalkan perkarangan rumah Fazrin dan Bunga. Sebaik masuk ke dalam rumah, Ali di datangi tetamu yang tidak dia duga.
“Waalaikumusalam,” Ali jawab salam dari ayah arwah Aisyah. “Ayah sihat?” Ali bertanya khabar sebaik sahaja selesai bersalam. “Masuklah,” pelawa Ali,”
“Alhamdulilah sihat.” Jawab Husni sambil melangkah masuk ke rumah Ali. “Ayah ada urusan dekat sini, jadi ayah saja lalu depan rumah kamu. Kalau ada ayah singgah. Kalau tak ada ayah datang lain kali. Tengok pintu rumah kamu terbuka tu Ayah singgah.”
“Tok! Tok!” Danish yang melihat kehadiran Husni, gembira sekali hingga meminta Husni mengangkatnya.
“Atok bawa mainan untuk Danish,” sebab itu Danish suka kehadiran Husni, kerana setiap kali datang pasti ada oleh-oleh untuk cucunya.
“Aha, hari ni tak kerja. Penjaga Danish dan Mia tak sihat.” Balas Ali. “Ayah tunggu sekejap saya buatkan air,” Ali ke dapur meninggalkan Danish bersama Husni.
“Mia mana?” Husni tidak nampak cucu perempuannya.
“Kak scol,” jawab Danish. Bahasa english yang di jawab. Gara-gara Lily kadang kala suka speaking dengan mereka berdua.
“Danish bila nak school pula?” Husni saja bertanya untuk melayan Danish.
“Sok,” jawab Danish ringkas. Hari-hari ikut hantar Damia, dia ingatkan dia juga ke sekolah.
“Hantar Mia hari-hari, dia ingat pergi sekolah juga tu,” Ali perbetulkan salah faham Danish terhadap soalan Husni. “Minum ayah,”
“Oh... Ingatkan betul Danish nak masuk sekolah esok.”
“Tak, Danish kecil lagi. Taska ambik budak umur 4 5 6 sahaja,” balas Ali.
Husni menghirup kopi yang Ali hidangkan padanya. Dia mengangguk kepala sedikit tanda faham. Sebaik meletakan cawan di atas meja kopi semula, Husni kembali bersuara.
“Ayah datang sebenarnya ada hajat,”
“Hajat apa?” tanya Ali sambil melihat wajah Husni.
“Hajat ayah meminang kamu untuk Aimi. Ayah tahu Aisyah baru meninggal. Tapi bila fikirkan anak-anak kamu tiada ibu, tiada orang hendak jaga. Jadi ayah fikir lebih baik cepat ayah nyatakan hasrat ayah pada kamu,” Husni sebenarnya malu kerana anaknya meninggal dunia belum 40 hari lagi, tapi dia sudah meminang suami arwah anaknya untuk adik arwah.
Semuanya kerana Aimi yang mendesaknya untuk pergi meminang Ali untuknya.
Ali yang dengar hajat Husni sangat terkejut. “Maaf ayah, saya tak tahu bila lagi jodoh saya akan sampai tapi sekarang ini saya belum terfikir hendak mencari penganti Aisyah.”
“Ayah faham, kamu fikir-fikirkan lah nanti. Dah ada jawapan beritahu sahaja ayah. Ayah tak memaksa.”
“Insyallah,”
..
“Macam mana ayah? Abang Ali terima tak?” Husni terus di tanya sebaik masuk ke dalam rumah. Tidak sempat lagi untuk dia duduk berehat.
“Dia cakap tak terfikir nak cari penganti arwah kak Aisyah lagi,” Husni jawab sama seperti Ali beritahu padanya.
“Kenapa ayah tak paksa?! Bagi alasan Mia Danish perlukan kasih sayang ibu.” Bentak Aimi tidak berpuas hati dengan jawapan yang di terima.
“Sudah Aimi, Jawapan Ali tetap sama. Ayah dah suruh dia fikirkan semula. Kalau ada jawapan dia beritahu ayah nanti.”
“Ayah ni berlembut sangat. Cuba paksa Abang Ali tu. Orang laki yang ada isteri pun nak tambah lagi dua tiga, ni kan yang tak ada isteri.”
“Astrafiruallah...” Mengucap panjang Husni dengar kata-kata yang keluar dari mulut Aimi. “Yang kamu terdesak sangat nak kan Ali tu kenapa? Kamu dah terlanjur dengan orang lain ke? sebab tu terdesak sangat nak kan Ali tu. Sebab nak cover salah kamu,”
“Tak lah ayah, Aimi tak nak Abang Ali kawin dengan orang lain. Nanti Mia dan Danish terus jauh dari kita.” Aimi memberi alasan.
“Kalau Ali tu kawin dengan orang lain, kita boleh je lawat Mia dan Danish, kalau dia tak datang jenguk kita. Kamu ingat soal hati dan perasaan boleh paksa ke?.” Husni bangun dari duduk dan masuk ke dalam bilik tidur. Husni sedikit terasa hati dengan kata-kata Aimi tadi.
Sejak kematian isteri tak pernah dia terfikir untuk berkahwin lain kerana tidak mahu kedua anaknya tidak selesa dengan kehadiran ibu tiri. Jadi dia faham jika Ali tidak mahu cari penganti arwah Aisyah. Bukan mudah untuk mencari orang yang boleh terima dia bersama anaknya.
Aimi mengambil keluarkan telefon pintar di dalam poket seluar. Seseorang di hubungi. “Datang ambik aku, Aku terima cadangan kau,”
..
KEESOKANNYA
“Lily dah sihat?” Ali memberanikan diri bertanya akan keadaan gadis itu semasa menghantar Danish untuk di jaga.
“Dah sikit.” Jawab Lily dengan tidak mesra sekali.
“Alhamdulilah... Kalau Lily nak apa-apa pertolongan lagi, call saja saya.” Ali menawarkan diri. “Insyallah saya boleh tolong,”
Miang! Lily telah salah anggap keikhlasan Ali. “Ye.” Lily terus bawa masuk Danish ke dalam rumah lalu menutup pintu.
Ali tidak terasa hati langsung dengan layanan Lily terhadapnya. Kerana sudah terbiasa sejak dari dulu Lily memangnya sebegitu dengannya.
Waktu tengah hari ketika menghantar Damia pula, Lily langsung tidak keluar untuk menyambut Damia. Hanya pintu sahaja terbuka. Sebaik Damia masuk pintu kembali di tutup.
Saat menjemput kedua anaknya juga Lily tidak kelihatan. Hanya Damia yang muncul di muka pintu sambil melambai-lambai dan memanggilnya.
“Ayah! Ayah!”
Ali datang untuk menjemput Damia tapi di mana Danish. Selalu anak lelakinya ada sekali keluar bersama Damia tapi hari ni tiada.
Lily yang sudah mandikan Damia, kini mandikan Danish pula. Dia turut mandi sekali kerana badannya sudah basah. Kerana tiada sesiapa di rumah Lily dengan selamber sahaja berkemban dan menyimpul rambut dengan tuala di ruangan tengah untuk memakaikan Danish baju.
“Mi su,” pinta Danish pada Lily.
“Pakai baju dulu.” Baju di sarungkan ke kepala Danish tapi entah apa angin Danish hari ini dia menolak tangan Lily dari memakaikan baju.
Badan Lily dipanjat. “Mi su.” Dada Lily di tepuk.
“Badan umi tak ada susu. Pakai baju dulu.” Danish di turunkan semula dari badannya.
Tapi anak kecil tahu apa. Lagi sekali badan Lily di naiki. “Su su.” Sambil menjerit. Tuala yang membaluti badan Lily di tarik hingga tercabut ikatannya.
“Danish jangan!” Lily menjerit terkejut dengan tindakan Danish. Di tarik balik tuala untuk menutup dadanya.
Kemudian Danish tarik kembali hingga berlaku pergelutan antara mereka berdua. Suara Lily dan Danish menjerit semasa bergelut kedengaran kuat.
“Adik mana Mia?” Ali yang sudah berada di muka pintu bertanya.
Tiada jawapan dari Damia tapi sebaliknya Ali di tarik untuk masuk ke dalam rumah. Ali yang baru selangkah masuk terkejut dengar jeritan antara Lily dan Danish. Seperti sedang berlaku perang antara mereka berdua.
Kaki Ali pantas melangkah masuk lebih dalam untuk melihat. “Danish!” Nama anaknya di panggil, dia mula risau jika berlaku sesuatu pada anaknya itu.
Lily yang dengar suara Ali terhenti semerta pergelutan dia bersama Danish. Melihat Lily tidak menepis lagi dengan rakus Danish mengisap puting gantung di badan Lily.
Langkah kaki Ali turut terhenti, air liuh di telan dengan rasa penuh manis. Dia telah melihat sesuatu yang sepatutnya dia tidak boleh lihat. Tiba-tiba lagu chan mali chan bermain di lingkaran kepala Ali.
Di mana dia, anak kambing saya?
Anak kambing saya, yang makan daun talas
Di mana dia, buah hati saya?
Buah hati saya, bagai telur dikupas.
Chan mali chan...
“Astrafiruallah... Lily!”
Terkejut dengan suara nyaring Bunga pantas Ali memalingkan wajahnya.
Lily juga bagai tersedar di dunia nyata juga nyaring keluarkan suara berharganya. “AHH!”
Bunga pantas mengambil kain yang masih tidak berlipat di bakul untuk menutup badan anaknya.
“Atir jangan masuk.” Fazrin terlebih dahulu menutup pintu rumahnya lalu di kunci. Atir yang sedang berusaha memunggah semua barang keluar dari bonet kereta terpinga-pinga sekejap.
Share this novel