“Pak Ali tunggu dalam kereta boleh? Saya nak pergi kubur nenek sekejap,”
“Boleh,” Ali izinkan.
“Saya bawa Danish, Pak Ali bawa Mia,”
“Baiklah,” tangan Ali dengan sendiri membetulkan tudung Lily yang sedikit sengit apabila berhadapan muka-muka dengan isterinya itu.
“Mia ikut ayah ye, lain kali Umi bawa Mia pula,” Kalau ikutkan hati Lily lebih suka bawa Damia daripada Danish. Tapi kerana nanti Danish akan mengamuk untuk ikutnya lebih baik dia bawa Danish sahaja. Lagipun Damia akak yang bagus, boleh mengalah untuk adiknya.
Sebaik sampai di kubur Bunga Melati, Lily terus cangkung dan bersihkan rumput-rumput yang tumbuh. “Nenek Lily minta tanah sedikit ye, nenek jangan hantui Lily pula. Lily dah minta izin ni,”
Beg plastik di dalam beg kain yang di sandang di keluarkan. Tidak lupa juga pengorek tanah di keluarkan dan mula mengembur tanah. “Danish nak main tak?” Anaknya yang menjadi sasaran. Hahahaha. Bukan Lily namanya kalau sentiasa hendak senang. “Masukan tanah dalam plastik, nanti balik kita main tabur-tabur,”
Danish apa tahu, dia ingat main betul-betul. Melihat Lily memgembur tanah pun Danish sudah menyembuk untuk buat juga. Dengan semangat Danish masukkan tanah ke dalam plastik. Lily pula teruskan berdoa untuk nenek yang tidak pernah dia ketemu.
“Nenek nanti Lily ganti tanah nenek ye, klu Lily lupa nenek bagitahu dalam mimpi. Jangan muncul depan-depan, nanti Lily pengsan,” Lily mengarut memang number satu.
“Ingatkan dengan Ayah sahaja comot, dengan Umi lagi comot,” Ali menegur Danish sebaik tiba di kereta.
“Kan, sebab tu dengan Umi best. Berlumpur satu badan pun Umi tak kisah sebab ayah yang bersihkan,” ketawa halus Lily apabila dapat mengenakan Ali. “Saya ambik tanah kubur sikit tadi,”
“Oh... Jadi Danish lah yang jadi sasaran awak ye Lily,” kecik besar je Ali melihat Lily. Sebelum ni tengok Fazrin sahaja kecik besar matanya melihat Lily. Kini dia pun sama sudah seperti Fazrin. Perangai Lily ni di luar jangkaan.
Lily mengangguk kepala. “Pak cik tak kisah kan?” Lily melihat Husni untuk mendapatkan persetujuan. “Last, kalau tak jadi pape. Saya tak minta apa-apa dah,”
“Buatlah apa yang Lily rasa perlu. Yang penting hubungan antara kamu dengan Ali baik-baik sahaja,” Husni bersetuju dengan Lily. Beberapa kali sudah cuba mengumpan Aimi tapi anaknya itu pandai mengelak. Jadi ini mungkin pilihan terakhir yang ada.
..
Aimi yang baru sedar dari tidurnya merasa sengal-sengal di seluruh badan. Peristiwa semalam terbayang di benak fikirannya. Dengan senang Aimi bergembira sendiri. Akhirnya penjalanan hidupnya akan teratur seperti yang di impikan.
Aimi turun dari katil dan mengutip baju tidurnya yang sudah koyak rabak di kerjakan oleh Ali. Dia tidak sangka Ali begitu ganas di ranjang. Tapi bagi Aimi itu yang dia sukakan. Ali seperti tahu akan cita rasanya.
Aimi ke bilik mandi untuk bersihkan diri. Sebaik selesai, Husni serta Ali sekeluarga juga sampai di rumah. Husni terus masuk ke dalam rumah untuk berikan sarapan pagi pada anaknya. Manakala Ali sekeluarga berada di luar rumah.
Kali ini bukan Danish sahaja yang menjadi sasaran Lily. Damia turut di kerah tenaga untuk membantunya. Tanah kubur yang di ambil tadi di berikan kedua anaknya seorang sedikit dan bermulalah perang tanah antara mereka bertiga.
Manakala Ali melihat sahaja anak dan isterinya bermain, sambil meletakan lebihan tanah di bawah kasut Aimi, di tepi pintu kereta bahagia pemandu, di bawah kawasan bonet kereta dan di beberapa kawasan yang Ali rasakan Aimi akan pijak.
“Tadi Danish sahaja, sekarang tiga-tiga dah kotor,” Ali geling kepala. Yang Ali pelik dengan tanah pun boleh jadi mainan. Tanah liat tak apa lagi. Ni tanah kubur.
“Serang ayah!” Arah Lily pada Danish dan Damia. Serentak mereka bertiga menyerang Ali di setiap penjuru.
“Mana boleh tiga lawan satu,” Ali cuba mengelak. Dia tidak mahu terlibat dalam pengotoran badan.
Lily tiba-tiba berhenti menyerang Ali sambil matanya memandang Ali dengan tersenyum-senyum ingin meminta sesuatu. “Kalau pergi mandi air panas atau gunung best ni,”
Ali lagi sekali pandang Lily kecik besar. Perangai mengalahkan budak-budak. Patutlah mak mertuanya tegas semacam. Kalau beginilah dia yang kuat sabar pun boleh jadi hilang sabar.
“Kita pergi air terjun, mandi dekat sana sahaja,” Lily membuat keputusan sendiri.
“Mia nak! Adik pun nak,” budak-budak dengar pasti teruja.
“Mia Danish panggil Atuk dan Mak Ngah. Ibu pergi ambil towel dengan baju, Pak Ali tunggu sahaja dalam kereta,” arah Lily sesuka hati.
“Saya tak ada pun cakap nak pergi,” tapi kata-kata Ali bagaikan angin kerana ketiga mereka dengan pantas hilang dari pandangan matanya.
“Tuk di ir jun,” (Atuk mandi air terjun) pelit Danish yang teruja sama seperti akaknya.
“Atuk-atuk kita pergi mandi air terjun,” di tarik tangan Husni yang sedang duduk di meja makan sambil menemani Aimi menjamu selera. Tidak sabar sekali.
“Atuk je, Mak Ngah tak ajak ke?” Aimi sedikit cemburu dengan ajakan Damia pada Husni.
“Umi cakap Mak Ngah sekali ikut,” balas Damia.
Bagus! Aku ada peluang lagi. Aimi tersenyum dalam diam. “Tunggu Mak Ngah habis makan dulu,”
“Mak Ngah makan nantilah,” Damia betul-betul tidak sabar untuk mandi air terjun.
“Tunggu Mak Ngah Mia,” Lily muncul dengan beg plastik berisi baju seisi keluarganya. “Danish sini, jangan kacau Mak Ngah makan,” sebenarnya Aimi juga di tarik oleh Danish.
“Yela,” Damia seakan merajuk. Sama juga dengan Danish. Muka masam dan berjalan ke Lily dengan memeluk tubuh sendiri. Tanda sangat marahlah tu.
“Tak yah merajuk, teman Atuk cari baju ni,” Husni cuba memujuk.
“Bagi Atuk ni, cepat Atuk pilih baju cepat kita pergi,” beg plastik di berikan kepada Danish. Pantas kaki kecilnya itu melangkah masuk ke dalam bilik tidur sementara Husni.
Lily pula melangkah keluar untuk berikan plastik berisi baju kepada Ali.
“Saya tak ada pun kata setuju nak pergi air terjun Lily,” Ali bersuara semula apabila Lily muncul di hadapanya. Kali ini suara Ali tidak lembut seperti selalu.
“Tak apalah, bawa Mia Danish main-main. Bukan selalu. Lagipun ayah arwah kak Aisyah ada, sekurangnya tak duduk rumah sahaja. Ada aktiviti boleh buat,” balas Lily. “Kalau datang duk rumah sahaja, nanti tak nak datang lagi. Sebab sama sahaja macam duk rumah sendiri,” pandai memberi alasan.
Ali tidak mampu membalas kata-kata Lily. Apa yang di katakan oleh Lily ada betul juga. “Sini baju tu,”
Pantas Lily menghulurkan beg plastik di tangannya pada Ali. Lalu dia ikut belakang Ali hingga ke bonet kereta. Matanya sempat melihat ada tanah baru di tepi pintu penumpang belakang. Pantas betul suaminya buat kerja. Mesti takut nak naik kereta dengan Aimi ni.
“Pak Ali marah ke?” Lily buat-buat tanya walaupun dia tahu Ali seperti sedang marahkannya. Pertama kali tengok Ali seperti ini, best juga.
“Tak,” balas Ali sepatah.
“Tipu! Next time saya tak buat keputusan sendiri. Saya hanya nak cipta memory dengan anak-anak sahaja. Sekurangnya ada cerita untuk mereka ceritakan dengan kawan-kawan. Cerita pergi mandi air terjun dengan Atuk mereka. Ayah yang bawa. Cuba kalau mereka tiada cerita untuk di ceritakan, awak boleh bayangkan tak wajah sedih Mia, wajah sedih Danish. Setiap kali kita luangkan masa bersama mereka itu sebenarnya sangat memberi kesan besar pada mereka.
Lagi satu kalau Atuk mereka pergi dulu sekurangnya mereka ada kenangan bersama. Insyallah sampai mereka tua nanti, mereka masih ingatkan Atuk mereka.” Lily jelaskan sebenarnya apa yang dia cuba lakukan untuk Damia dan Danish.
Selalu dia yang berikan nasihat pada Lily, kini dia pula yang menerima kata-kata dari Lily. Dia langsung tidak terfikir dengan meluangkan masa dengan anak-anak, berikan kesan positive yang besar pada mereka. Mungkin apa yang Lily lakukan dengan anaknya kerana ni. Bukan semata kerana sikap Lily yang kebudakan.
“Saya tak sedar pasal ni, terima kasih ingatkan saya,”
“Tak apa, macam awak cakap dengan saya. Kita kena sentiasa saling mengingati,”
Ali tersenyum sedikit melihat Lily. “Terima kasih.” Lily membalas dengan sedikit anggukan kepala.
“Panggillah Mia Danish. Lama pula diaorang ni,” kata-kata Lily tadi membuatkan Ali yang seperti terpaksa mengubah fikiran seratus peratus. Dia menjadi teruja untuk cipta memori bersama anak-anaknya.
Sebenarnya ada mata yang memerhatikan kelahi kecil antara Ali dan Lily tadi. Tapi kegembiraan hatinya tidak lama apabila dengan mudah Ali terpujuk dengan kata-kata Lily.
“Umi, ayah! Atuk dah siap!” Damia menjerit sebaik melangkah keluar dari rumah.
“Awak nampakkan. Gembira mereka kita tak boleh beli dengan wang ringgit. Tapi hanya boleh di beli dengan masa kita bersama.” Lagi sekali Lily bersuara.
“Yup saya nampak dah sekarang,” mungkin kalau dia luangkan lebih masa bersama Lily. Hubungan dia dengan Lily akan lebih erat dan mesra. Bila sel-sel otak Ali berhubung kata-kata Lily tadi boleh jadikan nasihat dalam hubungan mereka berdua.
“Kenapa kasut Aimi ni bertanah!” Aimi yang sakit hati melihat Ali dan Lily telah mengetuk kasutnya di tiang beranda rumah Ali. Langsung tidak menjaga hati tuan rumah.
“Mungkin sebab hujan malam, percik air tanah,” jawab Lily. Lily juga sempat menjeling Ali kerana letak tanah kubur di bawah kasut Aimi tidak cermat sekali. Macam nilah kalau orang lelaki buat kerja.
“Ni baju Aimi,” di berikan kepada Ali. Nada suaranya juga jelas kelihatan sedang marah. Sebaik Ali ambil dia terus melangkah untuk masuk ke kereta.
Sebaik tiba di pintu semerta kakinya terhenti. Semua orang juga matanya tertumpu pada Aimi. Satu tiupan angin tiba-tiba merempuh setiap tubuh dan perasaan meremang dengan sendiri tumbuh.
Danish dan Damia tiba-tiba memeluk erat Husni. Dia yang masih kecil juga dapat merasai sesuatu yang tidak enak. Dalam beberapa minit angin yang menyeramkan itu hilang, semerta Husni, Ali dan Lily bertukar pandangan. Mereka semua seperti terkejut hingga terdiam tanpa mengeluarkan sebarang suara.
“Yang semua tercegat berdiri lagi kenapa?” Aimi bersuara, pelik melihat semua orang.
“Awak masuk Lily,” Ali bersuara, dia rasa ingin batalkan rancangan Lily kerana merasa betul-betul tidak sedap hati.
“Danish biar duduk dengan ayah sahaja,” Husni bersuara sebelum Lily memanggil anaknya.
Sebaik semua masuk ke dalam kereta, suasana terasa sunyi sekali. Tiada yang bersuara. Perasaan meremang setiap orang merasai. Damia yang mulanya duduk di antara Lily dan Aimi beralih punggung untuk duduk di pangkuan Lily.
Sekali sekala Ali tidak lupa untuk memandang belakang. Hatinya risaukan kedua ahli keluarganya yang berada di belakang.
NOTED : D.A RASA CITA NI MACAM MISTERI NUSANTARA DAH.. JAJAJAJA.
Share this novel