BL 42

Family Series 60975

“Abang jangan dekat dengan Lily. Lily pun tengah serabut dengan masalah sendiri.” Lily nampak Amar yang berwajah sedih datang seperti meminta bantuan. Mungkin begini keadaan Ali sekarang ini, Cuma dia tidak tunjukkan sahaja.

 

“Tolonglah Lily. Sekali je. Lily nak ke Abang dengan Kak Via hari-hari macam ni. Lily tak kecian ke dekat baby dalam perut Via. Mesti baby abang stress sekarang ni.”

 

Lily jadi kecian dengan Amar. “Tapi apa kaitan dengan Lily. Lily tak ada kacau akak dengan abang pun,”

 

“Akak Via dah tahu Abang kawin dengan dia sebab abang terpaksa.”

 

“Ah!! Kenapa Lily tak tahu pun?!” terkejut Lily. Bermatian dia ingat Amar kawin dengan Olivia kerana suka sama suka.

 

Amar menundukan kepalanya. Dia rasa bersalah pada Lily tidak hilang lagi. Kini dia perlu meminta bantuan Lily pula. “Abang terpaksa kawin dengan Kak Via. Dan sebab dia Lily dan Abang tak dapat bersama. Abang dari awal dah bantah tapi Ibu dan ayah nak abang bertanggungjawab.”

 

“Tanggungjawab sebab apa? Abang rogol akak?” Lily membuat spekulasi sendiri.

 

Amar geling kepala. “Ingat tak kawan yang Abang bagitahu kemalangan. Orang tu adalah Kak Via.”

 

“Bukan Abang yang rogol dia, kenapa Abang yang kena bertanggungjawab.” Lily tidak berpuas hati. Selama ini dia di tipu oleh kedua orang tuanya. “Kenapa Ibu Ayah buat Lily macam ni.”

 

“Dengar dulu Abang cerita Lily. Jangan salahkan ibu ayah. Kerana ibu ayah satu nyawa dapat di selamatkan. Mungkin aturan hidup kita memang dah di tentukan begini. Tapi abang tak menyesal kawin dengan Via. Abang pun nampak Lily bahagia bersama Ali. Mungkin kalau kita bersama kita tak sebahagia yang kita alami sekarang ini.”

 

Lily terdiam. Mungkin apa yang Amar katakan ada betul juga.

 

“Lepas Via tahu dia terus rasa bersalah. Dia meracau sebab merasa jijik dengan diri sendiri. Dia cakap anak dalam perut tu bukan anak dia dan Abang. Dia kalau boleh nak Lily kawin dengan Abang sebab nak tebus kesalahan dia.”

 

“Abang jadi Pak sanggup lah ni. Abang memang terbaik.”

 

“Tu anak Abang lah!” Tak puas hati Amar dengan nada bercakap Lily. “ Via baru pregnant bukan sebelum kawin Via pregnant.”

 

“Abang jangan marah. Hehe... Jadi nak Lily pujuk akak ke? Nak Lily bagitahu dekat akak. Lily tak nak abang sebab Lily dah sayang suami Lily sendiri.”

 

Laju Amar angguk kepala. “Please tolong Abang. Lily nak apa nanti bagitahu. Abang sanggup bagi apa sahaja Lily nak.”

 

“Bayarkan kereta Lily sampai habis.”

 

Amar telan air liuh. Itulah mulut cakap otak tak nak berfikir dulu. “Berape tahun lagi nak habis,”

 

“3 tahun.” Lily menanti jawapan Amar. Amar bayarkan kurang sedikit beban Ali. Hua hua hua. Boleh lah minta bukan-bukan dekat Ali lebih sikit. Hua hua hua...

 

Susah untuk Amar bersetuju. Otaknya siap kira berapa bulanan yang tinggal jika bayar kereta Lily. “Abang tambah lagi satu syarat.”

 

“Apa?”

 

“Setiap kali Via merajuk dengan Abang. Lily kena tolong pujukan. Pujuk sampai berjaya termasuk yang sekarang ni.”

 

Lily tersenyum sinis. “Kacang je.”

 

“Lily!” Fazrin dari dapur menjerit nama anaknya sebaik dengan motor yang Ali bawa sudah pulang. Fazrin mahu Lily sambut, layan Ali sebagaimana seorang suami perlu dapat.

 

Laju Lily bangun dan keluar rumah untuk sambut Ali. Dia sebenarnya lebih takutkan Fazrin daripada nasihat menakutkan Fazrin tadi. “Akak sekejap lagi Lily settlekan.”

 

“Awak beli apa lagi? Bukan Ibu suruh beli kari sahaja.” Lily lihat isi di dalam beg plastik lebih dari yang di arahkan untuk beli.

 

Ali tersenyum lihat Lily. Senyum kerana Lily sudah mahu bercakap dengannya. “Saya beli bendi. Masuk dalam kari kan sedap.”

 

Cuba jangan senyum manis sangat. Awak tu dahlah handsome. Nanti kena terkam baru tahu.

 

“Awak dah maafkan saya Lily?”

 

Lily angguk kepala sedikit.

 

Makin lebar senyuman Ali. “Terima kasih by,” hinggap satu kucupan di dahi Lily. Ali bersyukur tak terkata. Akhirnya Lily dapat maafkannya.

 

“Akak tengok lah awak,” Lily menolak badan Ali yang sudah melekat rapat pada badannya.

 

“Biarlah dia tengok. Baru dia tahu saya ni sayang by. Sedap je nak suruh by saya ni kawin dengan laki dia.”

 

“Jealous lah tu.”

 

 “Mestilah...”

 

“Nak berulat bulu kemudian! Kari bak sini dulu,” lagi sekali jeritan Fazrin kedengaran. Cepat-cepat Lily dan Ali menjarakan badan mereka. Tiba-tiba merasa malu sendiri.

 

“Bie ni! Biarlah. Dulu bie macam tu juga.” Bunga menegur Fazrin.

 

“Saja je kenakan diaorang. Huhu. Rasa macam nak balik zaman muda-muda. Mula-mula bercinta dengan sayang.”

 

“Sekarang dah tak cinta!” Bunga bercekak pinggang melihat Fazrin.

 

“Sekarang lagi bercambah cinta tu. Sebab cinta di hati sayang sudah berputik.” Kemudian Fazrin berbisik di telinga Bunga. “Buat baby jom.”

 

“Bie ni tak sudah dengan miang dia.”

 

“Miang Bie untuk sayang sentiasa bahagia.” Fazrin peluk belakang Bunga lalu satu kucupan hinggap di pipi Bunga.

 

“Awak letak atas meja lepas tu kita pergi.” Lily berbisik pada Ali. Tak nak ganggu saat romantik kedua orang tuanya. Ali angguk kepala tanda setuju dengan cadangan Lily.

 

 

..

 

 

Husni tiada pilihan lain, bukan dia mahu memecah belahkan keluarga baru Ali tapi Ali perlu bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan pada Aimi.

 

Jika dia tidak endahkan sahaja Aimi yang muntah-muntah seminggu ini pasti tidak akan tahu yang anaknya sedang mengandung.

 

Bila di tanya anak siapa, Husni terkejut dengan jawapan Aimi. Dia sendiri tidak percaya kerana dia mengenali Ali bukan seperti itu. Lagipun Ali sudah mempunyai isteri baru yang lebih cantik dan elok daripada Aimi.

 

Aimi menunjukan bukti dari setiap pesanan ringkas antara dia dan Ali baru Husni percaya. Tapi itupun tidak sepenuhnya. Sebab itu dia perlu berjumpa dengan Ali. Dia mahu tahu dari mulut Ali sendiri dan jika betul mahu Ali bertanggungjawab pada anaknya walaupun isteri Ali akan terluka.

 

“Siap!” Husni memandang wajah pucat Aimi sekilas. Marah sudah semestinya. Tapi kerana Aimi yang tidak sihat di tahan sahaja amukan yang tidak ingin di lepaskan.

 

Keluarga Fazrin tidak tahu kehadiran Husni ke rumah mereka àkan bawa petaka bagi mereka semua.

 

Husni menjadi serba salah apabila kehadiran dia dan Aimi di sambut mesra oleh keluarga Fazrin. Lagi bertambah salah apabila melihat wajah Lily. Ketika dia datang ke rumah Ali, Lily terlalu baik melayannya. Dia tidak sampai hati ingin buat Lily kecewa tapi dia tiada pilihan lain.

 

“Ayah nak cakap dengan Ali sorang boleh?” Husni menenung Ali dengan wajah tidak selesa.

 

“Kalau dengan Lily sekali boleh tak ayah. Saya tak naklah berahsia dengan Lily. Saya yang jadi tak selesa nanti.” Jawab Ali.

 

Sudah Husni duga. Dari dengan arwah anaknya lagi Ali tidak suka berahsia.

 

“Saya okay jela awak. Ni mesti hal laki-laki kan Pak cik.”

 

Husni hanya senyum sedikit. Tak tahu bagaimana mahu mulakan. Tapi dia dapat rasakan bukan Ali yang telah merosakan Aimi. Masakan orang yang tidak pernah menyimpan apa-apa rahsia pada isteri mahu buat perkara terkutuk sebegini.

 

Aimi sudah panas punggung apabila Husni tidak juga katakan hal sebenar pada Ali. Tak faham betul Aimi dengan ayahnya yang sibuk hendak jaga hati orang. Cakap cepat selesai cepat. Dia memang tak sabar mahu campak Lily jauh dari hidup Ali.

 

“Lily jangan salah faham dengan apa yang Pak cik nak tanya pada Ali.”

 

“Macam hal serious je. Insyallah Lily cuba untuk terbuka hati.”

 

Husni melepaskan nafas berat. “Aimi mengandung. Betul ke Ali kamu yang buat?”

 

Berderau darah Lily sebaik dengar pertanyaan Husni. Ali yang dengar juga hampir gugur jantungnya. Kenapa dia yang perlu di tanya. Apa kaitan dengannya.

 

“Astrafiruallah... Apa kaitan dengan saya ayah. Siapa bagitahu ayah saya yang buat?” Ali melihat Aimi mencari jawapan. Tangan Ali sempat gengam tangan Lily untuk tidak fikir bukan-bukan. Dan dia juga mencari kekuatan dengan tuduhan yang di lontarkan oleh Husni.

 

“Sampai hati Abang tak mengaku dalam perut Aimi ni anak Abang. Dah sedap dapat Abang lupakan Aimi.” Aimi pelik, kenapa tidak jadi seperti yang di rancang. Kenapa Ali tidak mengaku, sepatutnya inilah peluang Ali untuk lepas dari Lily.

 

“Allahuakhbar... Aimi jangan menfitnah abang. Saya bersumpah demi Allah. Saya tak pernah buat begitu.”

 

Lily tidak mampu kata apa-apa. Dia terdiam seribu bahasa. Tidak tahu mahu percaya atau tidak. Dugaan apakah ini. Matanya sudah merah menahan perit hati yang di rasai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience