Di mana dia, anak kambing saya?
Kambing saya, yang makan daun talas
Di mana dia, buah hati saya?
Buah hati saya, bagai telur dikupas
Chan mali chan, ho-hoy
Chan mali chan, ho-hoy
Chan mali chan, ketipung payung
Ali bangun dari tidurnya selepas bermimpi agak pelik. Apa mengarut la mimpi. Ni mesti gara-gara layan anaknya melihat kartun hingga terbawa masuk ke alam mimpi. Tapi apa kaitan Lily muncul dalam mimpinya pula. Biarlah hanya mainan tidur.
Jam di dinding menunjukan masih awal lagi untuk mengejutkan anaknya. Ali turun katil lalu melangkah ke dapur. Di bersihkan apa yang perlu.
Seperti selalu Ali tepat sampai pukul 8 di hadapan rumah Fazrin. Tapi kali ini Danish sudah siap di mandikan.
“Ali. Aku nak tanya sikit dekat kau.”
“Tanya apa Pak Rin?”
“Tempat kau selalu tempah makanan untuk kenduri rumah kau, dia ada masak juga tak untuk kenduri kawin?” Tanya Fazrin. Sudah di survey segala katering yang ada tapi semuanya terasa tidak begitu selesa di tekaknya. Tapi makanan yang di makan di rumah Ali agak sedap daripada yang lain.
“Ada Pak Rin. Siapa nak kawin? Pak Rin ke?” Ali cuba bergurau.
“Cakap perlahan sikit. Dengar Mak Cik kau kena sembelih aku ni nanti. Kenduri Lily dengan Amar. Dua bulan lagi tapi satu apa tak siap.”
“Oh... Tahniah Pak Rin.” Gembira Ali apabila dengar Lily akan berkahwin. Ini bermakna Lily tak akan duduk dengan orang tuanya lagi. Tidak perlu dia hadap jelingan gadis itu lagi selepas ini. “Saya send nombor tukang masak dekat Pak Rin.”
“Terima kasih. Nanti kenduri kau jangan tak datang pula.” Pelawa Fazrin walaupun kad jemputan masih lagi dalam process pembikinan.
“Insyallah Pak Rin.”
..
Fazrin dan Bunga di dalam bilik mereka mengemas baju di masuk ke dalam bagasi. Selesai siap mereka berdua keluar serentak berhadapan dengan Lily yang sedang terbaring keletihan bersama Danish yang duduk di sisinya.
“Ayah dan Ibu nak pergi rumah Atir seminggu.” Kata Fazrin.
Lily yang terkejut terus duduk. “Bila?”
“Now!” jawab Bunga. Tak nampak agaknya beg dua ketul besar Fazrin bawa di sisinya.
“Ikut, jap Lily siap!” Lily yang baru ingin berdiri terbantut apabila di larang oleh Bunga.
“Eh... Lily you just stay at home. Siapa nak jaga D and D kalau kamu ikut.”
“Ala... D and D tu kerja ibu... kenapa Lily pula yang kena.” Lily tidak berpuas hati. Pergi jalan berseronok tinggalkan dia seorang diri.
“Itu bukan masalah ibu. Kalau tak nak jaga D and D bayar duit sewa kamu tinggal sini. Termasuk bayaran kereta bulanan kamu. Dah Bie gerak.” Tegas Bunga.
Kalau dia tidak tegas boleh jadi Lily pun ikut sekali sekejap lagi. Bukan boleh percaya dengan suaminya. Suka manjakan sangat anak perempuannya.
Bukan rumah Atir yang mereka pergi tetapi mereka berkumpul di lapangan terbang. Termasuk Atir yang membawa hingga tiga bagasi besar.
“Ni surat untuk perlepasan barang-barang Atir.” Fazrin berikan kepada anaknya itu. Surat kebenaran antara kerajaan Malaysia dan Rusia untuk membawa barang ubatan keluar masuk. Tapi bukan mudah untuk dapatkan kelulusan. Ada formula perubatan lain terpaksa Fazrin lepaskan kepada kerajaan Rusia dengan percuma sahaja. Semuanya demi anak mereka di sana.
Sebaik sampai di Rusia, mereka bertiga di ambil oleh Amar kemudian terus di bawa ke hospital penempatan Olivia. Mereka semua melihat Olivia hanya di luar bilik kerana tidak dibenarkan untuk masuk. Kerana tidak mahu mental pesakitnya semakin teruk.
“Ni bukan jelangkung dah Amar. Ni stick insect dah ni.” Selamber sahaja Fazrin mengata orang. “Lebih teruk dari Ibu korang ni.” Tangan Bunga di gengam erat. Terimbas kembali kenangan pahit semasa Bunga cuba meragut diri sendiri. Sekurangnya Bunga mahu terus mati. Tapi kawan anaknya seperti sedang menyeksa diri dengan mati secara perlahan-lahan.
“Atir pergi jumpa doktor dia dulu.” Atir meninggalkan kedua orang tuanya bersama Amar. Untuk saat ini dia akan menjadi doktor peribadi kepada Olivia. Nasib baik otaknya terlebih geliga dari ayahnya. Semua kerja dia boleh lakukan.
Setelah laporan perubatan Olivia berada di tangannya, Atir terus masuk ke bilik pesakitnya itu. Dia mahu sendiri cek keadaan Olivia yang sebenar. Setelah selesai cek keadaan kesihatan Olivia, darah milik gadis itu di ambil sedikit. Dia perlu bertindak pantas, keadaan Olivia semakin teruk. Hingga tangannya sendiri tidak mampu di angkat. Luka di badannya juga lambat sembuh kerana tindakan gadis itu tidak benarkan sesiapa menyentuhnya sebelum ini.
“Abang pula. Sini darah!” Tangan Amar di tarik sahaja untuk di ambil darahnya.
“Apa pasal Abang pula? Ayahlah.” Amar balas tidak melihat Bunga. Dia terlupa Ibunya itu seperti singa jadian.
Kepala Amar di tampar tanpa belas kasihan. “Anak tak kenang budi!” Marah Bunga. “Kau nak dapatkan Ibu madu pula.”
“Amar pun tak nak madukan Lily.” Balas Amar sambil mengosok kepalanya yang sakit.
“Pakai darah Atir jela.” Arah Fazrin.
“What the hell. Memang no lah. Abang tak yah risaulah. Atir dah ubah formula ayah dulu. Confirm tak jadi macam Ibu kena. Result digital keluar bertentangan dengan results ayah walaupun ada persamaan sikit.”
“Yup betul tu. Lagipun dulu ibu bukan suka ayah pun lepas ayah bagi ubat tu. Lagi benci ayah adalah.” Jelas Fazrin. Kalau di ingatkan balik. Mana ada Bunga nak tengok muka dia. Lagi di halau adalah.
“Betul ni?” Amar tidak berapa yakin. Dia lagi dua bulan nak kawin dengan Lily. Dia tak nak jadi bukan-bukan yang boleh mengangguk hubungan dia dan Lily.
“Betul lah!” tangan Amar di tarik lagi sekali. Di pukul hingga timbul urat untuk di ambil darahnya. “Selamat berjaya Abang.” Atir tersenyum sinis saat jarum di cucuk pada lengan Amar.
“Kau tu yang kena berjaya bukan Abang.” Pelik betul Amar dengan adiknya itu. Senyum kalau tidak sinis tak boleh agaknya.
..
“Rumah Abang kenapa bising tak macam selalu?” Lily rasa pelik kerana sepanjang dia buat video call dengan Abangnya tidak pernah bunyi seperti orang bercakap-cakap di belakang.
“Oh... Atir tengah tengok TV. Jadi TV tu yang berbual dengan Atir.” Jawab Amar yang dia tidak tahu Fazrin dan Bunga telah menipu anak perempuan mereka sebelum datang ke rumah dia.
“Atir?” Lily sudah pelik. Kalau Atir ada bersama Amar ke mana orang tuanya pergi. Ke Amar menipu dirinya.
“Ye. Atir.”
“Tak caya. Lily nak tengok dengan mata sendiri.” Amar sangat jelas sudah sifat cemburu Lily.
Terpaksa Amar bangun keluar biliknya. Ke tempat duduk Atir di tuju. Sebaik tiba Amar terus duduk di sebelah adiknya itu. Mukanya di rapatkan ke muka Atir begitu juga tangannya yang sentiasa memegang telefon.
“Kenapa Bunga Lily. Tak caya ke dengan Abang kesayangan...” Atir berikan senyuman sinis semula jadinya. Atir dapat melihat dengan jelas wajah akaknya itu. Dia juga tahu sikap cemburu Lily yang tinggi.
Lily yang duduk terus terbangun berdiri. “Bila Atir sampai sana? Kalau Atir dengan Abang. Ibu Ayah pergi rumah siapa?”
Amar dan Atir pandang sesama sendiri. Oh oh.. Ada sesuatu yang kedua orang tuanya sembunyikan dari Lily.
“IBU!!!!” kuat Lily menjerit sebaik melihat Bunga mencelah wajah di antara Atir dan Amar. Memang Bunga sengaja ingin menyakitkan hati Lily.
Lily sudah menangis berjujuran air mata. Hingus juga turut tidak tinggal keluar sekali. “Sampai hati Abang. Ibu dengan ayah Abang bagi datang. Bila Lily semua tak boleh! Benci Abang! Bila berseronok semua lupakan Lily.”
Garu kepala Amar sekejap. Ni bukan salahnya tapi dia yang kena hadap. “Abang memang suruh ibu ayah ajak Lily sekali tapi ibu kata Lily tak nak ikut. Abang ingat betul la.”
“Kenapa Abang tak nak tanya dengan Lily sendiri. Benci! Benci! Abang!” Panggilan terus di matikan.
Amar cuba untuk menelefon Lily semula tapi tiada satu pun yang di angkat. Angkara orang tua, dia yang kena hadap.
Habis meluangkan masa bersama keluarga. Makmal sementaranya di tuju. Sebaik duduk, sarung tangan getah di pakai. Cermin pelindung muka juga tidak ketinggalan di sarung.
Formula yang di buat hanya tinggal untuk di masukan molecule darah Amar dan Olivia. Process pecahan darah di lakukan. Kakinya tidak henti bergoyang mengikut rentak lagu di telinga.
Setelah 4 jam bertungkus lumus akhirnya berjaya di hasilkan. Ubat yang dihasilkan di letakan di peti sejuk. Sudah di tampal sticker besar berwarna merah jangan minum bagi mengelak ahli keluarganya tersilap ambil.
Sebaik badannya di paling ke belakang. Suasana rumah sudah gelap gelita. Pantas kakinya berlari masuk ke bilik Amar.
Olivia yang hanya mampu terbaring melihat ke arah Amar. Lelaki itu setiap hari datang menjenguknya. Tapi kenapa Amar masih mahu menyeksa dia. Sebolehnya dia mahu Amar terus pergi dari hidupnya.
“This my brother.” Amar memperkenalkan Atir kepada Olivia. “From now he your personal doctor.”
“Hi pretty. I come yesterday but you sleep. But it okay I still can see you today.” Atir tidak nafikan wajah Olivia sangat cantik walaupun sangat cangkung.
Olivia hanya mampu balas dengan senyuman ringkas.
“I will give some vitamin. You just relax okay.” Ubat yang telah di buat semalam di cucuk pada salur air yang bersambung di urat Olivia. Kemudian ubat tidur pula di beri untuk menidurkan Olivia. Biar gadis itu berehat dengan tenang.
“Kesan ubat tunggu esok.” Kata Atir pada Amar.
Tapi di mana Bunga dan Fazrin. Mereka berdua sedang berseronok menghabiskan masa bersama tanpa gangguan dari sesiapa terutama anak-anak mereka.
Spergeti di pinggan di ambil lalu di suapkan ke mulut Bunga. Bunga menerima suapan Fazrin dengan senang sekali.
“Bie, sayang baru terfikir.” Bunga bersuara sebaik makanan habis di mulutnya.
“Fikir apa sayang? Tak perlulah fikir masalah. Kita tengah honeymoon kan sekarang. Masa untuk bergembira sahaja.”
“Boleh ke Amar dan Lily berkahwin sebenarnya? Sebab sayang kan pernah berkahwin dengan ayah Amar dulu.”
“Oh... Boleh sayang. Sebab Amar dari Ibu ayah lain. Lily dari Ibu ayah yang lain. Abang dah tanya tok imam sebelum suruh diaorang kahwin.”
Bunga merasa lega. Tidak perlu serabutkan lagi kepalanya dengan soalan itu. Dia perlu menikmati masa seminggu di sini bersama dengan suaminya. Balik ke rumah sendiri nanti ada pengacau.
Ali menghantar Damia dan Danish lebih awal dari selalunya kerana dia mempunyai urusan di pejabat peladang. Yang mengambil kedua anaknya adalah Lily. Tapi apa yang memelikan Ali adalah cara gadis itu padang padanya. Tiada jelingan benci.
Kini Danish di sambut dengan mata bengkak Lily. Ali juga di pandang sekali imbas seperti tidak bersemangat. Tengah hari pula ketika hantar Damia selepas anak perempuannya balik sekolah, Damia pasti di sambut dengan muka tidak bersemangat Lily.
Kalau balik lagilah. Terus tak nampak muka Lily. Hanya anaknya sahaja keluar dengan segala beg. Tapi wajah anaknya gembira sahaja seperti selalu.
Baru dia perasan. Fazrin dan Bunga langsung tidak kelihatan. Tiada ke mereka berdua di rumah.
“What you eat today Mia?” Tanya Lily sebaik Damia keluar dari kereta. Wajahnya tiada sebarang seri. Terutama seri benci terhadap Ali.
“Makan.” Jawab Damia yang masih tidak faham.
“Ye. Makan... What you eat?” Tanya Lily lagi.
Damia diam sekejap. Soalan itu setiap hari di tanya oleh Lily. Otaknya ligat seperti sedang berfikir. “Mee goreng.”
“Finish or not?”
“Finish.”
“Okay good girls.” Kini Ali pula di pandang dengan mata kuyu nya. “Yang Pak Ali tercegat dekat sini buat apa? Balik lah.” Wajah layu itu berbeza sekali dengan nada suaranya yang nyaring.
“Okay-okay.” Pantas Ali masuk semula ke dalam kereta. Hendak bertanya keadaan Lily yang kelihatan tidak sihat itu menjadi terbantut. Garang sungguh.
Lily masuk ke rumah dengan tidak semangat sekali. Sudah tiga hari dia tidak jawab semua panggilan Amar. Dia menjalankan misi merajuk dengan Abangnya itu. Dia sanggup terseksa menahan rindu. Yang penting Amar dapat di ajar.
Share this novel