BL 43

Family Series 60975

“Aimi ada bukti! Abang masih nak nafikan. Bukan sekali dua Abang tidur dengan Aimi.” Aimi naik geram dengan penafian Ali. Hampir setiap hari Ali bersamanya.

 

Lily menutup telinganya untuk tidak dengar. Wajah Ali di pandang dengan mata merahnya. “Awak selesaikan. Saya tak nak ambik tahu.” Lily bangun dari duduknya tapi di halang oleh Ali.

 

“Bagus kau berambus terus dari hidup Ali je. Senang untuk aku dan Abang Ali bersama. Sebab kau kami berdua tak boleh bersama.”

 

“Aimi!” Serentak Husni dan Ali menengking Aimi.

 

“Awak tunggu sini!” Ali bertegas. “Saya tak nak awak dengar separuh cerita.” Kemudian Ali memandang Aimi dan Husni. Dia sudah rasa melampau dengan tindakan Aimi. Selama ini dia diamkan sahaja sejak arwah Aisyah ada. Bukan dia tidak tahu Aimi kerap sakitkan hati Aisyah sejak arwah tak mampu berjalan.  

 

“Saya baik dengan ayah, saya baik dengan Aimi. Ni yang saya dapat. Ni balasan saya dapat. Senang-senang pijak saya. Nak burukan saya. Nak jadikan saya Pak sanggup.” Dulu dia diam kerana arwah Aisyah. Dia tak nak arwah Aisyah berkecil hati. Sekarang Aisyah sudah tiada jadi dia tak perlu menjaga hati sesiapa kecuali Lily sahaja.

 

“Kalau saya tahu macam ni saya dapat baik dari saya bersama Aisyah lagi saya dah jauhkan diri dari ayah dan Aimi. Ingat saya diam saya tak tahu berapa banyak kali Aimi sakitkan hati Aisyah. Sekarang saya dengan Lily, dekat Lily pula nak cari pasal. Kenapa sakit hati sangat tengok saya bahagia. Apa salah saya ayah!”

 

“Sebab Abang milik Aimi! Bukan kak Aisyah ataupun Lily!” suara Aimi turut meninggi. “Abang pun jangan nak berlagak baik sangat. Ni semua bukti apa Abang dah buat dengan Aimi! Abang nak nafikan apa lagi. Anak dalam perut Aimi ni anak Abang! Kalau Abang tak nak pun, Abang tetap kena bertanggungjawab.”

 

“Sini Aku nak tengok bukti kau!” Fazrin tiba-tiba bersuara. Dia tidak duduk bersama Ali dan Lily tidak bermakna dia tidak dengar semua. Dia yang mencuri dengar jadi sakit hati. Lagi-lagi melibatkan anak perempuannya.

 

Fazrin baca semua pesanan ringkas antara Aimi dan Lily. Kemudian dia menekan sesuatu.

 

“Ni kau nak kata bukti! Hanya mesej ni je.” Fazrin ketawa sinis. Cuba menipu pakar saintis. Cuba menipu orang yang otak geliga dan penuh dengan muslihat. “Aku pun boleh buat.”

 

Fazrin mencampakan semula telefon pintar Aimi di atas meja. “Tu aku call orang yang chat dengan kau. Mana telefon kau Ali. Keluarkan bagi tunjuk dekat perempuan ni.”

 

“By, telefon saya dekat mana?” Sebab dia ada ketagih bermain candy crush. Jadi Lily simpan telefonnya bagi mengelak dia terus mengadap lagi-lagi ketika di rumah mertuanya.

 

“Tu kau tengok. Kau rasa menantu aku ada peluang ke untuk mesej mengarut dengan kau, kalau anak aku sendiri yang pegang simpan phone dia. Pergi ambik Lily. Tengok ada tak nombor perempuan ni buat panggilan.”

 

Husni sudah sakit kepala. Dia dapat rasakan Aimi hanya buat cerita semata mahu bersama Ali. Kenapalah dia mempunyai anak yang memalukan sebegini.

 

“Tak semestinya setiap orang hanya ada satu telefon.” Balas Aimi.

 

“Berapa telefon kau ada Ali!?” jerkah Fazrin. Dia tersangat panas. Lagi-lagi melibatkan keluarga anaknya.

 

“Satu!”

 

“Abang masih tak nak mengaku!” Aimi tiada pilihan lain. Video bersama Ali perlu di pertontonkan. “Tengok ni!”

 

Serentak semua mata memandang ke skrin telefon Aimi yang ada di atas meja.

 

Mengucap panjang Ali melihat. Dia tak pernah sekali pun ingat apa yang dia lakukan bersama Aimi.

 

“Bukan ni satu, Ada banyak lagi kalau nak tengok.” Aimi merasa bangga dengan maksiat yang di lakukan.

 

“By... Percaya dekat saya. Sàya tak pernah buat semua ni.”

 

Lily menepis tangan Ali lalu bangun berdiri. Dia Wajah Lily yang sedih dan terkejut tadi berubah 100 peratus. Dia tersenyum sinis pada Aimi. “Kau mengandungkan anak Ali pun, dia tetap tak boleh kawin dengan kau sebab Aku yang tak izinkan.”

 

“Hey perempuan! Kau kenapa degil sangat!” Aimi yang tidak berpuas hati dengan Lily cuba menyerang. Tapi Ali terlebih pantas melindungi Lily. Badan Aimi di tolak sahaja hingga terduduk balik.

 

Husni pula di pandang. “Pak cik arifkan dengan agama atau sama jahil seperti anak Pak cik. Bangga dengan pembuatan zina dia. Anak itu tetap tidak boleh dinasabkan kepada Ali, tidak dapat pusaka dari Ali. Kalau anak perempuan tidak menjadi mahram kepada Ali dan Ali tidak boleh menjadi walinya. Pak Cik rasa cucu Pak cik akan lagi bertambah malu atau tidak kalau ayah sendiri tak boleh buat semua itu. Kalau dengan ayah sendiri terbatas semuanya.”

 

Ali agak terkejut dengan kata-kata Lily. Jika Lily tidak bersetuju bermakna Lily percaya padanya. Ya ALLAH berapa beruntung aku mempunyai isteri seperti Lily.

 

Ali juga tidak kisah kalau mulut Lily lancang mengeluarkan kata-kata pedih pada Aimi dan Husni. Sebab Ali tahu hati Lily pasti lebih sakit daripada apa yang dia sendiri hadapi.

 

Fazrin melihat Lily sedikit pelik. Anaknya seperti ada menyimpan rahsia. Tapi dulu dengan Amar pun Lily penuh dengan plan licik jika ada perempuan lain cuba menganggu Amar. Dia tidak nafikan Lily mewarisi kelicikan itu darinya.

 

Mungkinkah dengan Ali juga, Lily terlebih awal telah berjaga-jaga. Terlebih awal melakukan plan yang lebih licik dari sebelum ini. Dia tidak kisah jika apa yang Lily lakukan untuk melindungi keluarganya. Tapi dia harap Lily tidak jadi sepertinya. Dua nyawa hilang semata untuk melindungi Bunga.

 

“Pak Cik dah dapat jawapan saya kan. Pak Cik dan anak Pak cik boleh balik dan jangan datang jumpa kami lagi.” Lily melangkah untuk pergi tapi berhenti seketika. “Kalau Pak cik berani ganggu keluarga saya lagi. Saya pun berani porak peranda hidup Pak cik dengan mulut saya,”

 

Ayat yang keluar dari mulut Lily, Fazrin sudah pasti. Lily seperti sudah tahu lebih awal apa yang akan berlaku.

 

“Saya minta diri dulu. Maaf ganggu Fazrin sekeluarga.” Husni meminta diri. Ugutan yang Lily beri dapat Husni lihat. Lily bukan main-main. Semua ini permainan Aimi semata kerana tidak dapat Ali sejak dari dulu. “Jom Aimi.”

 

“TAK KAN AYAH NAK BIARKAN AIMI MALU, MENGANDUNG TAK ADA SUAMI!” Aimi tidak berpuas hati, mudah sangat Husni mengalah.

 

Tapi Husni tidak hiraukan kata-kata Aimi. Di tarik sahaja Aimi untuk ikutnya keluar.

 

“Ali pergi tengok Lily sana.” Arah Fazrin.

 

Ali mencari Lily di dalam bilik tidur. Lily kalau merajuk marah jika di rumah orang tuanya. Dia akan masuk ke bilik.

 

“By! Awak nak ke mana?” Pantas Ali menahan tangan Lily yang sedang masukkan baju ke dalam beg pakaian.

 

“Tepi!” Di tolak sahaja Ali yang cuba menahan.

 

“By, kalau lari tak akan datang penyelesaian. Kita duduk berbincang. Lagipun saya tak buat semua tu. Saya kena fitnah.”

 

Lily pandang Ali dengan mata merah berair. Dia tak tahu mahu percaya atau tidak pada Ali.

 

“Please by. Jangan tinggalkan saya.” Ali merayu. Ali sudah sebak kerana Lily mahu pergi tinggalkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience