BL 15

Family Series 60975

“Umi rindu Danish.” Danish di peluk dan di cium bertalu-talu sambil di geletik. Terkekeh Danish di perlakukan begitu.

 

Terus terlembek badan Atir kerana terkejut. Suka betul buat drama.

 

Lily masuk semula ke dalam bilik sambil membawa Danish. Pintu biliknya di hempas sahaja semasa di tutup. Bergegar sekali lagi rumah Fazrin.

 

“Rosak rumah aku macam ni.” Fazrin melihat pintu bilik Lily sudah mempunyai kesan retak.

 

Damia pantas turun dari badan Bunga lalu mengetuk pintu bilik Lily. Dia turut mahu masuk. Pintu terbuka sedikit. Sebaik Damia masuk sekali lagi hentaman padu di beri.

 

“D and D dalam tu tak apa-apa ke ibu?” Atir mula risau. Akaknya bukan betul sekarang ini. Takut juga jika terkena anginnya datang kembali D and D yang terkena tempias.

 

“Dengar diaorang gelak kan. Jadi tak ada apa-apa lah.” Balas Bunga bersahaja, walaupun dia sebenarnya juga risau.

 

 

Selepas kepergian kedua anaknya, Ali melihat sekeliling rumahnya yang sunyi. Terasa tenang seketika daripada serabut kepala. Ketika ini, fikirannya mula berfikir kembali. Kenapa Fazrin tetap mahu dia berkahwin dengan Lily. Tak mungkin Amar menolak Lily semata kerana kejadian yang tidak di sengajakan.

 

Ali masih berdiri di tengah tengah rumahnya. Kini fikirannya melayang ke arah lain pula. Dia terfikir jika dia berkahwin dengan Lily. Selesa ke Lily tinggal di rumahnya yang kecil begini. Kemudian Ali terbayang Lily yang sepanjang masa bermasam muka jika menjadi isterinya. Kerana Lily sangat menentang untuk berkahwin dengannya. Sama sepertinya terpaksa.

 

Bila di fikirkan balik, biarlah masa yang menentukan. Jika betul dia berkahwin dengan Lily, dia perlu sedaya upaya untuk bahagiakan gadis itu. Didikan isteri datang dari suami. Jika dia yang perlu memainkan peranan penting untuk menentukan kebahagian rumahtangga yang akan di bina.

 

Tapi jika Lily tetap tidak boleh menerima dirinya. Dia akan turutkan semua kehendak Lily, walaupun berpisah yang di minta.

 

Rumah kecilnya lagi di pandang sekeliling. Rumah yang hanya mempunyai dua bilik tidur, satu bilik air. Damia dan Danish semakin membesar, jadi perlu menambah satu lagi bilik. Kemungkinan juga Lily mahu berpisah bilik dengannya dan perlukan bilik lagi satu. Tapi dia berharap Lily bukan jenis begitu walaupun berkahwin dalam keadaan terpaksa.

 

Dua bilik perlu di tambah. Bilik air juga dia perlu tambah di dalam bilik tidurnya dan Damia. Bila teringat kejadian dia melihat tubuh Lily yang separuh tidak bertutup, Ali tidak mahu akan datang kejadian yang sama berlaku pada Damia.

 

Dapur pula di tatap, dapur terbuka hingga boleh nampak dari ruang tamu. Sepertinya dapurnya turut perlu di besarkan sedikit dan di buat agar tidak nampak jika tetamu datang bertandang. Sepertinya dia perlu mengubah rumah asal seratus peratus. Jika dia ubah semuanya, kenangan antara dia dan Aisyah akan terhapus. Tapi demi untuk menjaga perasaan Lily, lebih elok dia hapuskan kenangan yang boleh membuatkan dirinya terimbau bersama arwah Aisyah agar Lily tidak terasa hati.

 

Ali bukan tiada duit untuk besarkan rumahnya tapi sudah terbiasa kecil begini. Lagi-lagi Aisyah tidak mampu berjalan hanya mengunakan kerusi roda. Jadi dia tidak mahu arwah isterinya penat bergerak jika rumah mereka terlalu besar. Ali mengusap belakang tengkuk untuk menghilangkan rasa tekanan. “Aisyah nak abang tukar! Abang tukar semuanya!”

 

Telefonnya di ambil lalu nama kawannya yang juga tukang rumah di hubungi. Bincang dan bincang Ali akhirnya bersetuju memperbesarkan rumahnya. Sebulan tempoh Ali berikan agar rumahnya siap. Tapi jika ada sebarang masalah akan di bincangkan semula.

 

Ali mengambil kunci motor dan bergerak keluar. Kedua anaknya perlu di jemput. Dia tahu pasti anaknya sekarang berada di rumah Fazrin. Dia tidak kenal Lily sepenuhnya. Dia takut jika Lily buat sesuatu pada kedua anaknya untuk membalas dendam kerana tidak berpuas hati.

 

“Anak Abang mana Atir?” Ali mencari kelibat dua anaknya. Tidak kelihatan langsung bayang bayang mereka.

 

“Ahhh...” Atir tidak tahu hendak kata bagaimana. Kedua anak Ali sekarang ini terkurung di bilik Lily. Tiada sesiapa berani mengetuk bilik akaknya itu. “Ada dengan akak.”

 

“Lily buat apa dengan anak Abang.” Ali sudah mula cuak. Perkara-perkara buruk mula bermain di fikirannya. Dia terbayang wajah bengis Lily sedang memukul kedua anaknya.

 

Tidak sempat Atir balas, Ali sudah merempuh masuk ke dalam rumah. Kedua anaknya di panggil. Terdengar suara kedua anaknya terjerit-jerit buatkan Ali bertambah risau.

 

“Mia Danish!” Ali sudah berada di hadapan pintu bilik Lily. Dia sempat melihat pintu bilik Lily yang sudah retak. Lagi sekali Ali terbayang anaknya di hempas di pintu.

 

Saat Ali memanggil lagi sekali, kedua suara anaknya terdiam. Pintu bilik Lily terbuka sedikit. Terpancul Damia dengan rambut serabainya. Seperti baru sahaja habis bergusti.

 

Tiba-tiba suara mengekek Danish kedengaran kuat. Damia yang dengar tidak sabar untuk masuk semula ke dalam balik.

 

“Mia tak nak balik. Mia nak duduk dengan Umi.” Pintu bilik Lily terus di tutup dan di kunci dari dalam.

 

Ali terkejut. Terkejut sebab sebaliknya yang berlaku. Dia ingatkan anaknya kena dera. Tapi sebaliknya yang berlaku. Bukan main gembira lagi kedua duanya bermain dengan Lily. Balik rumah sendiri pun tidak mahu. Mungkin betul berkahwin dengan Lily adalah yang terbaik untuk dia kerana kedua anaknya selesa bersama Lily.

 

Atir yang berada tidak jauh darinya di pandang. “Diaorang main apa?” Ali jadi penasaran. Mula-mula dia ingatkan menjerit sakit tapi bila di amati betul-betul. Kedua anaknya jerit kerana suka gembira.

 

Atir geling kepala tanda tidak tahu.  “Lagi tadi tak henti ketawa.” Sebenarnya Atir juga penasaran seperti Ali. Apa yang seronok sangat mereka bertiga mainkan. Mahu jenguk ke dalam takut dengan Lily.

 

“Pak Rin dengan Mak Cik ada tak?” Sudah tahu kedua anaknya baik sahaja. Kedua orang tua Lily pula di cari. Ada benda ingin di bincangkan.

 

“Tak ada. Pergi dating. Sekejap lagi balik kot. Abang tunggu jela dekat sini.” Pelawa Atir.

 

Ali mengangguk kepala. Mereka berdua duduk di ruang tamu sambil berbual satu sama lain. Tiba-tiba Ali bertanya soalan sensetif kepada Atir.

 

“Kenapa Ayah Atir nak Abang ganti tempat Amar?” Ali sengaja beri soalan perangkap samar. Dari hari itu lagi dia sudah terfikir. Ada sesuatu yang tidak kena saat dia di paksa bernikah dengan Lily. Terutama apabila Lily adalah tunang kepada Amar dan Majlis mereka berdua hanya tinggal beberapa minggu lagi.

 

“Ah... Atir pun tak tahu lah,” jawapan selamat di beri. “Lagipun Atir baru balik. Memang tak tahu apa-apa.”

 

“Ingatkan Atir tahu?” Muka Atir di tenung dengan teliti untuk mencari jawapan.

 

Atir sudah merasa bersalah dengan pandangan mata Ali. Kalau Ali tahu sendiri nanti, mesti lagi parah. Pasti ibu ayah di anggap sengaja mempergunakan Ali. “Kalau Atir beritahu, Abang jangan marah, jangan cancel pula kawin dengan akak.”’

 

Sudah Ali duga, pasti ada sebab. “Insyallah tak.”

 

Atir dekatkan diri kepada Ali dan mula bercerita dengan suara berbisik. “Sebenarnya, Abang Amar dah kawin dengan perempuan lain. Ibu ayah yang suruh. Adalah sebabnya tapi bukan sebab buat benda tak elok. Ibu Ayah cakap dekat Amar nanti diaorang bagitahu dekat Lily. Kalau Lily setuju untuk jadi isteri kedua Amar, Majlis teruskan macam biasa.”

 

“Jadi Lily tak setuju ke?” Ali memotong cerita Atir dengan soalan lain.

 

“Tak sempat bagitahu, Tiba-tiba puting akak dah kena gigit.” Atir ketawa terkekeh teringat peristiwa yang berlaku pada Lily.

 

“Kenapa tak bagitahu dulu sebelum paksa Abang kawin dengan Lily?” Ali tidak berpuas hati. Tiba-tiba dia terlibat dalam masalah keluarga Fazrin.

 

“Sebelum nak beritahu ibu ayah dah berpeluh nak ceritakan hal sebenar dekat Lily. Atir yang tak terlibat ni pun nak mengigil badan. Jadi solutions yang ada masa tu Abang. Dah Abang tiba-tiba muncul siapa suruh.” Jawab Atir dengan mudah. “Lagipun Abang dah setuju kan,”

 

“Kenapa pula berpeluh mengigil?” Ali masih tidak mengerti.

 

“Abang tak kenal Lily. Garang dia sebiji macam Ibu. Nanti Abang dah kawin dengan Lily, Abang tahulah sendiri.” Jawab Atir. Sambil itu berikan hint sedikit pada Ali. Tidaklah Ali terkejut nanti bila bersama Lily.

 

 

Dia tengok muka Lily sahaja dah tahu gadis itu garang. Tapi sampai semua orang takut pasti garangnya di luar akal fikirannya.

 

“Tapi garang-garang Lily, dia jenis manja. Atir tak nak cerita manja macam mana. Kalau Atir cerita tak best. Biar surprise dekat Abang nanti. Huhu, entah-entah lagi manja,” Atir gelak menutup mulut dengan tangan macam perempuan caranya. Yela, manja dengan orang tua dan adik beradik pasti berbeza manja dengan suami.

 

Sebaik Atir habis berkata, kedengaran bunyi motor Fazrin di halaman rumah. Tanda kedua orang tua Lily sampai di rumah. “Abang jangan cakap pape pasal Atir cerita tadi.” Atir ingatkan semula.

 

..

 

“Ingat duduk dengan nenek dengan Atuk jangan nakal. Danish ingat tak ada dah susu badan. Ayah tahu Danish minta susu badan lagi. Ayah tak bawa pergi rumah Atuk nenek.” Kedua anaknya di ingatkan sambil dia menyusun baju ke dua anaknya di dalam beg pakaian.

 

Dia telah meminta izin pada Fazrin dan Bunga untuk menumpangkan anaknya tinggal di rumah mereka sehingga rumah baru siap. Bukan tidak boleh tinggal di situ tapi pasti kawasan rumah akan berabuk. Tidak mahu kesihatan kedua anaknya terjejas.

 

2 minggu kemudian.

 

“Ayah! Ni kad kawin Abang Ali ke?” Aimi terkejut melihat kad kawin yang Husni bawa. Nama di dalam kad seperti dia kenal.

 

“Ye,”

 

“Ayah kata, Abang Ali tak nak kawin lagi. Ni apa ni?” Aimi tidak berpuas hati.

 

“Dah jodoh dia sampai lagi, dia kawin la... Yang kamu tak puas hati tu kenapa?” Pelik Husni dengan sikap Aimi, lagi-lagi selepas kematian Aisyah. Sikap Aimi berubah sepenuhnya. Seperti bukan anaknya.

 

“Memang lah, Sepatutnya Aimi yang kawin dengan Abang Ali bukan perempuan nama Bunga ni! Atau ayah sebenarnya tak pergi pinang Abang Ali untuk Aimi. Ayah tipu Aimi!” bentak Aimi tidak berpuas hati.

 

“Bawa mengucap Aimi!” Suara Husni turut naik meninggi. “Jodoh ajal pertemuan semua ketentuan ALLAH. Kalau ayah pergi pinang Ali beratus kali pun, kalau dia bukan jodoh kamu dia tetap tak akan jadi suami kamu. Mana ilmu yang ayah ajar pada kamu selama ni?”

 

“Ah! Kalau ayah, tak boleh dapatkan Abang Ali untuk Aimi! Aimi boleh dapatkan sendiri!” jerit Aimi sambil kakinya melangkah keluar dari rumah.

 

“Aimi! Kamu jangan buat benda yang bukan-bukan,” Husni mengejar Aimi. Tangan Aimi di tarik untuk di bawa masuk semula ke dalam rumah.

 

“Lepaskan Aimi!” tangan di sentap beberapa kali hingga terlepas. Lalu Aimi dengan pantas lari hingga tidak dapat di kejar oleh Husni.

 

Pintu sebuah rumah banglo di hempas kuat sebaik sahaja dia masuk. Wajah lelaki tua di pandang dengan bengis. “Kau kata akan berhasil! Tapi dia lagi jauhkan diri dari aku! Dia kawin dengan perempuan lain!”

 

Wajah lelaki tua itu kelihatan terkejut. Mustahil apa yang dia lakukan tidak berkesan. “Kau dah tanam apa yang aku bagi kau tempoh hari!”

 

“Balik dari rumah kau! Aku terus tanam!” Marah Aimi. Tidak berpuas hati.

 

“Kau ikut aku!” Lelaki tua itu bangun dan menuju ke satu ruangan yang tertutup. Sejadah terbentang mengadap kiblat. Terdapat juga bingkai tergantung bertulis nama Allah dan Muhammad di dalam.

 

Lelaki tua itu terus duduk di tikar sembayang di ikuti Aimi di belakangnya. Mulut berkumat kamit membaca sesuatu sambil tangan memerah limau di atas kemenyan yang berada di sebelahnya.

 

“Dia tak duduk situ! Sebab tu tangkal aku bagi tak berkesan. Lagi satu, tangkal yang tanam tu, dah kena buang!”

 

“Tapi tu memang rumah dia,”

 

“Kalau dia tak duduk situ pun sepatutnya berkesan sebab ada sisa tapaknya. Tapi sebab tangkal kau dah kena buang, sebab itu tak berkesan.” Jawab lelaki tua itu.

 

“Siapa buang?!” Tak kan Ali boleh tahu. Aimi penasaran bagaimana tangkal yang di tanam boleh di jumpai.

 

Jom flashback ke rumah Ali.

 

“Tangki lama nak kambus atau biarkan sahaja?” Sebaik bersetuju untuk membina rumah baru, tapak kawasan terus di lawati oleh contractor yang terlibat.

 

“Kambus lebih elok, tak adalah nak meletup sebab gas,” jawab Ali.

 

“Gas pun gas sisa kau juga Ali,” habis ketawa semua orang yang Ada. “Nanti Aku panggil orang sedut taik lama ni, baru kambus dengan tanah.”

 

“Okay,” Ali hanya senyum sahaja ketika semua orang ketawa.

 

“Sebab design rumah kau pilih ni tak boleh sambung dari rumah asal, jadi aku robohkan semua, kau angkut la barang-barang kau simpan dekat mana-mana dulu. Lepas tu kau sewa tempat lain dulu sampai rumah kau siap. Boleh tak?”

 

“Okay,” jawab Ali dengan mudah.

 

“Betul ni?” Jawab semua okay, takut tiba masa semua jadi tak okay pula. “Semua ni, termasuk simen rumah kau hancur berkecai nanti.”

 

“Ye tahu, buatlah janji rumah siap,” balas Ali mudah.

 

“Cantik,” Senang kerja dengan orang begini. “Tangki lama kau dekat belakang sebab tepi ni luas, tapi sebab nanti tinggal sipi, lori taik tak boleh masuk aku tukar tepi sana,” satu arah di tunjuk.

 

“Tak bau ke nanti?” Tanya Ali, tempat yang di tunjuk adalah di hadapan rumah, bersebelahan dengannya tempat letak kereta.

 

“Sepanjang tangki kau dekat belakang ada bau tak?”

 

Ali geling kepala.

 

“Sama lah dekat depan. Kalau bau tandanya overload. Panggil indahwater sedut.”

 

Ali mengangguk kepala tanda faham.

 

“Nanti petang aku suruh bajak korek. Aku buat tu dulu sebab rumah kau masih ada barang, Kau dah settle beritahu Aku,”

 

“Okay,” Ali hulur beberapa keping duit merah, “Duit air untuk petang nanti”

 

Duit yang di hulur di ambil. “Terima kasih boss, esok jangan lupa hulur lagi.”

 

Petang itu process mengorek lubang tangki kumbahan berlangsung. Tanah yang di korek akan di letakan di tepi untuk menimbus tangki lama.

 

Baru sekali sodokan bajak yang memalukan kerjanya, termati enjin. Cuba untuk di hidupkan tetapi tidak berjaya.

 

Jadi terpaksalah korek pakai cangkul sahaja. Sebaik cangkul, tangan yang melakukan kerja terhenti juga. Mata geng mengali melihat antara satu sama lain.

 

“Kau panggil Ali,” Arahan di beri kepada salah seorang pekerjanya.

 

Sebaik Ali sampai, mereka semua menunjuk bungkusan kuning berikat tali merah kepada Ali. Tiada sesiapa berani menyentuh.

 

Ali yang melihat terkejut hingga tidak mampu berkata apa-apa. Siapa yang dengki padanya hingga sanggup buat perkara khurafat seperti ini.

 

“Kau ada rasa pelik-pelik, anak-anak kau ke?” Salah seorang contractors bertanya. Risau juga jika Ali sudah terkena sihir. Kalau sudah kena lebih baik di ubatkan sekarang.

 

“Tak ada, anak-anak aku elok sahaja macam selalu.” Jawab Ali. “Aku call ustaz suruh tengok, jangan sentuh atau buka, kita tak tahu apa yang boleh jadi.”

 

 

Kain bungkusan kuning terus di bakar tanpa melihat isi di dalam. Ustaz yang di panggil oleh Ali, terlebih dahulu membaca beberapa ayat suci Al-Quran sebelum melakukan process pembakaran.

 

“Baru tanam semalam, nasib baik kamu jumpa cepat. Kalau tidak tak tahulah apa kesan pada kamu sekeluarga nanti.”

 

“Terima kasih ustaz.”

 

“Sama-sama,” Abu tangkal di sapu dan di masukan ke dalam plastik untuk di buang ke dalam sungai. “Saya pagar kawasan dulu, nanti Ali hantar saya ke sungai,”

 

“Baiklah,”

 

End flashback.

 

“Kalau aku buat tangkal yang sama tetap tak berkesan sebab rumah dia dah di pagar, Aku ada barang yang lebih berkesan dari barang lama,” Kedudukannya di perbetulkan, sekarang dia duduk mengadap Aimi.

 

“Kalau ada yang lebih bagus kenapa tak bagi yang tu sahaja tempoh hari. Kau memang sengaja nak habiskan duit Aku kan?” marah Aimi.

 

“Aku bagi percuma pada kau tapi! Ada pantang larang kau kena turutkan, kau langgar badan kau binasa,”

 

“Apa?”

 

Lelaki tua itu bangun dan melangkah ke rak kaca. Di buka pintu lalu di keluarkan sesuatu.

 

Kemudian dia duduk kembali ke tempat duduknya tadi. “Ni, minyak pengasih,” Di berikan kepada Aimi.

 

“Satu, hanya gunakan pada seorang sahaja. Dua, sebaik kau calit pada orang itu semerta kau tidak boleh masuk ke tempat ibadah! Tiga jangan sesekali kaki kau memijak tanah kubur. Empat, jangan sesekali kau melawat orang mati. Lima, aku perlukan darah kau baru minyak ini akan berkesan.”

 

“Aku nak calit macam mana? Sentuh dia pun Aku tak pernah,” Aimi merasa tidak akan jalan cara kali ini.

 

“Kau bagi darah kau dahulu, lepas tu kau fikir sendiri untuk calit pada dia. Kalau tidak berjaya juga jumpa aku untuk batalkan perjanjian kau dengan pemilik minyak ini,”

 

“Yela,” Aimi menghulur jari hantu pada lelaki tua itu, seperti sudah tahu apa yang akan lelaki tua itu akan lakukan.

 

Jari Aimi di hiris sedikit dan di tekan hingga keluar darah menitis di atas kemenyan.

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience