BL 8

Family Series 60975

Sebaik Olivia turun dari keretanya, Amar terus menelefon Lily. Memang sepanjang perjalanan balik dan pergi kerja dia akan di temani suara manja adiknya itu.

"Sorry sayang. Abang tumpangkan kawan tadi." Amar cuba memujuk adiknya yang sedang merajuk itu. Lambat sedikit sahaja tapi sudah merajuk. Kuat merajuk macam ayah.

"Kawan ke skandal Abang dekat sana?!" Lily tidak yakin dengan jawapan Amar. Wajahnya masih muncung sedepa.


"Pernah ke Abang tipu Adik Abang ni?"

Lily geling kepala. Yang dia tahu tidak pernah sekali pun Amar menipu dirinya. Semua yang di katanya Amar semuanya betul. Tapi sekarang Amar tiada di depan matanya. Dia tidak tahu, tidak nampak apa yang Amar lakukan di belakangnya.

"Dah ye... Tak mahu merajuk lagi. Kan abang call sayang juga ni." Amar cuba memujuk.


"Yela," balas Lily sepatah.


"Tadi ayah ada call abang. Seminggu lepas Abang balik ayah nak terus kita nikah. Lily okay ke?" Amar cuba beralih topik.

"Ayah dah cakap dengan Lily. Lily okay je."

"Ke adik nak lagi awal?" Saja Amar menduga.


"Mana ada. Nak abang je balik awal. Rindu dekat Abang." adu Lily. Rindu hendak bermanja dengan Abangnya. Rindu hendak melihat wajah Amar secara dekat. Rindu untuk ikut Amar pergi ke mana sahaja.

"Abang pun rindu dekat sayang." Amar diam dari berkata. Begitu juga Lily. Mereka berdua hanya merenung satu sama lain untuk melepaskan rindu.

"Abang dah sampai." Lama diam akhirnya Amar bersuara.


"Ermm. jangan lupa bersihkan diri dulu sebelum rehat."


"Ye adik sayang. Kenapa hari ni Abang tengok muka Lily macam letih saja."


"Mahu tak letih. Ibu buli Lily jaga D and D. Dahlah sekarang hari-hari datang tak mandi. Sebelum balik kena mandikan dulu juga." Lily mengadu.


"Tak apa sayang. Cuba untuk ikhlas kan untuk menolong. Sekurangnya bolehlah sayang practice untuk anak kita nanti."

"Ye... Dah Abang pergilah mandi. Miss you." Flying kiss di beri.

"Ye. Lily pun, pergi tidur. Mimpikan Abang ye."


"Ermm. Abang pun. Mimpikan Lily juga ye."

..

Amar perasan sudah tiga hari Olivia tidak datang bekerja. Hendak bertanya pada rakan yang lain takut menimbulkan salah faham.

Telefon pintar di ambil. Pesanan ringkas di hantar untuk bertanya akan keadaan kawan sekerjanya itu. Sihat atau tidak. Atau ada masalah lain yang Olivia hadapi. Sesudah hantar Amar kembali buat kerja seperti biasa.

Sehingga ke malam tiada balasan dari Olivia. Amar mengambil keputusan untuk ke rumah gadis itu.


"Sayang rumah dia ada line polis la!" Amar terkejut sebaik langkahnya hampir tiba di pintu rumah sewa gadis itu.


"Mana Abang? tak nampak pun." Dia hanya nampak wajah Amar sahaja sedari tadi.

"Sekejap." Amar menukar fungsi kamera belakang untuk Lily melihat juga.


Baru Lily dapat melihat dengan jelas. "Kawan Abang kenapa?"

"Entah!" Dia baru sampai bukan dia tahu kenapa.


"Abang ada orang tu. Cuba Abang pergi tanya." Lily melihat pintu jiran kawan Amar terbuka.

Lily yang dengar di balik telefon beristifar berulang kali akan kemalangan yang menimpa Olivia.

"You know which hospital Olivia now?" Amar bertanya lagi. Mungkinkah kereta Olivia rosak kerana memang di sengajakan. Kerana mereka yang berbuat jahat pada Olivia telah mengintip Olivia terlebih dahulu.


"Medical Centre Avicenna"


Esoknya ketika waktu rehat tengah hari, Amar mengambil peluang untuk melawat Olivia. Ketika sampai Amar di sambut dengan pergaduhan keluarga Olivia. Kedua orang tua Olivia tidak dapat menerima anaknya itu lagi. Mereka menyalahkan semua yang terjadi atas Olivia walaupun gadis itu yang di timpa bala.


"Yesli by ya bol?she ne byl tvoim synom. Idti! YA ne khochu videt? vashi litsa."(Kalau aku bukan lagi anak kau. Pergi! Aku tak nak tengok muka kau berdua.) Halau Olivia pada kedua orang tuanya. Sudah badannya sakit, kini kedua belah kepalanya juga sakit gara-gara pergaduhan ke dua orang tuanya di hadapanya.

Sebaik kedua orang tua Olivia pergi, Amar mengetuk pintu wad. Pantas Olivia mengesat air matanya sebaik melihat Amar.

"How are you today?" Amar buat seperti biasa. Seperti tidak nampak tangisan Olivia.

"More better. How you know I'm here?"

"Just know." Balas Amar. Mata Amar meneliti setiap luka yang ada di badan Olivia. Pipinya bertampal kain pembalut luka. Kakinya berbalut. Tangannya juga kelihatan seperti patah kerana perlu memakai angguh.

Olivia senyum hambar. "Thanks for coming." Amar berada di sini bermakna Amar tahu apa yang terjadi atas dirinya. Harapanya untuk bersama Amar terus terpadam. Alangkah keluarga sendiri buang dirinya inikan pula Amar. Pasti lelaki itu lagi tidak memandangnya. Pasti lelaki itu jijik dengannya.

"If you want anything, just tell me. I will get for you."


"Thanks." balas Olivia ringkas. Kemudian matanya beralih dari bertentangan mata dengan Amar. Dia merasa malu.

..

Ali menurunkan Damia yang duduk di bahagian belakang terlebih dahulu sebelum menurun Danish yang duduk di depan. Sudah lama dia tidak ke Masjid untuk sembayang berjemaah sejak kematian arwah Aisyah. Semuanya kerana masih tidak biasa menguruskan kedua anaknya sendirian.


Jika dulu Damia dan Danish di tinggalkan bersama Aisyah. Dia ke Masjid seorang diri. Selepas ketiadaan Aisyah dia juga berfikir banyak kali untuk ke Masjid dengan membawa ke dua anaknya. Risau anaknya tidak duduk diam dan menganggu orang lain.

Tapi sampai bila dia perlu duduk rumah tidak bercampur dengan orang kampung. Kedua anaknya di pimpin masuk ke Masjid. Saat tiba di pintu utama Ali terhenti. Anak perempuannya perlu ikut siapa. Tak kan nak biarkan bersama jemaah lelaki.

"Mia sini ikut nenek."

Ali terus memandang ke belakang. Kelihatan Bunga, Fazrin dan Lily. Wajah Lily langsung tidak di lihat kerana gadis itu menjeling tidak suka padanya. Dia masih tertanya, apa salahnya pada anak perempuan Fazrin.


"Mia ikut nenek." Arah Ali pada Damia. Dia merasa lega ada orang yang memahami kesulitan yang di hadapi.


"Lama kamu tak datang Ali?" Fazrin bersalam dengan Ali.


"Ye. Nak bawa budak takut menganggu. Sebab tu saya tak datang." Ali berikan alasan.


“Budak-budak macam D and D ni perlu bawa ke Masjid. Biasalah nakal budak orang akan faham. Kalau tidak bawa nanti dah besar malas nak ke Masjid.”

“Sini Umi pakaikan telekung,” Berdiri tegak Damia di hadapan Lily. Menanti Lily memakaikan telekung.


Comelnya dia ni... Anak siapalah lah dia ni. Lily bercakap sendiri sambil memakaikan telekung pada Damia. “Dah Mia,”

“Terima kasih Umi,” Kiss angin Damia berikan kepada Lily. Semua aksi yang Damia buat adalah pengaruh Lily. Budak-budak cepat terpengaruh.


“Ye, sama-sama. Mia duk dengan nenek. Umi penat dah jaga Mia siang tadi.” Lily berbisik di telinga Damia agar tidak di dengari oleh Bunga. Kalau dengar boleh dapat jelingan tajam dia.


Damia angguk kepala dan pergi duduk di sebelah Bunga yang berada di barisan hadapan.

..


"Cu!!"

Hidung Lily dah kembang kempis menahan sabar memujuk Danish yang tidak henti mengamuk. Nak susu dah bagi susu tak nak minum.

Ibunya pula boleh relax duduk sambil baca buku di kerusi. Tiada sedikit rasa pun ingin menolongnya.

"Ni susu. Danish nak susu apa lagi?" nasib baik anak orang kalau anak sendiri dah dia jerit marah agaknya.

"Nak nak... Nak cu!" Baju Lily di angkat ke atas.

"Mana ada susu dekat badan Umi!" Suara Lily akhirnya tinggi. Dia tidak dapat bersabar lagi. Tangan Danish yang mengangkat bajunya di tepis.

Semakin kuat tangisan Danish apabila di marahi Lily.


"Dia nak susu badan." Bunga akhirnya bersuara.


"Ibu bagilah." Bunga pula jadi sasaran kemarahan Lily. Jaga budak memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Bunga buka cermin mata yang di pakai. Buku di tangan di tutup. Anaknya di pandang dengan tajam. "Lily rasa Ibu ada susu lagi?"

"Mana Lily tahu," balas Lily bersahaja walaupun sebenarnya dia sudah takut dengan pandangan mata Bunga. Danish yang duduk di hadapanya pantas di kaut untuk di tenangkan.

"Lily bagi sajalah Danish isap susu Lily." Suasana yang hanya sekejap sahaja sunyi di pecahkan dengan suara Fazrin.

Lily terus menjeling Fazrin. Gayanya sama seperti Bunga memandangnya tadi. "Ayah ingat Lily ada susu ke? Kenapa tak bagi ayah punya puting saja."

"Kamu memang tak ada susu. Danish kalau tak ada susu dia tak hisap lepas tu." Terang Fazrin dengan mudah. Bunga dari tepi perhatikan sahaja suaminya itu. Tidak pernah susukan budak bukan main senang cakap.

Lily bangun dari duduknya. "Kalau macam tu ayah bagi puting ayah dekat Danish!" Danish di letakan sahaja di pangkuan Fazrin. Lalu Lily terus masuk ke dalam biliknya. Malas hendak layan mengarut ayahnya itu.

Fazrin memandang isterinya untuk meminta pertolongan tapi apa yang dia dapat adalah balasan dari kata-katanya tadi. Kerana mulut badan binasa.

"Bie bagi, Tak ada susu Danish tak isap." Bunga turut meninggalkan suaminya itu seorang diri. Biar puting suaminya itu di gigit sampai berdarah.

Terpaksa Fazrin memujuk Danish seorang diri. "Danish minum susu botol je. Nanti atuk bawa pergi jalan-jalan."


Bunyi telefon menghentikan pujukan Fazrin seketika. Nama Amar tertera di skrin. Apa lagi lah anaknya nak ni. Balik terus nikah dah tunaikan. Tak kan tak sabar nak nikah online pula.

"Ha. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam, bisingnya siapa menangis tu Ayah?" Telinga Amar terus perit sebaik panggilan yang di buat di jawab.

"Siapa lagi yang ada dekat rumah ni. Ha nak apa?" Fazrin malas hendak berbasah basi dengan Amar.

"Ayah boleh tolong Amar tak?" Takut-takut Amar ingin menyatakan hasratnya.


"Tolong apa?"

"Boleh tak ayah buatkan ubat macam ayah bagi dekat ibu dulu?"


"Nak buat apa?!" Marah Fazrin. Ubat yang dia bagi pada Bunga dulu bukan ubat sebarangan. Kesan yang datang boleh mendatangkan keburukan. Dia bernasib baik dahulu kerana tidak mendatangkan kesan buruk pada Bunga. Tapi selepas Bunga tahu apa yang pernah dia berikan dulu, habis jugalah satu badannya kena belasah.


"Macam ni Ayah." Amar mula menceritakan kejadian yang menimpa Olivia, rakan sekerjanya itu kepada Fazrin hingga habis. "Dah dua minggu ayah dia kurung diri. Dah tak macam orang dah Amar tengok, macam jelangkung. Dulu dia tak macam ni pun."


Fazrin mula jatuh kecian selepas dengar cerita anaknya itu. Sudah di timpa bala. Ahli keluarga buang pula. Sokongan keluarga sangat penting pada saat begini tapi sebaliknya yang dia dapat. "Ayah dah pencen. Nanti Ayah bagi formula dekat Atir suruh dia buat. Tapi!"

"Tapi apa ayah?" Kelegaan Amar bertukar berdebar-debar.

"DNA siapa nak beri pada dia?"

"DNA ayahlah. Siapa lagi." Balas Amar tanpa berfikir panjang.


"Kepala hotak kau! Ibu kau nak letak mana?" Marah Fazrin. "Belum bakal bini kau jeling ayah hari-hari." Sudahlah rambutnya semakin berkurangan. Mahu jadi botak lepas ni hari-hari kena tarik dengan anak isterinya.


"Habis tu nak bagi siapa punya... Kalau tak guna DNA orang lain tak boleh ke ayah?"


"Susahlah kamu ni Amar. Cepat sangat kecian dekat orang. Nanti Ayah bincang dengan Atir macam mana. Kalau dia boleh perbaharui formula tu. Assalamualaikum." Fazrin terus mematikan panggilan. Tangannya lenguh kerana Danish tidur beralaskan lengannya. Nangis-nangis akhir tidur sendiri. Isap juga puting botol. Mengada betul budak kecik sorang ni. Di picit-picit pipi tembam Danish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience