Lily yang berada di dalam bilik tidurnya merasa tidak sedap hati. Sudah berkali-kali tengkuknya di usap bagi menghilangkan rasa yang di alami.
“Awak tidur lah Lily. Awak tidur tak rasa dah,” Ali cuba mententeramkan Lily. Bukan Lily seorang rasa begitu. Dia turut rasai sama tapi hanya buat-buat seperti biasa. Anak-anaknya di kerah untuk tidur awal, takut meragam dan lagi susah untuk tidur.
“Bukan tak nak tidur tapi mata saya ni tak nak tidur.” Balas Lily. Kalau ikutkan hati baik tidur sekarang juga. Tak perlu fikir perasaan meremang.
“Ooo...” panjang O yang di sebut Ali. “Kalau macam tu awak baring jela. Mana tahu awak tertidur sendiri. Baring sambil berangan. Saya kalau tak boleh tidur selalu buat macam ni,”
Lily memandang Ali lain macam. “Awak berangan apa?” pertanyaan Lily ada bau-bau cemburu.
“Berangan macam-macam. Saya suka motor besar, jadi saya berangan bawa motor tu. Konvoi ramai-ramai,” Jawab Ali bersahaja tanpa sedar Lily sudah berada di fasa cemburu yang melampau.
“Lepas tu berangan pula ada perempuan lain tunggang belakang sambil peluk-peluk kan.” Lily sudah menjeling marah.
“Tak pernah berangan macam tu, tapi ada dah bagi cadangan bolehlah saya berangan macam tu lain kali,” jawab Ali dengan polos.
Buk!
Melayang bantal tepat mengenai muka Ali. “Tidur bawah! Tak muat dah atas ni,” Selimut tambahan untuk Ali juga di sepak sahaja hingga jatuh ke bawah.
Lily terus baring dan menutup seluruh tubuhnya dengan selimut.
Salah ke aku cakap. Bukan tadi Lily ke yang bagi cadangan. Ali garu kepala sendiri dengan rajuk Lily. Dia tak faham apa yang berlaku sebenarnya. Ali juga dah tahu, kalau tutup selubuh badan maksudnya Lily betul-betul merajuk. Kalau setakat merajuk lari masuk bilik. Itu tandanya inginkan perhatian.
Tapi Lily merajuk bagus juga, cepat sikit Lily tidur. Dia sebenarnya sudah letih melayan dengar Lily bercakap dari tadi. Kemudian letih kerana mencari Aimi, berulang kali pusing kawasan air terjun.
Ali perbetulkan tempat tidur sementaranya sebelum bangun untuk keluar bilik. Sebelum itu sempat Ali menarik selimut Lily untuk melihat jika Lily sudah betul-betul tidur.
Dah tidur nyenyak. Ali menekan pipi Lily, sedikit pun Lily tak sedar. Ini yang di katakan tak boleh tidur. Baru selubung dah masuk alam mimpi.
Senyum sekejap Ali melihat wajah bersih Lily. Dia turut terbayang jika anaknya bersama Lily nanti mempunyai perangai yang sama seperti Lily. Pasti susah untuk di layankan. Geling kepala sekejap Ali.
Habis berangan Ali keluar dari bilik tidurnya. Kakinya melangkah ke dapur bersama thamos untuk isi air panas. Di pastikan dahulu setiap pintu rumahnya sudah terkunci semua baru Ali masuk ke dalam bilik semula.
“Abang...,” suara manja Aimi kedengaran sebaik Ali masuk ke dalam bilik.
Ali melangkah dengan senyuman manis dekati Aimi yang sedang terbaring di katil. “Hari ni tidur tak tunggu abang ke?”
“Tunggulah ni, sebab tu Aimi tak tidur lagi,” suara Aimi sungguh mengoda.
Ali baring dan terus memeluk Aimi. “Hari ni Abang peluk sayang sahaja, Abang tahu sayang mesti penat hari ni. Kecian permata sayang ni, mesti sakit kena layan mahkota dia.” Sempat tangan Ali mengusap kemaluan Aimi.
“Ye, sayang pun letih sangat,” Sebaik tangan Ali menyentuh, Aimi dengan sendiri terangsang walaupun dia sebolehnya tidak mahu.
Wajah Ali yang dekat dengan wajahnya di tenung dengan penuh kasih sayang. Dia bagaikan tidak puas bersama Ali.
“Abang tahu apa yang sayang tengah fikirkan. Hari ni tidur je ye sayang. Esok sayang dah okay Abang tunaikan kemahuan sayang.”
Aimi mengangguk kepala. Betul kata Ali lebih baik dia rehat sepuasnya. Dapat tidur dalam dakapan Ali sudah bernasib baik.
“Pak Ali!”
Lily terjaga dari tidurnya. Nafasnya turun naik seperti sedang marah. Selimut yang menyeliputi badan di singkap lalu kakinya di bawa turun ke bawah.
Baru ingin berdiri telinganya terdengar jeritan.
“Ahh!”
Lily tersentak dan terus turun duduk di sebelah Ali. “Pak Ali, maaf Lily tak sengaja,”
Kelihatan Ali sedang memegang kemaluan sambil menahan sakit. “Awak turun kenapa tak tengok bawah dulu,”
“Saya ingatkan Pak Ali tak ada, Pak Ali dekat...,” Lily terhenti dari berkata. Dia baru sedar apa yang berlaku atas dirinya tadi adalah mimpi.
“Dekat mana?” soalan Ali. Nadanya sedikit marah. Tengah sakit biasalah.
“Ingatkan Pak Ali tidur dekat ruang tamu,” jawab Lily dengan kepala tertunduk rasa bersalah. “Ni Lily urutkan biar hilang sakit,”
Terbeliak mata Ali kerana terkejut. Tangan Lily yang hampir memegang kemaluannya pantas di tahan.
Lily tidak puas hati dengan pernahanan tangan Ali. “Sinilah saya urut, nanti sakit tak hilang awak marahkan saya lagi,”
“Awak sedar lagi ke tidak Lily?”
“Sedarlah, sini saya urut,”
“Yang awak nak urut tu saya punya...,” Ali tidak teruskan berkata tapi matanya melihat kearah tempat yang sakit.
Mata Lily juga turut ikut sama melihat ke arah tempat yang Ali mengadu sakit. “Ah!! Pak Ali miang!” Lily terus tarik tangan yang di pegang oleh Ali.
Dia yang bukan main nak urut, kita pula miang. Kecik besar je Ali tengok Lily. “Ingatkan tak sedar lagi!” suara Ali sedikit tegas untuk menandakan Lily yang bersalah bukannya.
Lily tunduk kepala tanda sedar kesilapannya. “Pak Ali urut sendiri lah, saya teman je.”
Lagi sekali Ali pandang Lily kecik besar. Kenapa isterinya sekarang ni lagi pelik-pelik ragam muncul. “Awak pergilah sambung tidur. Tak perlu teman,”
“Tak apa saya teman. Nanti Pak Ali sunyi sorang-sorang” Lily terus baring di sebelah Ali. Tidak lupa tangan Ali di paut dan di peluk erat seperti tak akan di lepaskan. Lily sebenarnya takut jika mimpi yang di alami menjadi kenyataan sebab itu sanggup bersempit di sebelah Ali. “Pak Ali urutlah guna tangan sebelah, saya tak tengok. Janji!”
Lily, Lily. “Tidur jela awak,” Ali terus tutup matanya. Di biarkan sahaja sakit yang di alami hilang sendiri.
Share this novel