Seminggu kemudian...
Bunga dan Lily sudah tahu akan fitnah yang sedang tersebar di kampung. Dan kedua mereka tidak ambil pusing. Ali juga sebaik mungkin cuba menenangkan Lily agar tidak bertindak mengikut perasaan. Biar orang buat kita jangan kita yang buat orang.
“Ibu tak ikut Lily balik, ibu duduk dengan Amar atau Atir sahaja. Lagipun nanti ibu sorang-sorang dekat rumah.”
“Abang pun rasa lebih baik Lily dan Abang Ali pindah sini juga. Lebih baik larikan diri dari tempat penuh toksik. Abang takut akan ganggu kehidupan korang berdua.” Lagi-lagi Amar tahu bagaimana sikap Lily jika ada yang menganggu hak miliknya. Pisang berbuah dua kali nampak hasil. Kalau kejadian dahulu berulang, hasil tiada, bala yang di terima.
Ali dan Lily saling berpandangan. Mereka berdua pun tak dapat membuat apa-apa keputusan. Bagi Ali jika baik untuk keluarganya dia akan terima cadangan Amar tapi bukan untuk masa terdekat ini. Bagi Lily pula, dia ikut sahaja keputusan Ali.
“Saya tengok keadaan dulu macam mana,” Bagi Ali bukan mudah untuk berpindah secara mengejut. Lagipun kebun siapa yang mahu uruskan. Hendak mencari orang untuk jaga dalam masa pendek bukan mudah.
“Bila akak nak balik?” Atir bertanya. Dia masih ragu dengan Ali sejak ketahui gosip yang melanda.
“Mungkin esok.” Jawab Ali.
“Nanti tengokkan rumah Ibu, kalau Ali dan Lily nak duduk situ. Duduklah. Kalau tak nak ibu nak sewakan sahaja.”
“Ibu tak nak balik langsung ke?” Kata yang keluar dari mulut Bunga buatkan semua terkejut.
“Banyak kenangan Ibu dan ayah dekat sana. Kalau ibu balik, lagi buat Ibu sedih.”
“Atir tahu macam mana nak hilangkan sedih ibu.” Tiba-tiba muncul idea di kepalanya.
“Macam mana?” semua ternanti dengan tidak sabar.
“Ibu kawin lain.”
Tak pasal Atir mendapat jelingan Lily dan Amar. Masa bergini pun masih mahu buat lawak bodoh.
Tapi tidak bagi Bunga. Raut wajahnya biasa sahaja. Kerana masih lagi terasa kehilangan Fazrin.
“Betullah apa Atir cakap. Kenapa tengok orang macam tu,” seram tengok muka Amar dan Lily. Macam bila-bila akan kena serangan penumbuk sorang satu. “Mana tahu Atir boleh dapat adik.”
“Jomlah ibu kita masuk bilik lagi berfaedah,” Lily bangun untuk memimpin Bunga untuk masuk ke dalam bilik.
“Atir nak adik kan. Bolehlah jagakan anak Abang ni. Untuk practice jaga adik nanti,” Ali dah jadi sekepala dengan keluarga mertuanya. Dia turut ikut Lily masuk ke dalam bilik untuk temani Bunga.
“Nanti kak Via bersalin bolehlah jadi baby sitter kitaorang.” Amar juga bangun dari duduknya dan melangkah pergi. “Jom darling.” Isteri tercinta tidak lupa untuk di bawa sekali.
Kini tinggal Amar bersama Danish dan Damia sahaja di ruang tamu.
“Salah ke Atir bagi pendapat!” tak sporting betul.
..
Ali dan Lily pulang ke kampung selepas bertapa di rumah Amar selama seminggu. Manakala kedua anaknya di tinggalkan bersama Atir kerana mulut masin Atir, dia terpaksa rela menjaga anak tiri akaknya.
Perasaan risau itu ada tapi Ali dan Lily cuba untuk buat seperti biasa. Seperti tiada apa-apa masalah yang berlaku.
Rumah milik mertuanya di singgah dulu untuk bersihkan apa yang perlu. Dan pakaian Bunga di ambil semuanya untuk di hantar kepada mertuanya nanti.
Selesai baru Ali dan Lily pulang ke rumah sendiri. Kepulangan mereka di sambut dengan keadaan rumah seperti di pecah masuk. Dinding rumah juga kelihatan kotoran yang sengaja di buat. Pintu rumah habis rosak seperti di pecahkan.
“Kita buat report polis.” Lily yang melihat keadaan rumah merasa tidak berpuas hati.
“Tak apalah By. Kita bersihkan sahaja. Tak pun kita upah orang sahaja.” Ali tidak mahu memperbesarkan keadaan.
“Sebab tu diaorang berani buat macam ni. Awak sikit-sikit tak apa.” Lily kali ini tidak bersetuju. Dia sudah terlalu penat dengan orang kampung.
“Kan saya cakap, kita sabar, kita yang untung.”
“Tapi saya yang tak boleh sabar dah.”
“Dah by...” Di usap tepi bahu Lily. “By masuk rehat. Biar saya sahaja yang bersihkan.”
Lily masuk seperti yang di arahkan oleh Ali. Tapi dia tidak akan berdiam diri. Telefon pintar di buka. Di tekan-tekan seperti mencari sesuatu.
Dalam group WA kampung Lily telah menulis sesuatu yang membuatkan ramai tidak berpuas hati.
Lily : Dengan ini saya berbesar hati memberi peluang kedua kepada orang yang telah merosakan rumah saya dan Ali untuk perbaiki/bersihkan semula sebelum saya membuat report polis.
Kerjasama anda amat di hargai. Jika tak nak hargai peluang ini siap sedia untuk mendapat malu dan berkampung di balai.
Tidak lama kemudian telefon Ali berbunyi dan orang mula memarahi Ali. Tidak tahu menjaga isteri. Isteri tidak mempunyai adap. Dan belum lagi yang memaki Ali kerana telah merosakan Aimi tapi tidak mahu bertanggungjawab.
Ali seperti biasa, hanya dengar dan tidak mengambil pusing tetapi dia tahu Lily yang menyebabkan orang kampung marah.
“Baby buat apa ni? Kan saya dah bagitahu. Tak apa. Kalau awak report polis pun kita tak ada bukti siapa buat.”
“Tak apa bagi awak. Tapi bukan saya.” Balas Lily. “Diaorang nak serang lagi! Seranglah! Awak boleh bersabar tapi saya dah tak boleh. Ayah saya meninggal, ibu saya bukan dapat takziah tapi dapat cacian. Masalah berpunca dari awak tapi kenapa keluarga saya yang dapat!”
“Sabar Lily... Jangan biarkan emosi kawal diri awak. Yang mana salah saya, saya minta maaf. Saya tak nak awak marah-marah macam ni. Hilang seri muka awak nanti.” Badan Lily di peluk, Ali cuba memujuk. Dia faham jika Lily jadi begini. Sedih kehilangan tidak habis lagi, orang kampung pula seperti sengaja mencari masalah dengan keluarga mertuanya.
Lily melepaskan pelukan Ali. “Kalau awak tak nak saya marah, biar saya buat cara saya. Jangan sesekali sesekali halang.”
“Okay, tapi sebelum awak buat apa-apa. Beritahu saya dulu. Saya suami awak, saya perlu tahu dulu. Kalau jadi apa-apa saya yang bertanggungjawab.” Ali teringat kembali akan amaran Fazrin padanya. Mungkin sikap Lily yang di risaukan oleh keluarga akan di lihat tidak lama lagi. Dia perlu bersiap siaga jika terjadi apa-apa.
Lily angguk kepala. Badan Ali di peluk ringkas “Terima kasih.”
“Awak pergi rehat. Lantai berabuk ni esok-esok boleh kemas.”
“Awak pun rehat sekali, jangan awak bersihkan kotoran dekat luar tu. Jangan tukar lock rumah. Saya tahulah nak buat apa.” Lily pula ingatkan Ali.
“Awak nak buat apa?” Ali sebenarnya risau dengan Lily. Dia tidak faham apa yang ada di fikiran isterinya.
“Minta telefon.” Tangan di hulurkan pada Ali.
Ali yang biasa telefonnya di pegang oleh Lily ketika di rumah, di berikan sahaja. “Awak duduk.”
Ali duduk seperti yang di arahkan oleh Lily. Kemudian Lily duduk bersandar pada badan Ali. Tangan Ali semerta merangkul pinggang Lily. Ali rasa seperti sudah lama Lily tidak manja dan serapat ini dengannya sejak kematian Fazrin. Mungkin masa tidak mengizinkan kerana banyak urusan yang perlu di selesaikan.
Lily menekan-nekan telefon Ali. Satu apps di buka.
“Apa benda tu baby?” Ali tidak sedar dalam telefonnya ada aplikasi yang dia tidak tahu. Lagipun dia buka hanya untuk call, mesej, candy crush dan YouTube untuk anaknya tonton.
“CCTV,” balas Lily ringkas sambil melihat satu persatu video mencari siapa si pelaku.
“Ha!” Ali terkejut. “Sejak bila CCTV pasang dekat handphone saya?”
“Awak tak ingat ke?” Lily menoleh memandang Ali. Melihat wajah Ali, Lily tahu suaminya memang lupa.
“Kan saya yang minta awak pasang. Sebab saya nanti duduk dengan DD je dekat rumah kalau awak kerja. Awak sendiri kata okay tapi awak tak tahu kedai mana ada jual. Awak sendiri yang suruh saya cari.”
Ali cuba ingatkan kembali. Cuba di putarkan masa semasa masih duduk dengan mertuanya. Lama Ali diam dan... “Ahalah baby. Saya lupa. Saya pun duk risaukan awak dan anak-anak. Jadi saya boleh pantau dari jauh. Tapi lepas pasang saya terus lupa. Hehehe...”
Lily jeling Ali. Nasib baik jujur sebab terlupa. Kalau menipu tadi penyiku Ali dapat.
Tiba-tiba Ali tersenyum sendiri. “Jadi masa awak cuba goda saya dulu adalah kan dalam ni. Saya nak tengok,” Telefon di rampas dari Lily.
“Mana ada saya goda awak. Bagilah saya tengok dulu.” Lily cuba untuk rampas kembali.
“Saya nak tengok dulu. Rasa menyesal pula dulu tak perdulikan godaan baby dulu.” Kejap Ali mengengam telefonnya agar tidak dapat di rampas oleh Lily.
Di cari tarikh sebulan ke hadapan. Video di mainkan. Tiada apa yang menarik Ali lajukan. Tiba saat part Lily mengoda di mainkan seperti biasa.
“Baby tahu tak, setiap kali baby goda. Berpeluh-peluh saya cuba tahan. Kalau ikutkan hati tu masa tu juga saya terkam baby,” pipi Lily di cium sekilas. Lily yang melihat video sendiri sudah merah pipinya. Terasa panas sekali. Macam mana dia boleh seberani sebegitu. Ni gara-gara Ibu dan akak Olivia yang sentiasa menyuruh mengoda Ali.
“Dahlah awak, tak nak tengok ni,” Lily betul-betul merasa malu. Di tutup skrin telefon dari Ali terus menonton.
“Okay. Saya tak tengok dah. Tapi saya nak tengok yang di depan mata ni.” Ali campak sahaja telefon pintarnya lalu (faham-faham jela)
..
“Kerja saya tergendala sebab awak.” Lily buat-buat marah sebaik keluar dari bilik mandi.
Ali buat tidak tahu sahaja dengan kegedikan Lily sekarang ini. “Sini duduk depan saya, saya keringkan rambut. Ni ambik,” Ali hulurkan telefon pintarnya pada Lily.
Tersenyum-senyum Lily datang ke Ali.
Bau shampoo di rambut Lily sungguh mengasyikan. “Kenapa baby bau sedap sangat ni.” Leher Lily di cium dan di hidu sepuasnya.
“Awak gelilah. Nak margib dah ni, jangan nak bukan-bukan.”
“Kalau macam tu, lepas isyak boleh kan bukan-bukan.”
Peha Ali di pukul. “kenapa awak gatal sangat sekarang ni.”
“Suami gatal, isteri lagi bahagia.” Ali berbisik di telinga Lily. “Petua dari arwah ayah baby,”
Lily pusing badan mengadap Ali. “Oh... Patut perangai awak pelik macam ayah.”
“Dah.” Badan Lily di pusingkan semula. “Nanti jadi lain pula.”
Lily cubit peha Ali dengan kuat tapi gelak yang Ali keluarkan.
Group WA kampung di buka sekali lagi. Kali ini pesanan di hantar mengunakan nombor telefon Ali.
Ali : AMARAN TERAKHIR. (VIDEO orang yang merosakan harta benda rumahnya di hantar)
Muka sorang-sorang nampak tu. Mungkin anda yang buat tidak sedar rumah kami ada CCTV.
Yang tua dah macam Pak Lebai pun perangai mengalahkan anak muda. Yang lagi sorang baik sungguh. Lepas pecahkan pintu, masuk rumah buka selipar. Yang lain-lain tu pandai-pandailah tengok sendiri.
Masa di beri sampai selepas isyak. Tak ada kitaorang boleh bye-bye dekat korang. Kemungkinan viral dulu keluarga dapat malu dan terus menjadi kes polis.
Ali baca pesanan yang di hantar Lily. Sebenarnya isterinya bukan jahat sangat pun. Ada betul juga akan tindakan Lily. Tidaklah sewenangnya orang buat jahat sesuka hati.
“Dah sayang jom”
“Jom!?” Ali terdiam melihat Lily. Seperti sedang process apa yang sebenarnya maksud jom Lily itu. Tiba-tiba. “Jom,” Ali buka singlet yang di pakai.
“Yang awak buka baju kenapa?” terkejut Lily.
“Bukan jom, kita nak gitu-gitu lagi sekali.”
“Ish! Kenapa otak awak sekarang fikir tu je... Balik rumah ibulah. Tak kan nak duduk dalam rumah tak berkunci.”
“Baby ni buat saya hamper.” Di sarung balik singlet yang di buka. Muka Ali dah masam semacam. Ada isteri pun suka main-main.
Share this novel