Ali duduk di sebelah jenazah isterinya yang baru sahaja melepasi sakaratul maut. Tiada air mata yang keluar kerana masih lagi terkejut. Dia bagaikan tidak percaya isterinya telah tinggalkan dirinya untuk selamanya. Ali tidak percaya kerana Aisyah dalam keadaan sihat sahaja subuh tadi.
Tiba-tiba Aisyah memanggil dirinya kerana merasa sesak dada tapi dia tidak sangka itu adalah petanda isterinya akan pergi untuk selamanya. Jika dia tahu semalam adalah hari terakhir dia bersama Aisyah, pasti dia tidak akan merajuk dengan isterinya. Pasti dia akan turutkan sahaja kesemua kehendak Aisyah.
Rumah Ali masih sunyi ketika Bunga dan Lily sampai. Kerana mereka berdua antara orang terawal terima khabar duka akan pemergian Aisyah. Lily dan Bunga terus ke dapur untuk menyediakan air mandian Aisyah. Ketika tempat mandian sudah di sediakan seorang demi seorang datang menziarah. Ada juga beberapa wanita separuh umur datang membantu Bunga.
Jenazah Aisyah di angkat oleh orang lelaki untuk di bawa ke tempat mandian. Ali masih duduk di tempat yang sama kerana masih tidak dapat menerima kenyataan kepergian isteri yang tersayang.
Kaki kapan mula di bentang sehelai demi sehelai hingga ke lapisan tujuh. Seluruh kawasan rumah sudah terhidu dengan wangian air mawar dan kapur barus.
"Pak Ali!" Lily menguatkan suara apabila beberapa kali panggilannya tidak di sahut oleh lelaki itu.
Ali memandang ke arah Lily. melihat Lily dengan mata yang berair. Lily yang terkejut dengan pandangan sayu Ali itu turut terasa hiba. Walaupun tanpa tangisan, Lily nampak Ali sangat terkesan dengan kepergian Aisyah.
"Pak Ali nak mandikan Kak Aisyah?"
Ali mengangguk kepala dan bangun dari duduknya. Ali melangkah ke tempat mandian jenazah isterinya.
"Saya boleh mandikan Aisyah sendiri." Nada suara Ali mendatar ketika bercakap dengan mereka yang bersedia untuk mandikan jenazah Aisyah.
Ali terus melangkah ke tempat yang sudah di tutup sekeliling dengan kain. Di lihat tubuh isteri yang pucat. Air hangat perlahan-lahan di simbah di seluruh tubuh Aisyah. Setiap celah yang terlipat di basuh bersih. Jari jemari sejuk Aisyah sempat Ali gengam erat sebelum dia meneruskan mandian.
Saat tiba untuk membersihkan wajah Aisyah, air mata Ali akhirnya tumpah jua. Ini yang terakhir Abang mandikan sayang. Di kucup lama dahi isterinya itu. Tenang sayang di sana. Abang akan sentiasa doakan kesejahteraan sayang.
Sebelum keluar Ali mengesat air matanya terlebih dahulu. Di bertanya kepada Bunga adakah kain kapan yang akan menjadi pakaian terakhir isterinya sudah tersedia.
Setelah semuanya siap Ali bersedia untuk mengangkat jenazah isterinya dengan bantuan ayah Aisyah. Jenazah Aisyah di letakan dia atas kain kapan yang sudah terbentang di ruang tamu.
Balutan pertama pantas dilakukan bagi menutup badan Aisyah. Setiap rongga yang terbuka di tutupi dengan kapas. Air mawar juga di renjis untuk mewangikan Jenazah Aisyah. Sehelai demi sehelai pakaian Aisyah di pakaikan. Ali yang setia di sisi Aisyah tidak sekali pun mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain. Raut wajah isterinya di pandang sepuasnya untuk kali terakhir. Pasti kerinduan pada Aisyah tiada pengubatnya lagi.
Sudah selesai pemakaian kapan. Kedua anak Aisyah di bawa untuk berikan perhormatan terakhir. Damia yang seperti sudah mengerti menangis saat memeluk jenazah Aisyah. Danish yang tidak mengerti apa-apa di dudukkan sahaja di sebelah jenazah.
Semua yang melihat terasa sayu sekali. Lagi-lagi melihat kedua anak Aisyah yang masih kecil.
..
Ali mencari kedua anaknya sebaik sahaja selesai pengebumian Aisyah. Mata Ali memjajau mencari dalam keramaian orang yang datang melawat isterinya di kubur. Mata Ali tertatap melihat kedua anaknya berada dengan keluarga Fazrin.
Damia berada di dalam dukungan Fazrin melihat ke arah kubur Ibunya. Manakala Danish terlentok tidur di dalam dukungan Lily.
"Bie, Kalau sayang pergi dulu. Sayang nak Bie buat sama macam Ali buat dekat isteri dia. Nak Bie yang mandikan sayang. Nak Bie yang sembayang kan sayang. Nak Bie yang sambut sayang." Suara Bunga sangat sayu. Kesedihan masih di rasai.
"Insyallah sayang. Jika umur Bie lebih panjang dari sayang." Balas Fazrin.
"Lily pun nak macam tu." Lily pula bersuara.
"Cari suami sendiri. Ayah Lily, ibu punya." Bunga sempat menjeling ke arah Lily.
"Ibu ni kedekut lah! Orang ada Abang Amar! tak heran dengan Bie ibu ni!" Lawan Lily.
"Dah! dekat kubur pun nak berlawan mulut!" Tegur Fazrin. Tak kena tempat betul anak dan isterinya ini hendak bergaduh.
“Tapi, kalau Lily pergi dulu sebelum sempat kawin dengan Abang, Ibu pinjamkan ayah dékat Lily ye. Lily kan anak ibu juga,” Lily bersuara sayu. Kena tegur automatik jadi lembut semula.
“Boleh, Ayah pun Lily punya,” balas Bunga dengan nada sayu juga. Boleh pula bertolak ansur.
Fazrin yang melihat geling kepala sahaja, dua-dua kuat drama.
NOTED FROM D.A : ESOK CUTI, SAKIT KEPALA.. HAHAHAH MACAM TAHU2 SAHAJA ESOK SAKIT KEPALA.
Share this novel