BL 36

Family Series 61556

Seperti yang di janjikan oleh Ali. Sebaik Husni masuk bilik untuk tidur, Aimi keluar dari bilik tidurnya dan membuka pintu yang sudah di kunci. Di biarkan pintu tertutup tanpa berkunci.

 

Aimi duduk sekejap di ruang tamu menunggu Ali tiba walaupun Ali sudah beritahu padanya untuk tidur dahulu jika sudah mengantuk. Ali sudah beritahu kemungkinan dia akan lambat sebab itu dia tidak mahu Aimi menunggunya.

 

Jam sudah menunjukan pukul 12 tetapi kelibat Ali masih tidak kelihatan. Aimi menduga pasti Ali baru keluar dari rumahnya. Untuk sampai mengambil masa dalam 30 minit dengan keadaan jalan lengang tanpa kereta.

 

Tunggu dan tunggu, Ali tidak juga sampai hingga Aimi tertidur sendiri di kerusi.

 

Detik jam tepat pukul 2 pagi tiba-tiba tiupan angin menimpa wajah Aimi. Aimi yang terganggu tidurnya cuba untuk buka mata melihat. Sebaik melihat wajah orang yang di cintai Aimi terus tersenyum bahagia dan memeluk tubuh di hadapanya, menandakan dia sangat merindui lelaki itu.

 

“Lena sayang abang tidur,” ciuman ringkas di berikan di bibir Aimi. Dia turut merindui Aimi sama seperti yang Aimi rasakan saat ini.

 

“Abang juga yang suruh Aimi tidur dulu kan,”

 

“Ye..,” leher Aimi di cium membuatkan Aimi ketawa kegelian. “Lepas ni lagi lena sayang tidur. Sini baring dekat Abang,” Ali baring di sebelah Aimi lalu di letakan lengannya di bawah kepala Aimi.

 

“Bila pula Aimi dalam bilik? Tadikan Aimi dekat luar,” Aimi baru sedar dia sudah berada di atas katilnya sendiri.

 

“Sebab tu abang cakap sayang tidur lena. Abang angkat pun tak sedar. Abang buka baju sayang pun tak sedar lagi. Kena tiup bagi sejuk baru sedar.”

 

Aimi terus bangun apabila Ali berkata buka bajunya. “Ish! Tipulah Abang ni,” Dada Ali di pukul manja.

 

Tergelak Ali dapat menyakat Aimi. “Hehehe. Dah sini baring.” Aimi di tarik untuk baring di dadanya. Bau rambut Aimi yang wangi di hidu.

 

“Pukul berapa Abang sampai?” Jari runcing Aimi bermain di dada Ali yang berlapik baju.

 

“Baru sahaja sayang. Abang sampai terus angkat sayang masuk bilik. Sekarang baru dua lima minit pagi,”

 

“Abang teman Aimi tidur ye macam sebelum ni,”

 

“Yup sayang. Sebab tu abang datang jumpa Aimi. Nak lebih dari tidur pun boleh.” Ali cuba menduga Aimi. Tangan Ali sudah merayap meraba belakang Aimi.

 

“Lebih macam mana Tu?” Aimi buat-buat bertanya walaupun tahu apa yang Ali maksudkan.

 

“Macam ni sayang,” Ali menarik wajah Aimi ke wajahnya lalu ciuman berahi di beri. Tangannya juga tidak henti menjalankan kerja di tubuh Aimi.

 

Lily tersedar dari tidurnya apabila Danish merengek dalam tidur. Di popok Danish untuk kembali tidur tapi tidak berhasil.

 

Lily cuba mengejutkan Ali untuk melihat Danish tapi rabaan tangannya tidak menemui tubuh Ali. Lily menoleh ke belakang dan suaminya tiada juga.

 

Lily cuba jengah ke bawah tapi Ali tetap tiada.

 

Ke mana Ali pagi-pagi begini. “Jap Umi buatkan susu.” Lily terpaksa bangun untuk buatkan susu Danish. Jam di dinding di pandang. Pukul 2.15 pagi. Selalu Danish kalau terbangun ketika jam hampir ke pukul 4. Kali ini awal pula.

 

Air panas di dalam tharmos lupa dia isi semalam gara-gara merajuk dengan Ali. Terpaksalah Lily ke dapur. Rumahnya gelap gelita, dia ingatkan Ali ada duduk di ruang tamu kerana tidak dapat tidur. Tapi suaminya turut tiada di situ.

 

Lily teruskan bancuh susu Danish di dapur sambil fikirannya masih berfikir ke mana Ali menghilang. Dia juga sudah memikirkan perkara bukan-bukan.

 

Telefon pintar yang ada di meja ruang tamu di ambil lalu Lily menelefon Ali untuk tanya keberadaan suaminya itu. Mungkin ada kecemasan dan Ali tidak mengejukan dia tidur sebelum pergi.

 

Beberapa kali Lily cuba menelefon tapi tidak berangkat. Hatinya kerisauan masuk ke dalam bilik. Botol susu di berikan kepada Danish. Lagi sekali Lily cuba menghubungi Ali dan tetap tidak berjawab.

 

Lily merasa tidak sedap hati. Dia berharap suaminya dalam keadaan baik sahaja.

 

“Stoplah Abang,” suara gelak ketawa Aimi dan Ali kedengaran halus. Dia tidak mahu Husni dengar apa yang sedang dia lakukan bersama Ali. Lagi-lagi dalam keadaan mereka berdua yang hampir menampakan seluruh badan tanpa beralas pakaian.

 

“Nanti sayang rindukan Abang lagi. Sebab tu abang cuba hilangkan kerinduan sayang,” badan Aimi di peluk erat seperti tidak akan di lepaskan.

 

“Sayang rindu, Abang datanglah sini. Tak pun sayang datang jumpa Abang. Kita jumpa dekat pejabat Abang. Tak ada sesiapa tahu,” Aimi memberi pendapat.

 

“Betul juga ye. Sayang datang pejabat Abang. Nanti Abang suruh kerani Abang cuti sahaja.”

 

“Tak pun Abang berhentikan kerani Abang, gantikan dengan Aimi. Boleh hari-hari kita bertemu.” Aimi lagi sekali bermain jari di dada Ali yang sudah tidak berpakaian.

 

Ali menangkap tangan Aimi. “Tadi dia yang suruh berhenti tapi tangan dia ni tak nak henti,” tangan Aimi yang di tangkap di bawa ke mulut lalu di jilat. Rasa badan Aimi sungguh lazat. Sepanjang masa dia kecanduan.

 

“Ish, Abang ni janganlah jilat sayang.” Aimi tarik tangannya dan buat-buat tidak suka.

 

“Sebab setiap inci tubuh sayang, lazat bagi Abang. Lagi-lagi sayang punya ni,” Ali berikan kucupan pada bibir Aimi. Di cium sepuas hati dan kemudian beralih ke tempat lain. Seluruh tubuh Aimi di jilat dengan rakus. Dia perlu dapatkan tubuh Aimi. Dia perlukan tubuh Aimi sekarang juga. Dia tidak mampu untuk bertahan lagi.

 

Pang!

 

Lily yang baru ingin baring semula di sebelah Danish terbantut apabila bunyi sesuatu jatuh. Kakinya turun semula ke bawah lalu bangun melangkah ke arah bunyi. Hatinya benar-benar merasa tidak sedap. Merasakan sesuatu yang buruk sedang berlaku.

 

Lily berada betul-betul di hadapan pintu. Tangannya memulas tombol pintu dengan perlahan-lahan. Dia teragak-agak untuk buka tidak seperti dia keluar untuk membuatkan Danish susu tadi. Mungkin lebih baik dia kunci sahaja pintu dan duduk bersama Danish dan Damia dengan keadaan senyap seperti tiada sesiapa.

 

Husni terjaga dari tidur dan telinganya mendengar sayup-sayup seperti orang sedang ketawa. Bangun Husni untuk melihat tetapi ruang tamu rumahnya kosong. TV juga tertutup. Kemudian Husni melangkah ke pintu bilik Aimi. Di lekatkan telinga dekat dengan pintu. Suara Aimi ketawa kedengaran. Husni cuba amati, hanya ada suara Aimi. Tadi dalam bilik rasanya ada dua suara.

 

Husni mengetuk pintu bilik anaknya dan memulas tombol tapi tidak berjaya. “Aimi dah malam, jangan tengok handphone je. Esok nak bangun kerja susah.”

 

Aimi terus meletakan jari di mulutnya agar Ali tidak bersuara. “Sekejap lagi Aimi tidur,”

 

Dapat jawapan dari Aimi, Husni kembali ke biliknya. Tapi gerak hati Husni yakin ada orang lain di dalam bilik Aimi.

 

“Nasib baik Abang kunci pintu,” Aimi sudah cuak jika Husni masuk dan melihat dia bersama Ali.

 

Ali tersenyum sedikit. Kemudian menyambung aktiviti yang mereka lakukan tadi.

 

Setelah masuk ke dalam bilik Husni tidak terus menyambung tidurnya. Sebaliknya dia kembali keluar dan berdiri di hadapan pintu bilik Aimi. Dan saat itu baru dia dengar suara seseorang yang sangat dia kenal.

 

Tangannya sudah memegang telefon untuk menghubungi seseorang.

 

Lily dengan perasaan bercampur bauh tekad mengetuk pintu apabila tidak berjaya di buka. Dengar sahaja kunci di buka Lily terus memulas tombol pintu. “Astrafiruallah...” hampir rebah Lily ke bumi apabila mata menyaksikan apa yang berlaku di hadapan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience