BL 2

Family Series 60975

 

“Maaf kak, Aimi tak dapat tunggu sampai kenduri, boss call suruh masuk kerja,” Aimi pegang kedua tangan Aisyah. Wajah bersalah terhias di wajahnya.

 

Tetapi yang sebenarnya Aimi telah di halau oleh Husni untuk pulang. Husni tidak mahu Aimi terlepas keluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati Aisyah.

 

Dan yang kedua, Aimi tidak mahu menolong untuk mengemas rumah Aisyah sebaik habis kenduri. Daripada dia penatkan diri, baik dia berehat di rumah sahaja.

 

“Tak apa, akak faham. Bawa kereta hati-hati, jangan bawa laju sangat.” Aisyah meninggalkan pesan sebelum Aimi melangkah pergi.

 

“Ye kak, akak tak perlu risau,” Aimi cium belakang tangan Aisyah sebelum beralih untuk bersalam dengan Husni.

 

“Kak nak tanya,” Aimi memusingkan badannya semula ke arah Aisyah. “Umi yang selalu Mia sebut tu siapa?”

 

Wajah Aisyah sedikit berubah. Tapi soalan dari adiknya di jawab juga. “Anak orang yang jaga Mia dan Danish.”

 

“Oh... Ingatkan Abang dah ada calon lain untuk di jadikan isteri kedua. Aimi balik dulu, Assalamualaikum.”

 

“Waalaikumusalam,” serentak Husni dan Aisyah menyambut.

 

Aisyah yang berwajah manis bertukar mendung semendungnya. Dia memang banyak kekurangan tapi masih mempunyai perasaan. Bukan kerana anggota badannya tidak sempurna, hatinya juga menjadi batu kalis dengan apa-apa.

 

Husni juga terkejut dengan kata Aimi. Sudah di beri amaran pada Aimi tapi masih juga tidak jalan. Ingatkan dia halau Aimi bermakna sudah tiada kata yang boleh menyakitkan hati dan perasaan Aisyah. Tapi masih juga Aimi buat Aisyah terasa hati.

 

..

 

Fazrin dan Bunga datang lebih awal ke majlis doa selamat yang dianjurkan oleh Ali. Awal jika ada apa-apa yang boleh di bantu.

 

Kehadiran mereka berdua di sambut oleh Damia. Anak kecil berusia 5 tahun itu semerta datang ke arah Bunga sebaik Bunga melangkah masuk ke dalam rumah. "Nek, Umi tak datang?" kelibat Lily di cari.

 

"Umi penat dia tak datang. Ni Umi buat kuih untuk Mia dan Danish, nanti Mia makan ye."

 

Aisyah cuba untuk memaniskan wajahnya walaupun dia sebenarnya sakit hati apabila anaknya lebih mencari Lily dari dirinya. Dia tahu dia tidak dapat menjaga anaknya seperti ibu yang lain. Tapi itu semua bukan kehendaknya.

 

Hatinya berkali-kali di rentap dengan perasaan sakit. Siang tadi adiknya, malam Damia pula. Kalau boleh di putarkan balik masa, mungkin dia akan gugurkan sahaja Daniel agar hidupnya sentiasa sempurna.

 

Bunga menghulurkan kuih yang di bawa di hulurkan kepada orang yang berada di dapur. Kemudian dia terus duduk di sebelah Aisyah. "Maaf Mak Cik tipu je tadi dengan Mia. Sekurangnya Mia dengar Lily bagi. Dia nak makan."

 

Aisyah senyum tawar. "Saya faham Mak Cik." Sekurangnya Aisyah sedikit lega apabila Lily tidak hadir kenduri yang dia anjurkan. Jika tidak pasti sepanjang majlis dia akan merasa cemburu. Kedua anaknya pasti akan menempel pada Lily sahaja.

 

Apa bagusnya Lily hingga kedua anaknya sepanjang masa ingat akan gadis itu. Padahal kalau di lihat Lily bukan melayan anaknya pun.

 

..

 

Lily yang bersendirian di rumah mengunci diri di dalam bilik. Kepalanya memakai tudung tetapi paras pinggang ke bawah. Masyallah seksi sangat.

 

Kedengaran suara Lily seperti mendayu-dayu manja. Apabila di jengah sedang melayan perasan dengan Abangnya Amar di telefon pintar.

 

Amar yang tersangat sayang akan adiknya itu melayankan segala kemanjaan Lily. Semua kehendak Lily pasti akan di tunaikan. Nasib baik adiknya lagi seorang lelaki. Kalau tidak jenuh hendak layan. Boleh dia bayangkan Double Lily. Cepat-cepat Amar menghapus bayangan Double Lily. Nasib baik reality tiada Lily ke dua. Kalau tidak susah dia nak pilih untuk suka yang mana satu.

 

Eh! Suka!

 

Amar tersenyum manis memandang Lily di hadapanya. Ye dia sukakan adiknya itu. Dari dalam perut ibunya lagi hingga ke sekarang. Semakin lama semakin mendalam cinta Amar pada Lily.

 

Jika ikutkan hati, mahu terus melamar Lily untuk jadi isterinya. Tetapi apa kata orang tuanya nanti.  Amar yakin Lily turut mempunyai perasaan sama sepertinya. Amar sendiri sebenarnya sudah tekad. Balik dari Rusia akan di lamar Lily untuk jadi isterinya. Pedulik apa orang nak kata dia kawin dengan adik sendiri. Yang penting dia bahagia bersama orang tersayang.

 

"Abang! Orang cakap dia berangan pula," suara merajuk Lily penuh dengan lengok manja. Kalau lelaki lain dengar pasti turut tergoda. "Ingat girlfriend la tu."

 

"Abang mana ada girlfriend. Girlfriend Abang, adik abang depan ni sorang je." Amar menongkat dagu sambil meneliti setiap inci wajah Lily. Cantik sekali tidak pernah jemu di lihat. Wajah yang sentiasa dia rindui selepas ketiga orang tuanya.

 

"Tipu. ingat Lily percaya ke! Abang dengan ayah sama je. Banyak skandal!"

 

"YA ALLAH! Abang tak pernah tipu adik. Orang yang bernama Bunga Lily orang yang Abang paling sayang. Orang yang paling Abang rindu."

 

"Kalau rindu cepatlah balik sini." Lily menunduk malu sambil memial hujung tudung yang di pakai. "Lily pun rindu dekat Abang."

 

"Tiga bulan je lagi sayang. Habis je kerja abang dekat sini. Abang terus terbang balik jumpa kesayangan Abang ni." Jika Lily berada di hadapanya pasti sudah di cubit-cubit pipi mulus Lily. Rasa tidak tertahan untuk miliki adiknya itu.

 

 

"Astrafiruallah... Tak habis bergayut lagi ke Lily" Bunga masuk ke bilik anaknya tanpa sebarang ketukan. "Dari Ibu pergi sampai Ibu balik. Macam mana Abang kamu nak siap kerja dia kalau hari-hari kamu kacau macam ni."

 

Lily sudah menikus takut apabila dengar serangan suara lantang Bunga. Bergegar jantung kerana terkejut.

 

"Ibu... Tak apa, Amar okay je. Bukan hari-hari pun, memandai je ibu kata hari-hari." Amar bersuara di hujung panggilan apabila terdengar Bunga membebeli Lily. Dia cuba mempertahankan adiknya.

 

Telephone Lily yang terletak di atas meja di ambil. Wajah Amar di lihat "Jangan nak menangkan adik kamu Amar. Ingat Ibu tak tahu. Kalau dia tak video call kamu. Dia message kamu." Kali ini Amar pula di serang oleh Bunga.

 

Amar senyum sahaja apabila ketahui apa yang Lily lakukan. Tapi sebenarnya dia yang mulakan dahulu. Dia tidak tertahan rasa rindu jika tidak dapat hubungi adiknya itu.

 

"Apa bising ni sayang." Fazrin pula muncul dalam bilik Lily. Dia yang berada di dapur dengar suara lantang isterinya pantas datang untuk melihat.

 

"Anak Bie berdua ni lah. Tak sudah bergayut. Macam monyet dah dua-dua ni." Bunga menghulurkan telephone Lily pada Fazrin.

 

"Macam ni jela Amar. Nanti kamu balik kita semua bincang face to face hal kamu dengan Lily." Fazrin faham perasaan Amar ketika ini. Dia pernah muda jadi dia tahu perasaan sayang pada seseorang. Dia dulu tidak boleh lepas melihat wajah Bunga walaupun sehari. Sama seperti Amar sekarang ini tidak keruan jika tidak melihat Lily.

 

Wajah Amar dan Lily di lihat bergilir-gilir "Kalau kamu berdua suka sama suka kahwin sahaja. Ayah restu."

 

"Yes! Amar nak!" Tidak perlu lagi dia risau untuk memikirkan cara untuk bercakap dengan Fazrin dan Bunga.

 

Lily yang dengar terbeliak biji matanya. dia tidak duga kata yang Fazrin keluarkan. Dia juga terkejut dengan persetujuan Amar. "Tapi..."

 

Tidak sempat Lily bersuara Amar terlebih dahulu memotong kerana excited. "Adik! tunggu Abang ye. Abang akan bahagiakan adik untuk selamanya. Ibu Ayah, kira Amar dah tunang dengan adik kan?"

 

Bunga perasaan akan perubahan wajah Lily. Anak perempuannya itu seperti tidak bersetuju. Dia tidak akan sesekali memaksa jika anaknya tidak mahu.

 

"Belum! tunggu kamu balik." pantas Fazrin menidakkan. "jangan nak mengantal sangat pergi sambung kerja sana."

 

"Patuh dengan hormat. Adik tunggu Abang ye. I love you. Abang pergi dulu. nanti Abang dah balik kerja abang message adik." Amar terus mematikan panggilan.

 

Geling kepala Fazrin dengan Amar. Dah dapat Lily, I love you untuk dia dan Bunga langsung hilang. Sayang adiknya seorang sahaja.

 

Wajah Lily di pandang. "Ayah ada bawa nasi kenduri tadi. Pergi makan sana."

 

Memcicit Lily lari ke dapur. Tiba-tiba rasa takut dengan ayahnya. Kenapa kedua orang tuanya tiba-tiba menjadi garang malam ni.

 

"Kalau Lily tak setuju jangan paksa dia." Bunga bersuara sebaik Lily sudah tidak kelihatan.

 

"Bie tahu, sebab itu Bie cakap belum bertunang." Fazrin turut perasan akan perubahan wajah Lily apabila dia berikan persetujuan untuk berkahwin.  Mungkin Lily sayang pada Amar sebagai Abang sahaja.

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience