BL 14

Family Series 60975

Tiga hari Ali langsung tidak keluar dari rumahnya. Dia terasa malu sendiri selepas peristiwa dia melihat tubuh badan Lily. Dia tidak mampu berhadapan dengan sesiapa walaupun tiada yang tahu.

 

Kedua anaknya di pandang. Rezeki terpijak ke dapat berkahwin dengan anak dara orang dengan mudah. Atau bala sebenarnya yang berlaku atas dirinya.

 

Danish sudah di marahi oleh Ali tapi anak kecil itu tahu apa. Hari ini marah, esok pasti sudah lupa. Buktinya sekarang ada di depan mata, sekarang habis semua tempat Danish panjat. Ali hendak halang sememangnya tidak. Dia hanya melihat sahaja dari tepi.

 

 

“Bila nak pergi rumah Umi?” Damia bertanya. Dia sudah merindui Lily.

 

“Hari ni duduk rumah sahaja,” balas Ali. Damia turut tidak di hantar ke tadika. Ali tidak mahu bertembung dengan sesiapa. Terutama Fazrin. Dia sangat merasa malu pada lelaki tua itu.

 

“Abang...”

 

Ali mengangkat wajah melihat ke arah suara yang di rindui. “Sayang...” Ali melihat Aisyah yang sedang berdiri di hadapanya. “Abang rindu sayang.”

 

“Aisyah tak pernah merindui Abang. Aisyah sangat bahagia di sini. Abang carilah kebahagian Abang juga. Kebahagian anak-anak. Tiada guna Abang menanti kebahagian dengan Aisyah. Kerana apa yang Abang impikan tidak akan tercapai.”

 

“Tak sayang, Abang masih ada peluang untuk bahagia dengan sayang.” Ali cuba untuk mendapatkan Aisyah. Di peluk wanita yang sayang di rindui itu.

 

“Degil la Abang ni. Lepaskan Aisyah!” Aisyah memberontak hingga terlepas pelukan Ali. Wajah garangnya pula kelihatan sambil bercekak pinggang. “Cakap elok tak mahu dengar. Pergi kawin dengan Lily sana. Bukan Abang yang perlukan Lily. Tapi anak-anak yang perlukan Lily.

 

“Lagi satu, sebelum kawin janggut Abang ni” Di tarik saja jambang panjang Ali. “Potong! Aisyah tengok pun tak berselera. Rambut ni pun pontianak punya lagi cantik. Kemudian ubah semua rumah ni. Aisyah tengok pun naik menyampah. Ingat ubah semua! Termasuk Abang Abang... Abang...”

 

Ali hanya mengangguk kepala. Di dalam hati dia tidak mahu tapi kenapa gerak badannya tidak sama seperti apa yang dia mahu.

 

“Sayang!!”

 

 

“Atir pun sayang dekat Abang, tapi Atir masih normal lagi, sukakan perempuan.”

 

Ali yang terkejut terus menolak Atir yang berada di dalam dakapannya. Rupanya dia bermimpi sahaja.

 

Nasib baik badan terunanya masih tidak tercemar seperti Lily. Kalau dia kena macam Lily, tak kiralah Ali ni lelaki pun. Memang sekarang juga di paksa kawin dengannya.

 

“Ayah suruh datang tengok abang, sebab dah tiga hari tak hantar D and D. Lepas tu dekat Masjid pun tak datang.” Atir terus beritahu tujuan dia berada di rumah Ali.

 

Beberapa kali dia beri salam tapi yang menyahut Damia. Bila di tanya mana ayah. Jawabnya tidur. Sebab itu Atir masuk sahaja ke rumah Ali walaupun tidak dapat pelawaan lelaki itu. Risau juga jika tiba-tiba Ali jatuh sakit kerana terkejut kerana di paksa kawin.

 

“Abang baik sahaja. Alhamdulilah.” Balas Ali dengan mengikat rambut panjangnya yang serabai akibat tidur tadi.

 

“Kalau baik baguslah. Ibu beri lauk, Atir dah letak atas meja. Abang tak perlu beli atau masak hari ni. Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Atir melangkah keluar dan naik motor yang di tunggang tadi.

 

“Waalaikumusalam...” Ali turut melangkah keluar menghantar Atir.

 

Sebelum Atir gerak sempat dia melihat ke arah anak perempuan Ali yang turut melihat ke arahnya. Kecik-kecik dah tak ada Ibu. Kecian kecian. “Mia nak ikut Atir tak? Jalan-jalan.”

 

Tidak sempat Ali menahan, Damia lebih pantas bertindak. Sekelip mata sudah berada di belakang Atir. Danish yang melihat apa lagi. Sibuk juga mahu ikut. Dan memang sudah berada di bakul motor Atir.

 

“Saya balik dulu. Bye bye!” terus motor Atir bergerak meninggalkan perkarangan rumah Ali bersama kedua anak lelaki itu.  Kini tinggal Ali seorang diri di rumah.

 

 

Agak-agak bagaimana pula keadaan Lily ye.

 

 

Sama seperti Ali juga. Lily langsung tidak keluar dari biliknya sudah 3 hari. Lebih parah pintu biliknya turut di kunci dari dalam. Puas Bunga memujuk tetapi tiada satu pun yang berjaya.

 

Tapi Bunga tahu, anaknya berada dalam keadaan baik-baik sahaja kerana dengar tangisan Lily di luar. Kalau tidak dengar sebarang suara itu yang tidak okay. Malah Bunga juga tahu Lily keluar dari biliknya mencari makanan ketika semua orang sedang nyenyak tidur.

 

 

Damia dan Danish sebaik turun dari motor terus berlari masuk ke dalam rumah Fazrin dan Bunga. Mereka sudah menganggap itu juga adalah rumah mereka juga.

 

 

“Ali macam mana?” Fazrin bertanya sebaik Atir masuk ke dalam rumah.

 

“Okay je. Malu agaknya nak keluar rumah.” Balas Atir.

 

Bakul yang penuh dengan mainan di tarik hingga berada betul-betul tengah halaman. Tempat biasa Damia dan Danish bermain. Sudah dia yang bawa Damia dan Danish jadi perlulah dia yang melayan dua anak kecik itu. Puas bermain Damia berhenti, dia seperti mencari sesuatu.

 

“Nek, Umi mana?” Bunga yang duduk di kerusi malas di tuju.

 

“Umi tidur. Baca buku dengan nenek je.” Damia di angkat dan di dudukkan di pangkuannya. Buku cerita bergambar yang terletak di meja sisi di ambil. Bunga mula bacakan untuk Damia.

 

Suasana rumah Fazrin dan Bunga ketika ini sangat sunyi. Hanya kedengaran suara Bunga bercerita sahaja. Suasana sunyi ini terjadi selepas Lily membuat keputusan dengan mengunci diri sendiri. Memang sebelum ini Lily yang membuatkan suasana menjadi meriah dengan suaranya.

 

Fazrin mula merasa bersalah kerana memaksa Lily berkahwin dengan Ali. Tapi dia tiada pilihan lain. Dia tidak berani beritahu pada anaknya dia yang menyuruh Amar berkahwin dengan wanita lain. Lagipun Fazrin tahu, Ali adalah lelaki terbaik untuk gantikan tempat Amar.

 

TUNG!

 

Bunyi seperti benda di hempas di dinding. Mata semua memandang ke arah pintu bilik Lily.  Tidak pernah lagi Lily marah atau merajuk hingga hempas barang. Apa yang berlaku sebenarnya.

 

Berkali-kali Lily cuba hubungi Amar tetapi lelaki itu tidak jawap satu pun panggilannya. Mesej yang di hantar turut tidak di baca. Lily menduga Amar sengaja membalas apa yang dia telah lakukan pada lelaki itu sebelum ini.

 

Marah Lily memuncak kerana itu dia membaling telefon pintarnya hingga hancur berkecai. Kerana marah juga Lily bertekad untuk berkahwin sahaja dengan Ali kerana mahu Amar merasa sakit hati.

 

Pintu bilik di buka dengan kasar sekali. Di hempas ke dinding hingga meninggalkan kesan retak. Lily muncul di pintu dengan mata merahnya.

 

 

“Mi mi!” Danish yang melihat kemunculan Lily terus melekap di kaki Lily.

 

Danish di pandang dengan penuh kemarahan. Cara pandangan Lily seperti Danish akan di sepak sahaja sekejap lagi.

 

Atir cuba mengambil Danish tetapi tangan Danish kejap memeluk kaki Lily. Tidak mahu di lepaskan. Danish mahu Lily yang mengangkatnya.

 

Mata Lily semakin merah membara. Keadaan Lily ketika itu bagaikan sedang di rasuk. Atir terdorong ke belakang apabila di tolak dengan sebelah tangan. Kemudian pandangan mata Lily bertukar ke arah Danish yang melekap di kaki nya.

 

“Jangan!!”

 

Semua menjerit apabila Lily mencekak leher baju Danish dan di bawa ke atas dan bersedia untuk di hempas ke bawah. Atir yang berada di bawah juga siap sedia untuk menyambut Danish.

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience