Masa berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik. Tinggal seminggu sahaja lagi Majlis perkahwinan antara Ali dan Lily. Sepanjang ingin sampai ke tempoh seminggu itu. Hari-hari Ali mendapat jelingan maut Lily setiap kali dia ingin mengambil Damia untuk di hantar ke sekolah. Jelingan Lily itu hingga membuat Ali merasa ragu-ragu hendak beristerikan anak gadis Fazrin.
“Seminggu ni Ali tak perlu datang ambik hantar Damia. Biar ayah sahaja yang hantar. Majlis kamu dengan Lily makin dekat. Rasa tak manis pula kalau orang tengok.” Fazrin berikan pendapatnya semasa Ali menghantar Damia balik dari sekolah. Dan dia singgah sekejap untuk melihat Danish.
Rumah yang di janjikan tidak dapat siap dalam masa sebulan kerana keadaan cuaca yang sentiasa hujan di petang hari. Tempoh masa di lanjutkan dengan menambah sebulan lagi. Terpaksa Ali turutkan juga. Jika tidak di mana dia harus tinggal.
“Baiklah,” di turutkan sahaja kehendak Fazrin.
Gosip-gosip kampung sudah tersebar sebaik Fazrin mengagihkan kad jemputan Majlis Ali dan Lily. Ali tak kawin salah kawin pun salah. Hati orang bukan boleh di puaskan semuanya. Ada yang datang sendiri pada Fazrin kerana mempertikaikan kenapa mahu Ali yang menjadi menantunya. Kenapa duda anak dua juga yang di pilih. Tiada orang bujang dah ke.
Fazrin balas sungguh ringkas. “Dah tu jodohnya. Nak melayan ketentuan ALLAH s.w.t. kau tuhan ke?”
Terus terdiam orang yang membangkang perkahwinan Ali dan Lily. Tapi masih ada juga yang tak tidak puas hati. “Memang bukan tuhan tapi benda boleh elak kenapa tak elak.”
Susah sungguh hendak melayan orang-orang begini. Orang sebegini berikan kepada Bunga sahaja untuk uruskan. Tepat pada masanya Bunga sampai dengan membawa dulang berisi air.
“Nak buat apa elak benda baik?” Bunga buat-buat bertanya. Sudah di dengari sejak tadi.
“Saya tahu nikah itu elok, sunnah Nabi. Tapi nak ke biarkan anak gadis kesayangan Bunga jadi mengasuh dua anak Ali tu. Kawin terus kena jaga anak orang.”
Bunga tetap tersenyum manis. “Tak susahlah. Tengok tu,” Di tunjuk ke arah Lily dan kedua anak Ali. Lily mengarah sahaja Danish dan Damia untuk mengambilkan barang yang dia mahukan. “Lily duduk mengarah sahaja. Budak berdua tu yang buat semua. Lily tu lebih beruntung dari saya mula-mula kawin dulu. Entah-entah lebih beruntung dari awak awak dan awak juga. Siap ada orang gaji kecik lagi. Zaman sekarang ni, anak dah besar pun belum tentu nak tolong kita.”
“Tu sebab bapak budak tak ada...”
Tidak sempat mereka membalas, Bunga terlebih dahulu memotong. “Ali tu duda semua ada. Kalau kawinkan dengan bujang. Entah makan entah tidak anak saya. Molek tembam berisi tiba-tiba jadi kurus ikan masin. Betul kan! Ada anak bujang tapi tak bekerja harapkan duit mak bapak. Anak perempuan tak apa tak berkerja memang tanggungjawab orang tua. Ni anak laki pun nak jadi anak perempuan. Huhu huhu.” Bunga buat-buat ketawa. Anak aku yang nak kawin kau orang yang sibuk.
Kalau tak tersentap bukan ayat yang keluar dari mulut Bunga namanya.
..
Masa yang di nantikan akhirnya tiba. Lily sedang di solekan oleh mak andam yang Bunga uruskan semuanya. Lily hanya goyangkan kaki semasa persiapan perkahwinannya sedang di lakukan. Kerana dia tidak rela berkahwin dengan Ali jadi dia tidak ambil tahu segala yang berlaku.
“Cantik anak Ibu,” Bunga memuji anaknya. Kedua anaknya mengikut wajah Fazrin. Alis mata terukir rapi tanpa perlu di ukir lagi. Wajahnya seperti kacukan dari negara Timur tengah pun ada. Sama seperti suaminya. Hanya rambut yang mengikut dia.
“Ibu, kalau Lily tak kawin tak boleh ke ibu.” Lily mula gelisah. Abangnya langsung senyap sejak dia merajuk dahulu. Hingga Majlis kawinnya hampir dan sepatutnya Amar sudah pulang tetapi tidak nampak langsung bayang Abangnya itu.
Nampak sangat dia telah di tipu oleh Amar. Patutlah dua orang tuanya berkeras mahu dia berkahwin dengan Ali. Mereka terlebih dahulu tahu sebelumnya.
“Ini saat terbaik Lily menjadi isteri orang. Ibu faham Lily tak bersedia tapi Insyallah Lily akan jadi isteri yang solehah. Patuh pada perintah Allah, patuh pada suami.” Bunga cuba memujuk.
“Tapi Lily tak nak jadi isteri Pak Ali. Ibu carilah orang lain. Yang penting bukan Pak Ali.” Lily memujuk. “Lily sanggup dengar semua arahan Ibu, sanggup jadi orang gaji ibu yang penting tak kawin dengan Pak Ali.”
Bunga sudah tersenyum pada Mak andam agar tidak salah anggap. Kuat drama betul anaknya ini. Gaya seperti betul-betul kena kawin paksa. Tapi memang kena paksa pun.
“Ibu Abang sampai.” Atir tiba-tiba muncul di pintu masuk bilik Lily.
Lily terus memandang wajah adiknya mencari kepastian. “Betul Abang balik?”
Atir mengangguk kepala.
Dapat kepastian Lily terus berlari keluar untuk mendapatkan Abang kesayangannya.
“Abang!” Lily berteriak untuk dapatkan Amar tetapi kakinya terhenti saat melihat ada wanita di sisi Amar.
“Lily.” Rindu dia pada Lily tidak terungkap dengan kata-kata. Jika di ikutkan hati, mahu dia peluk Lily sepuas mungkin.
“Siapa sebelah Abang ni?” Lily bertanya dengan penuh kemusykilan.
“Olivia, isteri abang.” Jawab Amar dengan perlahan. Matanya sudah ditundukan ke bawah. Rasa bersalah terhadap adiknya. Dia sebolehnya tidak mahu Lily menjadi milik orang lain tapi dia tahu bukan mudah untuk berlaku adil jika beristeri dua.
Dengan hati yang terluka, dia terpaksa melepaskan Lily berkahwin dengan Ali, yang juga merupakan pilihan Bunga dan Fazrin.
Ali melihat sendiri pernampilan dirinya yang sangat berbeza. Tiada rambut panjang tiada jambang yang berjela.
“Kalau Ali dari dulu potong semua ni, berderet perempuan beratur ngurat kau Ali.” Kata Pak andam lembut bagi pihak lelaki yang Bunga tempah untuk mendandankan Ali.
Ali balas dengan senyuman sahaja. Tidak tahu apa yang patut di balas.
“Untung Lily terima kau tak tengok rupa. Rupanya di sebalik rambut ada permata tersembunyi.” Tiada sesiapa tahu Ali dan Lily sama-sama terpaksa menerima satu sama lain.
“Alhamdulilah.” Jawab Ali ringkas.
“Jangan lepas ni Lily kurung kau sudahlah.” Kata Pak andam lagi.
Penampilan Ali sangat berbeza dari sebelum ini. Jambang panjang dan serabainya kini dipotong rapi. Rambut yang panjang mengembang juga sudah tiada. Hanya rambut pendek yang menampakan dirinya seperti bukan dirinya.
Sebaik turun kereta Ali di sambut oleh kedua orang tua Lily. Ali melihat anak-anaknya juga sudah berpakaian cantik sedondon dengannya. Berwarna putih.
“Wah! Mia jadi princess hari ni.” Ali memuji kecantikan anak gadisnya. Manakala Danish yang berada di dukungan Fazrin melihat pelik kearahnya. Pertama kali dia melihat ayahnya berpenampilan lain hingga dia juga tidak kenal.
“Umi pun jadi princess macam Mia.” Damia menunjuk di mana Lily sedang berada.
Rupanya Lily turut berada di luar. Tetapi seperti ada pergaduhan mulut antara Lily dan Abangnya. Lily yang sedang marah pun kelihatan cantik di mata Ali. Ali tidak nafikan Lily cantik orangnya tapi kerana sikap bengis Lily membuatkan dia tidak berani untuk menegur sapa walaupun mereka berdua akan di satukan.
“Oh... Patutlah suruh ibu ayah datang sana tapi tinggalkan Lily sorang dekat sini.” Nada suara Lily sudah berbau kemarahan.
“Ali, ayah Cuma harap kau tak buat Lily kecewa macam Abang dia buat dékat dia walaupun semua ini jadi secara tak sengaja. Ayah tahu kamu baik, jadi Ayah tak nak kamu kena macam Amar sekejap lagi.”
“Kena apa ayah?” Ali masih tidak faham. Dia terus pandang ke arah Amar yang bersama Lily tidak jauh darinya.
“Macam ayah cakap, Lily tu kuat cemburu, kalau dia marah...” Tidak sempat Fazrin habiskan katanya satu penumbuk sudah melayang di pipi Amar.
“Abang memang tak guna! Nasib baik Lily tak kawin dengan Abang. Lily pun tak nak dengan Abang. Abang tu sama je macam laki lain. Semua yang keluar dari mulut Abang tu tipu semuanya.” Bukan kemarahan mulut sahaja Lily beri tapi badan Amar juga teruk di belasah. Kini Amar sudah terbaring di tanah kerana teruk di tendang di pijak oleh adiknya itu.
Amar tidak mahu melawan kerana dia tahu semuanya jadi kerana kesilapan dirinya juga. Jika dia tidak bersimpati pada Olivia, pasti dia dan Lily hanya menanti penuh bahagia untuk di satukan.
Olivia cuba untuk menyelamatkan Amar tapi di halang oleh Atir. Atir tidak mahu Olivia turut terkena tempias pukulan Lily. Bukan biasa-biasa sakit yang kena. Tapi Olivia tetap berdegil. Amar tidak bersalah sama sekali. Dia yang muncul dalam hidup Amar dan Lily. Sepatutnya dia yang di persalahkan.
Ali yang melihat terus menelan air liuh. Dia akan dapat isteri yang panas baran. Apabila Lily marah pasti dia akan kena sama seperti Amar. Belum apa-apa Ali sudah merasa sakit di badannya.
“Kamu tak perlu risau la Ali. Lily bukan jenis pemarah. Dia jenis kuat cemburu dan merajuk sahaja. Cuma kalau dia marah macam tu lah badan kamu kena nanti.” Bunga beritahu Ali dengan biasa sahaja. Anak sendiri jadi dia sudah faham sangat. “Mia dah besar jadi macam Umi, jangan senang-senang bagi lelaki dekat.” Sempat lagi di berikan nasihat pada bakal cucu tirinya itu.
Olivia mendapatkan Amar. Badan suaminya yang terbaring di tanah cuba di bangunkan. Tapi Amar menolak Olivia pergi. Dia tidak mahu Olivia turut terkena serangan dari Lily.
“Lily, the wrong is me If you angry, you can hit me.” Olivia cuba mempertahankan Amar.
“Apa kau cakap.” Lily sudah mengetap geraham. Penumbuk padu sudah bersedia untuk di lepaskan.
“Lily!!” semua serentak menjerit saat Lily melayannya penumbuknya pada Olivia. Olivia sudah menutup matanya untuk menahan sakit tumbukan dari Lily.
“Allahuakhbar. Buat orang terkejut jela budak ni.” Mengusap dada Bunga sekejap.
Ali entah berapa kali telan air liuh pun dia tidak tahu. Tapi semuanya pertama kali baginya. Dulu arwah Aisyah sangat lembut. Jadi apa yang di lihat hari ini amat memeranjatkan.
Layangan penumbuk Lily betul-betul berhenti di hadapan muka Olivia. “Kalau ikutkan sakit hati aku ni. Dah lama muka kau berkecai.”
Olivia tidak faham apa yang Lily katakan tapi dia tahu. Adik iparnya sedang marahkannya.
“Kau nak sangat dengan jantan ni kan. Kau ambik!” Badan Olivia di tolak hingga jatuh di atas Amar. “Aku tak heran jantan macam kau ni!” Lily jalan dengan ganas sekali masuk ke dalam rumah. Tidak padan betul dengan memakai baju kurung putihnya itu.
Sempat juga Lily menjerit. “Dah cepat Ibu, kawin.” Marah punya pasal, terus serah diri untuk berkahwin dengan Ali.
Nasib baik pergaduhan berlaku di pagi hari, di mana Majlis pernikahan berlangsung hanya di hadiri oleh ahli keluarga sahaja. Kalau masa Majlis persandingan boleh jadi berita hangat seminggu di kampung.
“Dah Ali jom masuk. Tok kadi pun dah sampai” Fazrin memperlawa bakal menantunya itu masuk.
“Ayah masuk dulu. Saya nak tenangkan diri sekejap.” Ali pula merasa cuak untuk berkahwin dengan Lily. Memang dari mula sudah takutkan Lily. Sekarang lagi tertambah takut.
“Baiklah. Dah sedia nanti masuk ye.” Bahu Ali di pegang sebelum Fazrin melangkah masuk bersama Danish. Sempat juga Fazrin memberi isyarat mata pada Atir untuk melihatkan Ali. Risau jika Ali tiba-tiba melarikan diri.
“Cuba Lily jangan marah-marah. Habis make-up ni comot.” Mak andam yang di upah membetulkan kembali make-up Lily. Pakaian Lily juga di betulkan semula. Habis berterabur semula.
Wajah Lily sangat bengis ketika itu. Tapi bila di kenangkan ada tetamu di rumahnya. Dia cuba untuk bersabar. Kalau di ikutkan hati, sampai mati dia mahu belasah Amar.
Bunga masuk ke dalam rumah terus duduk di sebelah Lily yang sudah berada di pelamin. Senang kerjanya tidak perlu lagi memujuk Lily hingga saat akhir. Bagus juga Amar pulang ketika ini.
Damia turut di dudukkan di sebelah Lily. Kini Lily sudah di apit oleh Bunga dan Damia.
“Pengantin lelaki dah sampai ke?” Tok Kadi bertanya sebaik Fazrin dan Danish duduk di sebelahnya.
“Sudah Tok. Ada dekat luar. Sekejap lagi masuk.” Balas Fazrin.
Setelah diri dapat di tenangkan, Ali melangkah masuk ke dalam rumah Fazrin dengan berdebar-debar. Semua mata tertumpu pada Ali, termasuklah Lily.
Sebaik bersalam dengan semua yang Ada, Ali terus duduk di tempat yang sudah di sediakan untuknya.
“Ibu siapa tu?” Lily terpegung melihat lelaki yang lalu hadapanya. Tidak berkelip matanya melihat. So.. hot! Pertama kali dia melihat lelaki sekacak itu. Jauh lebih kacak dari Amar.
“Dia pakai baju warna apa? Duduk dekat mana?” Bunga buat-buat tanya. Biar Lily jawap sendiri pertanyaannya.
Baju putih sepertinya. Lily sudah terngaga mulutnya. Duduk di kusion untuk pengantin lelaki.
“Tu ayah!” Damia menunjuk ke arah Ali.
“Oh! My! God! IBU! Ni Abang Ali bukan Pak Ali” Lily bersuara agak kuat hingga semua melihat ke arahnya. Termasuk Ali.
Share this novel