Bulan madu yang di impikan tidak seperti yang di harapkan. Mahu meluangkan masa bersama agar dapat mengenali antara satu sama lain lebih mendalam tapi sebaliknya yang berlaku.
Hari ini Lily masih lagi sama seperti semalam. Di buatnya Ali seperti tunggul. Ali juga seperti hampir putus asa untuk memujuk Lily.
“Sebelum balik, by ada nak beli apa-apa tak?”
Tiada sebarang respond dari Lily. Ali mengambil keputusan sendiri berhenti di kedai cenderhati. Oleh-oleh untuk kedua mertuanya masih lagi belum di cari.
Ali bergerak sendiri ke kedai tanpa mengajak Lily. Saat Ali pergi, air mata Lily kembali mengalir. Dia tidak mahu menunjukan dirinya lemah di hadapan Ali.
Ali hanya belikan t-shirts untuk kedua mertuanya. Kedai yang dia pergi pun tidak jauh dengan tempat dia meletakan keretanya. Ketika hampir sampai Ali melihat dari luar Lily mengesat air matanya.
Ali buat seperti tidak nampak. Pintu di bahagian Lily di buka. “By tolong. Saya tak tahu nak beli apa untuk ibu ayah.” Beg plastik baju yang di beli tadi lebih awal Ali sorokan di belakang badannya. Walaupun dia boleh buat semua, dia mahu Lily tahu yang dia tetap perlukan Lily.
“Jom by,” Ali tarik sahaja tangan Lily agar ikutnya. Sempat lagi Ali campak baju yang di beli masuk ke dalam kereta tanpa Lily sedar.
Lily terpaksa cari barang untuk kedua orang tuanya. Kalau ikutkan hati dia malas. Tapi tak kan nak balik dengan tangan kosong.
“By nak bagi pes ke?” Ali garu kepala. Ingatkan dia sahaja yang old fesyen. Lily lagi old.
“Kalau tak suka cari sendiri.” Lily mahu patah balik ke kereta tapi dengan pantas Ali tahan.
“Suka-suka. Tapi tak kan ni je. Ni untuk ibu, Ayah pula?”
Lily menjeling tajam Ali. Wajahnya juga sangat bengis. Tangan yang di pegang Ali di sentap sahaja. Kalau tak kerana ada di tempat umum dah melayang satu penumbuk di muka Ali.
Marah-marah Lily di turutkan juga apa yang Ali katakan. Di ambil sahaja barang yang lalu di hadapan matanya dan di masukan ke dalam bakul.
Ni balas dendam apa ni. Kalau tahu tadi tak payah tegur. Biar sahaja Lily pilih sampai siap.
Perjalanan pulang sungguh sunyi sepi tidak seperti perjalanan pergi. Perbezaannya adalah 360 darjah. Ali yang sedang geramkan Lily juga mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia ada kesabaran tapi ada batas juga. Bukan tidak minta maaf. Berkali-kali tapi Lily masih dingin dengannya.
Jadi Ali mengambil keputusan untuk diam bagi menenangkan dirinya baru di fikirkan cara lain untuk memujuk Lily.
Sebaik tiba di perkarangan rumah, Lily menarik nafas dalam-dalam sebelum di hembuskan dengan laju. Dia perlu tenang, dia perlu buat seperti biasa.
Eh! Eh!
Terkejut Lily baru keluar kereta dah kena serbu dengan Olivia.
Pesal minah ni tiba-tiba peluk Aku, nangis pula tu. Sekarang aku yang sedih apa pasal dia pula yang nangis.
Lily cuba lepaskan pelukan Olivia tapi tidak berjaya. Ali yang melihat juga merasa pelik. Jangan nanti Lily berjangkit nangis sudah. Dahlah sekarang pun tak habis pujuk lagi. Betul-betul drama keluarga Fazrin ni.
Ting!
Bunyi WhatsApp masuk, Ali seluk kocek seluarnya untuk melihat. Pesanan dari Amar di terima.
‘Pembawakan budak, minta Lily layankan sahaja Via. Please... Minta Lily pujuk please’ Ali memandang Amar yang turut ada di luar rumah. Tersengih-sengih Amar meminta bantuan dari Ali dan Lily.
Hai baby belum keluar pun nak berdrama. Kalau Lily mengandung pasti lebih teruk berdrama rasanya.
“By...” Ali tunjukkan pesanan yang di terima kepada Lily. Lily yang berusaha untuk leraikan pelukan Olivia terhenti seketika.
Sebaik baca, Lily terus memandang Amar. Isyarat meminta bantuan Amar berikan dengan wajah sedihnya sekali.
“Jom duduk!” suara Lily agak tegas bercakap dengan Olivia. Yela dia pun ada masalah. Hati pun belum pulih Olivia pula buat hal.
Semakin kuat tangisan Olivia yang terkejut dengan sergahan Lily.
“What you want from me? Say something. You cry I don’t know what you want from me.”
Tiba-tiba Olivia melutut di kaki Lily. “I’m sorry...”
Lily dan Ali pantas menarik Olivia untuk bangun semula. Keduanya terkejut dengan tindakan Olivia.
“Please marry Amar. I know...”
Tak sempat Olivia habis berkata Ali sudah menyinga. Walaupun dia tidak sepandai ahli keluarga Fazrin tapi dia tahu makna yang Olivia ucapkan tadi. “Isteri aku, sedap-sedap suruh kawin dengan laki kau. Kalau pembawakan budak pun jangan melampau! Kalau kau dah tak sayang laki kau pun, bukan bermakna Aku tak sayang isteri Aku, Dah masuk Bie. Biar laki dia sendiri pujuk,” Di tarik sahaja Lily untuk ikutnya. Hangin betul Ali. Amar pun di jeling marah.
Sebaik masuk lagi sekali Lily di serbu oleh Damia dan Danish. Tak menyempat untuk Lily duduk. Tapi Fazrin dan Bunga memandang satu sama lain apabila melihat wajah Ali seperti mahu makan orang itu. Pertama kali melihat muka menantunya begitu.
“By duduk sebelah ibu!” Tegas Ali bersuara. Tak pernah Ali begitu sebelum ini. Sebab Ali memang seorang lelaki yang lemah lembut. Sopan bila berkata. Lily yang terkejut dengan ketegasan Ali menurut sahaja. Orang sabar kalau naik hangin bahayanya lain macam. Baik jangan cari pasal.
“Mia Danish, jaga Umi. Jangan bagi auntie Via, Amar datang dekat.” Anak sekali sudah terbabit. “Danish duduk atas Umi, Mia dekat sini.” Di susun kedua anaknya menghimpit Lily langsung tak bagi ruang orang lain datang dekati Lily. “Ibu jangan bangun duduk sampai saya datang semula,” Sekarang mertua pun kena libat sekali.
Ali nak kata keluarga Fazrin kuat drama. Dia pun lebih kurang sama juga. Dah berjangkit mungkin. Hahahaha...
Pantas Ali berlari keluar untuk mengambil barang yang masih tersimpan di bonet kereta. Sempat lagi Ali menjeling Amar dan Olivia yang masih sedang menangis.
“I tell you already. Lily already happy with her husband. I also don’t have feelings to her. Please darling... Please believe me. The person I love now is you. Only you.” Amar berusaha untuk memujuk Olivia. Amar sendiri terkejut apabila Olivia menyuruh Lily berkahwin dengannya di hadapan Ali. Kalau dia jadi Ali pun dia naik hangin. “Please don’t cry darling. Baby will sad.” Di ulas lembut perut Olivia.
“Ali tu kenapa pula?” Bunga pelik melihat sikap Ali yang berbeza. Gaduh ke dengan Lily. Tak kan baru balik honeymoon dah gaduh.
“Kak Via suruh Lily kawin dengan Amar. Tu naik hangin,” jawab Lily. Rajuk-rajuk Lily pada Ali, dia bangga juga sebab Ali sayangnya.
“Cemburulah ni,” Terus Fazrin rasa lega. Ingatkan kenapa. Cemburu itu tanda sayang. Jadi tak apalah kalau nak cemburu.
Ali yang masuk semula ke dalam rumah terhenti langkah apabila telefon di kocek seluarnya berbunyi. Panggilan dari Husni masuk.
“Assalamualaikum Ayah,”
“Nak bincang sesuatu?” bincang apa pula ni. Kenapa lah hari ni macam-macam terjadi. “Ali dekat rumah mertua Ayah. Bila balik tak tahu. Kalau mustahak ayah datanglah sini.”
“Ibu ayah Lily okay je ayah. Nanti saya bagitahu mereka semua yang ayah nak datang.”
“Baik... Assalamualaikum,”
“Siapa nak datang Ali?” Fazrin bertanya. Dengar perbualan Ali tadi. Tapi Fazrin lihat wajah menantunya seperti ada masalah. Kemudian Fazrin secara sekilas melihat Lily. Budak Lily ni punya kerjalah ni. Siapa lagi yang boleh buat Ali serabut kalau bukan anak sendiri.
“Ayah arwah kak Aisyah. Saya suruh dia datang sini. Tak apa kan?” Dah confimkan dekat sana baru tanya yang sini.
“Datanglah. Bila tu?” tetamu nak datang jadi perlulah sediakan sesuatu untuk sambut mereka.
“Sekejap lagi. Dalam sejam dua.”
Fazrin melihat jam di dinding. Lepas zuhur mungkin. Duga Fazrin. “Nak masak apa sayang? Bie boleh pergi beli,” Ali tiba-tiba merasa menyusahkan kedua mertuanya pula.
“Bie beli rempah kari sahaja. Ada itik dalam peti. Masak tu je,” balas Bunga. Tadi dah masak lauk yang ringkas kerana menantunya tidak boleh menelan makanan asia. Melampau betul pembawakan budak Olivia ni. Nasib baik mak memang bukan Asia.
“Tak pe Ayah. Ali pergi beli.”
“Baguslah. Kunci motor tu, tempat biasa. Guna je motor ayah tapi sebelum pergi tu. Yang berplastik-plastik tu tak nak bagi ke?”
“Boleh-boleh ayah,” Ali tak tahu kenapa hari ini hidupnya seperti serabut sangat. “Saya tak tahu ayah nak mana satu jadi ayah pilih jela. Yang ni memang untuk ibu ayah,” Di hulurkan semua cenderhati yang di belikan untuk Fazrin dan Bunga.
Untuk anaknya sudah di bawa masuk lebih awal. Sebab itu Lily di serbu tadi. Nampak tangan Lily membawa hasil tangkapan untuk mereka berdua.
Sebaik Ali pergi, Fazrin lagi sekali bersuara. Kali ini menegur anaknya sendiri. “Kamu merajuk sebab apa dengan Ali, Lily?”
“Tak merajuk pun,” Lily cuba menipu.
“Jangan nak menipu Ayah Lily. Ayah ni sekali imbas tengok Ali, tengok kamu. Ayah dah tahu.” Kalau dia sudah tiada nanti siapa yang nak tegur semua anaknya.
“Kamu tak nak cakap dengan ayah tak apa. Tapi ayah nak ingatkan. Merajuk jangan lama-lama. Ibu pun tak pernah merajuk dengan ayah sampai bawa hari ke hari. Sebab ibu ayah tak nak menyesal nanti. Menyesal jika salah seorang pergi dahulu...”
“Ayah janganlah cakap macam tu...” Lily sudah cuak.
“Ayah cakap benda yang betul Lily. Bukan ayah saja-saja takutkan kamu. Kamu yang merajuk akan lebih menyesal daripada penyesalan orang yang dah berusaha memujuk,” Fazrin sambung semula.
“Kalau memang silap Ali, dia dah minta maaf. Maafkan lah. Manusia memang mudah buat silap. Cuba lapangkan dada tu. Fikirkan kita ni ada buat silap tak. Fikirkan pasangan kita boleh maafkan kita kenapa kita tak boleh. Kalau hati tu masih kata tidak, minta pada Allah untuk tenangkan hati tu. Insyallah Lily akan rasa manis itu nanti,”
Fazrin bangun untuk menolong Bunga apa yang patut di dapur. “Siapa nak tolong Atuk basuh itik,”
Kedua cucu tirinya geling kepala. Bertuah punya budak. Umi dah balik lupakan atuk betul. Umi tak ada Atuk juga yang di cari.
Lily duduk diam di kerusi memikirkan apa yang Fazrin nasihat padanya. Dia mahu berbaik semula dengan Ali tapi bagaimana. Tak kan tiba-tiba baik, buat seperti tiada pape. Ke nak tunggu Ali pujuk lagi sekali baru baik semula.
Share this novel