“Abang Ali!”
Serentak Ali dan Lily menoleh ke belakang. Lily tengok macam kenal, macam siapa ye.
“Abang Ali datang sini bawa anak-anak main ke?”
“Ye.” Sepatah sahaja Ali balas. tak nak balas lebih-lebih. lagi tahu Lily jenis kuat cemburu. Cukuplah hari ini kena bebel sekali. tak nak yang kedua ketiga kali.
Macam arwah kak Aisyah. Lily pandang Ali yang buat tidak tahu. Tidak mahu perkenalkan orang di hadapanya.
“Bolehlah Aimi main-main dengan diaorang sekali.”
“Suka hati,” Jawab Ali ringkas.
Lengan Ali di siku oleh Lily. Kepala di angkat sedikit sebagai isyarat bertanya siapa perempuan tadi.
“Adik arwah Aisyah. Ni isteri abang Aimi,” baru Ali perkenalkan mereka berdua.
Mulut Lily berbentuk O tanpa sebarang bunyi. Tangan di hulurkan untuk bersalam dan di sambut mesra oleh Aimi.
“Dah agak dah. Tak kan abang keluar dengan perempuan lain pula.” Jawab Aimi dengan gurauan. Tapi hatinya sakit hanya dia sahaja yang tahu.
Tapi kenapa kau tengok suami aku je. Ada juga yang kena cucuk mata nanti. “Tadi kata nak main dengan Mia dan Danish. Jadi pergilah.” Lily menghalau Aimi. Lalu Ali di tarik menjauhi Aimi.
Lantak lah nak kata dia sombong pun. Yang penting Ali dia yang punya. Suka hati dia nak seret ke mana-mana pun.
Aimi tersenyum melihat Ali yang di tarik oleh Lily, Kemudian dia melangkah ke tempat Danish dan Damia bermain.
“Kenapa dia tengok Pak Ali macam tu?” Lily tidak berpuas hati. Ali yang di soal siasat sebaik sahaja duduk di bangku.
“Mana saya tahu, yang penting saya tak pandang macam tu,” balas Ali seperti biasa. Padahal dalam hati sudah cuak habis. Baru dua hari keluar bersama Lily dah tahu sangat dah dengan sifat cemburu Lily. Ada sebab rupanya Fazrin beri amaran awal padanya.
Ye tak ye juga. Kalau aku nak marah, marah dekat perempuan tu. Suami aku tak salah pun. “Lily minta maaf tau marah Pak Ali tadi.” Lily sudah mula jadi ulat bulu semula. Tangan Ali di peluk, kepalanya turut di sandarkan di tepi lengan Ali “Pak Ali boleh pandang macam perempuan tadi tu buat tapi dekat Lily je.”
“Baiklah.” Ali merasa lega sikit. Peluh tunggu masa untuk menintis sahaja tadi.
“Pak Ali suka Lily tak?” tanpa malu Lily bertanya.
“Suka,” balas Ali sepatah. Isteri comel begini hanya orang gila sahaja yang tak suka.
“Samalah Lily. Lily pun suka Pak Ali. Tapi Lily tahu suka Pak Ali pada Lily masih tiada sayang. Sayang tu nanti Pak Ali boleh timbulkan sikit demi sedikit. Lily sanggup tunggu. Sayang pada Lily je, jangan orang lain...” Lily bercakap, dan bercakap tanpa henti hingga Ali hanya mampu membalas ye atau anggukan kepala sahaja.
Kalau bercakap pasal sayang, dari hari pertama menjadi suami Lily dia dah berusaha untuk sayang pada Lily. Walaupun baru seminggu bersama. Tipu kalau dia katakan masih tiada sayang itu. Lagi-lagi dengan sikap manja Lily yang jauh dari pemikiran akal fikirannya.
Sepasang mata yang sentiasa melihat ke arah Lily dan Ali merasa tidak berpuas hati. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menolak Lily masuk ke dalam sungai. Sepatutnya Ali menjadi miliknya tapi segalanya musnah kerana Lily.
Kerana sakit hati Damia yang berada di depan matanya di tolak hingga jatuh.
“Umi! Uwa... Uwa.... Mi...” Damia terus menangis kerana sakit. Lily yang di panggil untuk memujuknya.
Aimi yang terkejut datang dekati Damia. “Mia kenapa?” Aimi melihat kesan luka di lutut dan tapak tangan Damia lalu di bersihkan tangan Damia terlebih dahulu. Ketika kaki baru ingin di bersihkan Lily terlebih pantas datang menolak Aimi hingga terduduk.
“Anak Umi kenapa?” Air mata Damia di kesat dahulu. Sebelum badan anaknya di lihat satu persatu.
“Umi... sakit.” Dalam tangis Damia mengadu. Tangannya yang luka di tunjukkan pada Lily.
“Umi hilangkan sakit ye.” Air mata Damia di kesat lagi sekali. “Bismilah... La Ilaha Illallah.” Habis berzikir Lily menghembus ke luka di tangan Damia. “Tu dah dah kurang sakit kan.”
Damia mengangguk kepala. Tangisannya turut sudah berkurangan.
“Dekat mana lagi sakit. Umi hilangkan rasa sakit tu.”
“Kaki.” Di tunjukkan kedua lututnya yang luka. Seluar yang di pakai Damia juga koyak di bahagian lutut.
Lily lakukan perkara sama seperti. Selepas berselawat di hembuskan pada kedua lutut Damia. “Anak Umi tak sakit dah.”
Ali yang sudah mendukung Danish melihat cara Lily memujuk Damia. Mudah sekali anak perempuannya terpujuk dan berhenti menangis. Tapi kalau dengan Danish kenapa tak boleh berhenti menangis kalau di pujuk oleh Lily. Ali memandang Danish pula. Selalu cari pasal dengan Lily tapi dekat Lily juga di perginya. Dia masih tidak faham dengan pemikiran kanak-kanak.
“Aimi main dengan Danish tadi tak perasan siapa yang tolak Mia. Maafkan Aimi Abang.” Aimi sudah menunduk bersalah.
Lily berdiri selepas bangunkan Damia untuk berdiri. “Tak apa Aimi. Dah nak jadi. Lagipun ramai budak-budak. Biasalah bertolak rebut untuk main.” Wajah Aimi di pandang. Di berikan senyuman sekilas.
“Ye betul tu,” ringkas balasan Ali.
“Kita balik sapu ubat ye Mia.” Damia di pandang semula dapat anggukan Damia Lily memandang Ali. “Awak angkat Mia. Danish saya bawa.”
Danish telah bertukar dukungan. Kini Damia pula berada dalam dukungan Ali.
“Kami balik dulu. Terima kasih tolong tengokkan diaorang berdua.” Lily meminta izin untuk pergi.
“Ye... Hati-hati. Aimi minta maaf lagi sekali.” Melepas lagi, macam-macam cara Aimi fikir untuk coletkan minyak pengasih pada Ali. Sebaik bertembung dengan Ali tadi. Baru tangannya ingin menyentuh lengan Ali, Lily terlebih dahulu tarik Ali untuk ikutnya.
Peluang kedua lebih cerah ketika Damia jatuh. Jika Ali yang datang melihat Damia dia akan cuba-cuba tersentuh Ali tapi lagi sekali di kacau oleh Lily. Memang sial perempuan ni.
Ali dan Lily melangkah meninggalkan Aimi seorang diri.
“Saya cakap Pak Ali jangan fikir bukan-bukan ye,” Lily bersuara semula lepas kereta Ali bergerak untuk pulang.
“Belum cakap jadi saya tak tahu akan fikir bukan-bukan atau tidak.” Di pandang Lily sekilas. Kemudian kedua anaknya yang duduk di belakang turut di pandang melalui cermin pandang belakang.
“Lily rasa pelik je... Kenapa Aimi kata Mia kena tolak padahal dia kata tak nampak. Boleh jadi Mia jatuh sendiri.”
“Entahlah awak.” Ali dari awal sudah curiga dengan kata-kata Aimi. Tapi dia diamkan sahaja di dalam hati dan berfikir positif. Mungkin memang betul Mia di tolak oleh kanak-kanak yang lain.
“Kan. Saya pun entahlah tapi saya rasa was-was.” Kemudian Damia di pandang. “Mia nampak siapa tolak Mia?”
Damia mengeling kepala.
“Sakit lagi ke anak Umi?”
“Sakit mi.” Aduh Damia seperti mahu menangis semula.
“Cian anak Umi... Nanti balik rumah Umi sapukan ubat ye. Nanti tak sakit dah.” Lily cuba memujuk.
Share this novel