BL 7

Family Series 60975

Kopi di cawan di kacau hingga membentuk taufan kecil di dalam air yang di bancuh. Olivia duduk di penjuru meja sambil termenung.


Fikirannya ligat memikirkan cara agar Amar memandangnya. Agar Amar menjadi miliknya. Kawannya ada mencadangkan untuk tidur bersama Amar dan mengandungkan anak lelaki itu. Tapi Olivia tahu, Amar tidak pernah sedikit pun tergoda dengannya. Setiap sentuhan tangan yang di beri pasti di tepis.

Dia juga tidak mahu bermain kotor kerana tahu Amar pasti akan membenci dirinya. Tiada guna miliki Amar tapi Amar membenci dirinya.

“What are you looking,” tegur Amar sambil matanya memandang ke arah pandangan Olivia. Lama dia ada di situ, dan perasaan Olivia memandang ke satu arah yang sama sahaja.

“Nothing,” balas Olivia ringkas sambil melihat wajah Amar sekilas. Dia bangun dari duduknya dan melangkah pergi meninggalkan Amar.

Mungkin cara yang terbaik adalah jauhkan diri dari Amar. Apa pun yang terjadi pasti Amar tidak akan jadi miliknya. Lebih baik dia cuba untuk memadamkan nama Amar yang sudah tertulis di hatinya. Itu lebih baik dari terus menaruh harapan yang di impikan.

“Aku ada salah cakap ke?” Amar garu kepala melihat Olivia melangkah pergi. Kawannya itu sedikit pelik hari demi hari.

..

Baju Damia dan Danish di sumbat sahaja ke dalam beg sekolah anaknya. Dia tidak sempat memandikan kedua anaknya kerana awal-awal pagi lagi Danish sudah mengamuk dan perlu di pujuk kerana mencari susu gantung ibunya.


Danish masih lagi tidak lepas susu walaupun sudah berumur tiga tahun. Sebelum ini setiap kali dia masak, ada Aisyah menjaga kedua anaknya untuk seketika. Jika dia memandikan salah seorang anaknya pasti seorang lagi bermain dengan Aisyah. Kini semuanya dia perlu uruskan secara serentak.

"Mia tak yah sekolah hari ni." Damia yang sedang mengisap susu botol di angkat sahaja untuk di bawa masuk ke dalam kereta. Kedua anaknya jelas kelihatan seperti tidak terurus.


Danish yang masih menangis di biarkan sahaja duduk di seat belakang. Dia tiada masa untuk memujuk.

Kereta di pandu menuju ke rumah Fazrin dan Bunga. "Mia kalau nenek tanya dah sarapan belum. Cakap belum tau?"

Damia hanya mengangguk kepala tanda dia faham.

Sebaik sampai satu persatu anaknya di turunkan dari kereta. Beg baju anaknya di hulurkan kepada Fazrin. "Maaf saya tak sempat mandi mereka berdua. Baju ada dalam beg."

"Tak apa. Boleh mandi dengan Umi diaorang. Dari duduk tak buat apa boleh bagi kerja sikit." Balas Fazrin dengan nada bergurau.

"Aha Ali. esok bawa lebih baju diaorang. Petang mandi dekat sini je. Kamu tak susah dekat rumah." Bunga yang cuba memujuk Danish yang sedang menangis menyampuk. Kecian tengok Ali sebenarnya. Dulu tengok sudah tidak terurus. Lepas kepergian arwah Aisyah lagi teruk. Nasib baik kenal. Kalau tidak ingat orang gila agaknya.

"Ye esok saya bawa lebih." Ali turutkan sahaja. Sekurangnya kurang sedikit bebannya.

Sebaik Ali pergi nama Lily di jerit dengan lantang sekali. Seperti orang gaji Lily di buatnya.

Memcicit Lily berlari menuju ke arah suara Bunga. "Ha! kenapa Ibu?"

"Mandikan dua ketul ni."

Danish yang melihat Lily semerta meminta tukar dukungan dari Bunga ke Lily. Lily semerta mengambil Danish. "Tak mandi lagi ke? Dah berapa hari dah tak mandi." Lily sedikit mengeluh. Bukan tidak ikhlas untuk menjaga Damia dan Danish tapi dia rasakan Ali semakin lama semakin melampau.

"Lepas mandikan bagi makan. Confirm belum makan lagi dua ni." Senang kerja Bunga sejak Lily duduk dengan. Seperti mem besar sudah. Kerjanya hanya mengarah sahaja. Nasib baik dari kecil sudah di ajar untuk dengar segala arahnya. Dah besar mudah, setiap yang di katakan pasti akan di turuti.

..

Ali singgah dahulu di warung untuk membeli makan tengah hari sebelum mengambil kedua anaknya. Sekarang langsung dia tidak sempat untuk masak. Sebelum balik pasti singgah di kedai dahulu. Tidak kira jika dia balik awal atau lewat petang.

"Ali aku tengok kau ni makin tak terurus dah." Seseorang yang sedang menegur Ali yang sedang memilih lauk.

Balasan dari Ali hanyalah diam. Tidak mampu dia balas apa-apa kerana sememangnya dia betul-betul tidak terurus. Dia masih lagi tidak biasa menguruskan kedua anaknya seorang diri.

"Cari jela penganti Ali. Ramai sahaja janda dara dekat sini. Boleh juga uruskan anak dan kamu sekali." Orang lain pula berkata.

"Saya tak pernah terfikir nak cari penganti arwah isteri saya." Balas Ali dengan jujur.

"Tak terfikir atau kau takut tak ada orang nak kan kau. Kalau tak ada orang nak aku pun boleh saja Ali jadi penyeri hidup kau." Pemilik kedai makan pula bersuara. .

"Ha... elok lah tu. Duda dan Janda."

Tangan yang ingin mencedok lauk semerta terhenti. Di letakan semula senduk di tempat asalnya. "Tak apa saya tak jadi beli. Dan saya tolak lamaran Bedah."

Ali terus melangkah keluar dari kedai dan masuk ke keretanya. Kereta di hidupkan lalu terus menuju ke rumah Fazrin.


"Gurau sikit dah lari. Tak boleh bawa gurau langsung la Ali ni."


Lelaki yang memakai jubah putih dan kopiah putih bangun dari duduknya.

"Tok tak habis makan lagi. Nak balik dah ke? Tak sedap ke makanan saya hari ni?" Bedah bertanya sebaik tok Imam ingin membayar makanan. Kelihatan masih banyak lagi makanan di pinggan Tok Imam.

"Aku nak lari dari orang-orang yang menyakitkan hati orang lain. Aku tak nak tanggung dosa sebab duduk sini. Orang yang baru kematian isteri jangan di buat bergurau. Cuba anak kamu kena macam Ali tu. Sakit hati ke tidak kamu semua." Duit di letakan di kaunter pembayaran. "Baki simpan. Derma duit itu untuk tambah pahala kamu sikit."


Semua yang bercakap dengan Ali tadi terdiam dan tersentap dengan teguran Tok Iman.

..

"Ali masuk dulu, anak kamu tengah makan," pelawa Fazrin sebaik melihat Ali keluar dari keretanya.


"Tak apa Pak Rin saya tunggu di luar sahaja." Ali menolak. Dia baru balik dari kebun badannya berbau peluh.

"Panas dekat luar tu. Masuk dulu. Anak kamu baru je makan. Lama lagi nak habis tu."

Ali akhirnya menerima pelawa Fazrin selepas di ajak beberapa kali. Lily yang sedang menyuapkan Danish and Damia pantas berlari masuk ke dalam bilik. Di sarung jubah dan tudung sebelum keluar semula.

Sebaik masuk Ali melihat kedua anaknya sedang makan sambil melihat cerita karton. Damia makan suap sendiri tapi makanan di dalam sudu Lily yang sedukkan. Danish pula makan bersuap.

Bunga yang muncul dari dapur memperlawa Ali untuk turut menjamu selera. Ali pada mulanya ingin menolak menjadi terbantut apabila melihat jelingan tajam Lily. Lebih baik di pergi menjamu selera daripada bertentang mata dengan Lily. Dia tahu anak gadis Fazrin tidak menyukai dirinya. Tapi dia bernasib baik anaknya di layan dengan baik sekali oleh gadis itu.

Pada mulanya Ali ingat Lily turut tidak suka pada Danish dan Damia. Tapi apabila di fikirkan balik. Jika tidak suka masakan kedua anaknya suka bersama Lily. Mungkin riak wajah Lily sahaja bengis tapi hatinya baik.

Olivia datang ke tempat Amar. Sudah beberapa hari dia tidak menegur Amar seperti selalu. Dia tidak untuk melupakan Amar. Tetapi hari ini dia terpaksa juga untuk bertemu dengan Amar.

Sejak pertama kali bertemu Amar dia sudah jatuh hati pada lelaki itu. Apabila tahu peribadi Amar yang sangat menghormati wanita lagi membuatkan Olivia bertekad untuk jadikan Amar miliknya. Tapi semuanya hanya mimpi untuknya.

"Amar can you send me going back today. My car broken."

"But I late today." Amar tidak kisah untuk menumpangkan Olivia balik kerana memang lalu rumah Olivia dahulu sebelum sampai ke rumah sewanya. Tapi sudah hampir setiap hari dia pulang lewat dari tempat kerjanya.

"It okay. I can wait you." Olivia hulur secawan kopi kepada kepada Amar. "This, as a token of my gratitude."

"Thank you Via." Amar menerima dengan senang sekali.

Olivia meninggalkan Amar dengan wajah tersenyum. Dia terimbas kembali pada ujian kesuburan yang sahabatnya suruh lakukan pagi tadi. Hari ini merupakan harinya dan dia perlu bertindak hari ini untuk dapatkan Amar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience