57

Romance Completed 26570

Jumaat, 9.00 malam.

Radio usang yang berada di dalam biliknya dihidupkan. Itu Radio kegemaran arwah ayahnya. Dahulu semasa rumahnya masih tiada televisyen, radio itulah yang menghiburkan mereka setiap hari. Dengar berita pun hanya di radio, nak tengok drama melayu pun hanya di radio. Fungsi sama sahaja macam televisyen cuma bezanya tiada gambar.

Izaty duduk di atas kerusi kecil sambil menyisir rambutnya macam hantu raya walaupun rambutnya pendek paras bahu sahaja.

Tiba-tiba lagu kegemaran Izaty semasa kecil berkemundang di corong radio. Lagu semasa dia dengar bersama arwah ayahnya dahulu kala.

Lagu yang bertajuk Setiaku Korbankan nyanyian Fauziah Latiff berkumandang memenuhi ruang biliknya.

Izaty dengan segera kuatkan sedikit bunyi radio tersebut. Setelah itu dia kembali duduk di kerusi kecilnya kembali sambil sambung kembali menyikat rambutnya. Matanya layu sahaja memandang ke arah cermin di hadapannya.

Perlahan-lahan dia menyanyi bersama radio tersebut dengan penuh rasa sayu. Lagu ini seperti ada kena mengena kisahnya bersama Rafiq ketika ini.

Dia setia dengan Rafiq semasa dalam tempoh pertunangan tersebut tapi, Rafiq boleh pula curang dengan perempuan lain. Apa gunanya Izaty korbankan setianya?

Izaty bernyanyi perlahan sambil wajah Rafiq terbayang di mindanya.

.

Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran

Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan

Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku denganmu
Demi cinta suci

Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan

Setia ku korbankan...

.

Ingin menitiskan air mata lagi? Maaf air matanya sudah tidak mampu keluar lagi dia dah terlalu penat untuk semua ini.

"Rafiq, setia saya korbankan tapi ini balasan awak. Awak memang kejam. Awak memang cukup-cukup dah kenakan saya. Terima kasih Rafiq, sebab sekarang saya dah mula menyintai awak dan dah tak boleh lupakan awak dari hidup saya tapi ini pula yang awak balas. Terima kasih awak telah memperbodohkan rasa cinta saya." Kata Izaty perlahan sambil mengembus nafas panjang.

~~~~~•~~~~~~

Keesokkan harinya.

Izaty pergi melawat Tasha yang sekarang sudah pindah ke rumah maknya. Dia sudah tidak duduk di rumah taman itu lagi kerana sudah bercerai. Cukuplah dia bahagia dan bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang ini.

Kisah cinta cukup menyedihkan kerana berakhir dengan perpisahan dan bukannya penamat yang gembira tetapi Tasha cuba untuk redha.

"Alahai, comelnya anak kau ni. Best je, tengok dia tidur." Kata Izaty perlahan takut terjaga.

Tasha hanya tersenyum.

"Macam mana kau dengan Rafiq? Okey?" Tanya Tasha setelah lama mendiamkan diri.

Izaty mula buat muka renyuk lagi. Kenapa ramai sangat yang nak tanya pasal hal ini? Dia sendiri pun tidak tahu, tapi dia sudah tidak tahan untuk menyimpan lagi. Baiklah dia luahkan kepada kawannya. Lagipun memang terniat dihati untuk luahkan kepada Tasha.

"Aku dah tak boleh dah nak terima Rafiq dalam hidup aku, Tasha." Kata Izaty sebak.

"Ya Allah, kenapa pulak?" Tanya Tasha dengan wajah serius. Seakan-akan tidak percaya apa yang keluar dari mulut Izaty.

"Aku tengok dia curang dengan perempuan lain, Lelaki semua sama." Setitis air mata gugur juga di pipi. Geram dengan sikap lelaki tak guna macam tu, layan perempuan macam sampah. Baru sahaja semalam dia berjanji untuk tidak mahu menangis lagi tetapi kini, air matanya mencurah keluar kembali.

"Ish, takkan kot? Dia tu baiklah." Bela Tasha.

"Aku yang nampak dia yang buat macam tu depan aku." Kata Izaty sambil mengesat air matanya dengan hujung tudungnya.

Tasha mengeluh.

"Aku, nak bagi nasihat kat kau pun, aku sama jugak suami ada perempuan lain tapi, aku tak percaya Rafiq tak akan dan tak sanggup nak buat macam tu. Dia tu baiklah orangnya. Sejak kau kenal dia, dia pernah marah kau ke? Tak kan?"

Izaty terdiam. Hanya mampu mengesat air matanya.

"Izaty... Dengar cakap aku okey? Kau jangan lepaskan Rafiq. Aku dapat rasakan jodoh kau dengan dia kuat, jangan jadi macam aku ni haa... aku kahwin pun sebab terpaksa sebab aku mengandung anak luar nikah demi nak tutup malu keluarga! Kau ada dia, aku tengok dia setia dengan kau. Dia sayangkan kau. Dia tu jenis lelaki baik, aku tahu dia sayangkan kau dan kau pun sayangkan dia sangat-sangat. Kau jangan Izaty, tolonglah jangan lepaskan dia."

"Tak naklah aku Tasha. Aku bukan perempuan murahan nak kejar-kejar lelaki."

"Tak semestinya kau kejar laki tu kau jadi perempuan murahan! Tak! Tak sama sekali, kau tak kejar dia tapi kau kejar cinta dia. Kau sayang dia, aku percaya kau masih sayang dia. Ya Allah, Izaty tolonglah kau jangan jadi bodoh. Baik cepat kau dapatkan hati dia balik aku tak nak kau menyesal esok lusa."

"Tapi dia dah nak bernikah dengan perempuan tu. Esok." Balas Izaty sebak.

"Tak, okey sekarang ni kau pergi dulu tengok dia dari jauh kalau betul itu dia dengan perempuan lain berkahwin tak apa kau lepaskan ajelah. Kejar Izaty, kejar dia. Jangan sesekali kau lepaskan cinta kau! Faham tak apa yang aku cakap? Mungin kau salah lihat je tu. Kalau dia jodoh kau, tak ke mana. Buang sikit ego kau tu."

"Tapi..." Izaty masih ragu-ragu.

"Tak ada tapi-tapi lagi. Sekarang aku nak kau bersiap untuk esok. Aku tahu Rafiq takkan buat macam tu kat kau. Percayalah. Jodoh korang kuat. Jangan lepaskan lelaki sebaik Rafiq tu Izaty, tolonglah!" Kata Tasha cuba yakinkan Izaty.

Izaty tersenyum nipis.

"Okey! Baiklah! Aku akan cuba. Aku akan cuba!"

Izaty mula tersenyum air matanya dikesat lagi.

"Haa.. Inilah Izaty yang aku kenal kuat semangat, jiwa kental. Hahaha..."

Segera Izaty mengapai telefon pintar yang berada di dalam begnya.

Lalu dia menelefon seseorang...

"Hello Kak Nabila, rumah Rafiq dekat mana?..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience