12

Romance Completed 26570

Izaty duduk di atas kerusi untuk menghilangkan rasa penat. 

Sekarang ini, semua murid-murid pra-sekolah dah pulang ke rumah masing-masing. Penatnya tidak terkata. Tapi, izaty berasa sangat puas!

Izaty memandang ke arah cermin di sebelah mejanya itu. Lipstik berwarna merah jambu diambil lalu dicalit ke bibirnya sedikit. 

Lalu dia tersenyum. 

"Hmm, cantik pun." Katanya perlahan.

Lipstik berwarna pink itu disimpan kembali ke beg tangannya. 

Dia termenung seketika. 

"Hmm..." Tiba-tiba sahaja dia teringatkan wajah Cikgu Zamrie malam kelmarin. 

Semuanya terimbas kembali... 

"Hah! kamu ke ni Izaty!" Kata cikgu Zamrie dengan mulut yang terbuka luas.

Izaty ketawa kecil. 

"Ya, ini sayalah cikgu." Anak matanya memandang wajah lelaki tua di hadapannya itu yang semakin di makan usia. 

"Itulah cikgu, kami pun terkejut tengok Izaty ni. Dulu gemuk, hitam, pakai spek mata tapi sekarang perghh!!! Kalah Asmida budak paling cantik kat sekolah ini dulu! Tengok Asmida sekarang. Selekeh gila!" Kata Syafinaz dengan nada teruja. Geng-gengnya dahalu berkumpul kembali dalam satu bulatan dan di tengahnya ada cikgu Zamrie. 

"Apa rahsia kau ni Izaty kurus macam ni?" Tanya Syamila. 

"Rahsia dia?" Tanya izaty kembali sambil menyedut sedikit air di dalam gelasnya.

Tasha, Syafini, Syamila dan Kamariah mengangguk ingin tahu. 

"Rahsia dia, kena selalu makan kata-kata hinaan daripada orang ramai. Just it!" 

Masing-masing tertunduk sebaik sahaja mendengar kata-kata sinis Izaty itu. Mereka memandang ke arah lain seolah-olah tidak dengar apa-apa yang keluar dari mulut Izaty. Masing-masing rasa menyesal bila mengutuk Izaty dahulu.

"Amboi, sombong." Kata cikgu Zamrie.

"Eh, mana ada sombong cikgu. Cuma, Izaty dahulu dah mati sekarang ini Izaty yang baru." 

"Izaty ada orang kasi bungalah kat kau." Datang Jamariah entah dari mana dengan sejambak bunga ros. 

Izaty mengerutkan dahi. Dua kali malam ini dia dapat bunga.

"Erk, siapa yang kasi?" 

"Tu.. Nampak tu?" Jamariah menunjukkan tuan yang kasi bunga tersebut. 

Segera mata mereka memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Jamariah. 

Mata Izaty terus terbeliak!

"Apa! Geng Razlan Kapak! Hahaha! Biar betul!" Izaty ketawa kuat berdekah-dekah. 

"Haha, dia orang tak kenal kau tu Izaty. Haha." Kata Tasha. Memang betul. Orang di situ memang tidak kenal siapa Izaty di hadapan mereka sekarang ni. Yang kenal pun, gengnya, cikgu Zamrie dan pengetua. Itu sahaja. 

"Haah, tak kenal aku lah tu. Weh, lawaklah! Hahaa..." Izaty masih lagi ketawa. 

Geng-geng Razlan kapak tersenyum-senyum sambil melambai tangan ke arah Izaty. Kalaulah mereka tahu itu Izaty! Mesti menyesal sebab dulu suka buli dia. 

"Wehh, amiklah bunga ni. Sampai bila aku nak pegang!" Marah Jamariah. 

"Ish, haha... Okay." Izaty terus mengambil bunga itu lalu dicium baunya. Satu flying kiss di hadiahkan kepada geng Razlan Kapak. 

Mata mereka semua terbeliak melihat adengan flying kiss yang seksi itu. Siap ada yang melelehkan air liur lagi. Geng-geng Izaty terus ketawa terbahak-bahak termasuklah cikgu zlZamrie. 

"Hahaha... Good job izaty. Good job!" 

"Dia orang tak kawin lagi ke?" Tanya Izaty dengan sedikit sisa ketawa.

"Err, rasanya tak. Entahlah yang aku tahu. Syamer dah kahwin." Balas kamariah. 

"Owh!" Balas izaty seadanya. 

"Owh, lupa cikgu Zamrie. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat cikgu. Kalau bukan sebab cikgu Tolong saya banyak, Takkannya saya jadi macam ini sekarang. Terima kasih cikgu." 

"Sama-sama. Lagipun saya cikgu kamu. Saya layan semua orang sama rata. Tak pernah pun sedetik nak ada rasa pilih kasih di hati saya." 

Izaty mengangguk. 

"Yaya, cikgu. Saya terima kasih sangat banyak-banyak."

Ingatan Izaty kembali ke alam nyata. 

"Eh, boleh berkhayal pulak kat sini. Apalah." Dengan pantas izaty mengapai telefon pintarnya yang berjenama samsung itu. 

"Alamak, dah pukul 1.30 petanglah!" 

Izaty menyimpan kembali telefon pintarnya ke dalam beg tangan. 

"Hah, dah lama tak belanja adik-adik makan. Rasa macam nak beli KFC lah kat dia orang. Mesti adik-adik aku ni lapar balik sekolah nanti." 

Izaty tersenyum, dengan segera dia mengemas barang-barangnya, lalu dia pergi dari situ dengan segera. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience