8

Romance Completed 26570

Hari ini Izaty tidak pergi ke sekolah. Takut dengan kejadian kelmarin. Tiba-tiba dia rasa menyesal bila fikirkan balik.

'Haih... Bodohnya aku semalam. Sengaja cari maut.' Kata Izaty dalam hati.

Izaty memberikan alasan sakit kepala hari ini. Nasiblah maknya tak mengamuk.

Izaty langsung tiada mood hari ini. Dia lebihkan temenung. Dari pagi dia tidak makan. Hanya minum secawan kopi tengah hari tadi. Itu sahaja.
Sekarang sudah pukul empat petang. Izaty duduk di tangga kayu sambil mengelamun memandang ke arah jalan.

Entah apa akan jadi kepada nasibnya selepas ini.

"Vromm..." Bunyi kereta memasuki laman rumahnya. Serta merta mata izaty memandang ke arah kereta itu.

"Kereta siapa pulak tu? Haih... Dahlah mak tak ada ni. Haih..." Kata izaty seorang diri dengan matanya masih lagi memandang kereta proton saga berwarna merah itu.

Izaty mengecilkan kelopak matanya. Maklumlah rabun, susah nak nampak dengan jelas. Cermin mata pula ada di dalam rumah.

"Eh, cikgu zamrie!" Kata izaty separuh menjerit. Tiba-tiba dia berasa takut sebaik sahaja muka cikgu zamrie itu keluar dari perut kereta.

'Ya Allah, dia datang ni nak ambil tindakan kot kat aku, kalau kena buang aku tak kisah. Tapi jangan hantar aku masuk balai sudah!' Izaty mula berfikiran pelik-pelik dalam kepalanya.

Jantungnya berdegup kencang macam baru habis larian 100meter.

"Assalamualaikum." Cikgu zamrie memberi salam. 

"Wa... Waalaikumsalam cikgu Zamrie." Balas izaty dengan nada yang teragak-agak. Jantungnya masih berdegup kencang.

Izaty takut untuk pelawa masuk ke dalam rumah. Tapi, dia pelawa jugaklah dah terpaksa.

"Er... Cikgu jom masuk rumah saya dulu. Minum kopi ke apa."

"Eh, tak payahlah. Sini cukup." Kata cikgu Zamrie dengan wajah yang sangat serius.

"Kenapa kamu tak datang hari ni." Tanya cikgu Zamrie.

"Err, sakit kepala lah cikgu." Tipu Izaty.
Cikgu zamrie tersenyum sinis.

"Haha, tak payahlah tipu saya. Saya pun pernah jadi murid sekolah jugak. Alasan tu zaman dulu dah pakai."

Izaty hanya mampu tertunduk.

"Izaty... Apa kamu dah buat ni Izaty... Alahai..." Kata cikgu Zamrie.

"Buat apa?" Izaty memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Pasal semalam lah. Aih, amnesia ke ? Hempuk kepala kat batu ke? Haha..."

"Owh, pasal hal tu. Haa... Ingat." Balas izaty acuh tak acuh.

"Haih, sedar tak dengan tindakan bodoh kamu tu dah mencemarkan nama baik kamu?"

"Apa? Nama baik? Sorry cikgu. Saya kat sekolah tu tak pernah wujud. Yalah, saya ni budak kelas belakang je. Cikgu mana peduli." Kata izaty dengan nada sinis.

"Haha, kamu perli saya ke?" Kata cikgu zamrie dengan tenang.

Izaty terdiam.

"Semua cikgu sayangkan anak murid dia. Cuma cara aje yang lain. Pasal pengetua tu pun, dia sayang anak-anak murid dalam sekolah tu tapi, kamu yang tak nampak."

"Hah? Ya ? Amboi... Semalam bukan main seronok dia dengan cikgu disiplin tu bahankan saya. Ada dengar mereka bahankan Asmida? Tak ada kan?"

Kini cikgu zamrie pula terdiam.

"Cikgu, cikgu tak pernah rasa jadi macam saya ni. Hidup macam binatang. Orang hina sana sini. Dahlah bodoh, hodoh miskin pulak tu. Lagilah orang hina cikgu. Cikgu tak tahu, jadi saya ni penat tau tak? Saya pun manusia tapi kenapa kena layan macam bukan manusia? Budak bodoh macam saya ni selalu terasa dengan tindakan cikgu-cikgu kat sekolah tu tau. Yang pandai bagi layanan kelas pertama. Kami yang bodoh ni, tunggu dulu ada lebih-lebih baru dapat layanan yang baik tu, tu pun kena kongsi."

"Kamu cakap saya tak pernah? Hello? Saya pun pernahlah. Saya pun pernah jadi budak gemuk jugak, selalu kena buli. Tapi saya tak mengalah. Walaupun saya gemuk, saya rajin berusaha. Belajae rajin-rajin. Tengok sekarang alhamdullilah saya jadi cikgu sekolah menengah."

Izaty pula terdiam.

"Kamu lepas ni rasa nasib kamu akan jadi apa?" Tanya cikgu zamrie.

"Entahlah cikgu. Kalau kena buang sekolah saya ingat nak pergi kerja kilanglah. Nak cari duit tolong keluarga saya yang miskin ni. Lagi bagus. Pergi sekolah pun bukannya pandai."

"Jadi kamu rasa kamu kena buang sekolah ke?"

Izaty hanya mengangguk.

"Tak, kamu tak kena buang."

"Apa?" Izaty separuh terkejut dengan mulutnya separuh terlopong.

"Iya, tak kena buang. Saya dah cakap dengan pengetua dan cikgu disiplin tadi elok-elok. Saya cakap kamu stress, perlukan lebih perhatian. Saya cakap lagi perangai kamu tak macam ni selalu dan akhirnya pengetua tak jadi ambil tindakan. Dia pun faham."

"Hmm..." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut izaty.

"Aik tak suka ke?"

"Bukan tak suka. Tapi..."

"Tapi apa? Asmida?" Kata cikgu zamrie tu membuat izaty tersentak.

"Ha, saya percaya apa yang kamu katakan kelmarin yang dia pecahkan kerusi meja kamu. Saya boleh baca riak wajah Asmida tadi tu. Fake sangat."

Izaty terdiam buat entah ke berapa kali.

"Dia kan yang buli kamu pagi tempoh hari kan? Tapi kamu sengaja tak nak sebut nama dia."

Izaty memandang wajah cikgu zamrie dengan wajah kosong.

"Okay, cikgu nak pesan satu je kat kamu. Pergi sekolah belajar rajin-rajin jangan biarkan orang-orang macam tu dapat pijak kepala kita walaupun sedikit. Tunjukkan kita ni mampu buat jugak dan mampu menandingi mereka tu! Ingat pesan saya sampai mati!"

Serta-merta air mata izaty jatuh bederai ke pipi. Dia sangat terharu kerana tidak pernah dapat kata-kata semangat dan sokongan oleh orang lain termasuklah keluarganya sendiri. Dia amat mebghargainya.

"Cikgu... Cikgu zamrie terima kasih sebab tolong saya banyak sangat. Saya tak tahu nak balas dengan apa."

"Kamu kalau nak balas budi saya dengan sijil spm yang penuh dengan A! Dan dapat kerja yang bagus. Itu sahaja yang saya nak dari anak murid saya."

Izaty menangguk.

"Ya, terima kasih cikgu."

"Ya, sama-sama.... Ingat tau pesan saya. Kalau ada masalah jumpa je saya. Saya akan bantu kalau boleh. Saya nak kena pulang dahni. Okay assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Cikgu zamrie pun berlalu pergi dari situ...

Izaty melihat sahaja bayang cikgu zamrie hilang dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience