32

Romance Completed 26570

Sudah dua minggu mereka tidak berhubung. Kali terakhir mereka berhubung melalui aplikasi Whatsapp pada malam tersebut. Selepas itu Rafiq terus sepi dari dunia Izaty. 

"Entah-entah dah mati kena tarik dengan hantu air? Aish! Apa aku ni? Doa yang pelik-pelik dekat orang? Astafirullah-Azim."

Izaty cuba untuk mengucap sambil mengurut dadanya. Tak baik dia doa Rafiq macam tu.

Tiba-tiba Izaty terbayangkan perwatakkan Rafiq itu orangnya seperti apa. Izaty tersenyum sendiri.

'Hmm, Rafiq ni sebenarnya baik juga orangnya, kan... Yalah marah pun tak pandai, asyik senyum je, peramah pulak tu tapi boleh tahan manja. Sombong pun tidak. Pandai bergaul dengan orang. Dia punya senyuman tu Ya Allah, boleh tahan cair jugaklah hati ni tengok dengan mata bulat dia tu haha. Aku pun tak tahu nak letak Rafiq Husaini tu dalam kategori apa. Sama ada comel atau kacak sebab dia ada dua-dua tu. Haish. Untungnya siapa dapat Rafiq Husaini tu, tapi itulah... kena banyak bersabar dengan perangai kuat menyakat orang dia tu. Hahaha, Rafiq...Rafiq.' Kata Izaty dalam hati.

Izaty mula jadi pelik dengan dirinya sendiri sekarang ini.

'Ish! Apa aku ni? Dah gila agaknya. Haih, boleh pulak berangan pasal Rafiq tu Hahaha!'

Kring- loceng pendek berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.

'Hmm, dia dah taknak tegur aku kot?' Andaian Izaty dari dalam hatinya. Tiba-tiba dia jadi sedih bila terfikir ke arah itu. Dia harus sedar dirinya siapa dan Rafiq itu siapa. Mana sesuai? kan? Dia kembali ke alam realiti dan berhenti dari berkhayal kemudian, dia kembali mengajar anak-anak muridnya itu.

~~~~~•~~~~~

"Kak Mas, saya ambil dua kek ni. 20 ringgit kan?" Tanya Izaty sambil memegang dua kek batik.

"Haah, RM20 je." Balas Kak Mas itu. Dia juga cikgu tadika tapi dia buat kerja sambilan iaitu menjual kek dan biskut.

"Saya beli dua tau." Segera Izaty memberikan duit RM20 itu kepada Kak Mas.

Kak Mas sambut dengan mesra.

"Alhamdulillah. Terima kasih." Kata Kak Mas sambil tersenyum-senyum.

"Sama-sama." Balas Izaty turut tersenyum dua ketul kek batik itu dimasukkan ke dalam beg kertasnya. Adik-adikya suka makan kek batik jadi apa salahnya dia beli untuk adik-adiknya bukan?

"Hai Izaty, Kak Mas perasan yang Izaty ni tak main handphone sangat dah. Kalau tidak, berkepit je selepas habis mengajar. Haha... Mesej dengan siapa? Pakwe eh?" Usik Kak Mas.

Muka Izaty mula berona merah muda. Malu.

"Hehe... Ya ke? Takdelah. Mana ada." Izaty cuba untuk berdalih.

"Betullah tu Mas kita teka hari tu. Hahaha..." Sampuk Cikgu Mariam datang entah dari mana.

"Hahaha... Tulah."

"Eh, mana ada. Malulah saya..." Balas Izaty tersipu-sipu.

"Kalau ada pun apa salahnya Izaty. Izaty umur dah 25 tahun memang kena cari suami dah umur macam ni." Kata Kak Mariam.

"Hmm, seru kahwin tak sampai lagi nak buat macam mana kak, saya tunggu jelah." Kata Izaty sambil tersenyum. Tiba-tiba dia terasa malu dengan dirinya. Seolah-olah dia tu anak dara tua.

"Ambik jelah duda rumah tepi kubur tu. Bergetah lagi apa. Hahaha." Usik Kak Mas lagi.

"Eww, Pak Cik Dollah tu? Tak naklah! Saya rela tak kahwin kak. Hahaha."

"Haha, jangan ambik hati ya Izaty. Kak Mas gurau je."

"Alah, tak ambik hati pun lah. Izaty okay je."

~~~~~•~~~~~

Izaty mengeringkan rambutnya di bawah kipas kemudian disikat rapi-rapi olehnya. Matanya pula tertumpu kepada televisyen.

Pring... Pring...

Tiba-tiba ada panggilan masuk. Pantas Izaty mengambil telefon pintarnya itu ingin tahu siapa yang menelefon dirinya itu.

Izaty sudah tersenyum lebar!

RAFIQ!!!

Rafiq: "Hello awak, buat apa tu?"

Cepat-cepat Izaty membalas.

Izaty: "Bagi salam dululah, Kita kan Islam haish, lama tak tegur busy ke?"

Rafiq: "Hehe, sorry. Assalamualaikum."

Izaty: "Waalaikumusalam."

Rafiq: "Haah, saya sibuk sikit baru-baru ni, senang sikit nanti dah tak serabut otak saya fikirkan masalah pejabat nanti. Haha, awak mesti rindu sayakan? Hahaha."

Izaty: "Sorry sikit awak tu siapa saya nak rindu-rindu bagai? Hah, ada apa awak call saya ni?" Kata Izaty seperti orang tiada perasaan padahal dia rindu setengah mati. Dia tak bolehlah tunjuk sangat dekat Rafiq ni, nanti Rafiq ni suka bahan diri dia balik.

Rafiq: "Saya nak tanya awak ni. Bila kita boleh jumpa?"

Izaty: "Nak jumpa untuk apa?"

Rafiq: "Novel awak itulah saya dah habis baca saya nak pulangkan balik."

Izaty: "Hmm, entahlah awak. Saya pun tak tahu saya banyak kerja lainlah awak tu, anak bos."

Rafiq: "Eleh, tak ada maknanya anak bos. Anak bos pun kena kerja macam orang lain jugak okay. Tak kerja, tak berkepuklah poket saya."

Izaty: "Hmm, berkepukkanlah lagi poket awak tu. Kena kikis dengan perempuan kebret baru tahu. Hmm, jadi macam mana ni? Novel saya ada dekat awak lagi ni."

Rafiq: "Hmm, nak buat macam mana eh? Awak datang ofis saya boleh?"

Izaty: "Ergh, tak naklah saya! Pergi jauh-jauh semata-mata nak ambik novel. Erm, tak apalah saya kira halal jelah novel saya tu dekat awak."

Rafiq: "Mana boleh macam tu. Erm, tak apalah nanti saya fikirkan cara lain. Saya nak buat kerja sekejap. Bye."

Izaty: "Okay, bye."

Panggilan ditamatkan.

"Hmm, dia nak buat apa agaknya eh?" Kata Izaty seorang diri.

~~~~~•~~~~~

Izaty duduk depan tv sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya. Dia perasan yang maknya asyik tengok dia dari tadi tapi Izaty abaikan sahaja pandangan maknya itu.

"Zaty... Bila nak kahwin..." Tanya mak nya dengan wajah berkerut.

Tersedak Izaty dibuatnya. Segera Izaty meneguk air.

"Uhuk! Uhuk! Mak..." Izaty merengek manja.

Mak nya masih lagi mengerutkan dahi.

"Mak..." Izaty menyebut dengan lembut.

"Izaty, mak bukannya apa. Risaulah, kamu dah 25 tahun. Tapi masih tak kahwin. Siapa nak jaga kamu nanti. Kamu dahla perempuan. Risau mak tak ada orang nak jaga kamu tau."

Kata-kata yang keluar dari mulut maknya itu menyentak hatinya. Sedih. Tetapi, ada betulnya kata maknya itu.

Tapi... Masih tak ada jodoh nak buat macam mana?

Izaty hanya mampu terdiam. Habis seleranya hilang.

"Mak pun nak cucu!"

Perghhh!!! Lagi sentap dibuatnya!

"Mak... Apa ni gelilah. Orang tengah nak makan ni."

Maknya hanya menggelengkan kepala.

Izaty merenung wajah tua itu dengan penuh rasa kasihan.

"Izaty bukannya tak nak, mak tapi belum sampai jodoh yang sesuai. Nak buat macam mana lagi."

"Mak tahu ketentuan jodoh maut Allah yang tentukan tapi Mak nak cari, kamu yang tak nak."

"Nanti Izaty cari sendiri okay? Jangan risau." Izaty cuba menenangkan orang tua itu.

Maknya hanya tersenyum tawar lalu dia terus pergi masuk ke dalam bilik. Sebaik sahaja maknya hilang dari pandangannya. Wajahnya terus berkerut sedih.

'Mampus! Mana aku nak cari calon suami ni?' Kata Izaty dalam hati. Sejujurnya apa yang dia katakan tadi hanyalah omong kosong semata-mata bukannya betul pun. Entahlah siapa nak jadi suaminya nanti. Haish. Harap maknya tidaklah menaruh harapan menggunung sangat.

"Haih." Keluh Izaty.

P/s: rasa macam dah kurang bersemut dah cerita ni. Takpe, next chapter saya bagi bersemut balik! Saya jemput semua ahli persatuan semut semalaysia untuk next chapter. Tunggu ya! ^_^ rugi oo kalau tak baca chapter yang akan datang ni hehe. Nak tahu? Kena tunggulah. Suprise!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience