39

Romance Completed 26570

Sesampainya mereka di hadapan rumah Tasha, segera Izaty keluar dari perut kereta Rafiq tanpa menunggu kereta itu berhenti sepenuhnya. Pintu pagar terbuka pintu rumah juga terbuka tidak dikunci.

"Tasha!!! Tasha!!! Mana kau Tasha!!!" Jerit Izaty sekuat hati setelah sudah melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"Awak, kawan saya tak ada!" Jerit Izaty dengan nada cemas.

"Sabar, kita cari dulu okay. Buka setiap pintu bilik, mana tahu ada. Saya pergi cari dekat belakang rumah." Kata Rafiq dengan tenang. Dia sedar bahawa dia harus bertenang agar Izaty juga jadi tenang kalau kedua-dua mereka gelabah kerja tak akan jadi.

"A'ah." Kata Izaty sambil melangkah membuka satu per satu pintu.

Rafiq pula mencari di keseliling luar rumah, mana tahu ada di luar rumah.

Ke semua pintu Izaty membuka tetapi kosong. Tinggal lagi satu pintu sahaja lagi. Izaty cuba untuk membuka. Terkunci. Izaty cuba untuk merentap sekuat mungkin namun, gagal.

"Rafiq!!! Rafiq!!!" Laung Izaty sekuat hati.

"Hah! Jumpa dah ke?" Kata Rafiq sambil laju kakinya melangkah ke arah Izaty.

"Semua pintu saya buka tak ada. Tinggal yang ini je lagi tapi berkunci dari dalam."

Rafiq dengan wajah serius cuba merentap tombol pintu itu sekuat hati.

"A'ah, yalah. Berkunci." Kata Rafiq dengan nada serius.

"Habis? Macam mana ni?" Kata Izaty sambil menarik hujung baju kurungnya.

"Awak tepi sikit." Kata Rafiq dengan wajah semakin serius.

"Awak nak buat apa?" Tanya Izaty dengan dahi berkerut.

"Tepi je lah." Rafiq mula bernada dingin. Yalah, boleh pulak Izaty buang masa.

Izaty dengan bingung menjauhi pintu tersebut.

Rafiq mengundur tiga langkah ke belakang, dengan tak semena-mena Rafiq menendang pintu yang berkunci tersebut sekuat hati.

GEDEBANGGG!!! - Bunyi pintu ditendang kuat oleh Rafiq.

Dengan sekali tendangan sahaja pintu itu terus pecah berkecai oleh kerana sepakkan kuat Rafiq sebentar tadi.

Terlopong mulut Izaty melihat aksi Rafiq yang tidak di duga itu. Wah! Sekali tendang sahaja pintu yang berkunci tadi sudah rosak. Hebat! Izaty memang tidak menyangka Rafiq boleh lakukan perkara seperti itu.

"Awak tengok apa lagi! Cepatlah cari." Kata Rafiq dengan nada serius.

Izaty tersentak dari lamunan. Terus dia masuk untuk mencari tubuh Tasha.

Berpusing-pusing bola matanya mencari tubuh Tasha. Akhirnya matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang sudah terlentang di atas lantai kamar tidur.

"Ya Allah! Tasha!!!"

"Kenapa Izaty?" Tanya Rafiq dengan nada cemas.

"Awak... Cepat awak, kita bawa dia ke hospital."

Rafiq mengangguk.

Segera Rafiq mengangkat tubuh Tasha. Kini, Tasha sudah berada dalam pelukan Rafiq. Sekuat hati Rafiq mencempung Tasha agar tidak jatuh, lantas mereka segera masuk ke dalam kereta.

Wajah Izaty sudah basah dengan air mata. Takut jadi apa-apa pada Tasha yang sedang pengsan dan kandungannya. Rafiq turut cemas walaupun dia tidak kenal siapa kawan Izaty ini. Dia tak boleh tengok orang dalam kesusahan nanti dia akan turut bersimpati. Memang itu sifat semula jadinya. Mudah simpati orangnya.

Secepat yang boleh, Rafiq memecutkan keretanya meninggalkan kawasan perumahan itu. Izaty setia berada di belakang bersama Tasha.

~~~~~•~~~~~

Jam tepat 7.20 malam.

Sampai ke malam, mereka masih menunggu Tasha di ruangan menunggu. Izaty tidak henti-henti berjalan mundar-mandir di laluan yang sama sambil menyebut-nyebut nama Allah.

Mulutnya tidak henti berdoa tetapi kini dia mula duduk di atas kerusi selepas kakinya terasa lenguh.

Rafiq berjalan ke arah Izaty setelah dia selesai menunaikan solat maghrib di surau hospital. Lantas dia duduk di sebelah Izaty sambil mengulurkan secawan kopi panas yang dibeli di mesin minuman segera.

"Nah." Rafiq mengulurkan secawan kopi panas itu dengan sedikit senyuman nipis sambil matanya tepat memandang ke arah Izaty.

"Thank you."

Izaty turut tersenyum nipis juga sambil tangannya mengambil kopi panas itu.

Rafiq duduk di sebelah Izaty. Dia hanya mampu memejamkan mata sambil menyandar pada kerusi keras berwarna biru itu, lantas dia menyilangkan tangannya. Terasa agak letih baginya hari ini. Bukan tak biasa penat macam ini, dah biasa sebab kerjanya juga perlu ke sana dan ke sini cuma hari ini dia belum bersarapan lagi kerana seleranya benar-benar putus hari ini. Dia sendiri tidak tahu kenapa selera makannya hilang.

Tiba-tiba mata Izaty tertancap pada Rafiq.

"Rafiq, awak kalau penat, baliklah dulu. Biar saya kat sini." Kata Izaty perlahan.

Segera Rafiq membuka matanya.

"Hm, it's okay lah. Janganlah risaukan saya." Kata Rafiq sambil kembali memejamkan matanya.

"Takpe, pergilah balik dulu. Saya tahu awak penat." Izaty benar-benar kasihan melihat Rafiq ketika ini, sudahlah bukan kawan Tasha, tapi terpaksa ikut dan menyusahkannya juga.

"Saya lagi penat tengok awak jalan sana sini dari tadi. Cubalah bawa bertenang. In sha Allah kawan awak tu selamat." Kata Rafiq sambil membuka matanya. Kedua belah tangannya diletakkan di kepala lutut.

"Hm, saya takut." Kata Izaty perlahan sambil menghirup air kopi itu.

"Takpe, jangan takut saya ada untuk temankan awak." Kata Rafiq sambil tersenyum.

Izaty membalas senyuman Rafiq itu seadannya.

"Sweetnya awak malam ni?" Kata Izaty sambil tersenyum nipis memandang ke arah Rafiq.

"Eh, saya hari-hari sweet macam gula-gula kapaslah. Apa awak ni boleh pulak tak perasan. Hahaha." Kata Rafiq sambil memegang lehernya dengan gaya comel.

"Haha... Gediklah awak ni." Kini, barulah Izaty dapat ketawa. Wajah risaunya makin pudar.

Lega Rafiq dibuatnya setelah dapat melihat wajah manis itu kembali. Dia turut senang bila dapat lihat Izaty ceria seperti selalu lagi.

"Saya nak call family dia, tapi saya tak tahu nombor. Hmm..." Izaty kembali monyok.

"Tak apa, kita tunggu semuanya selesai, selamat baru lah kita fikirkan semua benda tu okay?"

"Hm, okay. Nasib ada awak, kalau tak ada awak entah apa akan jadi." Kata Izaty sambil perlahan-lahan kepalanya terlorot ke bahu Rafiq.

Kini, kepala Izaty lembut diletakkan ke bahu Rafiq. Rafiq terkaku, tetapi dia biarkan sahaja. Sesekali, Rafiq menjeling ke arah Izaty yang sudah menyandarkan kepala ke bahunya.

Suasana senyap sunyi seketika.

"Ouh, saya lupa..." Izaty kembali berdiri tegak sambil mengeluarkan sesuatu dari begnya.

Berkerut wajah Rafiq melihat Izaty yang tengah mencari sesuatu di dalam begnya. Dia tunggu sahaja Izaty mengeluarkan sesuatu dari beg tangan besarnya itu.

'Hm, dia cari apa tu? Dah macam Doraemon aku tengok dia ni. Haha.' Kata Rafiq dalam hati sambil tersenyum ke arah Izaty.

"Tada! Nah pisang goreng penyek. Hehe.." Izaty mengeluarkan pisang goreng yang sudah penyek dari begnya sambil ketawa kecil.

"Eeii, tu dah bukan pisang goreng dah tu, dah macam cekodok aje rupanya. Haha..." Kata Rafiq sambil ketawa melihat pisang goreng yang sudah terpenyek itu.

"Eh, awak ni tak baik tau. Saya beli 'khas' untuk awak." Kata Izaty sambil matanya tajam merenung ke arah Rafiq.

"Yalah, bak sini saya makan. Memang tengah lapar pun ni." Rafiq sudah menghulurkan tangan.

"Ha, Nah." Izaty menyerahkan sebungkus pisang goreng kepada Rafiq.

Rafiq mengambil satu pisang goreng tersebut. Memang agak loya tekaknya nak makan setelah tengok pisang goreng ditangannya itu.

'Aish, boleh makan lagi ke ni? Lembik semacam je?' Kata Rafiq dalam hati tetapi niatnya ingin menjaga perasaan Izaty, dia gagahkan telan juga walaupun sudah kelat.

"Hm? Sedap?" Tanya Izaty sambil mengangkat kedua belah keningnya.

Rafiq teragak-agak untuk menjawab.

"Ermm, haa.. Sedap. Sedap sangat." Kata Rafiq dengan teragak-agak.

Glup! Pisang goreng itu sudah melepasi tekaknya.

"Awak, rasalah. Rugi tak rasa sedap." Rafiq pula mempelawa Izaty makan.

"Hmm, taknaklah. Saya tak selera." Balas Izaty dengan wajah kembali mencuka.

"Janganlah macam tu, awak sakit perut nanti tak pasal saya pulak yang susah." Pujuk Rafiq.

Izaty menghela nafas panjang. Pisang goreng diambil satu lalu dimasukkan kedalam mulutnya. 

Perlahan-lahan dia mengunyah...

"Hmm! Tipu, dah tak sedap! Kelat!" Kata Izaty sambil menghentakkan kakinya. Cepat-cepat dia minum air kopi untuk menghilangkan rasa kelat.

Rafiq hanya mampu ketawa terbahak-bahak. Bergegar badannya menghembuskan ketawa tanpa henti itu setelah melihat wajah Izaty yang berkerut seribu itu.

"Memang tak sedaplah dah sejuk dah. Kalau makan panas-panas sedaplah." Balas Izaty sambil memuncungkan bibir.

"Aik, merajuk pulak dia ni.. Dia yang bagi, marahkan kita pulak." Kata Rafiq sambil menggelengkan kepalanya.

"Hmm, taklah... Memang salah saya, bagi awak makan pisang goreng sejuk tu."

'Hmm, perempuan memang perangai dia pelik macam ni eh? Sentap tak kena tempat?' Kata Rafiq dalam hati.

"Hmmm.... Yelah... Saya makan sebungkus ni depan awak sekarang juga tapi janji jangan nak merajuk lagi okey?"

Kata Rafiq dengan tenang, Izaty hanya berdiam diri.

Rafiq mulakan memakan pisang goreng itu satu persatu. Kelat memang kelat tapi, demi Izaty dia sanggup makan juga.

Mula-mula Izaty tak nak tengok Rafiq makan, barangkali Rafiq tipu sahaja yalah Rafiq inikan kuat menyakat orang tetapi, Rafiq betul-betul makan pisang goreng sejuk itu. Ada segaris senyuman dia bibirnya.

"Ok! Dah habis!!!" Kata Rafiq dengan bibirnya penuh minyak. Plastik berwarna hijau itu di kibar-kibarkannya seperti bendera.

"Wahh... Awak ni mental lah. Sakit perut saya tak tanggung." Kini barulah Izaty bersuara sambil diselitkan ketawa kecil.

"Lah.. Habis tu, awak asyik merajuk je dari tadi. Saya sampai tak tahu nak buat apa." Balas Rafiq. Kini, dia pula yang muncung.

"Eh, lupa? Ada sebungkus lagi?" Segera Izaty mengeluarkan sebungkus lagi pisang goreng dari beg tangannya.

"Ah! Mampus aku!" Kata Rafiq sambil menepuk dahinya.

p/s: Macam mana chapter 39 ni? bersemut ke idok? haha. sampai pisang goreng kelat pun nak dijadikan isu >< . btw, lepas end cerita ni sy akn bgtahu the untold story behind this story ok. Haha nak tahu apa? kena tunggu la.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience