47

Romance Completed 27014

"Mak, dengar tak apa Rafiq cakap tadi?"

"Masa bila tu?" Balas Mak Ijah walaupun matanya tepat memandang televisyen.

"Masa dia masuk bilik Izaty tadi?"

"Tak, Dia cakap apa?" Balas Mak Ijah barulah dia memandang ke arah muka anak sulungnya itu.

"Betul? Tak dengar apa-apa?" Tanya lagi Izaty dengan kening diangkat sebelah.

Mak Ijah mengangguk.

"A'ah, takpelah." Balas Izaty perlahan sambil perlahan-lahan menghirup air kopi sejuk.

"Izaty mak nak cakap sikit." Kata Mak Ijah perlahan sambil memperbetulkan serkup kepalanya.

"Hm, cakaplah nak cakap apa." Kata Izaty seraya meletakkan gelas yang berisi kopi tadi ke atas meja kembali.

"Kamu janganlah marah Rafiq tu. Dia tu budak baik." Pujuk Mak Ijah dengan lemah lembut.

Izaty mula buat muka bosan. Lagi-lagi Rafiq. Lagi-lagi Rafiq. Lagi-lagi budak tak betul tu. Mak dia ni kalau cakap lembut-lembut tu bersebablah tu kalau tidak mulut macam kereta kebal.

"Dia tu ikhlas kawan dengan kamu." Kata Mak Ijah lagi.

"Dahlah mak, orang bukan ada apa-apa pun dengan dia. Kawan je itu pun kebetulan terjumpak dekat tepi jalan." Terang Izaty dengan nada sederhana.

"Tak kisahlah jumpa dekat mana pun tapi maafkanlah budak tu. Hish, kesian mak tengok dia tu. Monyok je tadi."

"Mak tu nak lebih pentingkan dia tu kenapa? Anak sendiri monyok tak ada pun nak pujuk." Kata Izaty yang dah mula terasa hati dengan mak dia sorang ni.

"Haih, mana ada." Mak Ijah cuba menafikannya.

"Dahlah mak, Izaty nak tidur penatlah." Kata Izaty perlahan lalu dia melangkah ke dapur untuk membasuh cawannya.

"Izaty." Sampuk satu suara dari belakang Izaty semasa dia membasuh pinggan.

"Opocot! Mak! Hish, takutlah mak ni. Dahla muka penuh dengan bedak sejuk."

"Maafkanlah dia." Kata Mak Ijah lagi sambil bermain-main jarinya.

"Hish, yalah yalah. Dah maafkan lama dah. Orang tak marah pun dekat dia." Kata Izaty sambil menyimpan cawan itu di rak pinggan.

"Betul ni?" Tanya Mak Ijah lagi inginkan kepastian.

"A'ah betul tapi kalau Izaty berbaik dengan dia pun bukannya boleh jadi menantu mak. Kita ni ada apa sangat mak nak dibandingkan dengan dia? Macam langit dengan bumi tahu tak?" Kata Izaty lantas dia terus masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci kasar.

Mak Ijah membatu di tempat yang sama. Ada betul juga apa anak sulungnya katakan itu. Mereka orang biasa tak ada harta, mana layak nak disatukan dengan keluarga anak orang kaya itu. Mak Ijah hanya mampu menghelakan nafasnya perlahan lantas, Mak Ijah pun berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.

Jam di dinding tepat pukul sebelas malam. Adik-adiknya masih belum pulang, mungkin tengah main futsal di gelanggang futsal tapi

'Tapi, takkanlah sampai malam macam ni tak balik lagi. Mesti merayap pergi mana-mana ni.' Getus Izaty dalam hati.

Dia kembali termenung.

"Hmm..." Wajahnya suram.

"Aku salah dengar kot?" Kata Izaty pada dirinya.

"Takkanlah, dia su.. Suka aku?" Izaty mengigit bibirnya.

"Ya Allah, tolonglah aku... Aku buntu!" Izaty memejamkan matanya serapat yang boleh sambil mengetap bibir.

*Kring.

Bunyi mesej Whatsapp masuk ke telefon pintarnya, serta-merta dia membuka kembali matanya. Lemah dia mengapai telefon pintarnya.

"Haish." Dia mengeluh apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit itu.

Rafiq*

Izaty jadi tidak keruan melihat nama itu tertera pada skrin telefon pintarnya. Dia jadi teragak-agak untuk membaca mesej itu, takut dan malu saling bercampur baur.

'Ya Allah kuatkanlah semangat aku.' Kata Izaty dalam hati.

Segera dia membuka mesej itu 

(Assalamualaikum Izaty, saya dah sampai kalau boleh bagitahu kat mak awak tau. Sebab dia kata kalau dah sampai bagitahu. Ok bye.)

Izaty menghembus nafas lega. Dia tertunduk ke bawah. Matanya memandang sahaja latar belakang skrin telefon pintarnya. Dia jadi buntu. 
Dia salah dengar atau memang betul Rafiq cakap suka dia?

'Iyalah... Baru kenal tak lama takkan dia suka kau pulak kan Izaty, kau tak kenal hati dia, dia pun tak kenal lagi hati kau. Jumpa pun baru beberapa kali, paling kuat pun Call je, WhatsApp je takkan dia dah jatuh cinta sebab tu. Aku bukan cantik sangat pun. Arghh!!! Rafiq!!! Kenapa kau buat aku binggung?!' Kata Izaty dalam hati. Dia benar-benar jadi tak keruan!!!

Takkanlah tak sampai seminggu Rafiq berada di kampung ini sudah membuatkan jejaka idaman malaya itu jatuh cinta kepadanya? Wah! Kalau macam tu Izaty kira hebatlah orangnya boleh buat orang jatuh cinta kepadanya.

~~~~~•~~~~~

Rafiq menghempas begnya di atas katil. Sekali dengan tubuhnya dihempas ke atas tilam empuk itu. Pendingin hawa dibuka turbo. Meresap sejuk terkena kulitnya.

"Fuhhh..." Rafiq menghembus nafas.

Hatinya tidak tenang. Wajah Izaty yang manis itu bermain di dalam fikirannya. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa boleh jadi seperti itu.

"Rafiq. Kenapa boleh jadi macam ni? Rafiq kau rosakkan segalanya! Aishh! Kenapa kau cakap macam tu? Betul ke kau suka dia? Betul ke? Rafiq! Kau jangan mainkan perasaan orang, tak baik! Sejak bila aku suka dia ni? Argh! Aku pun tak tau sejak bila. Tapi bila aku tengok muka dia aku tenang, rasa macam selesa je rasa, tengok dia senyum serta merta aku senyum jugak. Tengok dia sedih, aku pun jadi tak keruan. Sebab ini ke aku suka dia? Sebab ini ke?" Rafiq kata pada dirinya.

Iya! Rasa suka memang hadir dalam jiwanya tapi cinta? Benarkah rasa cinta tu ada? Betul ke kerana dia cinta? Atau cuma suka? Ini yang membuatkan dia binggung.

Tokk!! Tokk!! - Bunyi pintu diketuk oleh seseorang dari luar.

"Hmm, masuklah.." Arah Rafiq.

"Hai, Rafiq. Balik-balik tadi terus monyok je? Tak cakap tak tegur mama pun, semuanya tak. Kenapa ni sayang?" Puan Kirana duduk disebelah anaknya sambil mengusap rambut Rafiq. Rindu, dah tiga hari tak jumpa.

"Ma..." Rafiq bernada manja.

"Ya..?"

"Ermm... " Rafiq jadi teragak-agak.

"Cakap jelah. Pasal apa?"

Rafiq diam.

"Ha? Pasal cinta ke?" Teka Puan Kirana dengan senyuman dibibir.

Rafiq tersenyum... Tepat tekaan Mamanya dah macam ahli sihir je.

"Haaa... Mama dah agak dah, dah besar-besar ni ada masalah apa lagi kalau bukan pasal cinta-cinta kan. Haha, tak sangka anak mama ni dah pandai pasal cinta-cinta ni." Kata Puan Kirana sambil mengusap rambut anaknya yang manja itu. Dia tahu bahawa anaknya ini susah nak jatuh cinta tapi bila dah jatuh cinta mulalah jadi kucing parsi baka gred A+.

"Tak adalah ma... Just, erm.. Rafiq nak cerita tapi malulah." Kata Rafiq yang dari mula sudah meletakkan kepalanya di atas riba mamanya.

"Tak payah malu, lambat laun mama tahu jugakkan?"

Rafiq mengangguk lalu, tangan mamanya dipegang erat olehnya.

"Ma... Rafiq ada suka kat seorang perempuan ni..." Kata Rafiq takut-takut.

"Ya ke? Boleh mama masuk meminang?! Mama tak sabar nak ada cucu ni?!" Tak sempat Rafiq menghabiskan kata-katanya, Puan Kirana sudah memotong.

"Ma.. Please bagi Fiq habis cakap dululah..." Rafiq memuncungkan bibirnya manja.

"Haha, sorry. Mama teruja."
"Hm! Sekarang boleh tak Rafiq sambung?"

Puan Kirana mengangguk, jari telunjuknya diletakkan dibibirnya sebagai tanda 'senyap'.

"Okey, Rafiq suka perempuan ni, tapi entah macam mana rasa tu boleh datang. Mama tau jelah Rafiq ni susah nak suka kat seseorang tu tapi dia ni kejap je dah suka tapi Rafiq tak tahu yang Rafiq ni cinta ke tidak dekat dia, Rafiq keliru. Jadi apa pendapat mama?"

"Hah, baguslah tu. Cuba jelah mana tahu jodoh. Masa depan kita tak tahu." Kata Puan Kirana yang sudah tersenyum lebar.

"Rafiq cuma suka dia je, rasa cinta tu ergh.. Entah ah.. Kami pun bukan kenal sangat antara satu sama lain. Dia pun tak pernah cakap dia suka Rafiq."

Puan Kirana ketawa.

"Kenapa mama ketawa, Rafiq tak main-mainlah." Rafiq mengerutkan dahinya setelah melihat mamanya ketawa membuatkan dia jadi malu.

"Rafiq, cinta tu ingat sehari dua je dah boleh ada ke? Belum tentu lagilah. Dia kena ikut step by step. Sedikit demi sedikit. Ia tak boleh naik mendadak. Mula-mula kita berkenan dulu, lepas itu suka, lepas tu sayang, lepas tu barulah cinta. Kenal-kenal dulu hati budi masing-masing sebab tulah kita orang melayu kena bertunang dulu, sebab masa bertunang tulah kita kena kenal-kenal dulu. Bagi masa setiap pasangan untuk berkenal-kenalan dulu antara satu sama lain. Orang takkan buat saja-saja benda tu tanpa sebab lainlah kalau orang yang dah kenal lama, terus nikah pun takpe. Tapi dalam tempoh pertunangan itulah macam-macam dugaan akan datang jadi Rafiq kena bersediahlah hadapi benda tu."

Rafiq tersenyum ke arah mamanya.

"Faham?" Tanya Puan Kirana.

"Tapi, dia tak kata pun suka Rafiq!" Rafiq masih tidak berpuas hati.

"Alah, tanyalah. Mana nak tahu dia malu, yelah kan perempuan takkan nak cakap I love you kat lelaki pulak kot? Nanti orang kata gedik. Perempuan tak macam lelaki kena ingat tu, hati kami sensetif. Pujuk dulu, sikit-sikit nanti dia terpikatlah. Rafiq kan handsome. Haha."

"Handsomelah sangat. Ma tak kisah kan orang biasa je. Bukan anak menteri, bukan anak raja ke apa ke."

"Mama tak kisahlah. Kita pun dulu orang biasa je, alhamdulilah, papa kamu rajin berusaha doa siang malam berjaya dia sekarang bangunkan syarikat pembinaan sendiri."

"Alhamdullilah.." Kata Rafiq dengan senyuman.

"Siapa nama dia sayang?" Tanya Puan Kirana.

"Hehe, rahsia. Nanti Rafiq bagitahu tau."

"Alah, nak secret pulak dia."

"Nantilah, kami tak ada apa-apa lagi."

"Okay, jangan risau perlahan-lahan ye, kalau jodoh tak ke mana."

Rafiq mengangguk setuju. Jiwanya terasa tenang setelah dapat bersembang dengan wanita kesayangannya ini. Segala masalah akan selesai kalau dia dapatkan nasihat dari mamanya. Dia tak tahu jika mamanya sudah tiada nanti pada siapa dia mahu mengadu? Dia hanya mampu berdoa agar mamanya diberikan usia yang panjang agar dia sentiasa dapat melihat wajah yang semakin dimamah usia itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience