1

Romance Completed 26570

Izaty mulakan langkahnya dengan Bismillah... 

Perlahan-lahan dia keluarkan basikalnya dari bawah rumah kayu yang usang itu. Dia mengayuh basikal dengan berhati-hati sambil dia asyik bernyanyi seorang diri di pagi hari dengan cerianya sekali.

Tanpa dia sedari, ada seseorang dari belakang menolak basikalnya dengan kaki sekuat hati.

"Ahh...." Jerit Izaty terkejut lantas, dia terjatuh tergolek ke dalam semak mencium tanah.

Jelas telingannya mendengar suara orang yang menolaknya itu sedang ketawa terbahak-bahak bersama kawannya yang lain dengan menaiki motosikal.

"Woi gendut jatuh woi! Haha! Pergi mampuslah gemok!" Jerit lelaki yang menolaknya sebentar tadi itu dari jauh.

Izaty kenal siapa yang menolaknya itu, budak lelaki sekolahnya jugak, tapi kelas yang berbeza.

Dia bangun dengan segara daripada semak samun itu sambil mengaduh sakit lalu, dia menggosok-gosok pipinya yang terasa pedih.

Dia melihat tapak tangannya sudah ada cecair berwarna merah. Darah!

Dengan segera dia mengambil tisu lalu dia mengelap luka itu dan dibilas dengan air minumannya sedikit. Tangannya hanya ada kesan calar kecil.

Hatinya langsung tidak berasa marah, dia hanya merasakan tiada gunanya nak marah-marah sebab dia sedar yang dia tu siapa dan orang langsung tak pedulikannya. Walaupun bandannya besar tetapi, orang tidak memandangnya sebagai manusia, orang memandangnya sebagai bahan ketawa sahaja!

Dunia sangat kejam!

Izaty kembali menyeret basikalnya ke arah jalan, lalu dia meneruskan perjalanan sambil menyambung kembali bernyanyi walaupun matanya sudah berkaca-kaca menahan rasa sebak di jiwa.

****

Sesampainya dia di sekolah...

"Woi gemuk!"

Izaty menoleh ke arah suara itu dengan wajah yang polos seperti orang yang tiada jiwa.

Asmida menunjal-nunjal kepala Izaty dengan kuat. Izaty hanya mampu menunduk ke bawah memandang tanah sambil menahan rasa malu.

Walaupun badannya lebih besar daripada Asmida yang kurus kering itu tetapi, dia langsung tiada kuasa. Kalau dia membalas, tentunya dia yang kena! Satu sekolah akan salahkan dia! Satu sekolah jugalah yang akan sokong Asmida sebagai seorang yang dianiayai!

Asmida dan kawan-kawannya yang lain ketawa apabila melihat Izaty diperbodohkan sebegitu rupa.

"Asmida, kau nak apa ni?" Tanya Izaty perlahan dengan matanya yang sudah berair.

"Saja suka-suka nak tengok betapa bodohnya kau. Hahaha..."

"Aku pun manusia jugak." Balas Izaty.
Asmida tersenyum sinis.

"Ooo... Manusia... Hahaha... Manusia tak adanya hodoh macam kau ni! Kau tu elok digelar binatang! Kau tahu tak binatang!" Asmida dan konco-konconya ketawa kuat.

Setitis air mata Izaty jatuh ke pipi. Diseka olehnya cepat-cepat. Lalu dia terus meninggalkan tempat itu secepat mungkin.

"Hei! Hei tunggu!" Jerit Asmida dari jauh.

Langkah Izaty terhenti kembali sebaik sahaja Asmida menarik tangan Izaty dengan kuat.

"Ish... Kenapa kau ni Asmida?"

"Berani ya kau gemuk kurang ajar dengan aku! Ooo, berani eh lawan aku." Asmida terus menampar Izaty dua kali dengan sekuat hati.

Izaty mengaduh sakit. Pipinya dahla luka ditampar pula tu. Lagi sakitlah jadinya.

"Ahh, kau tak nampak ke pipi aku ni luka? Sakitlah!" Izaty meninggikan suaranya. Rasa marah mula memenuhi dalam dirinya.

"Ooo... Beraninya kau tinggikan suara kat aku. Hah! Kau ingat kau tu siapa hah?! Gemuk?! Hah!?"

Asmida terus menarik tudung sekolah yang dipakai oleh Izaty.

Izaty memegang tudungnya supaya tidak tertanggal.

"Wei, janganlah! Tolonglah..." Jerit Izaty sekuat hati, matanya sudah mengalirkan air mata sederas yang mungkin.

"Weh, weh... Tolong aku weh... Tarik tudung dia ni. Yiahh!!" Kata Asmida untuk meminta tolong daripada konco-konconya untuk menarik tudung sekolah Izaty, lalu mereka turutkan sahaja.

"Tolong...." Jerit Izaty.

'Ya Allah... Tolong aku Ya Allah.' Kata Izaty dalam hati.

"Woi! Kau buat apa tu ha!" Jerit seseorang dengan suara yang garau.

"Alamak Cikgu Zamrie. Blah! Blah! Blah!" Arah Asmida. Mereka  berlari sekuat hati sambil menutup muka.

Izaty terus tersungkur ke tanah macam nangka busuk.

"Kamu okey ke?" Tanya Cikgu Zamrie guru sejarah berusia  47 tahun.

Izaty mengangguk, air matanya diseka pantas. Tudungnya diperbetulkan kembali.

"Ish, nasib dia orang lari. Kalau tak lari tu, siap saya hantar mereka kat pengetua!" Kata Cikgu Zamrie menahan marah.

"Tak payah cikgu, saya okay. Biarlah." Izaty menghalang pantas. Takut nanti kalau mereka didenda oleh pengetua, perkara akan bertambah buruk.

"Mana boleh! Tak boleh! Kamu kenal siapa mereka tu?! Saya tak nampak muka mereka tu!"

Pantas Izaty menggelengkan kepala. Dia tipu, sememangnya dia kenal itu siapa, sampai mati akan dia ingat. Semenjak kisah hitam itu, semuanya jadi masalah.

"Hmm, tak apa. Saya akan buat aduan kat cikgu kaunseling. Dah bangun. Pergi ke tapak perhimpunan. Lewat sangat dah ni."

Izaty mengangguk pantas, dia terus bangun dari tanah. Dia menepuk-nepuk sedikit bajunya yang kotor terkena tanah. Air matanya diseka lagi.

Cikgu Zamrie terus berlalu pergi untuk mencari murid-murid yang ponteng perhimpunan. Rotan di tangannya sentiasa dia pegang setiap masa.
Izaty menarik nafas, lalu menghembus keluar kembali. Dia cuba untuk tersenyum walaupun masih lagi berasa sedih. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke tapak perhimpunan.

****

Usai sahaja perhimpunan pagi isnin, dia terus menuju ke kelasnya. Budak tidak pandai sepertinya tentu sahaja dapat kelas paling buruk sekali. Kelas budak pandai sahaja mesti kawasan yang strategik, siap ada pagar lagi sebagai tanda 'kawasan larangan' untuk budak-budak bodoh sepertinya lalu. Jika dia masuk sahaja 'kawasan larangan' itu pastinya dia akan dijeling dengan tajam sekali seperti mata pisau. Padahal dia hanya mahu menghantar buku nota kepada cikgu. Segala pengalaman itu dia pernah rasa. Bertapa peritnya menjadi budak bodoh dan hodoh.

"Woi tak guna!" Asmida menolak bahu izaty sekuat hati. Murid-murid semakin berkurangan. Sama jugalah guru-guru.

Izaty menoleh ke arah Asmida. Tangan Asmida mencubit perut Izaty sekuat tenanganya. Izaty cuba menahan rasa sakit.

"Aku nak pesan satu je kat kau hari ni eh. Jangan bagi tahu sesiapa pun pasal hal pagi tadi. Paham!" 

Izaty menangguk.

"Faham, faham."

"Bagus!" Asmida melepaskan cubitannya itu.

"Kalau nama aku naik aje. Kau orang pertama akan aku cari. Siap kau! Kau tu elok mati je daripada hidup." Asmida mengetap gigi dengan kuat lantas dia berlalu pergi dari situ.

Izaty tersandar di dinding.

'Ya Allah, hina sangatkah aku ni? Buruk sangatkah aku ni? Sampai orang layan aku macam binatang? Aku pun manusia jugak. Apa hikmah yang akan kau berikan kepada ku Ya Allah... Cukuplah aku menderita setiap hari. Tolonglah suatu hari hidupku sempurna seperti orang lain.' Doa Izaty dalam hati.

Sesungguhnya, dia juga manusia, punya hati dan perasaan. Ingin juga dia dilayan seperti manusia. Bukannya bahan ketawa orang lain.

Tidak pernah terlintas di hatinya untuk menjadi seperti ini. Tetapi, apa kuasanya? Dia hanya mampu bersabar dan terus bersabar. Dia tahu Allah tu adil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience